Sunday, October 2, 2011

MASEU tidak puas hati

PETALING JAYA 1 Okt. — Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) hari ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penjelasan pihak pentadbiran terhadap kerjasama syarikat itu dengan AirAsia Bhd.

Presidennya, Alias Aziz yang mewakili lapan kesatuan dan persatuan di bawah MAS berkata, penjelasan oleh Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari Yahya semalam berhubung pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. tidak memuaskan.

"Oleh itu, kita bersetuju menulis surat kepada Perdana Menteri. Kita ingin bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyampaikan hasrat dan bantahan mengenai gabungan MAS dan AirAsia ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat MASEU di Subang Jaya dekat sini, hari ini.

Alias turut meminta agar MAS membeli semula saham-saham MAS yang dibeli oleh AirAsia dan memulangkan kesemua saham AirAsia yang dibeli MAS. 

- BERNAMA

No comments: