Kami Ahli Jawatankuasa Kesatuan mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Sekamat Tahun Baru 2009. Semoga di tahun ini warga Tourism Malaysia tetap cekal dan terus menyumbang tenaga kearah pencapaian amal dan kualiti kerja yang boleh dibanggakan.
Di dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing dan tidak kurang pula perjalanan organisasi yang menduga kesabaran, marilah sama-sama kita bermohon kepada Allah agar diberi kekuatan mengharungi badai yang pasti akan berlalu. Kita berdoa untuk mendapatkan keadilan.
Yang pasti setiap yang bermula akan ada akhirnya, yang hidup sampai ajalnya meneruskan perjalanan ke alam Barzah, susah dahulu senang kemudian, manusia merancang tetapi perancana ulung maseh Al Jabbar. Maka yakinlah akan ketentuan Illahi.
Salam hormat!
tm-union@tourism.gov.my
2 comments:
Nampaknya permulaan tahun baru sekali lagi merentap emosi pegawai-pegawai Tourism Malaysia.
Selepas reorg dibuat pengukuhan, tak sejuk lagik dengan pengukuhan, dikukuhkan lagik dengan pertukaran..
Huh.. pegi dinner pun kena hati-hati sekarang ni..
-BUDAK TEPON-
selagi sekumpulan manusia berkuasa, janganla disalahgunakan kuasa...hari ini mungkin kumpulan itu senang dan seronok mengenakan orang tetapi jangan lupa langit tidak selalunya cerah...... kat tdc ni dah banyak contoh,belajarla.
Post a Comment