Friday, November 28, 2008

Makluman KWSP -> Pencen

Thursday, November 27, 2008

Kakitangan Awam Opsyen KWSP Boleh Tukar Ke Skim Pencen - Januari 2009
Antara keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Putrajaya, hari ini :

1. Kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberi opsyen bagi menyertai skim pencen tahun depan. Tempoh membuat pilihan tersebut: dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari, 2009.
2. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

** Sedutan dari Bernama

Thursday, November 27, 2008

Komen Dari Pelayar Blog

Moderator - komen ini diambil dari artikel berkaitan PTK dan CUEPACS dibawah. Untuk perhatian dan perbahasan bersama.
-----------------------------------------------------------------

Anonymous said...

Saya ingin berkongsi pandangan saya di ruang ini. Saya tak nak berbincang PTK secara am tetapi PTK Tourism Malaysia. Senario terkini yang saya lihat sendiri:-

1. Panel penggubal soalan exam tidak AMANAH dan sanggup berkongsi soalan dengan "buah hati" masing-masing supaya "buah hati" ini lulus PTK sekali duduk.

2. Ketua Panel PTK tidak AMANAH dan tiada INTEGRITI sanggup menghebahkan siapa yang lulus PTK pada "buah hati" walaupun result PTK itu belum ada keputusan muktamad.

3. Mereka yang baru 4 atau 5 tahun bekerja lulus PTK aras 3 sahaja telah dipilih untuk diserapkan terus ke jawatan kanan. Apakah mereka yang baru pandai belajar dan tidak mempunyai pengalaman yang menyeluruh dalam industri pelancongan boleh diambilkira sebagai calon yang sesuai ke jawatan kanan?

4. Mereka yang bekerja 15 tahun ke atas lulus PTK aras 4 tidak pula dipertimbangkan ke jawatan kanan. Yang bernasib baik dapat BTNP sahaja. Apakah tahun-tahun perkhidmatan cemerlang mereka sebelum ini tidak perlu diambil kira dan tidak bernilai kepada oraganisasi?

5. Panel Kenaikan Pangkat tidak memandang seniority pegawai, keputusan PTK serta khidmat cemerlang yang dianugerahkan sendiri oleh pengurusan sebagai ukuran penentu pegawai ke jawatan kanan tetapi lebih kepada "jadual kedatangan" yang cantik.PTK bukanlah satu mekanism yang baik untuk pertimbangan ke jawatan kanan.

Eloklah dihapuskan sahaja.Sewajarnya, pengurusan mempunyai rekod perkembangan kerjaya setiap pegawai kerana dalam rekod ini pengurusan boleh menilai seniority, kematangan, khidmat cemerlang, tahap pendidikan terkini, bakat dan kebolehan setiap pegawai yang akan diserapkan ke jawatan kanan.

Pengwujudan Human Resource Division bagi Tourism Malaysia adalah amat kritikal sekarang ini. Kalau pengurusan boleh mengecilkan division kepada 10 sahaja, pengurusan juga boleh mewujudkan division ini kerana ia adalah fungsi utama pengukuhkan Tourism Malaysia.

November 26, 2008 4:35 PM

Wednesday, November 26, 2008

Apa Kata Anda !

Hasil kajian ringkas minggu lepas dari blog ini adalah seperti berikut :-

Soalan - Apakah yang anda faham/fikirkan tentang pengukuhan yang dibuat oleh Pihak Pengurusan.


Jawapan dan peratusan mengundi :-

a. Mengukuhkan kedudukan orang atasan sahaja - 25%
b. Mengukuhkan struktur organisasi agar lebih sempurna - 0%
c. Pengukuhan yang tidak ada arah tuju - 66%
d. Tidak paham apa-apa - 8%

Thursday, November 20, 2008

Hebahan Kesatuan Bil 1 2008/2009

Kes/Gen/2008/09(1)

Semua Ahli/ Pegawai & Kakitangan
Tourism Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia terutama kepada ahli kesatuan dan juga tidak lupa kepada warga Tourism Malaysia. Terlebih dahulu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli Kesatuan yang telah hadir ke Mesyuarat Agung ke 29 Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia pada 07 November 2008 yang lepas. Kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung tersebut amat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu yang telah diberikan selama ini.

