PUTRAJAYA 3 Okt.- Datuk Seri Najib Tun Razak bakal
mengumumkan khabar gembira dan penambahbaikan untuk seluruh penjawat awam
sewaktu Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.
Perdana Menteri berkata, beliau memahami ramai anggota
perkhidmatan awam ternanti-nanti dengan pengumuman tersebut.
“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman
tertentu.
“Insya Allah, beberapa khabar dan penambahbaikan untuk
penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 haribulan Oktober ini
nanti,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam
Kelima Belas (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di
sini hari ini.
-Utusan.
No comments:
Post a Comment