Monday, April 30, 2012


Perutusan Yang Dipertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM, Semenanjung Malaysia
Bilangan 1/2012
Bersempena Sambutan Hari Pekerja, 1 Mei 2012

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Rakan-rakan sekerja sekelian,

Kehadiran Hari Pekerja pada tahun ini seharusnya menjadi sesuatu yang istimewa kepada kita semua. Tempoh kegemilangan 40 tahun kewujudan Tourism Malaysia sedari 10 Ogos 1972, telah menjadi titik sejarah yang tidak boleh dipadam. Bertahun telah kita lalui, kini tiba lah tahun yang baru di hadapan kita untuk sama-sama belajar dan tempuhi agar kejayaan demi kejayaan terus ditempa dalam industri pelancongan Negara. Selaku tenaga kerja yang berdedikasi terhadap kemajuan industri ini, secara langsung mahupun tidak, kumpulan pekerja di Tourism Malaysia ternyata memainkan peranan yang utama. Sepertimana dunia sedia maklum, Tourism Malaysia telah menjadi jenama yang paling berjaya dalam usaha mempromosi Negara menjadi destinasi pilihan secara global. Pengiktirafan ini bukan calang-calang bergolek ke riba jika tidak dengan kesungguhan dan kerja keras sekelian warganya. Maka, sudah pasti pengiktirafan tersebut seharusya dikongsi oleh kita semua tidak kira di peringkat mana pun kita berada dalam organisasi yang tercinta ini. Di antara kita perlu ada rasa hormat-menghormati tanpa mengira batas pangkat mahupun status populariti bagi mewujudkan harmoni dan kejituan kebersamaan dalam organisasi. Kepentingan peranan setiap warga kerja di Tourism Malaysia perlu dijadikan iktibar dan dipelihara malah menjadi wajib pula untuk dilindungi agar relevan sepanjang zaman.


Ucapkan selamat kepada 40 tahun yang telah menjadikan Tourism Malaysia ikonik dan teras kepada panji pembangunan industri pelancongan Negara. Kesatuan melihat pencapaian ini sebagai satu peluang dan cabaran yang perlu ditatang dengan penuh kasih dan sayang agar 40 tahun yang mendatang akan terus menjanjikan kecemerlangan sambil mengimbangi keperluan-keperluan kebajikan kumpulan pekerja.

Rakan-rakan sekerja sekelian,

Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai juga hadir bersama perkara-perkara baru di muka pintu kita sekaligus menjadi dugaan yang kekal untuk dihadapi bersama. Perpindahan ke pejabat baru di Putrajaya telah menempatkan Tourism Malaysia dalam rekod sejarah sebagai agensi Badan Berkanun yang pertama bercucuk jasa di sini. Walaupun pelbagai isu bersilih ganti, namun, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan rahmatNya sehingga setiap permasalahan dapat dihadapi dengan aman. Kerjasama yang baik di kalangan pekerja telah memberi ruang yang luas kepada majikan untuk turut serta membantu. Isu-isu berkaitan seperti pengangkutan, ruang kerja yang selesa dan selamat, kafe serta taska telah mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi dari pihak pengurusan tertinggi. Walau sebahagiannya belum selesai sepenuhnya, namun, jalan dan usaha ke arah itu telah dilaksanakan satu persatu. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Pemangku Ketua Pengarah serta pihak berwajib kerana telah sudi memberikan komitmen yang tiada putus terhadap kebajikan dan segala permasalahan pekerja selama ini. Kesatuan berdoa agar kerjasama dan usaha murni ini tidak akan luntur malah berterusan dari semasa ke semasa.

Pada tahun ini, Kesatuan sekali lagi ingin menarik perhatian pihak Pengurusan Tertinggi agar sekali-kali tidak melupakan janji mencari ikhtiar mendapatkan kemudahan perumahan atau kuarters untuk warga TM keseluruhannya. Tiada apa yang mustahil, malah, Kesatuan berpendapat bahawa perkara tersebut boleh dicapai kerana kepentingan pekerja adalah tiada tolok bandingnya lagi. Sebaik berpindah ke Putrajaya atas kepentingan dan arahan pihak tertentu, kos perbelanjaan kakitangan TM meningkat secara mendadak tanpa sebarang kompromi.


Penyediaan kuarters atau kemudahan perumahan akan membantu menangani masalah berkenaan. Sehubungan itu, Kesatuan berharap agar pihak Pengurusan Tertinggi akan terus bersikap terbuka untuk membantu sehingga kemudahan tersebut diterima demi faedah jangka masa panjang.

Pada tahun ini juga, Kesatuan terpanggil untuk melihat secara teliti kemudahan kafe dan taska yang telah disediakan untuk kemudahan warga TM. Matlamat utama Kesatuan adalah memastikan kemudahan-kemudahan berkenaan tidak akan membebankan warga TM dari segi kewangan. Kesatuan berjanji untuk menentang habis-habisan jika ternyata kedua-dua kemudahan tersebut menafikan hak warga TM untuk mendapat tawaran harga yang berpatutan. Namun demikian, semua ini terserah kepada tuan/ puan sekelian kerana Kesatuan tidak mahu dilihat sebagai ‘lebih sudu dari kuah’. Kesatuan juga tidak mahu disangka ‘kayu reput yang menanti hanyut ke sungai yang tiada berpenghujung’.

Oleh yang demikian, kerjasama dari setiap ahli Kesatuan untuk bertanggungjawab ke atas setiap isu dan permasalahan tersebut adalah sangat dihargai. Semua dari kita perlu ada rasa berani dan sepakat, bukan hanya menanti keputusan yang menguntungkan semata-mata. Warga pekerja Tourism Malaysia seharusnya bersedia memberikan sokongan demi kepentingan berkelompok dan bukan individu. Beranikan diri untuk berjumpa kami, isi dan hantar Borang Keahlian supaya kekuatan Kesatuan bertambah sekaligus suara pekerja tidak dipandang sepi lagi. Sudah sampai masanya untuk pekerja-pekerja Tourism Malaysia meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Kesatuan demi kebaikan kita bersama. Sehubungan itu, Kesatuan ingin menyeru kepada setiap ahli untuk terus menyalurkan maklumat dan respon yang berkaitan agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Kesatuan bermohon agar setiap dari kita untuk tidak leka dan lalai untuk menjenguk hak dan kebajikan kita agar tidak dipandang remeh semata-mata. Tuan/ puan sememangnya mempunyai kekuatan bagi memastikan cita-cita ini tercapai. Saya berdoa agar kepentingan dan kebajikan kumpulan pekerja akan terus terpelihara selama-lamanya. Kejayaan bernaung di bawah gagasan CUEPECS bermula pada tahun ini pastinya menjanjikan seribu kemungkinan. Semoga segala kemungkinan itu menjadi sesuatu yang menggembirakan kepada kita semua, warga pekerja Tourism Malaysia.

Rakan-rakan sekerja sekelian,

Bersempena sambutan Hari Pekerja ~ 1 Mei 2012, datangkanlah semangat, serulah jati diri, usah jadi penakut, buangkan sikap individualistik yang pastinya akan menjatuhkan organisasi yang tercinta ini. Jadilah manusia yang malu dengan perbuatan salah diri sendiri agar menjadi warga kerja yang efisyen, amanah, jujur serta bebas rasuah. Peliharalah rakan-rakan sekerja yang ada bersama kita, lindungi kepentingan mereka dan berdiri tegaklah di samping mereka agar tiada anasir luar masuk menyusup sehingga memporak-perandakan hal kita sekeluarga. Jatuhkan mereka yang melihat kegagalan TM sebagai sarapan pagi mereka. Runtuhkan tembok pemisah yang selama ini menjadi rantai membelenggu kumpulan pekerja sehingga terlupa kepada hak yang sudah tersedia untuk mereka. Jangan biarkan diri menjadi ‘sukarela’ menganiaya kumpulan pekerja tanpa mempedulikan perit jerih mereka mengumpul rezeki demi anak dan keluarga. Demi kumpulan pekerja, Kesatuan berdoa agar kemenangan akan sentiasa berada di pihak kita. Insyallah.

Semoga maju jaya,  



(HASRIZAL MUHAMMAD SHAWAL TUKIJAN)

Yang Dipertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Semenanjung Malaysia

Friday, April 27, 2012

Penjawat awam beri sumbangan besar

PULAU PINANG 26 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam merupakan nadi kepada pembangunan negara kerana peranan yang dimainkan kumpulan itu bagi memastikan kejayaan program transformasi nasional yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangan penjawat awam dalam konteks di Pulau Pinang amat besar, sehingga negeri ini muncul sebagai antara yang termaju.

Beliau berkata, kejayaan yang dicapai negeri ini dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pembuatan dan pelancongan bukan baru berlaku tetapi ia mengambil masa yang lama untuk dicapai.

“Sama ada kita sedar atau tidak, ia bertitik -tolak daripada sumbangan penjawat awam yang terlibat merangka dasar-dasar pembangunan yang perlu dilaksanakan untuk kemajuan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam dihadiri lebih 5,000 orang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini. 

Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Nik Ali Md. Yunus.
-Utusan/maa.

MAKLUMAN KOMPETENSI BIL. 3 TAHUN 2012 

RUJUKAN : LPPM/A(1)/7.1.



Tajuk : PEPERIKSAAN KPSL KE Gred N41


PENGANJUR : JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA TAHUN 2012

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan (Gred N27 – 36 & W27 – 36)



Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) melalui jadual peperiksaan tahun 2012 akan menganjurkan Peperiksaan KPSL Ke Gred N41. Pegawai yang memenuhi syarat adalah dipelawa memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan ini adalah merupakan satu syarat untuk kenaikan pangkat ke gred N41.
 

2.     Berikut adalah syarat-syarat permohonan dan cara memohon menduduki peperiksaan tersebut:


2.1 PEGAWAI YANG LAYAK MEMOHON


      a. Penolong Akauntan (Gred W27 – 36) (Yang telah disahkan jawatan)


      b. Pen. Pegawai Tadbir (Gred N27 - 36) (Yang telah disahkan jawatan)


2.2 CARA MEMOHON



     a)  Permohonan perlu dibuat secara online dengan melayari laman web
          JPA di www.jpa.gov.my (Permohonan melalui borang OMR tidak
            akan dilayan).
     b)  Sila cetak Slip Akuan Terimaan Permohonan dan kemukakan ke
            Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Bahagian Sumber 
           Manusia & Pentadbiran (BSMP) (u.p: Puan Yusliza Yusoff) untuk
           rekod dan semakan.

     c)  Slip Arahan Calon yang mengandungi butiran pusat peperiksaan boleh
         dicetak melalui laman web JPA 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan
         dan perlu dibawa bersama semasa menghadiri peperiksaan.


     d) Pegawai yang telah diluluskan permohonan menduduki peperiksaan ini
         adalah diingatkan agar menduduki pada tarikh peperiksaan (5, 6 & 7 JUN 2012) untuk mengelakkan mendapat surat tunjuk sebab.

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 4 MEI 2012 (JUMAAT) @26 APRIL 2012 /4 JAMADILAKHIR 1433

Thursday, April 26, 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 & Hari Inovasi 2012 Peringkat Kementerian Pelancongan, Malaysia

Tarikh: 3 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi ~ 2.00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna KPL, Putrajaya

Tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dari Tourism Malaysia.
-nydp.

Nota: Majlis telah ditangguh ke 23 Mei 2012 (Rabu) di masa dan tempat yang sama.

1.4 juta kakitangan awam terima gaji baru

KUALA LUMPUR 25 April - Kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.

Gaji yang diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13 peratus mengikut gred masing-masing selepas pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengundang bantahan banyak pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yang terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.

“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yang mereka nikmati kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan.

“Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar keluhan penjawat awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung kakitangan kerajaan yang mula menerima gaji baru berdasarkan pelarasan SSM, hari ini.

Katanya lagi, kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama.

“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka.

“Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan," tambahnya.
-Utusan/maa.

Wednesday, April 18, 2012

PATA Annual Conference 2012 - Malaysia


Selamat bertugas kepada semua ahli-ahli Kesatuan yang terlibat, dan semoga semua berjalan lancar kerana kita adalah Tourism Malaysia. Tourism Malaysia boleh!
-nydp.

Sunday, April 15, 2012

CUEPACS MAHU BINCANG DENGAN PM

PUTRAJAYA 10 April - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini bagi membincangkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu membabitkan kakitangan kategori tersebut yang tidak diserap ke jawatan tetap mahupun yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Katanya, CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.Pihaknya, kata beliau, telah bertemu Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berhubung isu tersebut namun, tiada sebarang kata putus diberi."CUEPACS berharap Perdana Menteri akan bersetuju mengadakan perbincangan mengenai perkara ini, jika keputusan kelak menyebelahi kakitangan kontrak, ia akan menjadi berita gembira kepada mereka menjelang Hari Pekerja 1 Mei nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) berstatus kontrak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.Menurut Omar, ketika ini terdapat hampir 700 PTD berstatus kontrak kebanyakannya lepasan institusi pengajian tinggi awam mahupun universiti luar negara yang memperoleh tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Saya juga hairan mengapa pegawai PTD lepasan IPTA tempatan dan universiti luar negara yang mendapat tajaan biasiswa dan tajaan JPA tidak mendapat status pekerja tetap walaupun mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan agensi-agensi kerajaan."Jika alasan tiada jawatan kosong ia tidak munasabah kerana tiada pengambilan pekerja baru dibuat selepas pembekuan jawatan Jun tahun lalu, bayangkan berapa ramai penjawat awam yang berhenti dalam tempoh tersebut," katanya.
Oleh itu, katanya, CUEPACS menggesa supaya kerajaan menilai sedalam-dalamnya mengenai perkara itu selain menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap."Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga 10 tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap," katanya.Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.
"Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.

Proposed buddy system may backfire, says Cuepacs

PETALING JAYA: Cuepacs has questioned the suitability of the proposed buddy system for civil servants, and urged the Public Service Department to review the plan.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said the system might prove to be counter-productive as those who were assigned a buddy could take it the wrong way.

“Some may feel demoralised and demotivated to work if they find out that they were considered problematic,” he said yesterday.

He added that assigning someone from the same department to “help” an underperforming colleague might also have a negative impact.

“The buddy may highlight small mistakes and weaknesses, making the colleague unnecessarily stressed. This would make the situation worse,” he said.

Omar suggested that government departments develop training programmes instead.

He said every department should have its own plan on how to improve the productivity of its staff.

“We believe that well-designed training programmes will be more effective for civil servants than assigning a colleague to help them.”

-thestar/maa.

Dept to introduce ‘friendly’ system to motivate problematic civil servants

PETALING JAYA: Underperforming civil servants will be assigned specially trained “buddies” from next month to guide and motivate them.

The “buddy system” to make the civil service “more dynamic and functional” is aimed at employees with attitude and other problems that cause them to be unproductive.

The Public Service Department uploaded on its website the guidelines for the system, which is an initiative of its psychology management unit.

Unit head Dr Aris Kasan said the “buddies” would be selected by a special committee comprising human resource personnel and psychologists.

He told The Star that the buddies would be chosen from more than 4,500 civil servants who had been trained in counselling for the existingPublic Service Colleague Guidance Group, which organises formal activities such as team building sessions.

“The buddy system will involve activities on a more personal level such as having meals or watching or playing games together,” he said.

The programme, which supports the Public Service Colleague Guidance Group, would identify workers with attitude, work, financial and family problems.

“The buddies will motivate colleagues assigned to them or help by sharing their knowledge and experience with them.

“However, if they detect major issues such as mental problems or any form of addiction, they will have to refer the colleagues to the department's counsellor or the psychology unit.”

The number of buddies selected depends on the need of each department.

Dr Aris said he would meet the counsellors from all the depart-ments once every three months to garner feedback.

“We will then conduct an impact study on the programme to gauge its effectiveness,” he said.

Dr Aris added that the department would also look into training doctors under the system in light of the recent death of a houseman in Kajang Hospital.

The Star had reported that some housemen were overworked and bullied, sending some into depression.

-thestar/maa.

Tuesday, April 10, 2012

Cuepacs Mahu Isu PTD & Penjawat Awam Berstatus Kontrak Diselesai Segera

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerjasama kerajaan agar Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berstatus kontrak diserapkan ke jawatan tetap.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata terdapat PTD kontrak yang sudah berkhidmat lebih empat tahun turut tidak disambung kontrak, menyebabkan mereka kehilangan mata pencarian.

Beliau berkata isu itu telah diperjuangkan sejak tiga tahun lalu tetapi masih menemui jalan buntu meskipun beberapa pertemuan dilakukan dengan pihak tertentu termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya ia diselesaikan segera.

"Kita sendiri tidak tahu apakah punca mereka tidak diserapkan sedangkan prestasi kerja mereka cemerlang. Saya bersimpati dengan mereka kerana mereka sudah berkeluarga dan memerlukan kos yang tinggi.

"Tekanan-tekanan seumpama ini dikhuatiri boleh menimbulkan masalah keluarga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama sebahagian daripada PTD berstatus kontrak di sini Selasa.

Dianggarkan seramai 700 PTD kontrak yang telah empat tahun berkhidmat dengan kerajaan, telah tamat atau bakal ditamatkan mengikut tarikh lantikan masing-masing, katanya.

Omar berharap satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat diadakan sebelum sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini bagi menyelesaikan isu berkenaan termasuklah nasib penjawat awam berstatus kontrak yang lain.

Omar berkata difahamkan kebanyakan PTD sebelum ini sudah mempunyai jawatan tetap di syarikat-syarikat multinasional, tetapi perlu menerima jawatan dalam kerajaan meskipun berstatus kontrak kerana mereka adalah pemegang biasiswa kerajaan.

"Jika pegawai-pegawai ini tidak menerima jawatan kontrak, mereka terpaksa membayar ikatan biasiswa antara RM35,000 hingga RM300,000 mengikut bidang yang ditaja JPA," katanya.

Dalam perkembangan lain Cuepacs berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai senarai nama pihak yang akan mengganggotai suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, seperti diumumkan Perdana Menteri pada Mac lepas.

"Kita minta supaya nama-nama itu dimaklumkan secepat mungkin," katanya.

-Bernama/maa.

Friday, April 6, 2012

Penjawat awam perlu profesional

KUANTAN 5 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, setiap penjawat awam perlu beriltizam untuk membentuk akhlak dan peribadi baik serta mengamalkan daya kerja berkualiti bagi mengekalkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Baginda bertitah, untuk melihat negara ini terus maju, aman dan program-program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, ia memerlukan penggemblengan tenaga kerja seluruh penjawat awam di negara ini.

"Setiap penjawat awam perlu profesional serta menggunakan pendekatan terbaik ketika menjalankan apa saja urusan yang membabitkan rakyat.

"Jika mereka sama saja seperti sebelumnya tanpa ada penambahbaikan, tidak mustahil suatu hari nanti pihak atau organisasi lain akan mengambil alih peranan kita hari ini kerana kita tidak lagi relevan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Pahang serta Majlis Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, di sini malam tadi.

Sultan Ahmad Shah bertitah, hubungan baik antara penjawat awam dan ahli politik perlu diwujudkan agar matlamat memajukan negara dapat dicapai kerana melalui persefahaman kedua-dua pihak berkenaan banyak program negara dapat dilaksanakan.

"Bagaimanapun, setiap tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam tidak perlu dipolitikkan kerana ia akan menyusahkan rakyat serta melambatkan perancangan kerajaan," titah baginda.

Baginda juga bertitah, penjawat awam yang profesional tidak akan menyokong mana-mana parti politik sebaliknya hanya menjalankan tugas masing-masing berasaskan dasar yang telah ditetapkan.

"Oleh itu, setiap penjawat awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan hari ini," titah baginda.

-Utusan Online/maa.

Monday, April 2, 2012