Sebagai langkah dalam memperbaiki kekurangan yang ada selama ini saya mewakili semua Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan bagi sesi 2008/09 ingin memaklumkan bahawa kami bersedia menggembleng tenaga untuk sama-sama berusaha dan memperbaiki seterusnya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua pihak terutama kepada ahli-ahli kesatuan dari semasa ke semasa. Kesatuan juga akan sentiasa menjaga kepentingan ahli-ahli Kesatuan dari semasa ke semasa dalam menjalinkan hubungan baik dengan pihak Pengurusan Tertinggi Tourism Malaysia bagi memastikan keselesaan bekerja untuk semua.

Pihak Kesatuan sedia maklum dan sedar akan keupayaan kami dalam memainkan peranan yang sewajarnya amatlah terbatas di samping kerja-kerja hakiki yang memerlukan komitmen sepenuhnya sepanjang masa. Oleh demikian, segala bantuan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan. Semoga dengan adanya kerjasama yang erat sebegini dan berterusan daripada tuan/puan berupaya membantu kami dalam memperbaiki dan seterusnya memperkuatkan lagi Kesatuan demi kepentingan ahli Kesatuan dan juga organisasi amnya.

Dalam memastikan matlamat yang digariskan tercapai, Kesatuan melalui perlantikan baru bagi sesi 2008/2009 dengan rasa rendah diri amat mengalu-alukan tuan/puan agar dapat menyalurkan pandangan, cadangan, aduan, komen serta juga kritikan yang membina kepada kami melalui e-mail Kesatuan yang berikut: tm-union@tourism.gov.my.

Sempena Mesyuarat Agung ke-29 baru-baru ini, Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia telah mengambil langkah inisiatif dalam melancarkan satu blog hasil daripada wadah perbincangan dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja pada 16 Oktober 2008. Antara tujuan utama blog ini ditubuhkan adalah sebagai satu intipati dan platform serta juga sebagai sumber perbincangan yang bernas bagi ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia. Tuan/puan boleh melayari: http://tm-union.blogspot.com/

Segala sumbangan dan kerjasama dari tuan/puan amatlah kami harapkan, hargai serta akan diberi perhatian yang sewajarnya dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



(MOHAMMAD HAFIZ IBRAHIM)
Setiausaha
Kesatuan Pekerja-pekerja Tourism Malaysia
Sesi 2008/2009


BIL.
NAMA / JAWATAN
SAMBUNGAN TELEFON PEJABAT
BAHAGIAN
ALAMAT E-MAIL




---------------------------------------------------


Yang DiPertua
Jamaluddin Jantan - ext 8233 - jamaludin@tourism.gov.my

Naib YDP
Noel bin Nor Jettey - ext 8415 - noel@tourism.gov.my

Setiausaha
Mohammad Hafiz Ibrahim - ext 8533 - hafizibrahim@tourism.gov.my

Pen Setiausaha
Noorshearan Mohamed - ext 8670 - noorshearan@tourism.gov.my

Bendahari
Khaizarulnizam bin Eshak - ext 8655 - khaizarul@tourism.gov.my

AJK
------
Zuraini Ahmad - ext 8484 - zuraini@tourism.gov.my
Hasan bin Mohdin - hasanmohdin@torism.gov.my
Zakaria bin Yaacob - ext 8370 - zakariayaacob@tourism.gov.my
Hasrizal Muhammad Syawal bin Tukijan - ext 8731 - hasrizal@tourism.gov.my
Ahmad Sharifuddin Said - ext 8328 - sharifuddin@tourism.gov.my
Mushtak Ahmad Mustapha - ext 8355 - mushtak@tourism.gov.my
Mohd Radzlan Ramli ext - 8192 - mohdradzlan@tourism.gov.my

Wednesday, November 19, 2008

Cuepacs on nationwide roadshow to explain PTK boycott plan

KUALA LUMPUR: Cuepacs will launch a nationwide roadshow next month to explain to civil servants the rationale behind the plan to boycott the Competency Level Assessment (PTK) examination.
Its president Omar Osman announced the boycott yesterday as the congress was unhappy with the cool response from the Public Service Department (PSD) on the issue.
He told Bernama the unpopular PTK had been a bone of contention among civil servants since its introduction because the examination had not achieved its intended objectives.
PTK is compulsory for civil servants aiming for promotions. In practice, however, there was no guarantee that those who had passed the examination would be promoted as it would depend on the availability of posts, Omar said.
A random survey conducted by Bernama confirms Omar's claim that there was no certainty that civil servants who had passed PTK would be promoted.
The irony is that even in the PSD which overlooks and conducts the examination, there are officers who have passed PTK still waiting to be emplaced on a higher grade.
One officer who declined to be named, said he had passed PTK two years ago and was still waiting for his promotion.
"In fact, the most frustrating thing is that my juniors have been promoted and are now drawing higher salaries while my workload and responsibility isheavier," he said.
This sentiment seems to be universal among affected civil servants across all departments and ministries.
Cuepacs largest affiliate -- the National Union of Teaching Profession (NUTP) -- while agreeing that PTK had not achieved its desired objectives and was in fact a cause of concern for the service, wanted the boycott to be carried out only as a last resort.
NUTP secretary-general Lok Yim Pheng said: "Efforts should be made to suggest alternative methods of assessment before we advocate boycotting PTK".
She said her union would meet soon to brainstorm and come up with an alternative.
Cuepacs expressed regret over the PSD's accusation with regard to its stance on PTK.
PSD Director-General Tan Sri Ismail Adam was reported to have said the government would not bow to Cuepacs' demand for PTK to be abolished and wanted the union leaders to stop making threats.
Omar said Cuepacs did not intend to make a threat when stating that it would boycott PTK examinations should it continue next year.
"What was raised in Kota Kinabalu was the congress' decision voiced by Grade 17 to 44 officers," he said.
Universiti Utara Malaysia Employees Union honorary secretary Samsudin Oli Mohamed said his union supported the move to be taken by Cuepacs.
"The statement by Cuepacs president was not a threat but came from the heart of about 1.2 million public servants in the country."The decision was reached after a heated debate. Besides, Cuepacs has for five years been calling for PTK to be replaced with another staff assessment mechanism," he said.

Tuesday, November 18, 2008

Ucapan Timbalan YDP Semasa Mesyuarat Agong Kesatuan Ke - 29

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Yang Diutamakan Tuan Pengerusi Majlis
Y.Brs Encik Amirrudin Abu, Menanggung Keja Ketua Pengarah (Tourism Malaysia)
Y. Brs. Tuan Haji Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)
Pengarah-pengarah Bahagian
Wakil-wakil Kumpulan A, Saudara Ammar Abdul Ghapar dan Saudara Bahrudin Sulaiman, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari sidang hadirin yang saya muliakan.

Saudara/Saudari yang saya hormati,
Saya ditugaskan hari ini untuk menyampaikan amanat YDP Kesatuan yang kini bertugas di pejabat TM Seoul, Korea.

Sekiranya kita masih ingat pihak Kesatuan telah mengadakan Mesyuarat Agong Luar biasanya pada bulan 13 Februari 2008. Selepas dari Mesyuarat tersebut Ahli Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat AJK nya yang pertama pada 25 Februari 2008. Kita telah merancang dan berusaha menambahkan keahlian Kesatuan sekerja dan juga berusaha menambahkan dana Kesatuan. Kita telah melibatkan diri di dalam beberapa aktiviti seperti yang disenaraikan oleh Setiausaha di dalam laporan beliau sepanjang sesi 2007/2008. Di antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

· Perhimpunan Perpaduan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 3 Mei 2008.
Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan telah mewakili Tourism Malaysia ke perhimpunan tersebut. Pihak Pengurusan telah memberikan kerjasama menjayakan usaha ini. Kita ucapkan berbanyak terima kasih.
· Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Perkhidmatan Awam pada 10 Mei 2008 bertempat di Putrajaya Convention Centre. Usaha ini juga mendapat kerjasama Wakil Kumpulan A dan pihak Pengurusan.
· Majlis Bersama Jabatan pada 10 Jun 2008. Antara isu-isu yang dibincangkan seperti pertukaran tempat kerja, Majlis Malam Mesra TM, penempatan pegawai gred N ke luar negara, pemangkuan, ubahsuai pejabat dan pengurusan pantry. Masih ada perkara-perkara yang tertunggak.
· Pihak Kesatuan juga telah beberapa kali mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja, perjumpaan, perbincangan dengan pihak Pengurusan pada tarikh-tarikh 5 September, 17 September dan 15 Oktober, 17 Oktober dan 31 Oktober 2008 di dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang rumit.
· Pihak Kesatuan telah berusaha menawarkan beberapa kemudahan seperti memperbaharui insurans kenderaan dan pembelian polisi peribadi untuk ahli-ahli Kesatuan dan pegawai di Tourism Malaysia melalui Kesatuan. Sambutan kurang memberangsangkan walaupun mendapat galakan Mantan Pengarah Pengurusan.
· Pihak Kesatuan pada 19 Mac 2008 telah menyediakan laluan e-mel tm-union@tourism.gov.my sebagai saluran komunikasi kepada ahli dan pegawai di Tourism Malaysia. Kaedah ini amat memudahkan AJK Kesatuan. Syabas kepada Penolong Setiausaha kita.
· Pada 7 November 2008 pula, pihak Kesatuan membuka blog Kesatuan dengan alamat http://tm-union.blogspot.com. Ruang komunikasi ini seharusnya digunakan dengan semangat penuh tanggung jawab bersama. Ahli-ahli dan pegawai bolehlah menyuarakan cadangan, pendapat, kritikan dengan tujuan mencari jalan penyelesaian. Pihak Kesatuan ingin berpesan agar kita berhemah tatkala menggunakan forum ini.

Alhamdulillah, dengan komitmen dan keprihatinan Y.Bhg Dato’ KP kita serta jalinan kerjasama yang baik dengan Pihak Pengurusan, sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi masalah telah berjaya diselesaikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat perkara-perkara yang masih belum diambil tindakan sewajarnya oleh Pihak Pengurusan. Kesatuan faham dengan komitmen kerja yang semakin banyak saban hari, masa yang sentiasa mengejar, kekangan dan tekanan tertentu tapi sebenarnya ia tidak boleh dijadikan alasan untuk Pihak Pengurusan melengah-lengahkan di dalam mencari jalan penyelesaian. Kesatuan sangat berharap agar Pihak Pengurusan memberi tumpuan serius di dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan terutama yang masih tertangguh dan mengharapkan ianya dapat diselesaikan dengan tidak hanya menunggu rundingan di meja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) semata-mata. Untuk makluman semua, mesyuarat MBJ pada tahun lepas berjaya diadakan sebanyak 2 kali sahaja berbanding Mesyuarat Pengurusan yang boleh diadakan setiap minggu. Setakat ini kita baru sekali dapat berunding melalui mesyuarat MBJ. Adalah diharapkan kita dapat bermesyuarat di dalam masa terdekat bagi menangani isu-isu yang berbangkit.



Encik Amir/Tuan/Puan/Saudara/Saudari sekalian,

Kita sedia maklum proses Penyusunan Semula Organisasi setakat ini memperlihatkan pertambahan kakitangan dan juga peluang kenaikan pangkat. Menerusi Penyusunan Semula Organisasi ini, Kesatuan berasakan sudah tiba masanya bagi Pihak Pengurusan mempunyai rangka pembangunan kerjaya bagi setiap warga TM dengan menaiktarafkan Unit Sumber Manusia ke taraf Bahagian. Pertambahan warga kerja TM daripada 700 orang kepada lebih kurang 1000 orang juga menjadikan ‘Expectation’ atau harapan Organisasi dan Kerajaan kepada kakitangan TM juga semakin tinggi. Justeru itu, pembangunan modal insan perlulah dibangunkan secara berterusan di semua peringkat. Hanya dengan adanya satu Bahagian Sumber Manusia kita akan mula melihat banyak masalah yang kita hadapi kini dapat diselesaikan. Hasrat ini jika kita capai akan membolehkan setiap warga kerja mencapai mutu kerja dan hasil yang diharapkan. Setiap warga kerja TM mempunyai hak. Kita dilindungi oleh undang-undang buruh seperti Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta KWSP dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja.

