Wednesday, January 6, 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU

PERUTUSAN TAHUN BARU
YANG DIPERTUA
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
SEMENANJUNG MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, Ahli-ahli Kesatuan dan semua warga kerja LPPM.

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2009 dan esok akan bermula tahun 2010. 2009 adalah tahun yang amat mencabar dan banyak meninggalkan kenangan pahit manis bagi semua warga kerja LPPM dan kita amat berharap 2010 akan memberi kita lebih sinar kebahagiaan bagi kita semua.

Kesatuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga kerja LPPM dan berharap agar kita semua dapat memberi komitmen yang lebih daripada tahun sebelum demi kelangsungan dan dapat memacu industri pelancongan Negara yang lebih tinggi lagi.

Adalah menjadi komitmen Kesatuan untuk berusaha menjadi lebih efisien dan lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli Kesatuan khasnya dan warga kerja LPPM amnya. Kesatuan akan bersama-sama Kumpulan A (Ahli MBJ) untuk menjalinkan perhubungan yang lebih baik dengan pihak Pengurusan tertinggi LPPM untuk bersama-sama memajukan industri pelancongan Negara.

Akhir kata, sekali lagi Selamat Tahun Baru buat semua ahli Kesatuan, warga kerja dan Pihak Pengurusan Tertinggi LPPM dengan harapan 2010 akan menjadikan LPPM sebuah agensi yang unggul di Negara kita.

Sekian. Wassalam.



(JAMALUDIN JANTAN)
Yang DiPertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
LPPM, Semenanjung Malaysia.

31 Disember 2009

No comments: