Wednesday, May 30, 2012

CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir

KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42.

Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan.
CUEPACS juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

“Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor.

“Cadangan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.

 
Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan.

“Gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula,” katanya.

Katanya, kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik.

“Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak,” katanya.




-Berita Harian online/maa.

Sunday, May 27, 2012

Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah sendiri: CUEPACS

MACHANG: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri. 

Setiausaha Kewangan CUEPACS, Jaapar Mansor, berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Jaapar yang juga Pengerusi CUEPACS Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini. 

"Walaupun ia bukan tuntutan utama CUEPACS namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya. 

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya. 


Sementara itu, beliau berkata, CUEPACS mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu. 

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).

-Bernama/maa.

Saturday, May 26, 2012

4 cadangan CUEPACS - Hargai 630,000 penjawat wanita

KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.

Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.

“Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.

“Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.

Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.

“Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.

“Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.

Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka.
-Berita Harian online/maa.

Wednesday, May 23, 2012

Perkasa peranan kesatuan sekerja - TPM


Muhyiddin Yassin bertanyakan sesuatu kepada seorang penerima sumbangan kerusi roda yang ditimpa bencana pada Majlis Perjumpaan Bersama Kesatuan Sekerja di Persada Johor, Johor Bahru, semalam. Turut hadir Abdul Ghani Othman (kiri) dan S. Subramaniam (tengah). - BERNAMA


JOHOR BAHRU 22 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak kesatuan-kesatuan sekerja memperkasakan peranan serta hala tuju agar lebih proaktif dan bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia juga bagi mengukuhkan persefahaman dengan majikan sekali gus mengurangkan pertikaian atau pergeseran perusahaan. Kata beliau, tumpuan terhadap aspek itu dapat meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak tanpa memerlukan campur tangan atau sebarang tekanan daripada kerajaan.


"Sebagai contoh, hanya 311 kes pertikaian perusahaan dilaporkan pada 2011 berbanding 436 kes pada 2000 iaitu pengurangan sebanyak 28 peratus. Perkembangan positif ini memberi manfaat besar kepada semua pihak berkaitan. "Persekitaran kerja yang kondusif amat memerlukan kerjasama padu dan persefahaman jitu antara kesatuan sekerja dengan majikan sama ada meliputi hal ehwal kebajikan pekerja atau pengurusan serta prestasi syarikat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri Bersama Kesatuan Sekerja peringkat Zon Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan dana sebanyak RM100 juta untuk Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK) bertujuan meningkatkan kemahiran di kalangan pekerja dan sumbangan kerusi roda kepada sembilan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami kemalangan semasa bekerja.


Menurut Muhyiddin, kerajaan sentiasa memberi tumpuan berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja yang mana pelbagai inisiatif ke arah memantapkan jaringan keselamatan sosial sedang dilaksanakan. Ia katanya, termasuk semakan semula akta-akta perburuhan secara holistik. Tambahnya, semua cadangan penambahbaikan itu dibincangkan melalui kaedah tiga hala membabitkan kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja yang mewakili kepentingan keseluruhan warga pekerja.
-utusan/maa.

Majlis Doa Selamat Ketua Pengarah

Untuk makluman semua warga Tourism Malaysia, bersama-sama ini dipanjangkan Jemputan Ke Majlis Y.Bhg. Dato' Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah TM pada 24 Mei 2012 jam 7.00 petang bertempat di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.  Kepada semua yang mempunyai masa lapang adalah dimohon untuk sama-sama menghadirinya.  Terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t…



Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,


Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi di atas selesainya perbicaraan kes saya dengan penghakiman Mahkamah telah diputuskan pada 17 Mei 2012 lalu. Dengan hormatnya di sini saya ingin menjemput pihak Y.Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan ke majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 24 Mei 2012 (Khamis)


Masa : 7.00 petang


Tempat : Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya

 
Aturcara :-


7.00 pm : Ketibaan tetamu di Masjid Putra, Putrajaya


7.21 pm : Solat Maghrib Berjemaah


Doa Selamat


Jamuan Ringan


8.34 pm : Solat Isyak Berjemaah


- Selesai -



Di atas kehadiran Y.Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan dalam melapangkan masa untuk turut bersama di majlis kesyukuran ini amat saya hargai dan ucapkan ribuan terima kasih. Semoga majlis ini mendapat limpahan kerahmatan dan keberkatan dariNya…InsyaAllah.