Pihak Kesatuan memohon Pihak Pengurusan mengambil kira mutu tempat bekerja yang selesa bagi setiap kakitangan. Tempat kerja yang kondusif amat penting, tetapi sehingga kini masih terdapat kakitangan yang terpaksa berfungsi dari Bahagian lain. Kesatuan bimbang, produktiviti kerja kakitangan berpotensi merosot dengan persekitaran kerja yang kurang selesa. Pihak Kesatuan juga berpandangan, kita semestinya prihatin terhadap warga kerja yang kurang upaya dan di mana boleh menawarkan kerja yang lebih terjamin.


Encik Amir/Tuan/Puan/Saudara/Saudari sekalian,

Tahun 2007 dan pada tahun ini memperlihatkan peningkatan dari segi kedatangan pelancong. Menurut laporan, bagi tempoh setakat Januari hingga September 2008, negara kita menerima kedatangan seramai 16.3 juta pengunjung. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4.4% dari tahun 2007 di mana di dalam jangka yang sama seramai 15.6 juta pelancong berkunjung ke Malaysia. Kita kira tiada siapa dapat menafikan pencapaian TM selama ini adalah manifestasi kerja dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga kerja TM. Sesuai dengan komitmen kerja yang ditunjukkan oleh warga kerja TM, adalah diharapkan pihak Pengurusan tidak lupa menyediakan insentif bersesuaian sebagai menghargai sumbangan mereka.

Encik Amir/Tuan/Puan/Saudara/Saudari sekalian,

Sepertimana pendirian Kesatuan sebelum ini, kita sentiasa mengambil sikap inginkan kerjasama dan kesefahaman dan sentiasa bersedia berdialog untuk penambahbaikan kakitangan dan lebih penting dari itu dapat mengekalkan komitmen kerja yang tinggi kepada Organisasi. Kesatuan percaya kita boleh meluahkan pendapat dan pandangan yang berbeza dari pihak Pengurusan, tetapi matlamat akhirnya mestilah mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang kita hadapi.

Di sini, pihak Kesatuan ingin mengingatkan kepada semua ahli dan diri saya sendiri agar berusaha menjalankan tugas di tempat kerja dengan rasa tanggungjawab, menjaga disiplin, tidak mempersendakan agama, dan menjauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang seperti rasuah dan salah guna kuasa. Kita belajarlah saling hormat menghormati dan tanamkan sikap mahu bekerjasama sesama kita. Sekiranya kita di kedudukan di atas menjawat jawatan yang lebih tinggi, tidak bermakna kita boleh menganiaya orang lain (terutama SKT yang patut dinilai dengan lebih adil dan munasabah, bukan peluang menindas dan membalas dendam).

Encik Amir/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Sekiranya kita masih ingat, CEUPACS pada tahun 2007 telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada Kerajaan. Selain dari kenaikan gaji, umur persaraan yang baru, juga menuntut peperiksaan PTK dimansuhkan. Mengenai tuntutan pemansuhan peperiksaan PTK, walaupun, Kerajaan tidak menunaikan tuntutan tersebut, namun kerajaan menyarankan kaedah-kaedah lain yang bersesuaian boleh dipertimbangkan. Pihak Kesatuan menyokong tuntutan CEUPACS dan ingin mencadangkan agar pihak Pengurusan mencari kaedah yang lebih efektif dari segi kos dipertimbangkan sebagai alternatif untuk urusan kenaikan pangkat warga kerja TM memandangkan kita adalah sebuah jabatan tertutup. Dengan cara sedemikian, kita mungkin boleh menyelesaikan beberapa masalah yang telah timbul baru-baru ini.

Encik Amir/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Di kesempatan yang akhir ini, bagi pihak AJK Kesatuan dan ahli keseluruhannya, sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada Y.Brs. Encik Amir kerana dapat meluangkan masa menghadiri majlis kita walaupun dalam kesibukan waktu dan kerja dan seterusnya sudi merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja TM kali ke-29.
Sekian, terima kasih.

