Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa saya dan SU telah berjumpa dengan Encik Zaki di Bahagian Sumber Manusia bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan elaun pakaian PAP, Pemandu dan Penjaga Bangunan. Merujuk kepada perbincangan tersebut, adalah dimaklumkan bahawa Cik Ainon Bariah tiada untuk memberikan maklumbalas yang lebih tepat namun, menurut Encik Zaki, kelewatan elaun tersebut adalah disebabkan oleh usaha dan cadangan Bhg. Sumber Manusia dan Pentadbiran untuk mendapatkan penambahan ke atas elaun tersebut. Bagi tujuan tersebut, BSMP perlu mendapatkan kelulusan BOD supaya boleh diberikan secara sekaligus kepada PAP, Pemandu & Penjaga Bangunan selewat-lewatnya pertengahan Mac 2012.
Sehubungan dengan itu, bagi semua yang berkenaan diharap dapat bersabar dan memahami situasi tersebut.
Sekian, terima kasih
2 comments:
tiap-tiap tahun lambat, macam la ni perkara baru. ni nasib baik tanya, kalau tidak hujung tahun baru dapat. kenapa kalau untuk kumpulan sokongan selalu lambat atau buat lupa.
jom kita ubah supaya menjadi lebih efisyen ....
Post a Comment