Friday, November 15, 2013
Negative Perception Against Worker Union Leaders Should Change
Human Resources Deputy Minister Datuk Ismail Abd Muttalib said on the other hand, worker unions should be viewed as supporters, partners and suppliers.
"Worker unions should be transformed as partners to the government and employers, towards achieving a high-income developed nation status," he said in a closing speech of the Trade Union Training On Leadership And Raconteur seminar here Friday.
The text of his speech was delivered by the ministry's secretary-general, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Ismail said a worker union should be seen from a new perspective, that is, as supplier of competitive and skilled human resources, adding that external challenges and pressure also demanded that union leaders be more proactive, competitive, creative and innovative.
According to him, worker unions should be seen as relevant to national economic development.
-Bernama.
Wednesday, May 23, 2012
Perkasa peranan kesatuan sekerja - TPM
JOHOR BAHRU 22 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak kesatuan-kesatuan sekerja memperkasakan peranan serta hala tuju agar lebih proaktif dan bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia juga bagi mengukuhkan persefahaman dengan majikan sekali gus mengurangkan pertikaian atau pergeseran perusahaan. Kata beliau, tumpuan terhadap aspek itu dapat meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak tanpa memerlukan campur tangan atau sebarang tekanan daripada kerajaan.
"Sebagai contoh, hanya 311 kes pertikaian perusahaan dilaporkan pada 2011 berbanding 436 kes pada 2000 iaitu pengurangan sebanyak 28 peratus. Perkembangan positif ini memberi manfaat besar kepada semua pihak berkaitan. "Persekitaran kerja yang kondusif amat memerlukan kerjasama padu dan persefahaman jitu antara kesatuan sekerja dengan majikan sama ada meliputi hal ehwal kebajikan pekerja atau pengurusan serta prestasi syarikat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri Bersama Kesatuan Sekerja peringkat Zon Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan dana sebanyak RM100 juta untuk Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK) bertujuan meningkatkan kemahiran di kalangan pekerja dan sumbangan kerusi roda kepada sembilan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami kemalangan semasa bekerja.
Menurut Muhyiddin, kerajaan sentiasa memberi tumpuan berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja yang mana pelbagai inisiatif ke arah memantapkan jaringan keselamatan sosial sedang dilaksanakan. Ia katanya, termasuk semakan semula akta-akta perburuhan secara holistik. Tambahnya, semua cadangan penambahbaikan itu dibincangkan melalui kaedah tiga hala membabitkan kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja yang mewakili kepentingan keseluruhan warga pekerja.
-utusan/maa.
Monday, May 7, 2012
Tokoh kesatuan sekerja
Peranan kepimpinan kesatuan sekerja dalam era globalisasi amat mencabar kerana mereka bukan sahaja berjuang untuk meningkatkan kadar gaji dan kebajikan pekerja tempatan menerusi perundingan kolektif dengan majikan, malah juga bergiat bagi meningkatkan hak-hak pekerja di seluruh dunia. Antara perjuangan hak pekerja yang sering ditekankan adalah supaya kerajaan menetapkan kadar upah minimum, menentukan jam bekerja maksimum dan memastikan keselamatan di tempat kerja.
Dalam membuat tuntutan berkenaan, pemimpin kesatuan sekerja sering diingatkan kerajaan bahawa mereka tidak boleh membuat tuntutan tidak munasabah sehingga menjejaskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020. Ketika kegawatan ekonomi seperti pada 1997, kepimpinan kesatuan sekerja juga sering diminta supaya tidak bertindak di luar batasan apabila ada pekerja yang terpaksa dibuang kerja kerana kilang ditutup. Berikut ialah tiga tokoh kesatuan sekerja yang telah berbakti kepada pekerja.
DATUK ZAINAL RAMPAK
Bapa kepada empat anak hasil perkahwinan dengan Datin Zainab Abdullah @ Szeto Swee Chun tidak lagi menyandang jawatan itu setelah kalah kepada Syed Shahir Syed Mohamud dengan perbezaan 47 undi. Beliau yang berpendidikan Sekolah Tinggi Melaka pernah menjadi penoreh getah, buruh di tapak pembinaan serta guru dan kemudian beralih untuk berkhidmat bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pengangkutan (NUTW).
Suaranya yang lantang memang digeruni. Pantang ada isu melibatkan kebajikan pekerja di negara ini, beliau tidak akan berundur walau setapak untuk memperjuangkan hak pekerja yang bernaung di bawah payung MTUC.
Di kalangan majikan, Zainal dianggap sebagai musuh sehingga beliau pernah menerima ugutan bunuh, sebaliknya golongan pekerja pula menyanjungnya seperti wira. Ketika menjadi Presiden MTUC, antara isu yang sering diperjuangkan beliau adalah supaya ditetapkan gaji minimum.
