Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk
Abdul Fattah Abdullah berkata, keputusan yang dibuat itu memberi kelegaan
kepada kira-kira 63,200 penjawat awam terlibat dan lebih 600 koperasi kredit di
seluruh negara.
“Keputusan ini dapat membolehkan peminjam menjelaskan hutang pinjaman
mereka kepada koperasi dan koperasi terlibat juga dapat membuat kutipan
pinjaman dengan baik.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan dan Angkasa yang akan berbincang
semula dengan koperasi kredit seluruh negara bersama Jabatan Akauntan dan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagaimana
dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat kakitangan awam berbelanja
berhemah dapat dilaksanakan dengan adil,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Ihya Ramadan
Angkasa peringkat Zon Pahang 2 di Masjid Kampung Batu 13, Chenor di sini
semalam.
Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Mohd.
Arifin Awang Ismail.
Menurut Abdul Fattah, dalam tempoh dua bulan sekatan dikenakan, jumlah
kutipan pinjaman tertangguh yang tidak dapat dikutip koperasi-koperasi kredit
berjumlah kira-kira RM20 juta sebulan.
Dalam pada itu beliau memberitahu, sekatan kutipan pinjaman melebihi 60
peratus dikenakan terhadap kakitangan awam yang telah membuat pinjaman itu
memberikan kesan negatif kepada peminjam yang berhadapan dengan tindakan
undang-undang daripada koperasi kerana gagal melunaskan pinjaman.
Tambahnya, tindakan itu juga menyebabkan koperasi-koperasi kredit tidak
dapat mengutip pinjaman seterusnya dan menghadapi masalah membayar pinjaman
mereka dengan bank seterusnya berhadapan dengan tindakan undang-undang.
“Malah kalau peminjam berkenaan adalah ahli koperasi dan mereka tidak
membayar yuran dalam tempoh tiga bulan, maka secara automatik mereka tidak lagi
menjadi ahli koperasi,” katanya sambil memberitahu sekatan pemotongan gaji
bermula bulan ini.
-Utusan.
No comments:
Post a Comment