Wassalam,
t.t
Noel Bin Nor Jettey
Naib Yang Dipertua bagi pihak YDP
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA TOURISM MALAYSIA

06 November 2008

Thursday, November 13, 2008

Jawatankuasa Usul

Cadangan Jawatankuasa Usul ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan yang lepas. Cadangan ini merupakan cadangan dari AJK Kesatuan. Dibawah adalah keterangan mengenai Jawatankuasa Usul yang akan ditubuhkan :-

OBJEKTIF

Bertujuan bagi :-

-Menggalakkan penglibatan ahli Kesatuan secara menyeluruh ke dalam Mesyuarat Bersama Jabatan melalui isu-isu yang disumbangkan ;

-Memudahkan penyaluran isu-isu melalui wakil-wakil yang dilantik mewakili setiap gred dan skim perkhidmatan dalam kumpulan sokongan ;

-Mendapatkan lebih ramai wakil bagi membuat penapisan/penentuan terhadap isu-isu yang akan dibawa kepada Mesyuarat Bersama Jabatan yang umumnya akan diadakan pada kekerapan 4 kali setahun ;

-Mengumpul lebih banyak fakta bagi menyokong sesuatu isu. Ini membolehkan sesuatu isu itu diperjelaskan sewajarnya kepada Pihak Pengurusan dan mendapat respon yang wajar daripada pihak Pengurusan ;

-Menggalakkan proses ”Follow Up” daripada Jawatankuasa terhadap status sesuatu isu yang dibawa ke Mesyuarat Bersama Jabatan ;


KEAHLIAN

1. Wakil AJK Kesatuan yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua

2. Wakil Kumpulan B (seorang wakil dari setiap gred)

2.1 Pegawai Pelancongan Gred E27, E32 dan E38
2.2 Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, N32 dan N36
2.3 Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred F29, F32 dan F38
2.4 Pereka Gred B27 dan B32
2.5 Penolong Akauntan Gred W27, W32 dan W36

3. Wakil Kumpulan C (seorang wakil dari setiap gred)

3.1 Pembantu Tadbir Gred N17,N22 dan N26
3.2 Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17, W22 dan W26
3.3 Juru Teknik Komputer Gred FT17 –FT22
3.4 Pereka Gred B17
3.5 Jurufoto Gred B17 - B22

4. Wakil Kumpulan D (seorang wakil dari setiap gred)

4.1 Ahli Fotografi Gred B11 – B18
4.2 Operator Prosesan Data Gred F14
4.3 Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 – N13
4.4 Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 – N4
4.5 Pemandu Gred R3 – R6

5. Wakil dari pejabat-pejabat negeri.


FUNGSI

1. Menjadi platform kerjasama antara ahli-ahli Kesatuan

2. Mewujudkan kesepakatan di dalam menangani isu-isu berbangkit yang timbul dari semasa ke semasa.

3. Menghimpunkan suara ahli-ahli dan penglibatan lebih menyeluruh dari semua ahli di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan


-----------------------------------------------------------------------

Tuan/Puan Ahli-Ahli Kesatuan,

Penubuhan jawatankuasa ini sangat penting bagi kita mengetengahkan apa jua permasalahan. Setiap isu yang akan dibincangkan dan dipersetujui bersama sebelum dibawa ke Pihak Pengurusan. AJK Kesatuan akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama ahli-ahli dari setiap gred dan tuan/puan akan melantik wakil dari kalangan tuan/puan.

Bagi gred yang mempunyai ramai kakitangan, lebih dari seorang wakil akan dilantik bergantung kepada kesesuaian dan keputusan perbincangan nanti. Kesatuan berharap dengan adanya wakil-wakil, lebih banyak isu, ’follow up’ dan penyelesaian dapat dibuat.

Kesatuan sangat berharap kerjasama semua ahli dan jawatankuasa ini dapat dijayakan bagi menjamin kepentingan ahli.

Friday, November 7, 2008

Terima Kasih Semua Ahli-Ahli Kesatuan


Salam,

Saya bagi pihak AJK Kesatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir memberikan sokongan untuk Mesyuarat Agong Kesatuan ke-29. Kesatuan juga mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Ketua Pengarah En. Amiruddin Abu diatas kesudian merasmikan mesyuarat ini.

