Hari ni Pemangku Ketua Pengarah, En Amiruddin Abu telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kumpulan gred 48 ke atas, gred 44, 41 dan akhirnya gred 27 - 38.
Beberapa perkara yang diperkatakan yang kena tempiasnya pada Kesatuan :-
1. Isu Memorandum - Pemangku Ketua Pengarah menyalahkan Kesatuan di atas isu-isu dalam memorandum yang diedarkan.
*** Kesatuan tidak terlibat dalam penyediaan memorandum berkenaan. Walaubagaimanapun isu-isu dalam memorandum berkenaan ada yang relevan dengan ahli-ahli Kesatuan secara khususnya diterima oleh pihak Kesatuan. kesatuan tidak menghalang atau menggalakkan ahli-ahli untuk menandatangi memorandum berkenaan. Terpulang pada budi bicara sendiri samada hanya menjadi pemerhati atau memberikan input pada memorandum berkenaan.
2. Isu Wakil Kesatuan dalam sesi interview pemangkuan gred 32 - 38 - Pemangku Ketua Pengarah menyalahkan YDP Kesatuan yang dikatakan berada dalam sessi interview, mempunyai hak untuk bersuara dan tahu senarai pegawai yang mendapat jawatan tetapi kemudian menyalahkan pihak Pengurusan atas beberapa isu berkaitan interview berkenaan.
*** YDP Kesatuan dan Wakil Kumpulan A hanya dipanggil sebagai pemerhati semasa sesi interview dan diserahkan nama-nama yang dalam senarai pendek sahaja. Terdapat 3 kategori bagi nama-nama berkenaan yang ditanda biru, kuning dan merah. 2 nama sahaja yang ditanda biru yang dikatakan confirm dapat berpandukan PTK dan Penilaian Prestasi. Sekiranya YDP Kesatuan tahu keputusan panel untuk pegawai-pegawai yang mendapat jawatan, kenapa 2 nama yang confirm dapat sebelumnya tidak mendapat jawatan tetap yang dipangku tetapi dilanjutkan tempoh pemangkuan. Kesatuan juga kesal kerana rayuan pegawai-pegawai ini dipandang negatif oleh Pemangku KP. Tidak perlu membandingkan Tourism Malaysia dan JPA yang dikatakan tidak boleh membuat rayuan. Tourism Malaysia adalah badan berkanun yang seharusnya menjadikan badan berkanun lain sebagai contoh. Kita perlu mengambil dasar-dasar yang bersesuaian dari badan berkanun lain yang boleh digunapakai oleh kita.
3. Isu Medical Insuran - Pemangku KP mengistiharkan kejayaan Pengurusan yang berjaya mendapatkan persetujuan Lembaga Pengarah untuk meluluskan usul ini.
*** Medical insuran adalah isu yang dibawa oleh Kesatuan beberapa tahun yang lepas. Ahli-ahli boleh semak dengan minit MBJ yang dikepilkan bersama laporan AGM yang lepas. Perkara ini dibawa beberapa kali dalam Mesyuarat MBJ. Bukan senang meyakinkan Dato' Mirza untuk menerima usul ini. Kesatuan dengan bantuan beberapa ahli dan beberapa rakan dari Admin yang terlibat dalam panel klinik berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan insuran, budget dan sebagainya. Hasil homework ini dibentangkan pada Mesyuarat MBJ dan akhirnya Dato' Mirza bersetuju dan meminta En. Solehudin untuk menyediakan kertas cadangan kepada Lembaga Pengarah. Kesatuan berterima kasih atas usaha bersungguh Encik Solehudin yang berjaya menyediakan kertas cadangan dengan baik sekali sehingga diterima oleh Lembaga Pengarah. Bukan maksud Kesatuan mahukan 'nama' atau 'kredit' dalam isu ini tetapi yang mahu dijelaskan oleh Kesatuan ialah Kesatuan juga berusaha untuk memberi input-input yang boleh dimanfaatkan untuk semua pegawai/kakitangan. Banyak lagi usul-usul dari kesatuan yang telah diterima sebelum ini tetapi 'kredit' bukan pada Kesatuan. Walaubagaimanapun Kesatuan tetap bersyukur kerana usaha mendatangkan hasil.
4. Isu yang belum ada hitam putih tetapi sudah disebarkan.
*** Bak kata orang-orang Tourism, di sini dinding bercakap tetapi rasanya dinding di Tourism sudah canggih, dah jadi ala-ala telefon 3G berkamera. Sekali klik gambar saja, sepantas kilat maklumat tersebar.
5. Akhir sekali saranan Kesatuan pada Pihak Pengurusan - aktifkan semula MBJ. Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, 1992 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 telah dinyatakan dengan jelas yang MBJ mesti diadakan sebanyak 4 kali setahun. MBJ yang berjaya akan mengelakkan dari berulangnya masalah memo dan surat layang kerana platform yang ada ini boleh digunakan sebaik mungkin bagi mencapai kata sepakat antara pengurusan dan pihak pekerja. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, maka kita perlukan kematangan untuk menangani setiap masalah.
1 comment:
Tindakan pihak pengurusan mengadakan perjumpaan tersebut adalah baik untuk menjelaskan keadaan sebenar kekalutan yang sedang berlaku di dalam Tourism Malaysia. Walau bagaimanapun, Kakitangan Tourism Malaysia amat mengharap agar suatu keputusan akan dicapai antara pihak pengurusan dan kakitangan, Jangan sekadar memberi penjelasan tapi tiada tindakan susulan kerana ini akan lebih menambahkan ketidak puasan hati pihak-pihak yang terlibat.
Post a Comment