Thursday, November 27, 2008

Komen Dari Pelayar Blog

Moderator - komen ini diambil dari artikel berkaitan PTK dan CUEPACS dibawah. Untuk perhatian dan perbahasan bersama.
-----------------------------------------------------------------

Anonymous said...

Saya ingin berkongsi pandangan saya di ruang ini. Saya tak nak berbincang PTK secara am tetapi PTK Tourism Malaysia. Senario terkini yang saya lihat sendiri:-

1. Panel penggubal soalan exam tidak AMANAH dan sanggup berkongsi soalan dengan "buah hati" masing-masing supaya "buah hati" ini lulus PTK sekali duduk.

2. Ketua Panel PTK tidak AMANAH dan tiada INTEGRITI sanggup menghebahkan siapa yang lulus PTK pada "buah hati" walaupun result PTK itu belum ada keputusan muktamad.

3. Mereka yang baru 4 atau 5 tahun bekerja lulus PTK aras 3 sahaja telah dipilih untuk diserapkan terus ke jawatan kanan. Apakah mereka yang baru pandai belajar dan tidak mempunyai pengalaman yang menyeluruh dalam industri pelancongan boleh diambilkira sebagai calon yang sesuai ke jawatan kanan?

4. Mereka yang bekerja 15 tahun ke atas lulus PTK aras 4 tidak pula dipertimbangkan ke jawatan kanan. Yang bernasib baik dapat BTNP sahaja. Apakah tahun-tahun perkhidmatan cemerlang mereka sebelum ini tidak perlu diambil kira dan tidak bernilai kepada oraganisasi?

5. Panel Kenaikan Pangkat tidak memandang seniority pegawai, keputusan PTK serta khidmat cemerlang yang dianugerahkan sendiri oleh pengurusan sebagai ukuran penentu pegawai ke jawatan kanan tetapi lebih kepada "jadual kedatangan" yang cantik.PTK bukanlah satu mekanism yang baik untuk pertimbangan ke jawatan kanan.

Eloklah dihapuskan sahaja.Sewajarnya, pengurusan mempunyai rekod perkembangan kerjaya setiap pegawai kerana dalam rekod ini pengurusan boleh menilai seniority, kematangan, khidmat cemerlang, tahap pendidikan terkini, bakat dan kebolehan setiap pegawai yang akan diserapkan ke jawatan kanan.

Pengwujudan Human Resource Division bagi Tourism Malaysia adalah amat kritikal sekarang ini. Kalau pengurusan boleh mengecilkan division kepada 10 sahaja, pengurusan juga boleh mewujudkan division ini kerana ia adalah fungsi utama pengukuhkan Tourism Malaysia.

November 26, 2008 4:35 PM

5 comments:

Anonymous said...

inilah masyarakat kita..asyik merungut,buruk sangka,dengki,khianat..tidak pernah melihat dari perspektif yang baik..kalau dah bekerja 15 tahun sekali pun, tapi kelibat di tempat kerja pun susah nak nampak..asyik memperjuangkan nasib pekerja sampai kerja HAKIKI pun tak jalan..hmppphhhh..apalah gunanya..

shahrilhakime said...

Maaf bercakap la ye........ teman ni takde belah mana-mana pihak pun dalam perkara ni. Tapi yang pasti, para pekerja (dalam kes ni staf TM) kalau sesuatu yang dibuat oleh pihak atasan atau pihak 'berwajib' tidak mendatangkan faedah atau keuntungan pada kita. Sudah mestilah kita marah. Lagipun PTK ni, kalau sesiapa yang rajin membaca buku-buku yang berkaitan tu Insyallah boleh lulus walaupun pada dasarnya kerja tak seberapa. Sedangkan staf yang mutu kerja yang bagus dan telah terbukti. Tak naik-naik juga disebabkan oleh PTK. Bukan apa malas nak baca buku. Bila keadaan memaksa barulah sibuk nak baca buku. Teman ingatkan bila PTK dah diambil alih oleh TM sendiri takde la yang merungut. Rupa-rupanya ada jugak. Macam mana lah nak bagi semua orang puas hati ye?!.....
P/S: Kesimpulan yang nak teman nyatakan disini takda kena mengena dengan pernyataan diatas. Pada penulis-penulis pendapat atau komen diBlogspot TM-Union ni, bertanggungjawablah anda dengan komen anda. Jangan hanya berani mengutarakan pendapat atau kritikan tanpa berani menunjukkan diri.

Sekadar pendapat 2 posen dari teman 'Golongan Marhaen'

Anonymous said...

buah apa.....buah hati...
buah apa.....buah hati....

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,

Saya terpanggil untuk memberikan komen memandangkan isu ini telah mendapat “rating” yang tinggi di kalangan warga kerja Tourism Malaysia berbanding lain-lain isu seperti ketidaktentuan ekonomi global, kemelut politik di Bangkok, rusuhan di Mumbai malahan melampaui isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Menyingkap kebenaran kepada kata-kata YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz (Tragedi Pemikiran Melayu) – “Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak akan berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir secara mendalam” saya termenung sejenak dan senyum sendirian. Kata-kata tersebut ada kebenarannya. Berita-berita sensasi, kontroversi, spekulasi, skandal, gossip terhangat mudah mendapat perhatian umum. Tidak hairanlah jika dilihat kembali Laporan Tabiat Membaca yang dibuat oleh UNESCO untuk sesi cerapan 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun – mungkin ini segmen hiburan semata-mata..

Berbalik kepada isu yang HANGAT diperkatakan. Saya masih bingung motif yang hendak disampaikan oleh penulis. Adakah penulis benar-benar berpuas hati sekiranya panel penggubal, ketua panel penggubal malahan buah-buah hati (dengan izin, OKSIGEN) disiasat atau dibawa kepada muka pengadilan atau digantung kerja? Adakah penulis mahupun ketelusan urusan kenaikan pangkat dihebahkan di notis am dengan catatan kriteria seperti keputusan peperiksaan PTK, SKT, kedatangan dsb. atau penulis sendiri mahu melihat bagaimana urusan kenaikan pangkat itu dilakukan tanpa isu pilih kasih atau pilih buah hati? Saya mengakui manusia itu sering melakukan kesilapan dan kesilapan itulah yang sebenarnya menjadi ZOOM utama bagi musuh-musuh untuk menjatuhkan seseorang. Adalah diharapkan laman blog ini dijadikan komentar untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya laman menghentam sesama sendiri dan menggalakkan kita semua berpuak-puak dan berpecah-belah.

Bercakap mengenai Integriti & Akauntabiliti, adakah penulis sememangnya dapat melihat dengan perspektif yang lebih luas – Pelan Integriti Nasional yang agendanya turut menyentuh peningkatan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya penuh penghayatan nilai-nilai murni. Mungkin penulis dianugerahkan Tuhan untuk memperbetulkan keadaan, tetapi adakah penulis sangat berpuas hati dengan membuat spekulasi ‘berisiko tinggi’ yang sebaliknya dapat mencetus perasaan benci dan dendam warga kerja yang lain dalam organisasi? Ditambah pula spekulasi yang tidak jelas (si polan buah hati si polan, urusan kenaikan pangkat yang tidak adil) telah menular sehingga melibatkan perihal maruah peribadi dan keluarga seseorang. Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh” – Surah Al-Baqarah, ayat 191. Saya berharap penulis dapat memupuk sifat ‘empathy’ dalam diri agar dapat dibersihkan jiwa nurani. Jika tidak, adakah penulis berpuas hati dengan senario sebegini dan adakah anda sebagai warga kerja yang mahukan pembaharuan seperti ini? Renung-renungkanlah..

Anonymous said...

For your information Malays do read books. Most of us here do read books, reports, magazines and newspaper and for heaven’s sake please get your facts right because that UNESCO report you quoted here is too old to be valid.

I disagree with you when you said the writer had bad mouth somebody and made a dangerous speculation. Probably you where not there when few of us overheard the “so not a secret tele-conversation” between the two. Don’t bother to ask who.

So, do me a favor people, before you pen down your opinion, just double check your facts and throw some good ideas instead of you “bad mouth” the first writer who is probably the only one who got the guts to tell the truth.