Perutusan Yang DiPertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM, Semenanjung Malaysia
Bil 2/2011
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, bersyukur saya kerana dengan izinNya dapat juga kita berjumpa di lembaran pada kali ini. Walaupun tiada kesempatan untuk bersua muka dengan semua warga kerja secara rasmi bagi mendengar dan membincangkan isu serta perkara-perkara berbangkit, namun, Kesatuan berjanji akan melakukannya dalam masa yang terdekat ini.
Rakan-rakan sekerja sekelian, diantara pelbagai perkara yang telah dibincangkan sepintas lalu mahupun secara khusus, terdapat satu isu yang akan sentiasa berbangkit dan disebut-sebut pada tahun ini. Saya, selaku YDP berasa sangat terpanggil untuk membawa perkara tersebut ke hadapan saudara dan saudari sekelian. Seperti yang saudara/saudari telah maklum, Tourism Malaysia akan mengekori Kementerian Pelancongan Malaysia untuk berpindah ke Putrajaya pada penghujung tahun ini. Malah, satu pemakluman rasmi telah pun dikeluarkan bagi proses perpindahan sebahagian dari kita ke ‘destinasi pasti’ pada Mei yang akan datang. Persoalannya, adakah kita semua telah cukup bersedia untuk berpindah? Sudahkah pihak pengurusan TM bersedia serta menyediakan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian? Perlukah ada satu sesi rasmi bagi memaklumkan kepada para pekerja tentang perkara-perkara tersebut? Kesatuan yakin pihak pengurusan tidak akan lupa untuk memastikan semua itu untuk diambil perhatian. Namun demikian, tanggungjawab Kesatuan adalah semata-mata untuk melihat semua itu dari kacamata kumpulan pekerja, terutamanya, kita dari golongan kumpulan sokongan. Apakah antara perkara-perkara yang paling mendapat perhatian kita semua?
Saudara/ saudari sekelian,
Sekonyong-konyong saya serta rakan Jawatankuasa di dalam Kesatuan berasa satu cabaran yang besar pada kali ini. Seramai 357 orang didaftarkan selaku ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Semenanjung Malaysia dan angka tersebut dijangka bertambah dengan hampir 2
30 permohonan baru yang telah saya luluskan untuk bersama kita di dalam Kesatuan pada tahun ini. Semuanya berharap kepada sesuatu yang sangat adil pada mata Kesatuan, iaitu kuarters bagi TM di Putrajaya.
Kesatuan tidak mahu membincangkan samada pihak pengurusan telah berusaha untuk mendapatkan kuarters tersebut atau tidak. Kesatuan juga bukan mahu membincangkan samada kita layak atau tidak untuk kuarters berkenaan, tetapi Kesatuan ingin memaklumkan bahawa para pekerja TM perlu mendapat kuarters jika berpindah ke Putrajaya. Quarters for TM!
Ramai ahli Kesatuan berpendapat bahawa seharusnya TM mendapat kemudahan berkenaan. Saya berasa yakin bahawa semua pekerja TM mempunyai pendapat yang sama. Tidak kira samada anda merupakan ahli kepada Kesatuan atau tidak, saya tetap yakin bahawa pendapat anda akan tetap sama. Bayangkan jika kemudahan berkenaan hanya dikecapi oleh seluruh warga Kementerian dan bukan kita. Perlukah kita dianak-tirikan?
Rakan-rakan sekerja sekelian,
Kesatuan tidak mampu untuk bergerak sendirian. Apalah kiranya suara sekerat bilangan kami di dalam Jawatankuasa jika hendak dibandingkan dengan gegak gempita hampir 400 warga Kesatuan yang sentiasa setia dan komited demi masa depan dan kebajikan saudara/saudari sendiri. Kesatuan perlu mengumpul tenaga untuk memperjuangkan kebajikan para pekerja dan tenaga kami adalah anda semua. Kesatuan ingin bergerak ke hadapan tapi bukan bersendirian. Marilah maju bersama kami kerana banyak perkara yang baik akan kita capai demi kebaikan dan kepentingan bersama. Kesatuan memohon maklumbalas dari anda semua, tidak kira yang baik mahupun sebaliknya. Kami akan sentiasa terbuka dengan komen yang membina. Perlu saya tegaskan di sini bahawa kewujudan Kesatuan adalah semata-mata untuk para pekerja. Walau sehalus hama sekalipun, pandangan serta sokongan saudara/saudari sekelian adalah amat bermakna.
Sebelum melaksanakan gerak kerja yang telah dirangka sekian lama, Kesatuan juga tidak lupa dengan tanggungjawab untuk berbincang bersama pihak pengurusan bagi mencari jalan yang sesuai agar para pekerja mendapat faedah yang akan dikongsi bersama organisasi yang tercinta ini. Semoga peluang akan dibuka dengan luas agar perbincangan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dapat dicapai.
InsyaAllah.
Sebelum menutup tirai lembaran pada kali ini, sukacita saya memaklumkan bahawa diantara matlamat umum saya selaku YDP pada tahun ini adalah untuk menambah jumlah ahli Kesatuan kepada 500 orang. Bagi sesiapa yang layak untuk menjadi ahli namun belum berkesempatan untuk melakukannya, boleh berhubung dengan Pemangku Setiausaha dan Penolong Setiausaha Kesatuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Borang-borang keahlian juga boleh didapatkan secara percuma.
Sehingga bertemu lagi di lain bicara, Quarters for TM!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
…………………………………………………………………..
HASRIZAL MUHAMMAD SHAWAL TUKIJAN
Yang DiPertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Semenanjung Malaysia
14 comments:
Aku suka dengan perenggan ni...
Kesatuan tidak mahu membincangkan samada pihak pengurusan telah berusaha untuk mendapatkan kuarters tersebut atau tidak. Kesatuan juga bukan mahu membincangkan samada kita layak atau tidak untuk kuarters berkenaan, tetapi Kesatuan ingin memaklumkan bahawa para pekerja TM perlu mendapat kuarters jika berpindah ke Putrajaya. Quarters for TM!
Ramai ahli Kesatuan berpendapat bahawa seharusnya TM mendapat kemudahan berkenaan. Saya berasa yakin bahawa semua pekerja TM mempunyai pendapat yang sama. Tidak kira samada anda merupakan ahli kepada Kesatuan atau tidak, saya tetap yakin bahawa pendapat anda akan tetap sama. Bayangkan jika kemudahan berkenaan hanya dikecapi oleh seluruh warga Kementerian dan bukan kita. Perlukah kita dianak-tirikan?
Hahaha... bukan main bersemangat Presiden kali ni .. siap jerit2.. siap bold skali "Quarters for TM"..
Aku cuma nak tanya 2 soalan :
1) Apakah pihak Kesatuan telah mengadakan pertemuan dengan pihak Urusetia Perpindahan?
2)Apakah usaha yang diambil oleh Kesatuan selain daripada menjerit "Quarters for TM"?
Sekian, terima kasih.
Azrul
Salam,
Thank you Encik Azrul dengan maklumbalas yang telah diberikan. Since, ko hantar kat blog, aku rasa aku pun leh jawab soalan-soalan berkaitan.
Memang dalam perancangan kami untuk membincangkan melalui satu sesi yang rasmi bersama pihak pengurusan, lebih-lebih lagi unit yang menguruskan hal-ehwal perpindahan ke Putrajaya. Kesatuan bukan sengaja nak mengapi-apikan isu tersebut, cuma perutusan YDP itu merupakan pandangan optimistik aku terhadap isu berkenaan. Tak perlu untuk sesiapa pun terasa bahang. Tujuan asal adalah untuk mengingatkan kepada para pekerja Tourism Malaysia bahawa kita patut terima kemudahan kuarters tersebut. Jika pihak pengurusan atau sesiapa pun di sebalik hal-hal tersebut berasa kurang senang dengan tujuan yang yang aku nyatakan, aku rasa itu hanyalah kelemahan psikologi semata-mata.
Seperti yang aku pernah maklumkan kepada Encik Wan Zawawi sebelum ini, Kesatuan berharap suara kami bukan menjadi simbol perbalahan tetapi seharusnya menjadi simbol kesepakatan antara pekerja dan pengurusan. Jika pihak pengurusan mahupun sesiapa pun jua yang berpendapat sebaliknya maka, itu hanyalah kegagalan berfikiran secara positif semata-mata.
