Friday, March 13, 2009

Blog, Jomla dan TM Edisi

Salam semua, sudah lama blog ini tidak aktif maklumlah kumpulan penulis hanya boleh akses blog di luar pejabat. Tidak berkesempatan untuk update apa-apa. Tapi bila melihat hits agak menghairankan, walaupun tiada cerita baru blog TM Union tetap ada pengunjung.
Sekatan pada blog menarik nafas ramai orang-orang tertentu, entah kenapa tapi bila sebut saja blog, ramai orang akan menganggapnya sensitif. Blog di TM akan terus dirujuk kepada blog Union, walhal TM sendiri ada blog khusus untuk aktiviti pelancongan yang mana moderatornya adalah kumpulan penulis-penulis TM.

Sebagai gantinya TM Union diberi ruang dalam Jomla, iaitu intranet TM dan juga dalam Edisi TM. Maka selepas ini semua cerita-cerita yang akan dipaparkan adalah cerita-cerita manis mulut.

Union bukanlah satu kumpulan yang hanya akan buat bising tanpa sebab atau kumpulan pendesak tapi kita mencari penyelesaian atas isu-isu yang tidak selesai. Sejak dari MBJ tempoh hari, belum nampak secara agresif apa yang dibincangkan tempoh hari selesai. Cuma 3 pegawai gred N diberi surat untuk tawaran ke luar negeri dan borang soal selidik perumahan di Putrajaya di edarkan kepada semua staf. Lain-lain isu masih samar-samar. Minit MBJ pun belum dikeluarkan lagi.

Teringat MBJ tahun lepas, bila isu Pempena diutarakan, pihak pengurusan tidak berapa senang dan menganggap Union dan Kumpulan A tiada hak membincangkan soal berkenaan. Tapi terbukti bila 4 pegawai atasan Pempena diarah menginggalkan office dalam tempoh 24 jam beberapa hari lepas untuk siasatan lanjut dalam kes pecah amanah.

Union wujud bagi memberi ruang-ruang perbincangan yang akan membawa kebaikan untuk semua pekerja. Kita sebenarnya tidak akan nampak apa kekurangan diri kita, yang disekeliling kitalah yang akan nampak kekurangannya dan membuat teguran serta cadangan supaya sesuatu kekurangan itu dapat dibaiki supaya lebih sempurna.

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

Hidup Kesatuan TM....rasa rindu untuk membaca apa yg berlaku di TM melalui blog nih..walaupun dibaca dari luaq off..yg peliknya, kenapa la mau blok blog Union ini...rasa DORANG yg baca dlm Blog ini dah panas bontot kot apabila dan terkena dibatang hidung sendiri..

isu2 MBJ nampaknya mcm tak berjalan sahaja...Pengurusan mcm terlampau sibuk sehinggakan isu2 pekerja diambil sambil lewa..Kalau dah tak cukup kakitangan tu, ambik la staff2 yg tak berapa ada keja skrang ni kat Bahagian2..kesian mereka2 ni..
bykkan staff2 di Bahagian Pengurusan untuk menyelesaikan masalah2 yg belum selsesai lg...WUJUDKAN bahagian SUMBER MANUSIA..apa la yg di takutkan oleh pengurusan sampai tidak mahu atau terlepas pandang dalam mewujudkan Human Resource Department..mmmmmm...sebab rasa tak masyuk kot...berkepentingan sana nih...staff diabaikan...

Cerita di Industri Pelancongan peringkat atasan sudah bertambah panas skrang..tunggu2 la, insyallah akan ada panas bontot lg kot lepas ni..

jika lepas ni, staff2 sendiri dah tak mau respect BOS2, jgn la salahkan staff2 nih yek..BOS2 yg tak mau menghormati staff2 bawahan mcm kami ni...Tunggu sapa yg kena...hehehe

Anonymous said...

Salam semua rakan2...jika mempunyai permasalahan atau pertolongan atau bantuan berkaitan isu2 atau pertikaian perindustrian kat tourism ni..harap semua jgn la takut atau segan silu untuk berjumpa dgn ajk2 kesatuan agar permasalahan tuan/puan dapat dibantu oleh kesatuan..

Berani kerana benar, takut kerana salah

Anonymous said...

salam,

Kesatuan sebagai platform. Ahli mahupun bukan ahli sebenarnya memegang tampuk kuasa yang tulin. Kuasa Kesatuan terhad, namun kerja keras serta maklumat dan pandangan ikhlas dari ahli dan bukan ahli akan dijadikan inspirasi, tenaga dan oksigen sejati dalam memperjuangkan hak-hak pekerja. Semua perlu bersatu. Semua perlu bersatu. Pihak yang batil dah panas luar dan dalam. Saluran telah disediakan. Nantikan kemunculan kuasa baru dalam diri masing-masing. Ingat, sejarah perlu dicipta bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua. Laungkan kata-kata berani dengan telus dan tersusun.