YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran merakamkan setinggi setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh setiap pegawai dan kakitangan yang telah mengembalikan Borang Opsyen SBPA.
3. Untuk makluman semua pegawai dan kakitangan Tourism Malaysia, berikutan dari sambutan Tahun Baru Cina, bayaran gaji bulan Januari 2012 akan diawalkan pada 16 Januari 2012. Sehubungan dengan itu, Gaji Baru SBPA akan dibayar bermula bulan Januari bagi pegawai dan kakitangan yang telah bersetuju memilih SBPA dan mengembalikan Borang Opsyen setakat 6 Januari 2012 (Jumaat). Pemindahan gaji ini hanya akan melibatkan gaji pokok sahaja tidak termasuk perkiraan elaun-elaun yang berkaitan (pelarasan akan dibuat pada bulan berikutnya).
4. Dalam pada itu, bagi pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan urusan kenaikan pangkat / masih belum menyerahkan / bercadang untuk menunggu sehingga tarikh tutup penyerahan Borang Opsyen SBPA iaitu pada 15 Januari 2012, Gaji SBPA YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan akan dibayar bermula bulan Februari dengan kiraan tunggakan. Kerjasama semua pegawai dan kakitangan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada pegawai yang tidak mempunyai kemudahan emel.
Diharap semua pegawai dan kakitangan mengambil maklum berhubung perkara ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment