Saturday, September 29, 2012

Bonus satu setengah sebulan

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu setengah bulan gaji manakala pesara pula RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala selebihnya pada Januari depan.

Katanya, setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri lalu.


Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji," katanya dalam pembentangan Bajet 2013 di sini hari ini.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan pada awal Januari depan.


Najib turut mengumumkan bakal-bakal haji yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi menampung kekurangan kos tambang.


Katanya, inisiatif itu terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

-utusan/maa.

Wednesday, September 19, 2012

Cuepacs wants Govt to consider wishlist for Budget 2013


KUALA LUMPUR: Cuepacs has issued a six-point wishlist for the Government to consider in Budget 2013 for 1.4 million civil servants, said its president Datuk Omar Osman.
"We hope that the Government, in particular Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, will give due consideration to our demands. We will be satisfied if at least 70% of the demands are met," he told reporters in a press conference here Wednesday.
The six demands were announcement of the new scheme to replace the New Civil Servants Remunertion Scheme which was scrapped earlier this year, affordable urban housing, increase in rent allowance, additional bonus apart from the recent half-month bonus, the fate of 45,000 contract workers whose contracts ends this Dec 31 and reinstatement of the federal-level Joint Departmental Council which was abolished in May this year.
He noted the demands were not new but have been part of Cuepacs request since 2010 and had reached a critical stage.
"Affordable urban housing for civil servants is the most pressing issue. We hope the Government will introduce a new housing policy through the Budget that requires housing developers in the city to reserve 35% of their projects to build RM60,000 and RM150,000 houses," he said.
He also added that the current monthly housing rental allowances of RM180 should be increased to reflect the present market rates.
He said that the Government must address the fate of some 45,000 contract staff whose terms will expire on Dec 31.
"Most of them are between 40 and 50 years old and have familes to feed with housing loans to pay.
"We hope the Government will consider extending the contracts or place them on the pension or employee provident fund schemes," he said.
As a gesture of committment if the demands are met, he said a proposal would be brought to the Cuepacs Congress next month to get civil servants to agree to put in additional 30 minutes of work daily.
"If agreed on, the proposal will be forwarded to the Chief Secretary to the Government to issue a circular to that effect," he added.
He said Cuepacs' federal and state committee representatives were seeking to meet the Prime Minister and his deputy to further discuss the matter.
Budget 2013 is scheduled to be announced on Sept 28.
-thestar/maa.

Monday, September 17, 2012

Utamakan rumah penjawat awam

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menjadikan isu perumahan antara keutamaan dalam pembentangan Bajet 2013 kelak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pembentangan tersebut dinanti-nanti seluruh rakyat negara ini termasuklah penjawat awam.

Menurutnya, isu perumahan diharap menjadi penekanan memandangkan situasi harga rumah yang melonjak dan di luar kemampuan, khususnya bagi 30 hingga 40 peratus penjawat awam.

"Ini situasi yang membimbangkan. Golongan tersebut masih sukar memiliki rumah bawah RM200,000 meskipun telah bekerja antara lima hingga 10 tahun serta menggabungkan gaji suami dan isteri.

"Ini menyebabkan ada segelintir yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun tiba tempoh persaraan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (PPPSIPTA) dan Harapan Bajet 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Hadir sama Presiden PPPSIPTA, Zainal Abidin Bahari.

Menurut Osman, CUEPACS juga berharap pembentangan bajet kali ini memberi harapan baru kepada pekerja sektor awam termasuk pemberian bonus.

"Sekiranya kerajaan memberi bonus sebanyak dua bulan atau sebulan gaji kepada penjawat awam, ini menunjukkan kemampuan ekonomi negara, selain menjadi sejarah serta perubahan dalam sektor awam.

"Kami juga berharap permohonan elaun dan insentif sektor awam kembali dipertimbangkan," katanya.

Mengulas penyerahan memorandum hari ini, Osman berkata, ia berkaitan dengan tuntutan menaik taraf skim perkhidmatan pembantu makmal di IPTA seluruh negara.

Katanya, tuntutan yang diminta itu selari dengan tugas pembantu makmal universiti yang membantu melakukan penyelidikan, memantau latihan amali pelajar dan banyak lagi.

"Kira-kira 1,200 pembantu makmal sahaja yang mendapat kenaikan pangkat sejak ia dinaik taraf pada 2005.

"Menginjak ke tahun 2009, skim berkenaan kembali bergerak perlahan dan kini seramai 387 pembantu makmal lagi telah lulus Bridging Programme pada 2010/2011 tetapi masih belum dinaikkan pangkat," katanya.

Omar memberitahu, memorandum tersebut akan diserahkan pada 20 September ini untuk perhatian Setiausaha Bahagian dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Rujhan Mustafa.

"Jika tiada sebarang tindakan sehingga 1 November depan, pihak universiti mungkin menghadapi masalah dan pengajian pelajar akan terjejas kerana kumpulan ini bakal melaksanakan work to rule atau bekerja mengikut waktu pejabat," katanya lagi.

-utusan/maa.

Monday, September 10, 2012

Jangan simpan pekerja malas

KOTA BHARU 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agensi dan jabatan kerajaan tidak 'menyimpan' penjawat awam yang dikatakan berdepan dengan masalah suka ponteng kerja.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dianggarkan terdapat antara 15,000 hingga 18,000 kakitangan awam berdepan masalah tersebut dan mereka sukar dikenakan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Menurutnya, walaupun jumlah mereka kecil berbanding sejumlah lebih 1.2 juta penjawat awam, tindakan pekerja terbabit yang datang bekerja dan punch card tetapi bersikap 'sekejap ada, sekejap tidak ada' boleh mendatangkan masalah kepada majikan.

Justeru, katanya, tindakan perlu diambil terhadap pekerja terbabit bagi memastikan sektor awam yang kini dalam proses transformasi dan penambahbaikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.

"Kita tidak mahu buang mereka secara drastik kerana nanti teraniaya pula sebab mereka sudah mempunyai keluarga dan ada hutang. Jadi, kalau boleh dipanggil, hantar kursus motivasi. Kalau tidak boleh juga, dicadang suruh dia bersara awal.

"Jika degil dan tidak mahu juga serta melakukan kesalahan yang sama sampai jabatan pun susah, elok dia dikenakan tindakan tatatertib,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.

Menurut Omar, semua pihak mahu penjawat awam yang efisien kerana hanya dengan itu kehadiran mereka dapat dirasai dan diperlukan lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

"CUEPACS juga tidak mahu dituduh bersubahat dengan orang seperti itu," katanya

Beliau berkata, sikap dan masalah kakitangan tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan menghantar mereka berkursus, namun apa yang berlaku ialah pihak majikan kerap bersikap tidak ambil kisah terhadap pekerja terbabit.

Sehubungan itu, katanya, dalam 'roadshow' CUEPACS, pihaknya telah meminta jabatan dan agensi kerajaan supaya jangan menyimpan penjawat awam seperti itu.

Dalam pada itu, Omar memberitahu, tidak ada penjawat awam yang dilaporkan terlibat dalam tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang semasa Himpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos lalu.

-utusan/maa.

Tuesday, September 4, 2012

Penjawat awam perlu teruskan momentum transformasi

PUTRAJAYA 3 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan para penjawat awam agar memastikan momentum kejayaan agenda transformasi negara tidak diperlahankan atau terbantut di tengah jalan.

Beliau berkata, agenda transformasi bukan hanya telah menampakkan kejayaan yang membanggakan tetapi juga memperoleh pengiktirafan pelbagai pihak, termasuk dari luar negara.

"Dalam bulan Syawal ini, yang hendak cuti, sudah cuti, nak balik kampung, sudah balik kampung, bonus sudah dapat dan kenaikan gaji pun sudah dapat.

"Jadi sekarang ini kita mesti teruskan momentum itu sebab Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan semua program bawah Lautan Biru sudah menampakkan kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Najib, beliau yakin dan percaya jika agenda transformasi negara berjalan lancar dan memiliki strategi pelaksanaan yang berkesan, kesannya pasti akan dirasai oleh rakyat dan golongan sasar.

"Di sinilah peranan penjawat awam amat penting kerana strategi pelaksanaan itu mesti berkesan dan ikut jadual supaya ia dapat dirasai oleh rakyat dan golongan sasar kita," katanya.

Perdana Menteri berkata, dari segi indikator makro, suku kedua ekonomi negara berkembang pada kadar 5.4 peratus berbanding 4.9 peratus suku pertama tahun ini.

Malah, beliau menambah, Malaysia muncul sebagai pusat tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar dunia selepas Amerika dan China dan IPO kedua terbesar di dunia ialah Felda Global Ventures Holdings, manakala ketiga ialah IHH Healthcare.

"Media antarabangsa pula sejak kebelakangan ini membuat liputan semakin positif mengenai Malaysia," katanya.

"Ini termasuk media yang sebelum ini amat kritikal mengecam negara kini dilihat beralih arah, dan mengakui bahawa banyak pembaharuan positif serta pembangunan sebenar sedang berlaku dalam negara," katanya.

Najib berkata, aspek pendapatan per kapita dan kesejahteraan rakyat merupakan dua kriteria utama yang dijadikan kayu pengukur dalam menilai kejayaan model pembangunan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua kriteria tersebut mempunyai hubung kait antara satu sama lain kerana jika salah satunya mengalami gangguan atau kekangan, maka keberkesanan model itu pasti terbantut.

"Kita cuba gubal model pembangunan negara ini secara bitara dan unik, kita tidak pinjam seratus peratus model (pembangunan) dari barat atau timur, tapi kita mesti punyai kemampuan untuk membangunkan model pembangunan sendiri yang sesuai untuk rakyat kita," katanya.

Najib berkata, perarakan sempena Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini yang turut menyaksikan pembabitan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam negara termasuk Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera, amat bermakna.

Kata Perdana Menteri, kesanggupan kepimpinan tinggi perkhidmatan awam turun padang bersama rakyat, mengambil bahagian secara simbolik semasa melaungkan tema merakyatkan perkhidmatan awam, memberi isyarat jelas bahawa perkhidmatan itu sanggup bersama rakyat.

"Mereka juga memahami cita rasa rakyat dan sanggup berusaha gigih, jujur dan ikhlas, agar jangkaan rakyat dapat dipenuhi kerajaan," katanya.

-utusan/maa.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Pengedaran Tourism Malaysia


Assalammualaikum wbt,

Adalah saya dengan hormatnya ingin menjemput Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Pengedaran Tourism Malaysia pada 7 September 2012 (Jumaat) jam 2.30pm-5.30pm. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Daripada
Pusat Pengedaran Tourism Malaysia Bangi