Thursday, October 30, 2008

Email Dari YDP Kesatuan Kepada Pengarah Khidmat Pengurusan

From: Said Zulkifli Said Ahmad
Sent: Tuesday, October 28, 2008 2:49 PM
To: Mohmed Razip Hassan
Cc: Ammar Abd. Ghapar; Zuraini Ahmad; Zulkifly Md. Said; Yasmin Faezah Samsudin; Solehuddin bin Ahmad; Noel Nor Jettey
Subject: FW: .

Assalamualaikum En Razip,

Sebenarnya tujuan saya menghatar email ini adalah semata-mata untuk menerangkan keadaaan sebenar berkenaan kehadiran saya dan En Ammar sewaktu Mesyuarat Panel Jawtankuasa Kenaikan Pangkat untuk kumpulan Sokongan baru-baru ini. Ini kerana apa yang saya dengar pihak Kesatuan telah dipersalahkan kerana tidak memberi komen sewaktu mesyuarat dijalankan.

Sebagai salah seorang panel pemerhati yang juga YDP Kesatuan waktu itu, kami difahamkan bahawa kehadiran kami adalah semata-semata sebagai panel pemerhati kepada bagaimana ianya dijalankan dan BUKANNYA salah satu suara kepada keputusan kenaikan pangkat. Memang kami dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pandangan kami berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan kepada kenaikan pangkat iaitu, keputusan PTK, SKT, rekod kehadiran dan lain-lain nilai tambah seperti KC dlln.

Ini adalah kerana kehadiran wakil Kesatuan dan Wakil kumpulan A telah dijadikan alasan yang mengatakan kami tahu keputusan kenaikan tersebut. Walhal, apa yang kami faham, nama-nama calon yang yang dicadangkan telah berubah banyak kali dan kami langsung tidak mencampuri urusan perubahan nama-nama tersebut. Jadi, dakwaan yang kami tahu keputusan kenaikan pangkat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali. Pihak Kesatuan berasa kesal kerana kehadiran kami dijadikan alasan dan akhirnya dipersalahkan untuk mengaburi perubahan nama yang dibuat.

Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham di antara pihak Kesatuan dan Pihak Pengurusan.

Sekian, terima kasih


SAID ZULKIFLI SAID AHMAD
Deputy Director
Tourism Malaysia, Seoul Office,
2nd Floor, Hansan Building,
47-2, Seosomun-Dong, Chung-Gu
Seoul, 100-813, KOREA
Tel : 02-779-4422
Fax : 02-779-4254.

Email : saidzulkifli@tourism.gov.my
said@mtpb.co.kr
mtpb@users.unitel.co.kr
Wesite : http://www.mtpb.co.kr/

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah di atas kelahiran blog ini. Sekurang-kurangnya ahli-ahli Kesatuan tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam Kesatuan dan Tourism Malaysia sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, perlbagai isu dan kontroversi yang berlaku yang sedikit sebanyak menggoncang ketenteraman dan emosi para pegawai Tourism Malaysia sama ada yang baru mahupun lama.

Di atas kelahiran blog ini diharap suara KEsatuan semakin jelas setelah pelbagai cara diusahakan untuk menyekat kebebasan dan demokrasi di Tourism Malaysia.

Mungkin apa yang aku post sedang dibaca oleh "Unit Risik" yang sedang memantau perkembangan blog ini.

Buat semua AJK dan ahli Kesatuan, teruskan usaha murni anda.

"Bukan Ahli Kesatuan"

Anonymous said...

salam,

semua ucapan bergulung-gulung memuji langkah terbaru Kesatuan. Alhamdulillah, barulah rasa kami ke arah yang lebih tersusun.

Cadangan-cadangan dan usul dari setiap lapis ahli Kesatuan sangat diperlukan. Ahli sangat penting untuk memainkan sentimen kekuatan dalam berpersatuan. AJK hanya mampu untuk menggerakkan aktiviti bila mendapatkan sokongan dang dokongan padu dari ahli. Dari pada itu, perbalahan serta percanggahan pendapat pasti akan wujud. Hadapi semua itu dengan penuh rasional. Sesiapa pun boleh berhujah demi mencapai kata putus yang lebih baik. Emosi tolak tepi, rasional panggil mari ... ok?