2012/03/24
NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan.
Pada 8 Mac lalu, Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.
Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.
Mengulas penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata, ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja daripada 23 kesatuan sekerja bernaung di bawah CUEPACS. –BERNAMA
No comments:
Post a Comment