Sunday, October 28, 2012

Koperasi disaran sertai Kopsya


KUANTAN 27 Okt. - Semua koperasi digesa menyertai Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) dalam usaha memantapkan lagi perniagaan yang dijalankan oleh mereka ketika ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, Kopsya yang kini mempunyai keahlian sebanyak 300 koperasi ditubuhkan sebagai gerakan untuk memperkasakan sesebuah koperasi sama ada berskala kecil atau besar.

Menurutnya, penyertaan itu secara tidak langsung membolehkan mereka mendapat pembiayaan RM100,000 hingga RM15 juta tanpa sebarang cagaran.

"Kopsya akan menjadi sebuah institusi perbankan koperasi pertama di Malaysia atau Koopbank yang hanya dianggotai oleh koperasi dengan menawarkan pembiayaan tanpa sebarang cagaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Kewangan Islam Dalam Gerakan Koperasi Peringkat Pahang di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, gerakan koperasi akan lebih terserlah dengan adanya Kopsya atau Koopbank kerana setiap pembiayaan yang diberikan mengikut konsep musyarakah atau tanpa cagaran dan tanpa penjamin.

"Sekiranya sesebuah koperasi memerlukan RM100,000 atau RM1 juta, Kopsya akan berikan tetapi pengurusan perniagaan tersebut dipantau secara bersama termasuk keuntungan sehingga jumlah pinjaman dapat dipungut semula.

"Mereka (koperasi) boleh berniaga tanpa modal tetapi perlu berkelayakan mendapatkan jumlah yang diperlukan berdasarkan beberapa kriteria," jelasnya.

Dalam pada itu, tambah Mohd. Ali, pihaknya kini dalam proses menyediakan draf untuk dihantar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menjadi Koopbank pertama di Malaysia.

"Koopbank ini bukan seperti Bank Rakyat atau Bank Persatuan kerana keanggotaannya terdiri daripada koperasi dan bukannya ahli iaitu individu.

"Kita masih dalam proses sediakan undang-undang Koopbank dan akan dihantar kepada pihak SKM untuk tindakan seterusnya," jelasnya.
-utusan/maa.

Thursday, October 25, 2012

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Saudara dan saudari sekalian,
1.     Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.
2.     Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.
3.     Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina baru-baru ini.
4.     Pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro ini pastinya adalah satu pengorbanan yang amat membanggakan. Komitmen jitu kita dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah Negara menyebabkan kita diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik. Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama yang terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang telah melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini.
5.     Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”
6.     Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat.
7.     Saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha 
kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah.
-1malaysia.com.my/maa.

Friday, October 19, 2012

Kad Komuter 1Malaysia diperkenal

Sarbini bersama kad Komuter 1Malaysia pada sidang media di KL Sentral, semalam. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Diskaun tambang kepada rakyat bergaji RM3,000 ke bawah 

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah kini layak mendapat diskaun 50 peratus kadar tambang KTM Komuter untuk tempoh setahun, mulai 1 November ini hingga 31 Oktober 2013.


Sehubungan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan kad Komuter 1Malaysia kepada mereka yang layak dan borang permohonan bagi mendapatkan kad itu boleh diperoleh di semua stesen komuter serta laman web KTMB bermula 22 Oktober ini. 


Naib Presiden Eksekutif Perniagaan KTMB, Sarbini Tijan, berkata pemberian diskaun itu seiring usaha kerajaan meringankan perbelanjaan rakyat terutama mereka yang menetap di Lembah Klang, di samping menggalakkan mereka berpendapatan rendah menggunakan komuter. 

Kaunter pendaftaran dibuka 22 Oktober 

Katanya, bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad Komuter 1Malaysia, KTMB akan membuka 20 kaunter khas di tujuh stesen utama dengan dikendalikan oleh kira-kira 120 kakitangan. 
Beliau berkata, kaunter khas itu akan beroperasi selama sebulan bermula 22 Oktober ini bermula dari jam 11 pagi dan 8 malam.

