Monday, March 7, 2011
Penjawat awam perlu perbaiki diri
IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama. JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan. CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan. Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini, semalam, Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM. Katanya, penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup. Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu. Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, bhnews@bharian.com.my2011/03/31
Tuesday, March 1, 2011
Perutusan YDP - Bil 2/2011
Perutusan Yang DiPertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM, Semenanjung Malaysia
Bil 2/2011
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, bersyukur saya kerana dengan izinNya dapat juga kita berjumpa di lembaran pada kali ini. Walaupun tiada kesempatan untuk bersua muka dengan semua warga kerja secara rasmi bagi mendengar dan membincangkan isu serta perkara-perkara berbangkit, namun, Kesatuan berjanji akan melakukannya dalam masa yang terdekat ini.
Rakan-rakan sekerja sekelian, diantara pelbagai perkara yang telah dibincangkan sepintas lalu mahupun secara khusus, terdapat satu isu yang akan sentiasa berbangkit dan disebut-sebut pada tahun ini. Saya, selaku YDP berasa sangat terpanggil untuk membawa perkara tersebut ke hadapan saudara dan saudari sekelian. Seperti yang saudara/saudari telah maklum, Tourism Malaysia akan mengekori Kementerian Pelancongan Malaysia untuk berpindah ke Putrajaya pada penghujung tahun ini. Malah, satu pemakluman rasmi telah pun dikeluarkan bagi proses perpindahan sebahagian dari kita ke ‘destinasi pasti’ pada Mei yang akan datang. Persoalannya, adakah kita semua telah cukup bersedia untuk berpindah? Sudahkah pihak pengurusan TM bersedia serta menyediakan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian? Perlukah ada satu sesi rasmi bagi memaklumkan kepada para pekerja tentang perkara-perkara tersebut? Kesatuan yakin pihak pengurusan tidak akan lupa untuk memastikan semua itu untuk diambil perhatian. Namun demikian, tanggungjawab Kesatuan adalah semata-mata untuk melihat semua itu dari kacamata kumpulan pekerja, terutamanya, kita dari golongan kumpulan sokongan. Apakah antara perkara-perkara yang paling mendapat perhatian kita semua?
Saudara/ saudari sekelian,
Sekonyong-konyong saya serta rakan Jawatankuasa di dalam Kesatuan berasa satu cabaran yang besar pada kali ini. Seramai 357 orang didaftarkan selaku ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Semenanjung Malaysia dan angka tersebut dijangka bertambah dengan hampir 2
30 permohonan baru yang telah saya luluskan untuk bersama kita di dalam Kesatuan pada tahun ini. Semuanya berharap kepada sesuatu yang sangat adil pada mata Kesatuan, iaitu kuarters bagi TM di Putrajaya.
Kesatuan tidak mahu membincangkan samada pihak pengurusan telah berusaha untuk mendapatkan kuarters tersebut atau tidak. Kesatuan juga bukan mahu membincangkan samada kita layak atau tidak untuk kuarters berkenaan, tetapi Kesatuan ingin memaklumkan bahawa para pekerja TM perlu mendapat kuarters jika berpindah ke Putrajaya. Quarters for TM!
Ramai ahli Kesatuan berpendapat bahawa seharusnya TM mendapat kemudahan berkenaan. Saya berasa yakin bahawa semua pekerja TM mempunyai pendapat yang sama. Tidak kira samada anda merupakan ahli kepada Kesatuan atau tidak, saya tetap yakin bahawa pendapat anda akan tetap sama. Bayangkan jika kemudahan berkenaan hanya dikecapi oleh seluruh warga Kementerian dan bukan kita. Perlukah kita dianak-tirikan?
Rakan-rakan sekerja sekelian,
Kesatuan tidak mampu untuk bergerak sendirian. Apalah kiranya suara sekerat bilangan kami di dalam Jawatankuasa jika hendak dibandingkan dengan gegak gempita hampir 400 warga Kesatuan yang sentiasa setia dan komited demi masa depan dan kebajikan saudara/saudari sendiri. Kesatuan perlu mengumpul tenaga untuk memperjuangkan kebajikan para pekerja dan tenaga kami adalah anda semua. Kesatuan ingin bergerak ke hadapan tapi bukan bersendirian. Marilah maju bersama kami kerana banyak perkara yang baik akan kita capai demi kebaikan dan kepentingan bersama. Kesatuan memohon maklumbalas dari anda semua, tidak kira yang baik mahupun sebaliknya. Kami akan sentiasa terbuka dengan komen yang membina. Perlu saya tegaskan di sini bahawa kewujudan Kesatuan adalah semata-mata untuk para pekerja. Walau sehalus hama sekalipun, pandangan serta sokongan saudara/saudari sekelian adalah amat bermakna.
Sebelum melaksanakan gerak kerja yang telah dirangka sekian lama, Kesatuan juga tidak lupa dengan tanggungjawab untuk berbincang bersama pihak pengurusan bagi mencari jalan yang sesuai agar para pekerja mendapat faedah yang akan dikongsi bersama organisasi yang tercinta ini. Semoga peluang akan dibuka dengan luas agar perbincangan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dapat dicapai.
InsyaAllah.
Sebelum menutup tirai lembaran pada kali ini, sukacita saya memaklumkan bahawa diantara matlamat umum saya selaku YDP pada tahun ini adalah untuk menambah jumlah ahli Kesatuan kepada 500 orang. Bagi sesiapa yang layak untuk menjadi ahli namun belum berkesempatan untuk melakukannya, boleh berhubung dengan Pemangku Setiausaha dan Penolong Setiausaha Kesatuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Borang-borang keahlian juga boleh didapatkan secara percuma.
Sehingga bertemu lagi di lain bicara, Quarters for TM!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
…………………………………………………………………..
HASRIZAL MUHAMMAD SHAWAL TUKIJAN
Yang DiPertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Semenanjung Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)