JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.
Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut.
"Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa.
Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.
Mohamad Zabidi berkata pertambahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dibuat sebagai mengambil kira kepentingan rakyat yang bimbang akan kenaikan harga barang tanpa kawalan.
Beliau juga mahu agar penjawat awam memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara di dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar bagi program yang digubal dan dirancang kerajaan.
Menurut beliau, sekiranya mereka menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, ia membawa kesan berganda yang boleh memberi impak besar kepada kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.
"Setakat ini, saya berpuas hati kerana rata-rata penjawat awam mempunyai pengetahuan yang baik berhubung CBP dan ini sememangnya akan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya," katanya.
Mengenai program itu, beliau berkata, ia merupakan kali kelima selepas diadakan di Perak, Sabah, Kedah dan Perlis sebelum ini sebagai satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran penjawat awam berhubung pelaksanaan CBP.
-Bernama.
Showing posts with label Aduan. Show all posts
Showing posts with label Aduan. Show all posts
Tuesday, December 2, 2014
Monday, March 7, 2011
Penjawat awam perlu perbaiki diri
IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama. JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan. CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan. Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini, semalam, Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM. Katanya, penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup. Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu. Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, bhnews@bharian.com.my2011/03/31
Subscribe to:
Posts (Atom)