(Dato’ Mirza Mohammad Taiyab)

Sunday, May 20, 2012

Cuepacs mahu 3 nama penjawat awam terbabit perhimpunan 28 April


KOTA BAHARU 20 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan melibatkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.


“...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu Cuepacs menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui pemberita selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.


Omar berkata, Cuepacs juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku anggota perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.


Beliau juga mengulangi bahawa Cuepacs tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram.


"Mereka yang ditahan perlu menanggung sendiri risiko kerana menyertai perhimpunan haram adalah di luar bidang kita untuk membantu mereka yang terbabit.


"Dalam peraturan juga jelas menyebut penjawat awam tidak boleh menyertai perhimpunan seperti itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," katanya.


Beliau berkata, jika didapati bersalah, penjawat awam yang berkenaan boleh dibuang kerja.
-bernama/maa.

Friday, May 18, 2012

Mirza, Rosly bebas tuduhan pecah amanah RM888,000


MIRZA Mohammed Taiyab (kanan) dan Mohammad Rosly Md. Selamat berpelukan di luar Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah.

KUALA LUMPUR 17 Mei - Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammed Taiyab dan bekas Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Bhd. (Pempena), Mohammad Rosly Md. Selamat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan pecah amanah berjumlah RM888,000, lima tahun lalu.

Hakim Che Zulkifly Jusoh memutuskan demikian tanpa memanggil mereka membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Ketika keputusan yang memihak kepada kedua-dua tertuduh itu dibacakan, Mirza dan Mohammad Rosly dilihat tersenyum sambil memandang ke arah ahli keluarga dan rakan mereka yang memenuhi setiap ruang di dalam galeri awam mahkamah tersebut.

Dalam keputusannya, Che Zulkifly menyatakan, kedua-dua tertuduh tidak melakukan intipati penting dalam sesuatu pertuduhan yang membabitkan kes pecah amanah.

Selain itu, menurut beliau, keterangan pihak pendakwaan hanya bergantung kepada borang kiriman wang yang ditandatangani oleh Mirza dan Mohammad Rosly bertarikh 26 Februari 2007 sedangkan pertuduhan yang didakwa ke atas mereka adalah pada 27 Februari 2007.

Berikutan itu, beliau berpendapat, tarikh pertuduhan tidak dinyatakan dengan jelas oleh pihak pendakwaan.

Mirza, 55, dan Mohammad Rosly, 58, didakwa meluluskan pembayaran RM888,000 ke dalam akaun LCL Interior di Mashreq Bank Dubai bagi projek pembinaan restoran Malaysia di Dubai tanpa mematuhi syarat-syarat yang sepatutnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Pempena di Tingkat 13, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 41, Jalan Sultan Ismail di sini pada 27 Februari 2007.

Mirza ketika ditemu bual oleh pemberita di luar mahkamah menyatakan, beliau lega dan bersyukur dengan keputusan yang akhirnya dapat membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan perbuatan itu.

Ini merupakan pembebasan Mirza kali kedua daripada pertuduhan di mahkamah.

Kali pertama dia dibebaskan pada 24 Julai 2009 oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian berjumlah RM13,860 tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat.

Sementara itu, Mohammad Rosly menganggap dua tahun yang dilaluinya sangat mencabar namun dia yakin dengan sistem keadilan di negara ini dan turut berterima kasih atas kerja keras yang dilakukan oleh peguam-peguam yang mewakilinya.

Beliau diwakili oleh peguam Rajender Singh dan R. Ragumaran manakala Mirza diwakili oleh Datuk Saseedharan Menon dan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim dan Azlina Rasdi.

Sebelum bersurai, salah seorang ahli keluarga Mirza membaca doa kesyukuran di luar mahkamah.
-Utusan/maa.

Thursday, May 17, 2012

Mirza dilepas, dibebas tuduhan pecah amanah RM888,000

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Bhd (PEMPENA) Mohammad Rosly Md Selamat, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM888,000.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membuat keputusan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie

Monday, May 14, 2012

IT Day Tourism Malaysia - 17 May 2012

-Bahagian Teknologi Maklumat, Tourism Malaysia.

24-hour KR1M for Cuepacs


MUAR: Cuepacs plans to operate its five Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) shops round-the-clock just like 7-Eleven outlets, its president Datuk Omar Osman said.
“We will look for the most suitable sites in the country to set up our KR1M shops. We want them to really serve those in the low income groups,” he said after attending Muar Municipal Council’s open day gathering.
He said Cuepacs’ KR1M outlets would be managed and operated by Cuepacs’ cooperative body and expected to hire at least 25 workers.
He said Cuepacs was grateful to Prime Minister Datuk Seri Najib Razakfor allocating the five outlets to Cuepacs.
Omar said he would also ensure all Cuepacs’ KR1M shops were professionally managed as they could generate greater economic growth for the cooperative.
He said if the operations were successful, the five outlets could earn revenue of about RM500,000 every year. Cuepacs may also apply for additional outlets.
-thestar/maa.

Sunday, May 13, 2012

Kebajikan pekerja dijaga - Najib


Ribuan warga pekerja yang hadir pada Perhimpunan Hari Pekerja 2012 bertemakan Pekerja Berinovatif Penggerak Tranformasi yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat MAEPS di Serdang, Selangor, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kebajikan pekerja akan menjadi falsafah dan agenda perjuangan kerajaan pada masa kini dan akan datang. Beliau berkata, ia akan menjadi pegangan kerajaan bagi memastikan semua pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan meraih keuntungan. ''Kalau kita menjaga kebajikan pekerja, pekerja akan untung, syarikat untung malah kerajaan juga akan meraih keuntungan. ''Namun jika kita menekan kebajikan pekerja, syarikat tidak akan mendapat keuntungan tambahan, pekerja rugi, syarikat pun rugi dan negara juga akan rugi,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena Sambutan Hari Pekerja 2012 peringkat kebangsaan yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.


Lebih 10,000 pekerja menghadiri sambutan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Presiden Kesatuan Kongres Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan.


Dalam pada itu, Najib mengingatkan semua pihak untuk meningkatkan produktiviti masing-masing selaras dengan kenaikan gaji. Beliau mengambil contoh prestasi luar biasa yang dicatatkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memperlihatkan lonjakan tinggi dalam produktiviti. ''Jika kita lihat contoh tersebut, kita boleh bayar gaji lebih kepada jabatan dan agensi lain tanpa menjejaskan ekonomi tetapi kita kena tambah produktiviti,'' ujar beliau. Beliau juga percaya hubungan baik dan persepakatan antara kerajaan, majikan dan pekerja yang wujud di negara ini sekarang akan memudahkan perjalanan untuk menjayakan transformasi negara. "Saya penuh yakin dengan kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan maka kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan harmoni dan kondusif,'' katanya.
-utusan/maa.

