Showing posts with label Tourism Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Tourism Malaysia. Show all posts

Friday, March 10, 2017

Hanya 10 Pejabat Tourism Ditutup, Empat Kekal Jadi Pejabat Wilayah

KUALA LUMPUR – Hanya 10 pejabat Tourism Malaysia negeri yang ditutup manakala empat lagi dikekalkan sebagai pejabat wilayah, demikian menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut jawapan bertulis kementerian itu di Parlimen hari ini, pejabat yang dikekalkan ialah pejabat Wilayah Tengah di Kuala Lumpur (meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan), pejabat Wilayah Utara di Pulau Pinang (meliputi Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis), pejabat Wilayah Selatan di Johor (meliputi Johor dan Melaka) dan pejabat Wilayah Pantai Timur di Pahang (meliputi Pahang, Kelantan dan Terengganu)

Bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua Pusat Penerangan Pelancongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Kuching akan diperkasakan dan bertindak sebagai ‘mini Tourism Malaysia’.
Tourism Malaysia akan mengekalkan Pusat Penerangan Pelancongan di negeri-negeri seperti sedia ada untuk memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong.

Jawapan bertulis itu merujuk soalan lisan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) yang meminta penjelasan kementerian berhubung penyelarasan semula tugas dan fungsi berkaitan pelancongan, khususnya yang dipertanggungjawabkan kepada Tourism Malaysia setelah pejabat Tourism negeri di seluruh negara diarah tutup baru-baru ini.

Kementerian itu menjelaskan fungsi pejabat wilayah Tourism Malaysia termasuk menguruskan kesemua Pusat Penerangan Pelancongan di setiap negeri serta bertindak sebagai sudut rujukan dan nasihat untuk penggiat industri pelancongan seperti hotel, agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan persatuan pelancongan dalam kempen promosi pelancongan.

Pejabat itu akan membantu segala inisiatif kajian berkaitan pelancongan yang dibuat oleh Tourism Malaysia dan kementerian serta mengemas kini inventori produk pelancongan di setiap negeri agar dapat diwujudkan pakej-pakej dan dipromosikan.

Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan menutup semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.
– BERNAMA

Friday, March 3, 2017

Nasib Pekerja Tourism Malaysia Belum Ditentukan - Cuepacs


KUALA LUMPUR: Nasib pekerja pejabat Tourism Malaysia yang diumumkan penutupannya pada Januari masih belum dapat ditentukan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Azih bagaimanapun berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah bersetuju untuk bertemu Cuepacs berhubung perkara ini.
“Menteri sudah maklum dan telah setuju nak jumpa kita tapi belum dapat tarikh lagi.
“Saya harap isu berkaitan penempatan kakitangan Tourism Malaysia di negeri-negeri ini dapat diselesaikan lebih cepat kerana sebahagian daripada mereka mempunyai keluarga dan tanggungjawab sendiri,” katanya, lapor mstar.
Menurut Azih, walaupun pekerja-pekerja berkenaan tidak dibuang kerja, keadaan mereka kini yang digambarkan seperti ‘terumbang-ambing’ menunjukkan wujudnya situasi kurang sihat dalam institusi awam.
“Mereka tak dibuang kerja, tapi tak ada pejabat, mereka berkerja, mundar-mandir…tak produktiflah.
“Cuepcs berharap menteri dapat melapangkan masanya,” katanya.
Cuepacs sebelum ini pernah menggesa kementerian menangguhkan keputusan menutup pejabat Tourism Malaysia di semua negeri.
Azih berkata, beliau difahamkan sejumlah 232 pekerja yang terlibat tidak dimaklumkan secara rasmi tentang penutupan tersebut.
Daripada jumlah tersebut, 39 daripadanya berstatus kontrak di mana mereka berisiko kehilangan pekerjaan secara serta-merta.
Nazri ketika mengumumkan penutupan kesemua 14 pejabat pelancongan 23 Januari lalu berkata, ia tidak melibatkan pemberhentian kakitangan, sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.
Katanya, keputusan ini dibuat bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan negara ini dan langkah itu dijangka dapat menjimatkan kos sebanyak RM6 juta setahun yang boleh diguna sebagai perbelanjaan lain.