Kesatuan sedar bahawa ada usaha dari pihak pengurusan untuk membantu para pekerja TM mendapatkan kemudahan-kemudahan yang berkaitan perpindahan ke Putrajaya ini. Tahniah, kerana memang itu tanggungjawab mereka. Kesatuan, di dalam perutusan YDP Bil 2/2011 tidak sedikit pun menyebut bahawa kami akan membelakangkan pihak tuan, malah dengan kuat menyatakan bahawa tanggungjawab Kesatuan adalah untuk datang menyembah salam ke atas pihak tuan bagi membincangkan hal-hal tersebut akan dilakukan.
Pasal menjerit ke tidak ini hanya perkara yang sangat kecil. Tak sangka tuan pun agak terganggu dengan perlakuan tersebut. Kami pun sebenarnya tak menjerit lagi. Fonatik dalam bahasa perlu dijelaskan untuk memberi pemahaman yang lebih jitu berbanding kosa kata yang kosong. Penekanan dalam beberapa perkataan terutamanya Quarters for TM adalah bertujuan menunjukkan tahap penting dan segera maksud perkataaan-perkataan tersebut. Tidak mungkin seorang yang bijak laksana umpama tuan boleh tersalah dalam memahami maksud sebenar penekanan tersebut. Namun demikian, kita juga manusia.
Bagi menjawab soalan kedua tuan, sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan telah merancang 3 perkara yang akan dilakukan selanjutnya bagi memberi pemahaman yang lebih jitu kepada para pekerja tentang kepentingan untuk mendapat kemudahan-kemudahan tersebut. Secara umum, Kesatuan ingin memupuk kesedaran di kalangan pekerja bahawa kepentingan diri tidak perlu wujud dalam situasi sekarang. Jika pun ianya wujud maka perlu dikurangkan sehingga seminimum mungkin agar kepentingan berkumpulan dimenangkan tanpa rasa berat hati. Seperti yang saya sebutkan tadi, perkara berkaitan usaha dan langkah-langkah bagi mendapatkan kuarters untuk kakitangnan TM terletak di bahu pihak pengurusan. Kesatuan mewakili para pekerja ingin mengucapkan selamat maju jaya, semoga usaha dan langkah tuan diiringi doa mukmin agar sentiasa berjaya dalam apa jua perbuatan untuk diri sendiri mahupun untuk kebajikan bersama.
Seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, kita juga manusia.
Salam
Wahhh En. Azrul, ni soalan dari hati ke @ dari yang tengah berkemas nak pindah oversea ...
Bukankah tanggungjawab berkaitan quarters adalah tanggungjawab pengurusan. dgn kata lain urusan yg kena diselesaikan oleh unit ER (unit pekerja).
alhamdullilah ada juga union tolong nak ambil tjawab ni. maklumlah majoriti yg berkobar nak pindah dan yg buat countdown semuanya dah beli rumah kat area sana. pening2 nak pindah, lobi ke oversea. yang tinggal di rawang, serendah, gombak idak ke ER nak bantu, dia org ni tak de peluang nak ke oversea ...
ini kemudahan utk staf, kalau rasa malas nak fikir soal kebajikan staf (dgn kata lain kebajikan kawan2 kita juga) , baik jgn attach dgn HR. dicadangkan en azrul ke bhgn lain @ minta tolong sesapa lobi ke oversea.
cubalah masing2 ada rasa nak membantu kawan2. we help each other to gather as much information and ideas. Bantu sedaya upaya supaya perpindahan ini memudahkan semua orang.
utk kawan-kawan dan diri sendiri - hidup ini sementara saja ...
sekian, terima kasih.
bapa kepala kantor
terima kasih atas maklumbalas yang diberikan dengan panjang lebar..
tersenyum aku membacanya.. xperlu lagik pergi ke kursus penataran bahasa melayu..
bagi merujuk dan merumuskan kepada jawapan kepada soalan aku..
1) Jawapannya belum..
2) Jawapannya tiada..
maaf sekiranya pihak Kesatuan rasa terganggu dengan komen aku..
Encik Anonymous @ Bapak Kepala Kantor,
untuk makluman tuan, saya bkn dari Unit ER.. Dahulu, saya cuma membantu ER..
Atas dasar ingatan ke atas kawan-kawan yang menghadapi kesulitan itulah pihak kami sentiasa berusaha untuk mendapatkan kuarters.. dan tidak hanya soal kuarters, perkara lain juga kami sedang usahakan..
Bukan shaja org dari Serendah, Gombak, Rawang sahaja akan dibantu.. kami akan cuba sedaya upaya utk membantu kesemuanya.. kami akan berusaha agar keadilan dalam menyalurkan bantuan ini dapat dirasai oleh banyak pihak..
Memang kami di Pengurusan sedar akan tanggungjawab kami dan kami akan berusaha memberikan yang terbaik kepada semua..
Dipersilakan Bapak Kepala Kantor atau Tuan Presiden sekiranya sudi dapat meluangkan masa untuk kita berbincang agar segala maklumat dan idea dapat dikongsi bersama untuk memajukan organisasi dan kakitangan..
Sori.. Aku ni xpandai mengarang ayat sedap2 mcm tuan presiden Union..
hahaha tiba2 saudara Azrul emosi hari ni, ngalahkan tuan pengarah pulak.
rileks beb !!!!! jangan tension nanti kena stroke ...
Bapa Kepala Kantor
hehehe bila masa aku nk emosi.. aku menaip ni pun sambil tersenyum.. huhuhu...
atas dasar tanggungjawab aku menaip dan letak nama aku skali.. hehehe..
Baik tuan pengarah ...
coward..
ye tuan pengarah
hehehehehe ....
Maaf.. cuma pendapat.
Dalam banyak perkara TM x seharusnya berpindah ke Putrajaya tp keputusan sebelah pihak telah dilakukan. Banyak perkara yg berlaku di TM disebabkan oleh keputusan sebelah pihak. Yang menjadi mangsa adalah staf TM.
Dalam isu ini, x perlu la masing-masing menuding jari. Buat la keje masing-masing. BSMP dengan cara dia Kesatuan dengan cara dia.
Buat Azrul.. tq juga Bapa Kepala Kantor. Buat Kesatuan teruskan usaha murni bagi memayungi ahli dan staf yang lain. Damage ni dah teruk. X boleh di baiki sekelip mata macam tsunami... bertahun untuk diperbaiki dan dibangunkan semula. Dan saya tidak menyalahkan BSMP dalam isu ini. SYMP.
Akhir kalam.. mohon kepada pengurusan supaya tidak membuat keputusan - keputusan sebelah pihak. Kuasa yang digunakan sepenuhnya akan merosakkan keadaan. ULAR YANG MENYUSUR AKAR TAK HILANG BISANYA
Wasalam.
KUDA PADI
We all know “all work and no play makes Jack a dull boy”. But what does “all talk and no action” make you? What impact does talking without follow-through have on you or the Union. What impact does making false promises have on your reputation? You can talk all you want...what is important is the result. The Union leader must be charismatic in order to pull the members together into a TEAM, without which all efforts will go to waste. Not every member have the courage to fight...only those strong willed, loyal and determined can fight. You as a leader will need these people...if you cant get by the hundreds, a handful will do to really get things going. Dont let your good cause fall on deaf ears for amongst us there are people who are either action impaired or just couldnt care less.
Sorry to say la...Kesatuan Pekerja LPPM ni bukan ada tulang belakang. Bila bercakap pasal perjuangan hak dan kebajikan staf dan kakitangan bukan main lagi laungannya tapi apabila disampaikan perkara-perkara yang terang-terang menindas pekerja LPPM sendiri, apa yang dilakukan? Yang paling ketara isu kenaikan pangkat dan campurtangan orang luar. Berbuih-buih diperkatakan tetapi akhirnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh Kesatuan. Sedih sekali kerana golongan yang dipilih dan diamanahkan untuk memperjuangkan hak ahli-ahli Kesatuan senyap seribu bahasa....mungkin betul yang diperkatakan, yang dipilih hanya mahu habuan dari pihak pengurusan dari segi kenaikan pangkat dan posting ke luar negara. Kalau ini lah yang tersirat disanubari....saya ucapkan Innalillahhiwainnaillahirojiun kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM!!!
Anak Hang Jebat
Saya tidak berpendapat yang sama dengan tuan. Yang tiada tulang belakang sebenarnya ialah kita. Kita tidak banyak membantu Kesatuan didalam banyak perkara terutamanya dalam isu-isu sensitif.
Kita lebih memerhati daripada membantu. Yang perlu dikafan dan disemadikan ialah kita sendiri dan bukan Kesatuan.
Kesatuan tidak akan roboh jika kita sendiri yang merobohkannya.
KUDA LIAR
alhamdulillah, yang kecil disangka adik, yang besar disangka abang. orang di luar sentiasa berfikiran yang kurang jelas dalam perkara perjuangan Kesatuan. saya tidak salahkan sesiapun, kalau ada tanah yang tidak rata sekalipun mungkin kerana tak ramai orang yang nak memijak-ratakannya.
saya puji sikap sinis anak hang jebat, puitisnya saya berpendapat anak hang jebat mesti seorang yang berani dan jitu sanubarinya. pasti orang seperti ini amat kuat daya fikirannya dan tak lemah dilambung badai. pasti orang seperti anak hang jebat ini orang yang sanggup ke hadapan mebantu rakan-rakan seperjuangan yang semakin terhimpit kerana isu kebajikan pekerja yang semakin meruncing. kalau benar beliau orangnya seperti itu, saya ucap tahniah kerana Kesatuan bakal memiliki seorang pejuang yang berkarisma seperti anda. saya terbuka, ini adalah jemputan terbuka untuk tuan ... Kesatuan sedang menghadapi badai yang besar, mari kita bersama memperjuangkannya. Cuma saya berharap kerja-kerja hakiki tuan tidak terlalu mengganggu untuk sama-sama membantu Kesatuan memperjuangkan hak kawan-kawan kita yang sentiasa menunggu hasil semata-mata, umpama jawatan YDP ini bergaji gamaknya.
kita nak berani biar tersusun gagahnya. bukan buta dan tuli jadi pengiring. kalau kita hidup di zaman 70-an mungkin itulah langkah yang sesuai, tapi di bawah pentadbiran saya, saya bertanggungjawab penuh untuk menyusun cara kerja gerak kita yang sentiasa terbatas dengan kerja hakiki dan sebagainya.
saya tidak marah, malah mengambil iktibar dari kenyataan tuan. cuma sedikit tersinggung dengan kenyataan tuan yang menyamakan saya dengan 'opportunis brengset' mengejar habuan dari pihak pengurusan tertinggi. saya rasa terhina. lebih hina bila ianya datang dari ahli Kesatuan yang mungkin tidak pernah nampak cara dan bagaimana perjuangan kami bersemuka dengan pengurusan tertinggi selama ini.
jangan jadi bangsa yang hina tuan, kita sentiasa perlu melihat perkara dalam erti kata sebenar. apa yang perlu kita capai? glory? perpecahan dalam organisasi? tidak tuan, saya tidak cari glory. saya memilih untuk mencabar diri saya sendiri untuk menjadi pemimpin. platform Kesatuan jelas, jika saya tidak dapat memujuk tuan/puan untuk menyebelahi saya berjuang untuk mendapatkan semua yang tuan cita-citakan ....maka saya gagal sebagai seorang pemimpin di mata tuan sendiri. tetapi, siapalah tuan untuk meletakkan diri tuan lebih utama dari yang lain-lain? saya mewakili semua orang, perjuangan Kesatuan yang saya juba kemudikan adalah bertujuan untuk membawa risau-racau secara berkumpulan dan bukan kepentingan individu.
tuan anak hang jebat, ini adalah peribadi khusus untuk anda ... sudah sampai masanya kita betul-betul berjuang, selepas 5 bulan memegang jawatan YDP ini, selepas selama itu juga menyususun strategi, nah, sekarang masa kita untuk memalu gendang. bunyinya akan kedengaran, janganlah pula tuan buat sosok kaku tak ketahuan. masa itu nanti, nak juga tengok samada tuan di belakang ataupun dihadapan ...
and to Mr Anonymous, i strongly agree on your point pertaining the level of courage in every of our member in the UNION. i strongly agree not every of us has had the courage to fight. they will need a boost before they can fight and they will need a good, strong and charismatic leader to help them in becoming gutsy and brave. i was looking for one, please tell me if you have found one, it will make things easier.
in the mean time, i will continue my arrangement to get the HR division to have some faith on us to help us to get the best out of the most possible way. it will happen soon, we need all of you to open up, steal away your emotions and prepare for it will be big.
thank you
Post a Comment