Saturday, May 12, 2012

10 KR1M to be given to MTUC and Cuepacs


SERDANG: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has announced that 10 Kedai Rakyat 1Malaysia will be given to MTUC and Cuepacs to manage in honour of their contributions.
The umbrella union bodies for the private and public sector respectively would be given five stores each but the location has yet to be announced.
The prime minister also paid tribute to the nation's workforce, calling them the backbone of the country whose welfare will not be ignored.
"The reality is that without dedicated workers and their loyalty to the country, we will not be able to achieve the prosperity and development that we have," he said in his speech at the Workers Day gathering here on Saturday.
Ensuring the welfare of workers, he said, was a win-win situation as it would also increase productivity and revenue for companies.
The celebration themed 'Innovative Workers: The Movers of Transformation', was attended by workers from both the private and public sector.
-thestar/maa.

Thursday, May 10, 2012

Auditor-General: Take action on misuse of govt money


PUTRAJAYA: The Auditor-General wants all government department heads to get tough on the mismanagement of government spending.
Tan Sri Ambrin Buang said his annual audit of the public sector would be meaningless if no action was taken to rectify the shortcomings.
"Some may feel that there is no point in the A-G preparing a report when at the end of the day, nothing happens," Ambrin said in his keynote address at the 14th Perdana Discourse Series organised by the Perdana Leadership Foundation and Universiti Teknologi Mara here Wednesday.
He was addressing some 250 people in the talk entitled "Enhancing Accountability and Integrity in the Malaysian Public Sector Are We Doing Enough?"
He said his office, manned by some 2,000 auditing and support staff, faced resource constraints. Hence, credible internal audits were needed to complement the A-G office's efforts.
However, he noted that auditors were not the only ones responsible for enhancing accountability and integrity in the public sector.
"Members of the administration, heads of ministries, chief executive officers of statutory bodies, Parliament and the state legislature, the media and the larger civil society, too, have and should play their roles," Ambrin said.
-thestar/maa.

Wednesday, May 9, 2012

APC 2011

Tarikh: 10 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 4.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan, Malaysia

Warga Tourism Malaysia! Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Tourism Malaysia.
-nydp.

Tuesday, May 8, 2012

CUEPACS minta senarai anggota suruhanjaya diumum bulan ini

PUTRAJAYA: CUEPACS berharap supaya Suruhanjaya Khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara, dapat ditubuhkan dalam bulan ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sehingga kini kerajaan masih belum mengumumkan senarai anggota suruhanjaya itu, ketika pihaknya menerima pelbagai pertanyaan daripada anggota gabungan mengenainya.
"Harapnya dalam tempoh terdekat ini, sebelum bulan sambutan Hari Pekerja ini berlalu, mohon jasa baik kerajaan supaya dapat umumkan senarai nama anggota suruhanjaya itu," katanya dalam sidang media di pejabat Kepertama, Universiti Putra Malaysia di sini.
Beliau berkata, kebanyakan anggota gabungan yang membuat pertanyaan adalah dari kalangan 23 kesatuan sekerja. 

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. 

Omar berkata, beliau difahamkan suruhanjaya itu nanti akan mencadangkan penampilan sistem gaji bagi menyelesaikan pelbagai isu yang dibangkitkan seperti gaji maksimum, kekananan pegawai, kenaikan pangkat, dan sebagainya. 
-Bernama/maa.

Monday, May 7, 2012

CUEPACS mahu nasib 16,000 kakitangan KEMAS diselesaikan segera

SEREMBAN: CUEPACS hari ini menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.




Omar berkata, beliau sudah maklumkan perkara ini kepada menteri berkenaan baru-baru ini dan berharap menteri itu dapat mengambil tindakan secepat mungkin. "Mereka ini sudah berkhidmat lama dalam Kemas dan tidak ada pencen dan pinjaman perumahan, jadi mengapa mereka tidak boleh diberikan umur bersara sehingga 60 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Persatuan Keluarga KEMAS Malaysia di Paroi, di sini. 

Omar berkata, pihaknya juga menuntut agar kesemua 200 kakitangan KEMAS yang diberhentikan sejak beberapa bulan lalu, selepas sampai had umur bersara wajib 58 tahun, diambil kembali dan disambung perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun seperti kakitangan berstatus tetap.

