AZIH MUDA menunjukkan
notis pengosongan kuarters yang dikeluarkan BPH kepada penjawat awam
dalam isu
pemindahan tempat kerja dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN
|
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan
membatalkan penalti dan notis pengosongan kuaters yang dikenakan terhadap lebih
500 penjawat awam dan pesara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, penalti yang
mencecah hampir RM120,000 yang dikeluarkan Badan Pengurusan Hartanah, Jabatan
Perdana Menteri itu dikenakan ekoran arahan pemindahan tempat kerja dari Kuala
Lumpur ke Putrajaya dan sebaliknya selain persaraan kakitangan yang terlibat.
Katanya, rata-rata penjawat yang menerima penalti dan
notis pengosongan tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut apatah lagi
menerima notissi peringatan daripada badan tersebut.
“Kami hendak lihat kerajaan yang dipimpin seorang
Perdana Menteri yang begitu bertanggungjawab, lepaskan kelompok ini. Mengapa
pertukaran tempat kerja dalam radius 25 kilometer (km) tetapi nak dikenakan caj
apabila menduduki kuarter, sebab kita berkhidmat di bawah kerajaan yang sama.
“Kita akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara
petang ini dan meminta agar polisi yang membebankan penjawat awam dan pesara
diubah.Diharapkan pembatalan tunggakan sewa ini akan dibuat sebelum 1 Januari
tahun depan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas
bertemu dengan kira-kira 100 penjawat awam dan pesara yang terlibat dalam
masalah dikenakan penalti dan notis pengosongan kuarters daripada BPH di ibu
pejabat CUEPACS di sini.
-Utusan Online.
No comments:
Post a Comment