Thursday, October 30, 2008

BATAL

Email dari Setiausaha Kesatuan, Encik Noorshearan adalah dirujuk.

Bagi mereka-mereka yang menerima email berkaitan Majlis Penerangan Isu Memorandum esok, adalah dimaklumkan yang majlis ini tidak akan diadakan.

Terima kasih.

_________________________________
Moderator - Majlis ini diteruskan juga pada jam 3 pm. Keputusan asal Kesatuan untuk membatalkan majlis ini adalah kerana Wakil Kesatuan dan Wakil Kumpulan A telah mengadakan pertemuan dengan Pemangku Ketua Pengarah pada hari ini (Jumaat) jam 8.30 am.


Terima kasih.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA TOURISM MALAYSIA KALI KE - 29

TARIKH : 7 NOVEMBER 2008 (Jumaat)
MASA : 9.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT: BILIK MESYUARAT TKT 27

** Sila hantar borang-borang pencalonan dan usul kepada Setiausaha Kesatuan En Noorshearan (ext – 8670) atau Bendahari Kesatuan En Khaizarunizam (ext – 8655) pada atau sebelum 31 Oktober 2008 (tarikh penghantaran dilanjutkan).


Sehingga hari ini pihak AJK menerima 10 pencalonan. Masing-masing 1 pencalonan untuk YDP, Bendahari dan Setiausaha dan 8 pencalonan untuk AJK. Belum ada pecalonan untuk Timbalan YDP dan Penolong Setiausaha. Sesiapa yang berminat sila hantar pencalonan anda segera.

Email Dari YDP Kesatuan Kepada Pengarah Khidmat Pengurusan

From: Said Zulkifli Said Ahmad
Sent: Tuesday, October 28, 2008 2:49 PM
To: Mohmed Razip Hassan
Cc: Ammar Abd. Ghapar; Zuraini Ahmad; Zulkifly Md. Said; Yasmin Faezah Samsudin; Solehuddin bin Ahmad; Noel Nor Jettey
Subject: FW: .

Assalamualaikum En Razip,

Sebenarnya tujuan saya menghatar email ini adalah semata-mata untuk menerangkan keadaaan sebenar berkenaan kehadiran saya dan En Ammar sewaktu Mesyuarat Panel Jawtankuasa Kenaikan Pangkat untuk kumpulan Sokongan baru-baru ini. Ini kerana apa yang saya dengar pihak Kesatuan telah dipersalahkan kerana tidak memberi komen sewaktu mesyuarat dijalankan.

Sebagai salah seorang panel pemerhati yang juga YDP Kesatuan waktu itu, kami difahamkan bahawa kehadiran kami adalah semata-semata sebagai panel pemerhati kepada bagaimana ianya dijalankan dan BUKANNYA salah satu suara kepada keputusan kenaikan pangkat. Memang kami dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pandangan kami berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan kepada kenaikan pangkat iaitu, keputusan PTK, SKT, rekod kehadiran dan lain-lain nilai tambah seperti KC dlln.

Ini adalah kerana kehadiran wakil Kesatuan dan Wakil kumpulan A telah dijadikan alasan yang mengatakan kami tahu keputusan kenaikan tersebut. Walhal, apa yang kami faham, nama-nama calon yang yang dicadangkan telah berubah banyak kali dan kami langsung tidak mencampuri urusan perubahan nama-nama tersebut. Jadi, dakwaan yang kami tahu keputusan kenaikan pangkat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali. Pihak Kesatuan berasa kesal kerana kehadiran kami dijadikan alasan dan akhirnya dipersalahkan untuk mengaburi perubahan nama yang dibuat.

Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham di antara pihak Kesatuan dan Pihak Pengurusan.

Sekian, terima kasih


SAID ZULKIFLI SAID AHMAD
Deputy Director
Tourism Malaysia, Seoul Office,
2nd Floor, Hansan Building,
47-2, Seosomun-Dong, Chung-Gu
Seoul, 100-813, KOREA
Tel : 02-779-4422
Fax : 02-779-4254.

Email : saidzulkifli@tourism.gov.my
said@mtpb.co.kr
mtpb@users.unitel.co.kr
Wesite : http://www.mtpb.co.kr/

Tuesday, October 28, 2008

Perjumpaan Dengan Pemangku Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Kumpulan

Hari ni Pemangku Ketua Pengarah, En Amiruddin Abu telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kumpulan gred 48 ke atas, gred 44, 41 dan akhirnya gred 27 - 38.

Beberapa perkara yang diperkatakan yang kena tempiasnya pada Kesatuan :-

1. Isu Memorandum - Pemangku Ketua Pengarah menyalahkan Kesatuan di atas isu-isu dalam memorandum yang diedarkan.
*** Kesatuan tidak terlibat dalam penyediaan memorandum berkenaan. Walaubagaimanapun isu-isu dalam memorandum berkenaan ada yang relevan dengan ahli-ahli Kesatuan secara khususnya diterima oleh pihak Kesatuan. kesatuan tidak menghalang atau menggalakkan ahli-ahli untuk menandatangi memorandum berkenaan. Terpulang pada budi bicara sendiri samada hanya menjadi pemerhati atau memberikan input pada memorandum berkenaan.

2. Isu Wakil Kesatuan dalam sesi interview pemangkuan gred 32 - 38 - Pemangku Ketua Pengarah menyalahkan YDP Kesatuan yang dikatakan berada dalam sessi interview, mempunyai hak untuk bersuara dan tahu senarai pegawai yang mendapat jawatan tetapi kemudian menyalahkan pihak Pengurusan atas beberapa isu berkaitan interview berkenaan.
*** YDP Kesatuan dan Wakil Kumpulan A hanya dipanggil sebagai pemerhati semasa sesi interview dan diserahkan nama-nama yang dalam senarai pendek sahaja. Terdapat 3 kategori bagi nama-nama berkenaan yang ditanda biru, kuning dan merah. 2 nama sahaja yang ditanda biru yang dikatakan confirm dapat berpandukan PTK dan Penilaian Prestasi. Sekiranya YDP Kesatuan tahu keputusan panel untuk pegawai-pegawai yang mendapat jawatan, kenapa 2 nama yang confirm dapat sebelumnya tidak mendapat jawatan tetap yang dipangku tetapi dilanjutkan tempoh pemangkuan. Kesatuan juga kesal kerana rayuan pegawai-pegawai ini dipandang negatif oleh Pemangku KP. Tidak perlu membandingkan Tourism Malaysia dan JPA yang dikatakan tidak boleh membuat rayuan. Tourism Malaysia adalah badan berkanun yang seharusnya menjadikan badan berkanun lain sebagai contoh. Kita perlu mengambil dasar-dasar yang bersesuaian dari badan berkanun lain yang boleh digunapakai oleh kita.

3. Isu Medical Insuran - Pemangku KP mengistiharkan kejayaan Pengurusan yang berjaya mendapatkan persetujuan Lembaga Pengarah untuk meluluskan usul ini.
*** Medical insuran adalah isu yang dibawa oleh Kesatuan beberapa tahun yang lepas. Ahli-ahli boleh semak dengan minit MBJ yang dikepilkan bersama laporan AGM yang lepas. Perkara ini dibawa beberapa kali dalam Mesyuarat MBJ. Bukan senang meyakinkan Dato' Mirza untuk menerima usul ini. Kesatuan dengan bantuan beberapa ahli dan beberapa rakan dari Admin yang terlibat dalam panel klinik berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan insuran, budget dan sebagainya. Hasil homework ini dibentangkan pada Mesyuarat MBJ dan akhirnya Dato' Mirza bersetuju dan meminta En. Solehudin untuk menyediakan kertas cadangan kepada Lembaga Pengarah. Kesatuan berterima kasih atas usaha bersungguh Encik Solehudin yang berjaya menyediakan kertas cadangan dengan baik sekali sehingga diterima oleh Lembaga Pengarah. Bukan maksud Kesatuan mahukan 'nama' atau 'kredit' dalam isu ini tetapi yang mahu dijelaskan oleh Kesatuan ialah Kesatuan juga berusaha untuk memberi input-input yang boleh dimanfaatkan untuk semua pegawai/kakitangan. Banyak lagi usul-usul dari kesatuan yang telah diterima sebelum ini tetapi 'kredit' bukan pada Kesatuan. Walaubagaimanapun Kesatuan tetap bersyukur kerana usaha mendatangkan hasil.

4. Isu yang belum ada hitam putih tetapi sudah disebarkan.
*** Bak kata orang-orang Tourism, di sini dinding bercakap tetapi rasanya dinding di Tourism sudah canggih, dah jadi ala-ala telefon 3G berkamera. Sekali klik gambar saja, sepantas kilat maklumat tersebar.

5. Akhir sekali saranan Kesatuan pada Pihak Pengurusan - aktifkan semula MBJ. Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, 1992 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 telah dinyatakan dengan jelas yang MBJ mesti diadakan sebanyak 4 kali setahun. MBJ yang berjaya akan mengelakkan dari berulangnya masalah memo dan surat layang kerana platform yang ada ini boleh digunakan sebaik mungkin bagi mencapai kata sepakat antara pengurusan dan pihak pekerja. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, maka kita perlukan kematangan untuk menangani setiap masalah.

Wednesday, October 22, 2008

Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Blog TM Union dimulakan pada 22 Oktober 2008 adalah hasil dari Mesyuarat AJK pada 16 Oktober 2008 supaya 1 blog diwujudkan sebagai medan perbincangan matang untuk ahli-ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia.