NAJIB TUN RAZAK sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputra
bilangan 6/2016 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Jun - Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada tahun ini cukup bermakna apabila mereka akan menikmati kenaikan gaji baharu mulai esok, yang dikuatkuasakan secara serentak dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,200.
Berita gembira tersebut diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebooknya, sebagai menepati janji kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas pengumuman mengenainya terlebih dahulu dibuat Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016, Oktober tahun lalu.
Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan melaksanakan janji tersebut mengikut jadual ditetapkan membuktikan ekonomi negara bukan sahaja stabil tetapi kekal berdaya tahan biarpun persekitaran ekonomi global berada dalam keadaan tidak menentu ketika ini.
“Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara. Malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan serta kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.
“Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan seperti mana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu,” kata Perdana Menteri di sini hari ini.
Dalam Bajet 2016, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji baharu serta pelaksanaan gaji minimum tersebut adalah sebahagian daripada program Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
Menerusinya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk menambah baik perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Julai 2016, termasuk memberi satu kenaikan gaji tahunan, menambah baik 252 skim perkhidmatan serta melaksanakan gaji permulaan (minimum) RM1,200.
-Utusan.
1 comment:
Kami menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pinjaman perumahan bagi sektor awam di LPPSA secara percuma.
Borang online!!!
Semakan Kelayakan!!!
Penghantaran dokumen secara terus ke kaunter proses LPPSA.
Anda kakitangan awam??
Anda peguam??
Anda pemaju??
Kami boleh bantu anda dengan perkhidmatan yang terbaik.
Hubungi kami (Hidayah)
019-7734574
Post a Comment