PUTRAJAYA 15 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad
menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi, berkompromi serta menunjukkan belas
kasihan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang melakukan rasuah dan salah
guna kuasa.
Perdana Menteri berkata, mereka yang berbuat
demikian akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
“Kita perlu menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin
kerajaan telah diberi amaran dari saya bahawa kalau terlibat rasuah (akan
dikenakan tindakan).
“Kalau di negara China, pesalah rasuah ini akan
ditembak mati... Tetapi mereka tidak setujulah ditembak mati (ketawa) tetapi
kalau pegawai kerajaan membuat perkara tidak baik, mereka akan dikeluarkan,”
katanya ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan
Diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Sesi bertemakan ‘Langkah Ke Hadapan: Kebangkitan
Kepimpinan Tulen’ itu dihadiri kira-kira 3,500 pegawai tadbir dan diplomatik
(PTD) seluruh negara.
Program tersebut menjadi platform kepada PTD untuk
memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada
pegawai-pegawai berkenaan untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan
pemimpin tertinggi negara.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa
-utusan.
No comments:
Post a Comment