“Borang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan dan menepati kelayakan, akan menerima kad Komuter 1Malaysia serta-merta. Setiap kad juga akan dikenakan caj RM1,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Pada pembentangan Bajet 2013 bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bersetuju memperluaskan diskaun 50 peratus itu kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. 

Pada masa ini, orang kelainan upaya (OKU), pesara dan pelajar menikmati diskaun 50 peratus kadar tambang apabila menggunakan perkhidmatan komuter KTMB. Ia membabitkan stesen komuter KTM di KL Sentral; Kepong Sentral; Tanjung Malim; Subang Jaya; Sentul; Bangi dan Sungai Gadut. 

Tidak perlu penyata gaji 

Sarbini berkata, pihaknya yakin dengan kejujuran rakyat Malaysia dan sehubungan itu, pemohon tidak perlu mengemukakan penyata gaji ketika membuat permohonan kad Komuter 1Malaysia. 

“Dengan adanya diskaun itu, kami juga percaya jumlah penggunaan komuter akan mencecah kepada 300,000 orang berbanding 100,000 penumpang ketika ini, khususnya pengguna harian ke tempat kerja masing-masing,” katanya.




-berita harian/maa.

Monday, October 15, 2012

Malaysia sambut Aidiladha pada 26 Oktober

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober 2012.


"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat 26 Oktober 2012," katanya dalam kenyataan di sini.

-bernama/maa.

Sunday, October 14, 2012

Cuepacs seeks explanation

PETALING JAYA: Cuepacs wants the Government to explain a circular which stipulates that civil workers who wish to travel overseas for personal reasons must first seek approval from their ministry's secretary- general.

The Oct 1 letter also stated that all public officers should declare that they had sufficient financial ability for the visit.
It was signed by Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa, purportedly to improve the public service delivery system.
Cuepacs president Datuk Omar Osman said he would meet Dr Ali for a clarification on Wednesday.
“I would understand if the overseas trips were for official purposes,” said Omar.
“But I am confused as to why civil servants would need approval when they make personal travels abroad.”
He suggested that Dr Ali briefed the civil servants on the new ruling, as many were not aware of it.
Meanwhile, a Public Service Department employee in Putrajaya, who gave her name as Nora, said the new ruling was “unnecessary” and would make applying for vacations “troublesome”.
“Before this, we only had to submit our applications to our respective department heads.
“That alone would take at least two months to process,” she said, adding that it had been troublesome for civil servants with families in bordering countries like Thailand and Singapore.
“I'm afraid the approval period would now take longer since the authority would now fall to the Chief Secretary and secretary-generals,”added Nora, who planned to visit Seoul next month.
From the teachers' viewpoint, National Union of the Teaching Profession (NUTP) president Hashim Adnan said it was common practice among them to provide details for approval before making personal trips overseas.
“The matter is for security purposes in the event an accident occurs to them while overseas.
“Their superiors - who would be informed of where they are and when they are supposed to return home - can then liaise with the relevant embassy in the foreign country,” he said.
The new circular also requires an officer intending to travel abroad to declare that the visit is not sponsored by any individual or private company.
Public officers who have to make frequent visits to a neighbouring country should also apply for the approval.
For this purpose, the approvers may use their discretion to grant the applicant a blanket approval for a period of one year.
Public officers who are on a fully-paid study leave, on the other hand, are only requested to get a written approval from their academic supervisors and inform their heads of departments for record purposes.
-thestar/maa.

Friday, October 12, 2012

Ambil tindakan tegas: KSN

Shah Alam: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang didapati menjadi tali barut membocorkan maklumat dan rahsia kerajaan. 

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata tindakan membocorkan rahsia adalah isu serius dan kerajaan tidak akan berkompromi jika benar ada penjawat awam yang sanggup menggadaikan integriti.


Kalau ada tali barut ini yang menyalahi integriti dan kita akan pastikan individu dikenal pasti menjadi tali barut itu dikenakan tindakan sewajarnya. 


Kita memang ada agensi yang bertanggungjawab, contohnya dari segi keselamatan, kita ada pejabat keselamatan kerajaan, dari segi rasuah kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan negeri Selangor di sini, semalam. 

Terdahulu beliau bersama pegawai kanan Kerajaan Persekutuan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini. 

