Tuesday, January 19, 2010

En. Razali Embong

Sebagai email yang dikeluarkan oleh En. Mohamad Nor Karto :-

Marilah kita bacakan surah al-fatihah kepada yang dikenali ramai dikalangan rakan-rakannya sebagai Pok Li atau nama rasminya En. Razali Bin Embong yang telah dimasukan ke Wad ICU Tingkat 3 Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu petang semalam kerana sesak nafas supaya kesakitan yang dirasainya cepat sembuh seperti sediakala.
Bagi anda yang ada kesempatan masa bolehlah menghubungi En. Suhaimi(Pengarah TM Terengganu) di talian 012-9090550 atau Norsamsaini di talian 013 6707893 untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

------------------
Maklumat terakhir - En. Razali yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru berair kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan hayat.

Monday, January 18, 2010

Tuntutan Dobi Semasa Kursus

Antara perkara yang dibincangkan semasa MBJ ialah kemudahan dobi semasa berkursus. Alhamdullilah perkara ini telah dipersetujui dan diluluskan oleh YBhg Dato' Ketua Pengarah.

Berikut adalah petikan kadar & syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran semasa berkursus, yang dikeluarkan oleh unit Latihan dalam lampiran A bersama surat tawaran kursus.

Perkara 7

“Tuntutan Dobi (bagi kursus melebihi 3 malam yang diadakan di luar ibu pejabat). Tuan/Puan perlu membayar terlebih dahulu dan membuat tuntutan setelah tamat kursus dengan sokongan resit asal. (Keputusan Mesyuarat MBJ Bil. 3/2009 pada 21/12/2009)”

Wednesday, January 6, 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU

PERUTUSAN TAHUN BARU
YANG DIPERTUA
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
SEMENANJUNG MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, Ahli-ahli Kesatuan dan semua warga kerja LPPM.

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2009 dan esok akan bermula tahun 2010. 2009 adalah tahun yang amat mencabar dan banyak meninggalkan kenangan pahit manis bagi semua warga kerja LPPM dan kita amat berharap 2010 akan memberi kita lebih sinar kebahagiaan bagi kita semua.

Kesatuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga kerja LPPM dan berharap agar kita semua dapat memberi komitmen yang lebih daripada tahun sebelum demi kelangsungan dan dapat memacu industri pelancongan Negara yang lebih tinggi lagi.

Adalah menjadi komitmen Kesatuan untuk berusaha menjadi lebih efisien dan lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli Kesatuan khasnya dan warga kerja LPPM amnya. Kesatuan akan bersama-sama Kumpulan A (Ahli MBJ) untuk menjalinkan perhubungan yang lebih baik dengan pihak Pengurusan tertinggi LPPM untuk bersama-sama memajukan industri pelancongan Negara.

Akhir kata, sekali lagi Selamat Tahun Baru buat semua ahli Kesatuan, warga kerja dan Pihak Pengurusan Tertinggi LPPM dengan harapan 2010 akan menjadikan LPPM sebuah agensi yang unggul di Negara kita.

Sekian. Wassalam.



(JAMALUDIN JANTAN)
Yang DiPertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
LPPM, Semenanjung Malaysia.

31 Disember 2009

CUEPACS MINTA KETUA JABATAN BERSIKAP ADIL TERHADAP PEKERJA

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan memastikan ketua-ketua jabatan bersikap adil serta menjaga hubungan baik dengan kakitangan bawahan.Presidennya, Omar Osman mendakwa kongres itu banyak menerima laporan daripada kakitangan bawahan mengenai ketua jabatan yang "menghina dan menggugut" mereka.Contohnya, seorang kakitangan Jabatan Imigresen mendakwa ketuanya memanggil beliau gemuk dan mendakwa beliau tidak layak menjawat jawatan itu dan diarah berhenti awal, katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pemantapan dan Integriti Kesatuan Dalam Perkhidmatan Awam di sini pada hari Rabu.Beliau berkata apabila kesatuan pekerja Imigresen membangkitkan isu itu dengan pihak pentadbiran, kakitangan tersebut telah dipindahkan ke tempat lain, yang sepatutnya tidak berlaku.

"Kita nasihatkan supaya jangan ada yang membuat penghinaan kepada pekerja, jangan memberi ucapan kepada para pekerja dengan ayat-ayat yang kurang disenangi, pekerja juga merupakan manusia, kita sama-sama bekerja untuk memajukan organisasi."Walaupun mereka merupakan ketua jabatan tetapi tidak bermakna mereka memiliki organisasi tersebut," katanya.Omar juga menasihatkan kakitangan awam yang diugut, dihina dan diminta untuk berhenti oleh sesiapa sahaja di jabatan mereka supaya melaporkan perkara tersebut kepada Cuepacs."Laporkan kepada kita jika perkara ini berlaku supaya kita boleh membawanya kepada peringkat atasan, tidak ada siapa yang boleh memberhentikan pekerja sektor awam ini (tanpa mengikut peraturan)," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs masih berharap agar kerajaan dapat memberikan imbuhan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta penjawat awam di negara ini."Kami masih berharap agar imuhan itu dapat diberikan dalam masa terdekat ini untuk meringankan beban terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah, tambahan pula kini cuti sekolah sudah hampir tamat," katanya.-- BERNAMA