Perdana Menteri berkata, rakyat sudah melihat bagaimana
jika pemimpin terlibat dengan rasuah maka ramai juga anggota kerajaan dan
pentadbir yang juga terlibat dengan rasuah.
“Ya bagi mereka mungkin kerana disebabkan rasuah mereka
lebih sempurna, mereka mendapat pendapatan yang lebih dan apabila kita cuba
bersihkan negara daripada rasuah sudah tentu mereka tidak dapat wang rasuah
yang biasa diterima oleh mereka.
“Ada juga di antara kita yang berpendapat bahawa lebih
baik mempunyai pemerintah yang rasuah yang akan memberi bantuan kepada kita,
beri wang kepada kita secara percuma walaupun haram,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis
Townhall Bersama Penjawat Awam negeri Perak di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Menurut Tun Mahathir, kerajaan akan mengutamakan agenda
membersihkan negara daripada pemimpin rasuah demi memastikan segala perancangan
untuk pembangunan negara berjalan lancar dan mencapai matlamatnya dengan mudah
dan cepat.
“Tanpa rasuah negara akan dapat dibangunkan sehingga ia
akan kembali menjadi ‘Harimau Asia’ seperti dahulu,” kata beliau.
Menurut Tun Mahathir, ada juga yang berpendapat kerajaan
yang ada hari ini tidak sebaik kerajaan yang lepas kerana kerajaan hari ini
tidak membenarkan rasuah.
Kata beliau, untuk itu mereka beranggapan kerajaan
sekarang tidak seharusnya diteruskan dan kembali kepada kerajaan yang rasuah
sebelum ini yang akan menguntungkan pelaku rasuah.
“Tetapi percayalah apabila pemimpin dan kerajaan pilihan
rakyat mengamalkan rasuah maka kita akan jadi mangsa, kerana kita tidak akan
dapat layanan yang sepatutnya daripada kerajaan,” katanya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment