PUTRAJAYA
4 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan khabar
gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan
Awam ke-16 bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu
kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit
berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.
Beliau
berkata ini bermakna penjawat awam mendapat tahunan 1 lagi kenaikan gaji
tahunan disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.
Selain itu
beliau turut mengumumkan:-
2-
Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13
tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.
3-
Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan
(berkuatkuasa 1 Januari 2019).
4-
Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak
warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).
5- Dana
tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.
6-
Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penajwat awam bukan islam maksimum
7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).
7- 1%
Kenaikan kadar pencen tahunan secara one off untuk tahun 2018 sebagai tambahan
kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.
8-
Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018
9.-
Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.
-Utusan.
No comments:
Post a Comment