Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Bagi pihak Presiden dan barisan Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, dengan penuh rasa kesyukuran dan keikhlasan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah kepada semua warga Tourism Malaysia khususnya kepada Ahli-Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Presiden dan barisan Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ingin memperingati kembali ahli-ahli landasan perjuangan kami demi memartabatkan ahli-ahli adalah memajukan kepentingan ahli-ahli dalam hal perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan. Pihak kesatuan tidak akan teragak-agak untuk bertindak dengan lebih jauh dan drastik bagi menyelesaikan permasalahan ahli-ahli yang munasabah demi memajukannya. Untuk makluman warga Kesatuan, pihak kesatuan bertindak untuk kebajikan ahli-ahli adalah dilindungi dibawah Akta Kesatuan 1959, Peraturan 1959 di bawah Undang-undang Buruh dan Perlembagaan Malaysia dan telah di daftar di bawah Akta Pertubuhan Kesatuan, dengan Akta tersebut belum ada majikan yang mendakwa kesatuan atas apa-apa tindakan perusahaan kerana mengikut akta tersebut ianya terlindung. Maka dengan ini Kesatuan menyeru kepada ahli-ahli agar jangan gentar untuk bersama-sama kami untuk menegakkan kebenaran.
Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Pekerja-pekerja dan majikan tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu, jikalau pincang satu pihak maka sumbanglah perjalanan. Sekiranya sudah ada pekerja dan majikan maka timbullah kewujudan kesatuan pekerja-pekerja untuk mengimbangi kedua-dua pihak kerana dibimbangi akan ada berlaku berat sebelah. Menurut statistik Malaysian Trade Union Congress (MTUC), jumlah Kesatuan yang berdaftar adalah sebanyak 662 (sehingga Februari 2009) dan sebanyak 133 Kesatuan Sekerja berdaftar bagi sektor awam (sehingga Februari 2009).
Akhir kata, Barisan Jawatankuasa Kesatuan sentiasa mendoakan kepada semua agar Ramadhan kali ini dapat mendidik setiap hati dan jiwa kita pada setiap ketika tunduk dan patuh kepada Pencipta. Dengan segala RahmatNya yang sentiasa tercurah di bulan penuh kemuliaan dan keberkatan, semoga telah terpadam juga di hati kita sifat-sifat riak dan sombong yang sentiasa menjadi sebab kebinasaan manusia baik di dunia mahu pun di hari Pengadilan. Mudah-mudahan ibadah kita di bulan Al Mubarak ini akan tidak menjadi sia-sia.
Dikesempatan ini juga sukalah Kesatuan mengingatkan kepada semua agar sentiasa beringat dan berhati-hati di jalan raya apabila balik ke kampung halaman. Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa berbahagia di Hari Raya pada tahun ini bersama keluarga tersayang dan dilimpahi HidayahNya. Sekian
Salam Syawal, Maaf Zahir & Batin
(MOHAMMAD HAFIZ IBRAHIM)
SETIAUSAHA
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
s.k Presiden Kesatuan
Naib Presiden
Jawatankuasa Kesatuan
2 comments:
Salam Hari Raya kepada jawatankuasa Kesatuan..Semoga semangat dari jawatankuasa Kesatuan tidak lentur & bertambah kekuatan dari semasa ke semasa. Ahli2 Kesatuan juga perlulah sentiasa menyokong segala perjalanan kesatuan dan bersatu padu agar mencapai matlamat kesatuan
Salam Kesatuan
Ada dgr2 dalam pertukaran baru akan datang ini akan jd carca merba blk. Ada staf yang baru setahun dua or beberapa bulan duk kat bahagian akan ditukarkan ke bahagian lain, kelakar betul la. kepelbagaian pengalaman tugas yang menggunakan pertukaran 4 tahun tidak dipraktikkan mcm dulu2.
Ada bahagian2 yang besar telah dikurangkan staff, terutama kepada staff kumpulan sokongan..bebanan keja makin bertambah la kat staff bahagian2.Kat admin skrang kalau ditengok2, sorang pegawai/staf sorang satu keja. Dulu tgk, pegawai admin yang byk keja selaras dengan tugas2 admin yang menjaga/memantau pegawai/kakitangan, skrang budak2 admin boleh lepak2 & chat2 gi. kalau kat bahagian, sorang pegawai/staff berlambak2 keja.
kejap tukar-kejap tukar..harap Kesatuan akan ambik pendekatan yang drastik dalam isu ini.
Jgn lepas ni staff memberontak oii!!!
Lagi satu
MANA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA YANG DIPERJUANGKAN SELAMA INI????
Post a Comment