-peraktoday.com.my

Wednesday, January 25, 2017

Cuepacs gesa keputusan tutup pejabat Tourism Malaysia ditangguh

AZIH: Pengumuman dibuat secara serta-merta tanpa notis dan tiada pemakluman awal kepada pekerja yang sedang berkhidmat. -Pix from cuepacs.blogspot.my

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menuntut pengurusan tertinggi Tourism Malaysia untuk menangguhkan penutupan pejabat demi kebajikan pekerja.

Presidennya, Datuk Azih Muda mendesak agar keputusan seperti ini tidak dilakukan secara serta-merta kerana memberi kesan kepada moral dan kebajikan pekerja.

"Pengumuman itu dibuat secara serta-merta tanpa notis dan tiada pemakluman awal kepada pekerja yang sedang berkhidmat.

"Sekarang ini, arahan penutupan serta-merta hanya diketahui menerusi laporan media dan pekerja bingung dengan status mereka," katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs pada Rabu.


Jelasnya, kira-kira 232 pekerja pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara di mana 39 daripadanya merupakan pekerja kontrak terjejas dengan pengumuman oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz pada 23 Januari lalu.

"Kita kecewa kerana tiada pemberitahuan oleh kepimpinan Tourism Malaysia berkenaan keputusan ini.

"Takkanlah sebab nak jimat RM6 juta, tak fikirkan kebajikan pekerja.

"Justeru itu saya merayu kepada Perdana Menteri untuk beri ruang kepada pekerja-pekerja ini gambaran yang jelas tentang penempatan baharu mereka nanti," tambahnya.

Cuepacs pada masa sama turut menuntut agar kajian terperinci diadakan berkaitan keputusan penutupan pejabat negeri memandangkan Tourism Malaysia memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menggalakkan produk pelancongan Malaysia.


-Astro Awani.

Tuesday, January 24, 2017

Tourism Malaysia

Our History

The Tourist Development Corporation of Malaysia (TDC) was established on 10 August 1972 as an agency under the former Ministry of Trade and Industry by an Act of Parliament.

With the inception of the Ministry of Culture, Arts and Tourism on 20 May 1987, TDC was moved to this new ministry; and became the Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) through the Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992.

Popularly known as Tourism Malaysia, its full focus is on promoting Malaysia domestically and internationally.

Our Mission

Marketing Malaysia as a destination of excellence and to make the tourism industry a major contributor to the socio-economic development of the nation.
 

Our Objectives

  • Promote Malaysia as an outstanding tourist destination.
  • Showcase Malaysia's unique wonders, attractions and cultures.
  • Enhance Malaysia's share market for meetings, incentives, conventions and exhibitions (MICE).
  • Increase Malaysia's tourism revenue by increasing tourist numbers to Malaysia and extend their length of stay.
  • Encourage tourism and its related industries in Malaysia.
  • Help develop domestic tourism and promote new investments in the country, as well as provide increased employment opportunities. The growth of tourism would also contribute positively to the country's economic development and quality of life.
-Tourism Malaysia.

Monday, January 23, 2017

Pejabat Tourism Malaysia seluruh negara ditutup serta-merta

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. - Foto Yazit Razali

ALOR GAJAH: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menutup semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Penutupan itu bertujuan bagi mengelak pertindihan bidang kerja promosi yang turut dijalankan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata setiap negeri mempunyai pejabat pelancongan di kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh EXCO pelancongan masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian akan mewujudkan pusat penerangan pelancongan mengikut wilayah yang akan dibuka di Pulau Pinang bagi kawasan utara, Terengganu (pantai timur), Johor (selatan) dan masing-masing di Lapangan Terbang Kuching dan Kota Kinabalu, serta-merta.

"Kita berasakan setiap negeri bersungguh-sungguh menganjurkan promosi pelancongan di negeri masing-masing dan ia lebih baik apabila pejabat ini (Tourism Malaysia) ditutup tanpa membuang pekerja sedia ada. 

