Sunday, January 25, 2009

Laporan Nilaian Prestasi

Salam,
Laporan Nilaian Prestasi, sejauh mana anda berpuas hati dengan markah yang anda terima.
Kita biasa dengar bagaimana pegawai memberi markah yg rendah pada Pegawai Yg Dinilai sekitar 70 - 80 sahaja, malah ada yg lebih rendah sedangkan Pegawai Penilai mendapat KC. Bagaimana dalam 1 pasukan (1 unit) yang buat kerja dapat markah rendah, yang mengarah dan pemberi laporan dapat markah tinggi. Tidakkah bermakna Pegawai Penilai tidak tahu menyelia Pegawai dibawahnya. Apalagi kalau Pegawai Penilai bertaraf kontrak. Anak buahnya adalah staf tetap. Tak nampakkah apa implikasinya nanti. Ada yang dapat 99%, ada yang 70% saja, walhal level kerjanya sama saja. Ada Jurutaip yang diarahkan buat kerja Pembantu Tadbir, tapi Pegawai Penilai memberi markah yang rendah atas alasan tidak menjalankan tugas Pembantu Tadbir dengan baik, walhal dah nyata tugas hakikinya Jurutaip dan tugas-tugas Pembantu Tadbir dibuat atas dasar membantu sahaja.
Mungkin kita sebenarnya tak cukup ilmu nak menilai atau kita tak cukup ilmu nak mengisi borang SKT dan LNPT. Bila diberi borang LNPT untuk dinilai, terasa hebat dan berkuasanya diri menentukan nasib seseorang. Pegawai Penilai Ke 2 pulak biasanya seperti Pak Angguk, yang akan mengiyakan saja markah dan komen yang diberi. Mungkin ada Pegawai Penilai Ke 2 yang ada inisiatif nak berbincang semula tapi bilangannya tak ramai. Ada Pengarah yang prihatin dan ambil berat berkaitan hal ini, tapi ada juga Pengarah yang terlalu sibuk yang tak ambil tahu dan tak kisah berapa markah yang diperolehi oleh anak-anak buahnya.
Kesatuan ingin mendapatkan pandangan warga Tourism Malaysia berkaitan isu ini. Tuan puan tidak perlu menyatakan nama sebenar untuk memberi komen. Setiap komen akan disiarkan selagi ianya tidak mengandungi kata-kata kesat dan lucah.

2 comments:

Anonymous said...

SKT satu perkara yang paling kelakar dalam penilaian pekerja di Tourism Malaysia...takda guna pun SKT ni kat Tourism..last2 org yg sama naik PENTAS...Org kontrak yang naik pentas untuk kekalkan prestasinya yang tak seberapa dan menilai anak buahnya yang tetap dgn markah penilaian yang sedikit..ntah laa, mau citer pasal LNP ni sampai bila pun tak abis2 jika ada org yang mementingkan diri sendiri & kroni2nya...

Anonymous said...

saya yang dh 8 tahun kije kt tourism, tak pernah dpt naik pentas & saya tak heran. sepanjang 8 tahun tersebut hanya permulaan tahun berkerja selama 5 tahun SKT saya dibincang oleh penilai kedua, the last 3 tahun tak penah dibawak berbincang. mentang-mentangla dia bos.. so ape citer cenggini?bukankah WAJIB skt dibincang di depan pegawai yang dinilai?