Tuesday, November 15, 2011

Kempen Budi Bahasa Dan Nilai-Nilai Murni

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Fasa II 2006

VISI

Budi Bahasa Intisari Jatidiri Bangsa Malaysia

MISI

Melahirkan Masyarakat Malaysia Yang Berbudi Bahasa

OBJEKTIF

Menanam, Menghayati dan Mengamalkan Nilai-nilai Murni

TEMA

Bagi tahun 2006, nilai murni yang dipilih sebagai tema ialah Kesopanan. Ia selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan' dan diterjemahkan ke dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan, pembelajaran, kemasyarakatan dan perkhidmatan.

Aktiviti-aktiviti Selari Dengan Tema

  1. Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan). Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
  2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran). Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
  3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan). Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.
  4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan). Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.
  5. Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa. Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai','Tandas Bersih','Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa','Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Ada yang menjawab telefon dengan kasar dan acuh tak acuh (atau langsung tidak terjawab), surat-menyurat rakyat yang lambat dijawab, merosotnya amalan gotong-royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan, menghilangnya amalan hormat-menghormati identiti manusia dan pihak-pihak tertentu yang dahulunya dihormati, keterlaluan mengejar kemajuan kebendaan sehingga kita lupa akan betapa pentingnya tatasusila berhemah diamalkan semula secara menyeluruh. Tuntutan Rukunegara tentang ketatasusilaan yang baik harus diisi semula. Bangsa Malaysia yang dicita-cita harus terus berbekal amalan-amalan murni.

-KPKK/maa.

1 comment:

Anonymous said...

Apabila pelajaran tinggi & pangkat tinggi, sudah tentu diharapkan berakal tinggi & ahlak yang tinggi.