AJK baru bagi sessi 2008/2009 adalah seperti berikut :-


Yang DiPertua - En. Jamaluddin Jantan

Naib Yang DiPertua - En. Noel Nor Jetty

Setiausaha - En. Mohd Hafiz Ibrahim

Pen. Setiausaha - En. Noorshearan Mohamed

Bendahari - En. Khaizarulnizam Eshak


AJK

1. Puan Zuraini Ahmad

2. En. Hasan Mohdin

3. En. Zakaria Yaacob

4. En. Hasrizal Muhammed Shawal Tukijan

5. En. Ahmad Sharifuddin Said

6. En. Mushtak Ahmad Mustapha

7. En. Radzlan Ramli


*** Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan door gift. Sekali lagi dimaklumkan, dalam tahun 2008 Kesatuan telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan sebanyak 2 kali. Yang pertama dalam bulan Februari 2008 (AGM ke 28 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2007 tetapi ditunda ke Februari 2008) dan yang ke-2 pada hari ini iaitu AGM ke 29, maka pihak AJK Kesatuan perlu berbelanja secara berhemat supaya perbelanjaan Kesatuan tidak mengalami defisit.
Adalah diharapkan semua ahli faham situasi ini dan pemberian door gift akan diadakan seperti biasa pada AGM ke 30 nanti, insyaallah.
Terima kasih.

Wednesday, November 5, 2008

RUMUSAN PERTEMUAN KESATUAN DENGAN PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

RUMUSAN PERTEMUAN (CONTACT REPORT)
KESATUAN DENGAN PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
(EN. MOHAMAD RAZIP HASAN) PADA
17 OKTOBER 2008



1. Kenaikan Pangkat
Masalah kriteria kenaikan pangkat dan memangku Gred 38 ke bawah - tiada konsistensi
a) Terdapat pegawai ditamatkan pemangkuan tanpa sebab yang wajar atau sebab tidak dinyatakan dengan jelas.
b) Terdapat pegawai yang dilanjutkan pemangkuan 3 bulan
c) Terdapat pegawai baru yang diberi pemangkuan
d) Terdapat pegawai yang dinaikkan pangkat sebelum keputusan PTK dikeluarkan

Komen Bahagian Khidmat Pengurusan
1. Wakil Kesatuan dan kumpulan A telah dijemput di dalam temuduga bagi maksud kenaikan pangkat gred 38 dan 32 lepas. Sepatutnya isu ini tidak timbul. Kesatuan sepatutnya maklumkan kepada ahli-ahli tentang perkara ini.
2. Ketetapan tentang tempoh pengalaman kerja 5 tahun ke 6 tahun bergantung kepada kehendak Pengerusi Jawatankuasa berkaitan. Pertukaran ketetapan dibuat bagi memudahkan saringan kerana terdapat ramai calon.

Respon Dan Cadangan Kesatuan
1. Kesatuan dimaklumkan oleh YDP Kesatuan yang beliau hanya dipanggil menjadi pemerhati semasa temuduga dibuat. Beliau tidak dipanggil untuk mesyuarat-mesyuarat seterusnya berkaitan keputusan temuduga.
2. Bagi kriteria kedatangan - Kesatuan juga memaklumkan yang terdapat panel yang tidak dimaklumkan yang tandatangan Pengarah bagi pegawai yg datang lambat tidak diambil kira dan dianggap datang lambat tanpa sebab.
3. Memandangkan TM menerima pakai Perintah2 Am dan semua Pekeliling Kerajaan maka Kesatuan meminta Pengurusan melihat kepada kriteria kenaikan pangkat dan pemangkuan di dalam Perintah Am Bab A perkara 37 Bahagian VIII dan mematuhinya.
4. Meminta pengurusan mematuhi maksud merit yang dinyatakan yang semata-mata merujuk kepada LNPT dan PTK di samping perkara-perkara lain yang dinyatakan mengikut keutamaannya.
5. Mewujudkan konsistensi di dalam menetapkan kriteria kenaikan pangkat dan pemangkuan. Kriteria yang berubah-ubah mengikut selera pucuk pimpinan haruslah dihindarkan.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah mengambil maklum akan perkara-perkara yang diutarakan oleh Kesatuan dan membawanya kepada perhatian Pengurusan Tertinggi.


2. Masalah Pengisian Pegawai Gred N Di Pejabat Luar Negara

Komen Bahagian Khidmat Pengurusan
Satu temuduga akan diadakan dalam masa terdekat. Sebelum akhir tahun calon akan diketahui. Pada peringkat awal Cuma 2 orang pegawai Gred N akan dihantar untuk mengisi jawatan di TM Dubai dan TM Tokyo

Cadangan Kesatuan
Kesatuan mencadangkan supaya diadakan satu kursus persediaan pegawai N ke luar negara berbanding temuduga yang akan menimbulkan prejudis. Dengan ini lebih ramai calon yang dikenalpasti dapat disediakan untuk penempatan apabila diperlukan. Kursus harus mencakupi semua aspek yang diperlukan seperti Grooming, Etiket Sosial,Public speaking dll mana yang berkenaan.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah mengambilkira akan cadangan ini.