"Dengan penutupan ini juga, kita berupaya menjimatkan kos sehingga RM6 juta setahun," katanya selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina dan ulang tahun pertama Freeport A Famosa, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengarah Urusan A Famosa, Datuk Alex Lau.
-bh online.

Sunday, January 15, 2017

Tourism Malaysia tutup beberapa pejabat luar negara


PADANG RENGAS 14 Jan. – Tourism Malaysia bakal menutup beberapa pejabatnya di luar negara dengan serta-merta tahun ini ekoran penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) yang telah menyebabkan banyak penerbangan ke destinasi antarabangsa dihentikan sekali gus dilihat menjadi suatu kekangan untuk mempromosi pelanco­ngan negara.

Menteri Pelancongan dan Kebuda­ya­an, Datuk Se­ri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu terpaksa diambil membabitkan pejabat di New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat; Perth, Australia; Stockholm, Sweden dan Johannesburg, Afrika Selatan.

Beliau berkata, pihak­nya sebaliknya akan membuka lebih banyak pejabat Tourism Malaysia di China dan India pada tahun ini selain mengekalkan pejabat sedia ada di beberapa lokasi di Eropah seperti di Paris, London, Amsterdam dan Frankfurt.

“Selalunya, kalau orang hendak melawat sesuatu negara, pertama kali dia fikir ialah menaiki kapal terbang negara itu. Kalau Malaysia, dia akan fikir MAS. Jika MAS tidak terbang ke negara itu, pelancong akan berpindah ke syarikat penerbangan lain yang menawarkan penerbangan dari negara mereka.

“Kita tidak dibantu oleh MAS, itu masalahnya. Suka atau tidak, kita terpaksa bekerja dengan syarikat penerbangan negara asing untuk melakukan promosi bersama.

“Jadi, penutupan itu akan menjimatkan kira-kira RM4.5 juta dan duit ini lebih diperlukan untuk kita buka pejabat di tempat lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Orang Ramai Kampung Tanah Merah, Lubuk Merbau dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Moha­med Nazri ber­kata, kementerian memfokuskan kepada India dan China kerana kedua-dua negara itu boleh menarik kedatangan pelancong masing-masing menjangkau sehingga 750,000 dan 2 juta orang.

Selain itu katanya, fokus juga akan diteruskan kepada negara-negara besar di Eropah yang banyak menghantar pelancong ke Malaysia seperti United Kingdom (400,000 orang), Jerman (40,000 orang), Sepanyol (35,000 orang) dan Perancis (50,000 orang), berdasarkan statistik direkodkan pada tahun 2015.

“Yang terbaru, kita akan buka pejabat di Chengdu, China manakala di Bangladesh, kita akan buka di Dhaka,” katanya.

Tambah beliau, Singapura ketika ini menyumbang kehadiran pelancong antarabangsa terbesar ke negara ini mencecah lebih 13 juta orang selain kedatangan signifikan melibatkan negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.

-utusan online.

Saturday, January 14, 2017

Kementerian Pelancongan tutup lima pejabat luar negara

NAZRI: Agak sukar untuk membuat promosi, jadi kita tutup dan fokus kepada negara-negara besar di Eropah yang banyak menghantar (pelancong mereka ke sini). -Gambar fail

KUALA KANGSAR: Kementerian Pelancongan mengambil keputusan untuk menutup lima pejabatnya di Los Angeles, New York, Perth, Stockholm dan Johannesburg berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat disebabkan pejabat-pejabat tersebut menghadapi kesukaran untuk mempromosikan Malaysia ekoran penutupan laluan penerbangan ke destinasi terlibat oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB).

“Oleh kerana mereka (MAB) telah hentikan penerbangan mereka, jadi kita juga akan menutup (pejabat di sana) kerana jika kita promosi pun, kapal terbang kita tidak ada di sana.

“Agak sukar untuk membuat promosi, jadi kita tutup dan fokus kepada negara-negara besar di Eropah yang banyak menghantar (pelancong mereka ke sini),” kata Nazri.