Dalam tempoh kepemimpinannya, MTUC mengalami dua corak perjuangan yang berbeza. Pertamanya, era ‘permusuhan’ dengan pihak kerajaan dari 1986 hingga 1994. Sepanjang tempoh itu, MTUC begitu kritis dan sentiasa menentang dasar kerajaan, khususnya yang mengutamakan kepentingan pihak pelabur dan majikan. Ketika itu, Zainal juga memperlihatkan kesungguhan menentang dasar kerajaan yang dikatakan antikesatuan dan tidak prihatin terhadap kepentingan golongan pekerja. Sikap keras dengan kerajaan adalah berikutan latar belakang Zainal yang sebelum itu pernah menjadi ahli DAP dan kemudian sebagai pemimpin Parti Melayu Semangat 46.
AHMAD NOR
Beliau yang berasal dari Alor Setar, Kedah ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dari 1983 hingga 1986. Sebelum itu, beliau yang berkelulusan dari Kolej Sultan Abdul Hamid juga telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Presiden MTUC dari 1988 hingga 1990.
Semasa memimpin CUEPACS, beliau dikenali sebagai seorang yang paling lantang memperjuangkan kebajikan kakitangan awam di negara ini dan tidak mudah bertolak ansur ketika mengadakan rundingan dengan kerajaan.
Beliau juga ialah individu yang mempromosikan idea kerjasama antara kesatuan sekerja sektor swasta dan awam.
Ahmad yang terkenal dengan kebolehannya berpidato juga dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia dan mahukan layanan saksama kepada para pekerja. Beliau juga ialah individu yang bertanggungjawab merealisasikan pembinaan bangunan Wisma CUEPACS di Jalan Gajah, Kuala Lumpur.
Pada Mac 1986, beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dengan menyertai Parti Sosialis Demokratik (SDP) dan kemudiannya DAP. Beliau pernah bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum 1986 tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).
Kemudian beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Gopeng 1987, tetapi tewas kepada Setiausaha Agung MCA ketika itu, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh. Dalam pilihan raya umum Malaysia 1990, beliau menang bertanding di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang tetapi gagal mengekalkan kawasan itu pada 1995. Beliau yang berkahwin dengan Mariam Bibie Ibrahim dan mempunyai lima anak, meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2003 ketika berusia 60 tahun kerana kanser paru-paru.
DATUK OMAR OSMAN
PRESIDEN CUEPACS sejak 2006 berasal dari Kampung Kundur, Rembau, Negeri Sembilan. Omar, 62, yang berkelulusan Sekolah Menengah Vokasional Johor Bahru pernah berkhidmat sebagai guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Juruteknik Kanan, Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada 2007, beliau yang berkahwin dengan Datin Rahida Abdul Malik dan mempunyai seorang anak mencatatkan sejarah apabila menjadi Presiden pertama yang menang tanpa bertanding sepanjang 30 tahun penubuhan CUEPACS.
Sepanjang menjadi Presiden, antara isu yang diperjuangkan beliau adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan di kalangan kakitangan awam dengan meminta kerajaan menyediakan geran untuk tujuan latihan, skil dan pembangunan kerjaya. Turut diperjuangkan adalah pelanjutan umur bersara untuk kakitangan awam dan diserap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya mendesak kerajaan supaya memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat tidak adil.
Sehubungan itu, semua 1.4 juta kakitangan awam kembali tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan termasuk kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga menerima saranan CUEPACS supaya Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan daripada RM200 bagi kawasan B, manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
-Utusan/maa.
Saturday, March 24, 2012
Railway union against privatisation of KTMB
KUALA LUMPUR: The Railwaymen's Union of Malaya has called on the government to revert Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) to its public status or maintain it in its present form, as all privatisation efforts so far have failed.
Union president Abdul Razak Md Hassan cited Konsortium Marak Unggul Sdn Bhd's management takeover between 1997 and 2002 as an example saying that the episode proved private companies were incapable of managing KTMB efficiently.
"It was a chaotic period in KTMB at the time and many non-executive staff were treated as "surplus" which led to conflicts between the union and management of Marak Unggul until their contract was terminated," he remarked in a statement on Friday.
He added that the union has been given to understand that MMC Corporation Berhad is conducting a due diligence on KTMB before its proposed offer to take over the company.
Abdul Razak emphasised that the union saw no advantage in MMC going ahead with the takeover and all the hype about a RM1bil capital injection was no big deal.
The sum was insufficient to buy a 38 set commuter which cost RM1.8bil, let alone the whole of KTMB, and it did not even include other costs or the multi-billion ringgit debt owed to the government, he asserted.
Furthermore, he elaborated that KTMB was a public company which provided a social service to the people through its cheap, comfortable and safe mode of transport, especially to those from the lower income group.
"The move to allow KTMB to be taken over is detrimental to the people, especially those in the low income bracket, as it would be impossible for a private entity to maintain existing fares and any increase would burden them," he said.
Abdul Razak hoped that the government would reject proposals by MMC or any other company to take over KTMB and instead focus on better services to the lower income group.
He registered the union's objection to MMC's due diligence and appealed to the Ministry of Finance to order a halt immediately for the sake of its staff and passengers.
-Bernama/maa.
Monday, February 6, 2012
Kesatuan dalaman Maybank mahu runding terus
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kesatuan Pekerja Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu) iaitu sebuah kesatuan dalaman Kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank) kini optimis dalam memperjuangkan kebajikan pekerja bank berkenaan berikutan pembebasannya daripada penggantungan baru-baru ini.
Pengerusinya, Wan Nazrul Wan Nawi berkata, pihaknya yang kini mempunyai 1,970 ahli sedang berusaha menambah jumlah keanggotaan melebihi 3,000 orang bagi membolehkan kesatuan itu mendapat pengiktirafan serta berunding secara terus dengan pihak pengurusan bank.
"Mayneu telah mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pekerja bukan eksekutif Maybank iaitu dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini seramai 490 kakitangan menjadi ahli.
"Selepas penggantungan terhadap pendaftaran kesatuan ditarik balik oleh Mahkamah Rayuan pada 12 Januari lalu, kami telah meneruskan usaha merekrut 7,000 ahli dan merangka perjanjian sulung bersama pihak pengurusan bank berhubung kepentingan pekerja secara amnya.
"Penubuhan ini bukan sahaja menjamin kebajikan ahli kami, malahan memastikan kemakmuran bank terus meningkat di samping menaikkan nama negara di persada dunia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kesatuan yang ditubuhkan pada 16 Oktober 2010 itu sebelum ini dibantah oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang menganggapnya tidak sah dan tidak perlu memandangkan NUBE telah mewakili pekerja-pekerja semua bank di negara ini sejak 1958.
Berikutan itu, NUBE membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tahun lalu bagi membatalkan pendaftaran Mayneu di bawah Akta Kesatuan Kerja 1959. Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan tersebut atas kegagalan NUBE memfailkan Borang 111B dalam masa 14 hari.
Pada 12 Januari lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan NUBE dan menarik balik penggantungan terhadap Mayneu yang membolehkan kesatuan dalaman Maybank itu beroperasi seperti sedia kala dan meneruskan agendanya.
Mengulas lanjut, Wan Nazrul berkata, Maybank merupakan antara institusi perbankan terbesar di negara ini, maka adalah tidak adil bagi pekerjanya berkongsi perjanjian dengan bank yang lebih kecil.
"Maybank juga memperoleh pendapatan yang lebih besar daripada bank kecil lain hasil usaha pekerja. Oleh itu, tidak adil bagi kami mendapat nilai faedah yang sama dengan bank kecil lain," ujarnya.
-Utusan Online/maa.
Tuesday, December 27, 2011
CABUTAN BERTUAH SEMPENA RETREAT HALATUJU TOURISM MALAYSIA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Bersama – sama ini disertakan senarai nama pemenang cabutan bertuah yang belum menuntut baucer hadiah cabutan.
Dimaklumkan tuan/puan boleh menuntut hadiah masing - masing bermula dari 27 hingga 30 Disember 2011 jam 11.30pagi hingga 1.00 tengahari di aras 3 pintu A, Bahagian Pemasaran Antarabangsa(Asia Tenggara). Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan saya di talian 8278.
Tuan/Puan diminta membawa baucer kemenangan bagi menuntut hadiah masing - masing.
Sekian terima kasih
Tuesday, November 8, 2011
Kesatuan sekerja bantah DAP
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak. “Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas. “Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta. “Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi. “Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini. “Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu. “Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas. Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
-Utusan/maa.
Sunday, October 2, 2011
MASEU tidak puas hati
PETALING JAYA 1 Okt. — Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) hari ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penjelasan pihak pentadbiran terhadap kerjasama syarikat itu dengan AirAsia Bhd.
Presidennya, Alias Aziz yang mewakili lapan kesatuan dan persatuan di bawah MAS berkata, penjelasan oleh Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari Yahya semalam berhubung pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. tidak memuaskan.
"Oleh itu, kita bersetuju menulis surat kepada Perdana Menteri. Kita ingin bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyampaikan hasrat dan bantahan mengenai gabungan MAS dan AirAsia ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat MASEU di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Alias turut meminta agar MAS membeli semula saham-saham MAS yang dibeli oleh AirAsia dan memulangkan kesemua saham AirAsia yang dibeli MAS.
- BERNAMA