Showing posts with label Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG (PENGISIAN BAGI KAKITANGAN TOURISM MALAYSIA SAHAJA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,


Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari mengenai perkara di atas.

2. Pelawaan pengisian jawatan kosong ini adalah dibuka kepada semua pegawai/kakitangan Tourism Malaysia sahaja yang bertaraf jawatan secara tetap, kontrak dan sambilan bagi pengisian jawatan berikut:


i).Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 Tetap

ii).Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 Tetap

iii).Pembantu Setiausaha Pejabat N17 Tetap

iv).Penolong Pegawai Tadbir N27 Tetap

v).Jurufotografi B31 Tetap

3. YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang berminat dan memenuhi kelayakan sepertimana yang disyaratkan di dalam skim perkhidmatan gred jawatan yang sedang berkuatkuasa adalah dipelawa untuk memohon. Permohonan mestilah menggunakan borang permohonan jawatan yang dilampirkan. Disertakan juga syarat-syarat Skim Perkhidmatan untuk rujukan.

Pegawai-pegawai yang telah lulus Peperiksaan Khas (KPSL) boleh membuat permohonan dengan mengemukakan sesalinan keputusan KPSL.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dikepilkan dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia) pada atau sebelum 30 Mac 2012 untuk tindakan Bahagian ini selanjutnya.

ARAHAN :

i) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kanan atas sampul surat.

ii) Satu (1) borang permohonan untuk satu (1) permohonan jawatan. Borang permohonan boleh download disni http://corporate.tourism.gov.my/downloads/borang_permohonan.pdf

iii) Hanya borang permohonan yang LENGKAP diisi beserta sijil layak disenarai pendek.

Sekian, dimaklumkan.

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran

Thursday, January 12, 2012

SBPA dan Bayaran Gaji Bulan Januari 2012

Salam hormat,

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara di atas dan Makluman Bahagian Sumber Manusia sebelum ini pada 9 Januari 2012.

2. Dimaklumkan bahawa, Kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 11 Januari 2012 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Lanjutan daripada itu bayaran gaji pada 16 Januari 2012 dikekalkan di bawah Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan diharap mengambil maklum berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 9, 2012

MAKLUMAN PEMINDAHAN GAJI DARI SSM KE SBPA

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran merakamkan setinggi setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh setiap pegawai dan kakitangan yang telah mengembalikan Borang Opsyen SBPA.

3. Untuk makluman semua pegawai dan kakitangan Tourism Malaysia, berikutan dari sambutan Tahun Baru Cina, bayaran gaji bulan Januari 2012 akan diawalkan pada 16 Januari 2012. Sehubungan dengan itu, Gaji Baru SBPA akan dibayar bermula bulan Januari bagi pegawai dan kakitangan yang telah bersetuju memilih SBPA dan mengembalikan Borang Opsyen setakat 6 Januari 2012 (Jumaat). Pemindahan gaji ini hanya akan melibatkan gaji pokok sahaja tidak termasuk perkiraan elaun-elaun yang berkaitan (pelarasan akan dibuat pada bulan berikutnya).

4. Dalam pada itu, bagi pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan urusan kenaikan pangkat / masih belum menyerahkan / bercadang untuk menunggu sehingga tarikh tutup penyerahan Borang Opsyen SBPA iaitu pada 15 Januari 2012, Gaji SBPA YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan akan dibayar bermula bulan Februari dengan kiraan tunggakan. Kerjasama semua pegawai dan kakitangan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada pegawai yang tidak mempunyai kemudahan emel.

Diharap semua pegawai dan kakitangan mengambil maklum berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Friday, January 6, 2012

MAKLUMAN PENGHANTARAN BORANG OPSYEN UMUR PERSARAAN DI BAWAH SBPA

Assalamualaikum dan salam hormat,

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, tarikh akhir penyerahan Borang Opsyen Umur Persaraan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2011 telah berakhir iaitu pada 31 Disember 2011. Walau bagaimanapun, terdapat pegawai dan kakitangan yang masih BELUM menyerahkan semula borang yang telah dilengkapkan. Situasi ini menyukarkan BSMP untuk menyediakan laporan kepada JPA seperti yang telah diarahkan semasa di peringkat penyediaan pelaksanaan SBPA. JPA memerlukan maklumat daripada setiap Kementerian dan Agensi jumlah pegawai yang memilih opsyen 60 atau kekal pada tarikh opsyen yang lama (55/56/58)

3. Sehubungan itu, BSMP memohon kerjasama pihak YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan segera Borang Opsyen Umur Persaraan berkenaan selewat-lewatnya pada, 9 Januari 2012 (Isnin). Borang yang telah lengkap boleh difakskan/emelkan terlebih dahulu untuk rekod dan borang asal hendaklah diposkan secara berasingan. YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dianggap TIDAK BERSETUJU menerima tawaran bersara paksa apabila mencapai umur 60 tahun dan KEKAL memilih persaraan paksa apabila berumur 55, 56 & 58 tahun. Opsyen ini akan juga dilaporkan kepada JPA dan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sila maklumkan kepada pegawai dan kakitangan yang tidak mempunyai kemudahan emel.

Sekian, terima kasih.

Friday, December 30, 2011

MAKLUMAN EDARAN JADUAL GAJI SEBARIS (JGS) SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM ( SBPA)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, Cabutan Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011; Jadual Gaji Sebaris (JGS) telah diedarkan kepada semua Unit Urustadbir Bahagian/Pejabat Negeri/Luar Negeri pada 29 Disember 2011. Semua pegawai dan kakitangan boleh membuat semakan tawaran pemindahan Tangga Gaji dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seperti yang telah ditawarkan dalam Borang Opsyen sebelum ini. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut masih bertaraf terhad dan hanya untuk simpanan Unit Urustadbir sahaja.

3. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan/percanggahan pada tawaran, Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, bolehlah merujuk terus ke Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran untuk penjelasan dan semakan lanjut. Perkara ini AMAT PENTING bagi mengelakkan sebarang kesilapan pada tawaran Tangga Gaji di bawah SBPA yang boleh mengakibatkan Kutipan Semula@Bayaran Balik emolumen di kemudian hari.

Perhatian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai

Sekian.

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran

Tuesday, December 27, 2011

MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH AKHIR PENERIMAAN OPSYEN SPBA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Berikut dimaklumkan informasi terkini oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web www.jpa.gov.my mengenai tarikh akhir penerimaan opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

“Hasil perbincangan JPA bersama CUEPACS pada 23 Disember 2011 adalah dimaklumkan bahawa tarikh pelanjutan opsyen SBPA sehingga 15 Januari 2012 sementara opsyen persaraan paksa ke 60 tahun kekal 30 Disember 2011” – Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, 23 Disember 2011.”

Sekian, terima kasih.

Thursday, December 22, 2011

MAKLUMAN SUMBER MANUSIA BIL 29/2011 - TAKLIMAT SUSULAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SPBA) KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN TOURISM MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Lanjutan daripada sesi taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diadakan pada 12 Disember yang lalu, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran akan mengadakan taklimat susulan kepada pegawai dan kakitangan TM bertaraf tetap dan kontrak di Ibu Pejabat. Justeru itu, satu sesi taklimat susulan akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh / Hari : 23 Disember 2011 (Jumaat)

Masa : 9.30 -11.30 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna (MPH), Kementerian Pelancongan Malaysia

3. Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dijemput hadir pada sesi taklimat tersebut. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran