Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
22 Ogos 2009 umat Islam dijangka akan mula berpuasa di Bulan Ramadhan. Sebagai seorang Islam, kita disaran untuk melakukan banyak ibadah kerana Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa didalam Islam. Pada bulan inilah, dibuka pintu syurga dan di tutup pintu neraka dan diikat para syaitan disepanjang bulan ini.
Tanggal 31 Ogos 2009 pula kita akan menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke 52. Kita hendaklah bersatu padu, menjaga hubungan baik antara kaum demi kesejahteraan Negara kita agar kekal aman untuk diwarisi oleh anak cucu kita dimasa hadapan.
Disamping itu dengan penularan wabak H1N1 yang agak ketara sekarang ini, kita hendaklah sentiasa menjaga diri dan keluarga kita daripada dijangkiti oleh Virus yang amat merbahaya ini. Kita hendaklah sentiasa menggunakan penutup mulut setiap kali kita keluar khususnya semasa membeli-belah di Bazaar Ramadhan serta di pasaraya bagi kelengkapan berbuaka puasa dan berhari raya.
Akhir kata, saya dan AJK Kesatuan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA AHLI KESATUAN SERTA WARGA TOURISM MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE 52.
Wassalam.
JAMALUDIN JANTAN
Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Tourism Malaysia
20 Ogos 2009
2 comments:
YDP, apa nih! tegas & laju la skit bwk bahtera Kesatuan ini!!! Apa yang dilihat slow jee YDP thn nih. Lemah ahli2 tengok.. Sebagai ahli Kesatuan, saya lihat Setiausaha Kesatuan je banyak membuat ucapan & perutusan. Setiausaha Kesatuan, Awk nanti jd la YDP tahun ini..Bawak kesatuan ke era kegemilangan. caiyok2
Pilih la jawatankuasa yang kuat, buat kerja & drastik skit..jgn ambik AJK yang kaki tido & tumpang glamour jee..
Kepada AJK2 yang dirasakan sepatutnya berundur..berundur lah dengan cara kehormat yek..yang boleh buat keja tu, teruskan perjuanganmu...
Post a Comment