3. Penilaian Tahap Kecekapan Gred F Dan B

Cadangan Kesatuan

Kesatuan meminta supaya PTK dalaman juga dipanjangkan kepada gred F dan B. Ini kerana bagi calon yang menumpang agensi lain, soalan-soalan yang dikemukakan adakalanya adalah berkaitan tugas2 dan aktiviti2 agensi berkenaan.
Keputusan juga lambat diperolehi (setahun) bagi calon yang mengambil PTK dengan JPA.
Memandangkan staf gred N, W dan E telah dibuat sendiri oleh TM – Kesatuan memohon agar PTK untuk gred F dan B juga dibuat di TM.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Pengurusan memaklumkan cadangan ini diterima dan akan mengusahakan ke arah itu. PTK gred N dan W dibuat sebagai permulaan dan akan dilanjutkan kepada gred2 lain.


4. Skim Insuran Hospital
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan bahawa YB Menteri telah bersetuju supaya skim ini diluluskan untuk perlaksanaan.

Respon Kesatuan
Kesatuan menyambut baik kelulusan tersebut kerana ianya adalah antara isu yang disuarakan oleh Kesatuan. Kesatuan berharap proses untuk perlantikan pemberi khidmat perlindungan insuran ini dapat dijalankan dengan telus.

5. Pembentukan Bahagian Baru -Pengurusan Rekod
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan yang beliau ingin mencadangkan untuk diwujudkan Bahagian Pengurusan Rekod memandangkan fail-fail di Tourism Malaysia tidak diselenggara dengan baik dan pengurusan fail dan rekod tidak mengikut prosedur sebenar.

Respon Kesatuan
Kesatuan menyambut baik cadangan tersebut selaras dengan kepentingan pengurusan rekod yang baik dan teratur. Kesatuan juga mencadangkan supaya diwujudkan Bahagian Latihan selaras dengan kepentingan pembangunan Modal Insan. Sekiranya perkara ini dianggap penting maka adalah sesuai bagi mewujudkan satu bahagian untuk ini. Pewujudan bahagian-bahagian khusus ini akan mengurangkan bebanan Pengarah Pengurusan dan membolehkan Pengarah Pengurusan fokus kepada skop tanggungjawabnya.


6. Pegawai Kontrak Sebagai Pengarah Serantau Gred E54

Komen Kesatuan
Penempatan pegawai gred 54 tidak ada di dalam penstrukturan yang diluluskan tetapi dilaksanakan secara tergesa-gesa. Ada jawatan-jawatan yang diluluskan dalam pengstrukturan semula tidak diisi dengan sewajarnya seperti gred N di pejabat-pejabat negeri dan pejabat-pejabat luar negeri. Kesatuan juga menganggap pengwujudan jawatan ini akan meningkatkan kos operasi pejabat berkenaan. Sekiranya jawatan ini diwujudkan juga, maka negara China adalah tempat yang terbaik memandangkan pasaran disana sedang meningkat. Selain itu, gred jawatan yang sama antara Pengarah Serantau dan Pengarah di ibu pejabat juga akan memberikan satu situasi yang sukar untuk membuat keputusan.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan yang kos operasi pejabat-pejabat berkenaan tidak akan bertambah memandangkan jawatan E54 akan ditempatkan di pejabat berkenaan dan bukannya menyewa premis yang lain. Beliau juga memaklumkan yang penempatan ini merupakan antara pengukuhan yang dibuat bagi meningkat daya saing Tourism Malaysia di pasaran-pasaran berkenaan dan mengambilkira pandangan Kesatuan berkenaan jawatan ini di negara China.
Beliau juga memaklumkan yang mengikut prosedur yang betul, semua Pengarah Serantau perlu melapor atau mendapat kelulusan dari Pengarah di ibu pejabat untuk membuat sesuatu keputusan.