-Bernama/maa.

Tokoh kesatuan sekerja


Peranan kepimpinan kesatuan sekerja dalam era globalisasi amat mencabar kerana mereka bukan sahaja berjuang untuk meningkatkan kadar gaji dan kebajikan pekerja tempatan menerusi perundingan kolektif dengan majikan, malah juga bergiat bagi meningkatkan hak-hak pekerja di seluruh dunia. Antara perjuangan hak pekerja yang sering  ditekankan adalah supaya kerajaan menetapkan kadar upah minimum, menentukan jam bekerja maksimum dan memastikan keselamatan di tempat kerja.

Dalam membuat tuntutan berkenaan, pemimpin kesatuan sekerja sering diingatkan kerajaan bahawa mereka tidak boleh membuat tuntutan tidak munasabah sehingga menjejaskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020. Ketika kegawatan ekonomi seperti pada 1997, kepimpinan kesatuan sekerja juga sering diminta supaya tidak bertindak di luar batasan apabila ada pekerja yang terpaksa dibuang kerja kerana kilang ditutup. Berikut ialah tiga tokoh kesatuan sekerja yang telah berbakti kepada pekerja.

DATUK ZAINAL RAMPAK

ZAINAL berucap pada sambutan Hari Pekerja MTUC di Subang Jaya, Selangor pada 2001.

Siapa tidak mengenali Zainal Rampak, 72, yang pernah menjadi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama kira-kira 18 tahun. Anak jati Kampung Pinang, Tanjung Keling, Melaka ini mula dipilih sebagai Presiden MTUC pada 1986 ketika berusia 46 tahun dan memegang jawatan itu hingga usia 64 tahun pada 2004.

Bapa kepada empat anak hasil perkahwinan dengan Datin Zainab Abdullah @ Szeto Swee Chun tidak lagi menyandang jawatan itu setelah kalah kepada Syed Shahir Syed Mohamud dengan perbezaan 47 undi. Beliau yang berpendidikan Sekolah Tinggi Melaka pernah menjadi penoreh getah, buruh di tapak pembinaan serta guru dan kemudian beralih untuk berkhidmat bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pengangkutan (NUTW).

Suaranya yang lantang memang digeruni. Pantang ada isu melibatkan kebajikan pekerja di negara ini, beliau tidak akan berundur walau setapak untuk memperjuangkan hak pekerja yang bernaung di bawah payung MTUC.
Di kalangan majikan, Zainal dianggap sebagai musuh sehingga beliau pernah menerima ugutan bunuh, sebaliknya golongan pekerja pula menyanjungnya seperti wira. Ketika menjadi Presiden MTUC, antara isu yang sering diperjuangkan beliau adalah supaya ditetapkan gaji minimum.

Dalam tempoh kepemimpinannya, MTUC mengalami dua corak perjuangan yang berbeza. Pertamanya, era ‘permusuhan’ dengan pihak kerajaan dari 1986 hingga 1994. Sepanjang tempoh itu, MTUC begitu kritis dan sentiasa menentang dasar kerajaan, khususnya yang mengutamakan kepentingan pihak pelabur dan majikan. Ketika itu, Zainal juga memperlihatkan kesungguhan menentang dasar kerajaan yang dikatakan antikesatuan dan tidak prihatin terhadap kepentingan golongan pekerja. Sikap keras dengan kerajaan adalah berikutan latar belakang Zainal yang sebelum itu pernah menjadi ahli DAP dan kemudian sebagai pemimpin Parti Melayu Semangat 46.

AHMAD NOR
Beliau yang berasal dari Alor Setar, Kedah ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dari 1983 hingga 1986. Sebelum itu, beliau yang berkelulusan dari Kolej Sultan Abdul Hamid juga telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Presiden MTUC dari 1988 hingga 1990.

Semasa memimpin CUEPACS, beliau dikenali sebagai seorang yang paling lantang memperjuangkan kebajikan kakitangan awam di negara ini dan tidak mudah bertolak ansur ketika mengadakan rundingan dengan kerajaan.
Beliau juga ialah individu yang mempromosikan idea kerjasama antara kesatuan sekerja sektor swasta dan awam.
Ahmad yang terkenal dengan kebolehannya berpidato juga dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia dan mahukan layanan saksama kepada para pekerja. Beliau juga ialah individu yang bertanggungjawab merealisasikan pembinaan bangunan Wisma CUEPACS di Jalan Gajah, Kuala Lumpur.

Pada Mac 1986, beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dengan menyertai Parti Sosialis Demokratik (SDP) dan kemudiannya DAP. Beliau pernah bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum 1986 tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).
Kemudian beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Gopeng 1987, tetapi tewas kepada Setiausaha Agung MCA ketika itu, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh. Dalam pilihan raya umum Malaysia 1990, beliau menang bertanding di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang tetapi gagal mengekalkan kawasan itu pada 1995. Beliau yang berkahwin dengan Mariam Bibie Ibrahim dan mempunyai lima anak, meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2003 ketika berusia 60 tahun kerana kanser paru-paru.

DATUK OMAR OSMAN
PRESIDEN CUEPACS sejak 2006 berasal dari Kampung Kundur, Rembau, Negeri Sembilan. Omar, 62, yang berkelulusan Sekolah Menengah Vokasional Johor Bahru pernah berkhidmat sebagai guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Juruteknik Kanan, Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada 2007, beliau yang berkahwin dengan Datin Rahida Abdul Malik dan mempunyai seorang anak mencatatkan sejarah apabila menjadi Presiden pertama yang menang tanpa bertanding sepanjang 30 tahun penubuhan CUEPACS.

Sepanjang menjadi Presiden, antara isu yang diperjuangkan beliau adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan di kalangan kakitangan awam dengan meminta kerajaan menyediakan geran untuk tujuan latihan, skil dan pembangunan kerjaya. Turut diperjuangkan adalah pelanjutan umur bersara untuk kakitangan awam dan diserap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya mendesak kerajaan supaya memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat tidak adil.

Sehubungan itu, semua 1.4 juta kakitangan awam kembali tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan termasuk kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga menerima saranan CUEPACS supaya Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan daripada RM200 bagi kawasan B, manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
-Utusan/maa.

Wednesday, May 2, 2012

13 pokok ditanam simbolik sambutan Hari Pekerja


Adnan Yaacob bersama Omar Osman (kiri) menanam pokok di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada program Penanaman Pokok sempena Sambutan Hari Pekerja di Kuantan, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


KUANTAN 1 Mei - Sebanyak 13 batang pokok Meranti Tembaga ditanam di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Pekerja di sini semalam.


Pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob turut bersama-sama kakitangan dari seluruh negara menanam pokok tersebut sebagai tanda simbolik sambutan berkenaan.
Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, program itu merupakan satu transformasi sempena menyambut Hari Pekerja berbanding tahun sebelum ini.


"Usaha menghijaukan bumi Malaysia bukan sahaja terletak pada tangan sesetengah pihak sahaja, malah kakitangan awam turut terlibat. "Program ini secara tidak langsung memupuk kesedaran masyarakat bahawa usaha menghijaukan negara adalah tanggungjawab bersama," katanya ketika berucap pada program Penanaman Pokok sempena Hari Pekerja di sini.


Menurut beliau, melalui program seperti itu, ia juga dapat menyediakan persekitaran yang sihat, selamat, sejahtera dan indah untuk orang ramai. Dalam pada itu katanya, Pahang merupakan negeri kelima yang menerima kunjungan CUEPACS untuk sambutan berkenaan di peringkat kebangsaan selepas Johor, Melaka, Terengganu dan Perak.
-Utusan/maa.