Menurut beliau, dana RM4.5 juta yang dapat dijimatkan ekoran penutupan itu akan digunakan bagi membuka lebih banyak pejabat pelancongan Malaysia di China dan India sebagai penyumbang terbesar pelancong ke negara ini.

Kata Nazri lagi, kementeriannya juga akan memberi fokus mempromosi Malaysia kepada negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Jerman, Sepanyol dan Perancis yang menyumbang lebih 500,000 pelancong ke negara ini pada tahun lalu.

Nazri berkata demikian pada sidang media selepas majlis beramah mesra bersama rakyat di Lubuk Merbau, di sini pada sabtu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kejatuhan nilai mata wang ringgit dijangka akan merancakkan lagi sektor pelancongan negara pada ini.

Beliau memberitahu Kementerian Pelancongan menyasarkan sejumlah 30.1 juta pelancong antarabangsa bakal melawat negara ini dengan anggaran rm103 bilion daripada segi resit pelancongan.
-www.astroawani.com

Thursday, May 7, 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kesatuan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima APC kepada pegawai/staff kumpulan pelaksana Tourism Malaysia, seperti senarai nama berikut.

1. Mohd Fahmi Bin Nordin
2. Ahmad Zawawi Bin Zakaria
3. Mohd Roslan Bin Abdul Rahim
4. Jasny Bin Abdullah
5. Noral'ain Binti Md. Salleh
6. Zakaria Bin Yaacob
7. Khairatul Rozida Binti Mahmad Rosdi
8. Siti Zubaidah Binti Bustanularipin
9. Logi Dhasan a/l Thanaraj
10. Haslinda Binti Deraman
11. Suraya Binti Nordin
12. Mohd Hedzri Bin Mohd Sobbri
13. Muhammad Taufik Bin Halib
14. Mohd Shafee Bin Abdul Hamid
15. Khairul Izwan Bin Mohd Esa
16. Shahrul Hafizah Binti Abu Shah
17. Nor Rahimah Binti Ariffin
18. Sivaraj a/l Nadarajan
19. Ismi Izad bin Ihsan
20. Mohd Ruzaini Bin Mohamed Radzi
21. Abd Haniff Bin Abd Halim
22. Georgina M Abas
23. Fazly Bin Mohamad
24. Muhamad Haizal Bin Razali
25. Muhammad Nur Syafiq Bin Mohd Razali
26. Rosimah Binti Hamzah
27. Sharifah Jamilah Binti Wan Bujang
28. Sharifah Mudzlina Binti Sy. Mustafa
29. Zualkafli Bin Johan
30. Norhafiza Binti Ismail
31. Rosita Binti Ayob
32. Norida Binti Daipi
33. Hamzani Bin Yaacob @ Hassan
34. Siti Norsazrin Nazlin Binti Naseri
35. Mohd Azimin Bin Othman
36. Nur Syazana Binti Ahmad Alimi
37. Saiful Ikhram Bin Saipoddin
38. Norfahmi bin Norizan
39. Norazman Bin Ismail
40. Razali Bin Ahsan
41. Matnoor Bin Salleh
42. Mohd Nazir Bin Zakaria
43. Omar Dani Bin Husin

Sekali lagi diucapkan tahniah, dan marilah kita bersama-sama mengekalkan kecemerlangan Tourism Malaysia.

Tuesday, December 30, 2014

Misi bantuan Banjir Ajuran Puspanita MOTAC dengan kerjasama Kesatuan Pekerja–Pekerja LPPM


Assalamualaikum/Salam Sejahtera YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Puspanita MOTAC dengan kerjasama Kesatuan Pekerja–pekerja LPPM akan menjalankan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan. Oleh itu kutipan derma bagi menjayakan misi tersebut akan di adakan seperti berikut:-
 
          Tarikh        :        30 Disember 2014 hingga 12 Januari 2015

          Tempat      :        Bilik Kesatuan, Tingkat 6A, Bangunan KPK

          Masa          :        1.00 tengahari hingga 2.00 petang

Keperluan – keperluan adalah seperti berikut wang ringgit, tuala mandi, selimut, kain batik, kain pelikat dan tshirt (dalam keadaan baik)

Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, adalah dipohon agar dapat membantu pihak kami bagi menjalankan misi ini.

Sekian.
 
-Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM.

Saturday, November 23, 2013

TOURISM MALAYSIA CONTACT CENTRE WAS THIRD BEST AT THE 14TH MALAYSIA CRM AND CONTACT CENTRE INDUSTRY AWARDS 2013

PUTRAJAYA, 22 NOV 2013: The Tourism Malaysia Contact Centre (TMCC) was named third best contact centre in the public sector under the  Best Government Contact Centre Award category at the 14th Malaysia Customer Relationship Management (CRM) and Contact Centre Industry Awards 2013 which was held at Sunway Resort Hotel & Spa in Bandar Sunway recently.

The Employee Provident Fund (EPF) contact centre was the winner of that category followed by runner-up, 1Malaysia One Call Centre (1MOCC). 

At the same event, TMCC’s vendor, ANBIZ Sdn. Bhd. won first place under the Vendor Award – Best Overall Contact Centre Solution Implementation for Outbound and Best CRM Solution Implementation.

The annual CCAM Awards was organised by the Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia (CCAM) which has been at the forefront in developing the local CRM and contact centre industry in Malaysia. 

The objectives of the annual CCAM Awards were to identify, recognise and honour distinguished members of the Malaysian contact centre industry who have – with innovation, persistence and focus – taken customer service to new heights. It acknowledged best practices in the customer service and contact centre industry with the aim of increasing customer service awareness, encouraging customer centricity from Malaysian enterprises and customer service individuals.

The contact centre industry is seen as a growing and potentially lucrative industry providing some 40,000 jobs in customer service based on statistics released by Kelly Services (M) Sdn Bhd.

Tourism Malaysia Contact Centre in Putrajaya was established in June 2013 and manned by the Domestic Marketing Division of Tourism Malaysia. Six tourism officers known as agents handle calls five work days a week between 8.30 am and 5.30 pm. They are briefed daily on the latest tourism events and products to ensure the delivery of accurate and current information.

Most of the enquiries come from locals and Singaporeans while the most frequently asked question is on accommodation options.

Based on a statistic by Domestic Marketing Division, the Tourism Malaysia Contact Centre received a total of 2,290 calls, 2,257 emails and 11,670 Facebook enquires from January to August this year. 

Contact details for the Tourism Malaysia Contact Centre are as follows:
Tourism Info Line: 1 300 88 5050
Email: enquiries@tourism.gov.my

-tourism malaysia.

Monday, October 14, 2013

Contact Centre Plays Important Role In Providing Information Fast

PETALING JAYA, Oct 12 ( Bernama ) - The contact centre plays an important role in providing information fast, accurately and efficiently, and is the key to an excellent customer service.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said an organisation can develop and progress if it acts on the criticisms and complaints received via contact centre.

"The government also recognises the importance of contact centre via the establishment of 1MOCC (One Malaysia One Call Centre), a step towards enhancing the delivery of information from the government to the people."

Dr Mahathir, who is also president of Perdana Leadership Foundation, was speaking at "14th Malaysia CRM & Contact Centre Industry Awards 2013" organised by the Contact Centre Association of Malaysia (CCAM) here, Saturday night.

Also present were his wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, president of Customer Relationship Management and CCAM, Mohd Irwan Rizal and the Youth and Sports Ministry secretary-general, Datuk Jamil Salleh .

"We (contact centre staff) cannot ignore the basic principles of customer service such as product knowledge, accuracy, and users reliability toward products or organisations as this is the key to an excellent customer service."

Dr Mahathir said many people are solving their problems using social networking sites Facebook, Twitter and make the contact centre as the last resort.

The contact centre industry is seen as a growing and potentially lucrative industry providing some 40,000 jobs in customer service based on statistics released by Kelly Services (M) Sdn Bhd.

At the event, the Employees Provident Fund (EPF) contact centre won best contact centre in the public sector followed by 1MOCC while the Tourism Malaysia Contact Centre (TMCC) was third.

-Bernama/Kesatuan.

Wednesday, May 1, 2013

Perutusan Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM, Semenanjung Malaysia Sempena Sambutan Hari Pekerja, 1 Mei 2013


Perutusan Yang Dipertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM, Semenanjung Malaysia
Bilangan 2/2013
Sempena Sambutan Hari Pekerja, 1 Mei 2013

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Rakan-rakan sekerja sekelian,

Di kala ini, kita terlalu kerap mempersoalkan tentang hak dan kepentingan masing-masing dalam organisasi yang satu ini. Tourism Malaysia selaku tempat punca rezeki untuk kita menyara anak dan isteri telah menjadi suatu tempat yang misteri. Kerap juga kita disogok dengan harapan dan dongengan semata-mata untuk dijadikan picu supaya terus cekal memandu industri ke tempat yang lebih tinggi. Kini, setelah 40 tahun menabur bakti, Tourism Malaysia ternyata masih teguh berdiri, kukuh serta terus didukungi oleh sekelian warga pekerja dari pelbagai generasi. Jika dilihat dari satu sudut intrepretasi, ini pasti satu pencapaian yang berprestasi tinggi.

Saban tahun statistik ketibaan pelancong ke Malaysia menggambarkan kejayaan yang tidak disangkal sama sekali. Kejayaan demi kejayaan bersilih ganti sehingga tidak putus kata puji dari dalam mahupun di luar negeri. Lantaran dari itu, tidak hairanlah jika semua pihak berasa layak untuk berdiri sama tinggi, berkongsi persepsi malah berebut-rebut pula untuk bergambar bersama Menteri.

Secara jujur, Kesatuan melihat perkara-perkara tersebut sebagai satu kronologi singkat yang melentur kekuatan organisasi ini supaya terus disegani. Pada masa yang sama, Kesatuan tidak lupa berharap agar pembangunan dan peningkatan organisasi ini akan selari dengan perlaksanaan kepentingan kumpulan pekerja, khususnya warga kumpulan sokongan di Tourism Malaysia. Sudah sampai masanya untuk kita diberi perhatian dan pengiktirafan yang sama banyak dengan kumpulan di jawatan yang tinggi. Tidak perlu menjadi dungu untuk bercerita tentang gaji. Kesatuan hanya ingin menyentuh perkara-perkara yang berkaitan peluang peningkatan kerjaya serta kemudahan-kemudahan lain yang layak diberi.

Sebagai contoh, Kesatuan mahu kekosongan jawatan diisi tanpa kompromi. Baru-baru ini, sebanyak 5 jawatan E38 diberi kenaikan pangkat ke E41. Seharusnya kekosongan jawatan tersebut diisi dengan kadar yang segera supaya pergerakan boleh terlaksana dengan lancar.  Kesatuan berpendapat bahawa perkara ini perlu diberi perhatian yang tinggi oleh BSMP demi menjamin keharmonian di kalangan pekerja terutamanya kita yang berada di kumpulan sokongan. Kesatuan faham jika BSMP tidak mampu untuk memberikan peluang itu kepada semua, namun, sekurang-kurangnya 10 orang daripada kami akan dapat menikmati kenaikan tersebut. Sehubungan itu, Kesatuan akan berjuang demi memberikan hak berkenaan kepada kita di kumpulan sokongan. Pastinya, jawatan-jawatan lain di pelbagai peringkat gred juga akan diberi perhatian, khususnya gred-gred jawatan B, C dan D.

Kesatuan akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian pihak yang berwajib berkenaan isu tersebut. Apa yang kami harapkan ialah sokongan dan semangat yang positif di kalangan warga Kesatuan supaya setiap perjuangan yang kami cuba bawakan tidak akan dipandang ringan oleh BSMP dan pihak pengurusan tertinggi.

Bersempena sambutan Hari Pekerja pada kali ini, Kesatuan dengan penuh dedikasi akan cuba sehabis baik untuk mengupas isu-isu serta cadangan dan pandangan semua pihak. Hubungan baik Kesatuan dengan pihak CUEPACS baru-baru ini telah membuka lembaran yang unik sekaligus menjanjikan sesuatu yang istimewa. Kami dengan penuh pengharapan agar semua tunjuk ajar dan sokongan YBhg. Datuk Hj Omar Osman, Presiden CUEPACS akan membantu peningkatan pencapaian Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM (Tourism Malaysia) di masa yang terdekat ini. Untuk makluman semua, Kesatuan telah menyuarakan beberapa perkara kepada beliau termasuk isu waran perjawatan yang telah dikelirukan sama sekali oleh pihak-pihak tertentu. Kami berasa berterima kasih dan bersyukur kerana usaha kami telah mendapat respon yang positif dari pihak CUEPACS dan Y Bhg. Datuk Hj Omar sendiri.

Bagi merealisasikan hak-hak warga pekerja, satu program bersama CUEPACS untuk diadakan di Tourism Malaysia sedang diperincikan. Harapan kami agar mendapat kerjasama warga Kesatuan sekelian. Semoga lawatan CUEPACS melalui program berkenaan akan membuka lebih banyak peluang kepada kita.

Rakan-rakan sekerja sekelian,

Jika tuan/ puan perhatikan, beberapa mantan Yang Dipertua Kesatuan telah pun kembali bertugas di ibu pejabat. Sukacita saya maklumkan bahawa pengalaman mereka ini semua akan menjadi sumber inspirasi kepada diri saya sendiri agar memberikan yang terbaik kepada Kesatuan. Semoga segala tunjuk ajar akan dapat dimanfaatkan ke arah yang menguntungkan kumpulan pekerja. Pada masa yang sama, Kesatuan juga komited untuk bekerjasama dengan Kumpulan P & P bagi melihat isu-isu kumpulan pekerja secara yang menyeluruh. Kami berharap agar wakil Kumpulan P & P juga akan mengambil sikap yang proaktif dan selari dengan susur perjuangan Kesatuan.

Demi menyambut Hari Pekerja pada tahun ini, Kesatuan ingin menyeru seluruh warga pekerja, khususnya para ahli Kesatuan untuk sentiasa bantu-membantu dalam segala bidang termasuk mengekalkan bentuk hubungan yang lebih harmoni dan erat sekaligus meningkatkan silaturrahim di antara kita. Kesatuan percaya bahawa perkara tersebut akan mewujudkan kejayaan di dalam diri kita sendiri serta organisasi yang dicintai ini.

Akhir kata, Kesatuan ingin bermohon agar komitmen Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah terhadap kebajikan kumpulan pekerja tidak akan luntur malah, bertambah segar dalam mengimbangi keperluan-keperluan yang wajar. Kesatuan berasa amat yakin bahawa sinar baru yang kita nantikan akan terbit tepat pada masanya.
Sepertimana harapan dan doa kami sebelum ini, Kesatuan masih percaya bahawa bentuk kepimpinan yang adil dan bersifat prihatin sahaja yang akan memelihara organisasi ini. Semoga ianya terlaksana.

Rakan-rakan sekerja sekelian,

Kesatuan akan sentiasa bersama anda. Itu ialah janji. Semoga Hari Pekerja pada tahun ini akan memberi peluang dan ruang yang luas kepada kita semua agar menjadi yang terbaik.
 
Sekian terima kasih,  

(HASRIZAL MUHAMMAD SHAWAL TUKIJAN)
Yang Dipertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Semenanjung Malaysia.

Tuesday, April 30, 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 - Tourism Malaysia



Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012. Penerima-penerima dari Kumpulan Sokongan ialah:-

A K Rahmat Bin Kassim - Bah Promosi Domestik
Syafinaz binti Bujang - Bah AUAT
Faharul Radzi Bin Derus - Bah AERO
Azmy Bin Abdul Mutalib - Bah ASEAN
Roniza Binti Hashim - Bah Pengiklanan 
Soraya Binti Md Shahadan - Bah SM&P
Marhafizman Bin Mohamed Daud - Bah ASEAN
Kamal Azam Bin Kamaruddin - TM Kelantan
Nor Ridzwan Bin Mat Nor - Bah Sokongan Promosi
Azura Binti Jani - Pejabat TKP (Perancangan)
Mohd Khairi Bin Ahmad - TM Pulau Pinang
Nornatasha Binti Ahmad - Bah Komunikasi dan Publisiti
Syafikh Errsyam Bin Abu Bakar - Bah Promosi Domestik
Norisyam Bin Odzali - TM Melaka
Noraini Binti Jalikin - TM Melaka
Azrol Bin Ab Rashid - Bah Promosi Domestik
Nur Natasha Binti Berhanuddin - TM Terengganu
Zamsil Ozir Bin Md Zain - Bah Penyelidikan
Christina Kueh Lin Chee - TM Melaka
Yuzi Fasha Idayu Binti Mohamed Yusoff - Bah Penyelidikan
Noor Hasniza Binti Mohd Amin - Bah Penyelidikan
Amalyna Binti Mohd Nizar - TM Melaka
Desforiny Binti Mainir - Bah Kewangan
Mohd Ashraf Bin Harun - Bah ASEAN
Noormazenah Binti Ramli - Bah SM&P
M Krishnavani A/P Muttiah - Bah SM&P
Normaria Binti Md Zain - Bah SM&P
Hairul Azlin Bin Ismail - Bah Kewangan
Suhaini Binti Mat Jamin - Bah Kewangan
Salim Bin Mustafa - Bah Teknologi Maklumat
Janeta Nasip - TM Sabah
Fazli Bin A. Aziz - Bah Promosi Domestik
Norzalizawati Aryani binti Md Tahir - TM Terengganu
Zuraidah Binti Wahab - TM Terengganu
Noor Hafizah Binti Abdul Hamid - Bah Promosi Domestik
Wan Shaiful Niezam Bin Wan Shukry - Bah Sokongan Promosi
Halizah Binti Boiken - Bah ASBA
Noraida Binti Azmi - Bah ASBA
Mohd Faizal Bin Abdul Ghafar - Bah Teknologi Maklumat
Ishan Bin Muslim - Bah SM&P
Ahmad Komari Bin Haji Malek - Bah SM&P
Khuzaid Bin Chik Buang @ Che' Buang - TM Penang
Zul Bin Abdul Khalil - TM Melaka
Abdul Rahim Bin Md Taib - TM Johor
Azmi Bin Omar - Bah SM&P
Jeffrey Rizal Bin Pahazri - Bah Pengiklanan

-Tourism Malaysia.

Friday, April 26, 2013

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 & Hari Inovasi 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Tourism Malaysia bersama-sama Kementerian Pelancongan Malaysia akan mengadakan Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan Hari Inovasi 2013 seperti butiran berikut :-

Tarikh                            :         30 April 2013 (Selasa)

Masa                            :         8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat                         :         Dewan Serbaguna, KPL

Kod Pakaian               :         Pakaian Pejabat

Sehubungan dengan itu, YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri majlis ini.  Untuk makluman YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan  majlis ini akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. 

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan-puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
  
UNIT PEHUBUNGAN PEKERJA (ER)
BAHAGIAN  SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
TOURISM MALAYSIA

Monday, April 22, 2013

60 Minit Bersama Ketua Pengarah (update)


-Tourism Malaysia.


PENANGGUHAN - SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT VMY 2014 BERSAMA KETUA PENGARAH (30 APRIL 2013)

Dimaklumkan bahawa sesi tersebut di atas yang sepatutnya diadakan pada 30 April 2013 (3.30 – 4.30 ptg) adalah ditangguhkan kerana Dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan digunakan untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (pagi-petang) dan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah perlu menghadiri mesyuarat JKTU bersama YB. Menteri Pelancongan pada sebelah petangnya.  Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.  Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Human Resource Development (HRD)
Human Resource & Administration Division
Tourism Malaysia.