Sebelum ini, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa dana asing melebihi RM100 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) digunakan untuk membiayai ceramah politik, demonstrasi memburukkan kerajaan dan menyogok penjawat awam bagi mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan.
 

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Sultan Selangor membangkitkan isu pertukaran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohamad Roslan Sakiman, Ali berkata, perkara itu tidak disentuh. 

Tak, tak bangkit isu itu..ada soalan lain. Isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya tidak dibangkitkan ketika menghadap Sultan Selangor pagi tadi (semalam). Saya pergi ke semua negeri dan menghadap Tuanku, katanya. 

Kerajaan PKR Selangor sebelum ini membekukan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membolehkan perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara itu.


-berita harian/maa.

Thursday, October 11, 2012

Cuti Bersalin

Rujukan          : Perintah Am 25, 26 dan 54 Bab ‘C’
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
                         Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010


Tujuan            :           Diberikan kepada pegawai wanita untuk pulih daripada bersalin. 
Syarat             :            
(i)   Pegawai perlu mengemukakan perakuan bersalin kepada Ketua Jabatan. 
(ii)  Cuti Bersalin dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin atau boleh diambil lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk dalam  jumlah Cuti Bersalin yang diluluskan. 
(iii) Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji tidak menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan kemudahan Cuti Separuh Gaji. 
(iv) Pegawai lantikan kontrak (contract of service) layak untuk menggunakan kemudahan cuti bersalin ini tetapi tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. 
(v)  Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti tibi, kusta, barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan sebab bersalin. 
(vi) Pegawai yang melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia layak untuk diberi Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
(vii) Kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan oleh pegawai hendaklah dicatitkan dalam Kenyataan Cuti, Buku Perkhidmatan.
Kadar             :          
(i)  Sebanyak 300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh perkhidmatannya, manakala selebihnya cuti tanpa gaji atau cuti menjaga anak.
(ii) Minimum 60 hari dan maksimum 90 hari setiap kali bersalin.
Agensi Terlibat :         Perkhidmatan Awam 
Tarikh Kuat Kuasa :  15 Oktober 2010
-jpa/maa.

Najib garis 3 strategi penting



Najib Tun Razak beramah mesra dengan sebahagian delegasi dari negara Barat semasa hadir dalam Persidangan Dasar Pandang ke Timur-Dimensi Baharu serta Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) Ke-31 di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/irwan majid

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga strategi bagi memastikan Dasar Pandang ke Timur yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 30 tahun lalu mampu mencipta lebih banyak kejayaan. Menurut Perdana Menteri, untuk itu pemerolehan kemahiran, pengetahuan dan nilai menjadi paksi utama kepada kelangsungan dasar berkenaan.

''Pertamanya, saya ingin melihat syarikat-syarikat Malaysia berkerjasama dengan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jepun bagi menggerakkan ekonomi negara ke depan. PKS negara itu juga diharap dapat memainkan peranan sama khususnya dalam bidang-bidang seperti teknologi hijau, perkhidmatan teknikal utama dan sektor-sektor bernilai tinggi lain.


''Perkongsian strategik itu dilihat mampu menyumbang terhadap peralihan kita (Malaysia) kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan pengetahuan serta membantu mengukuhkan teras ekonomi negara,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Dasar Pandang ke Timur - Dimensi Baharu serta Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) Ke-31 di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura; Presiden Majeca, Tan Sri Azman Hashim dan Presiden Jameca, Mikio Sasaki.


Najib berkata, untuk strategi kedua, masa depan dasar tersebut perlu mempunyai matlamat selain berkait rapat dengan hasil yang khusus. Oleh yang demikian ujarnya, persoalan utama berhubung perolehan kemahiran, bidang dan tahap perlu dijelas serta diperincikan.


''Di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita mula beralih kepada industri berpandukan teknologi tinggi dan pengetahuan. Kita juga memfokus industri berkaitan pengurusan alam sekitar hingga kepada penjimatan tenaga dan teknologi hijau.

''Kita telah mengenal pasti prospek pertumbuhan dalam beberapa bidang utama seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan pelancongan. Ini adalah sebahagian keutamaan kita bagi tahun-tahun mendatang. Jadi kita perlu membina Dasar Pandang ke Timur yang dapat memenuhi bidang berkenaan,'' katanya.

Strategi seterusnya kata Najib, negara perlu memberikan fokus untuk melahirkan bukan hanya siswazah yang mahir malah membina institusi yang kukuh. ''Itu adalah kunci kepada perkongsian strategik yang mapan. Apa yang menggembirakan saya adalah melihat penubuhan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) pada Jun lalu. Institut itu ditubuhkan sebagai pusat kecemerlangan dalam pengajian kejuruteraan untuk ASEAN.


''MJIIT akan menyediakan pengalaman persekitaran industri yang unik untuk negara hasil kerjasama golongan akademik dan perniagaan Jepun selain menggalakkan lebih banyak syarikat Jepun melabur di Malaysia. Secara jujurnya saya berharap lebih banyak universiti Jepun untuk membuka kampus cawangan di sini,'' jelasnya.


Dalam perkembangan lain, ujar Najib, sejak 30 tahun lalu, pelaburan Jepun telah menyokong 2,360 buah projek di negara ini. Pelaburan Jepun dalam sektor pembuatan Malaysia pada tahun lalu sahaja katanya, merupakan yang tertinggi sejak 1980 yang mencecah AS$3.2 bilion (RM9.79 bilion). Kata beliau, projek-projek berkaitan teknologi yang diluluskan tahun lalu termasuk projek pengeluaran panel solar oleh Panasonic Energy Malaysia bernilai AS$578 juta (RM1.76 bilion) dan pembuatan komponen komputer termaju oleh Ibiden bernilai AS$906.3 juta (RM2.77 bilion).


Menyebut tentang perjalanan Dasar Pandang ke Timur, katanya, Malaysia dan rakyat telah banyak memperoleh manfaat daripada sikap terbuka Jepun berkongsi prinsip yang membawa kepada pembaharuan negara.


Beliau mengambil contoh kejayaan usahawan makanan halal, Akmal Abu Hassan yang pernah mendapat didikan di Jepun. ''Hari ini, Akmal berjaya menguruskan syarikatnya di Jepun dan Malaysia hasil daripada pengajaran dan amalan perniagaan yang diperolehinya daripada dasar itu. Saya difahamkan kini kita boleh menikmati Wagyu (daging lembu) halal di beberapa restoran di Jepun hasil usaha tersebut,'' tambahnya.

-utusan/maa.

Sunday, October 7, 2012

Anggota CUEPACS bantah bank urus pinjaman perumahan

JERANTUT 6 Okt. - Rata-rata penjawat awam di seluruh negara membantah cadangan Kementerian Kewangan untuk menjalinkan kerjasama dengan bank bagi menguruskan skim pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, beliau sendiri dihujani dengan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kakitangan awam yang mahu skim pinjaman tersebut tidak diserahkan kepada institusi kewangan.


"Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah memaklumkan terdapat empat bank komersial terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam.


"Jadi mereka tidak bersetuju dengan cadangan ini dan meminta CUEPACS agar tampil menyuarakan luahan hati penjawat awam agar pinjaman perumahan diuruskan oleh kerajaan sepenuhnya," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Keguruan Zon Timur sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut, di sini hari ini.


Hadir sama, Presiden KKGLMSM, Datuk Jamale Paiman; Timbalan Presiden KKGLMSM, Azmi Sujak dan Pengerusi Koperasi KKGLM (M) Berhad, Awang Mohmad.


Omar berkata, rata-rata penjawat awam yang menghubunginya berpendapat pelbagai masalah akan timbul sekiranya kerajaan menjalinkan kerjasama dengan institusi kewangan dalam menguruskan skim pinjaman perumahan.


"Mereka bimbang wujudnya masalah di kemudian hari seperti insurans pembeli, insurans pemaju, komisen dan prosedur bank serta bayaran pendahuluan 10 atau 20 peratus kepada bank," ujarnya.


Menurutnya, CUEPACS memandang serius perkara tersebut dan segala luahan penjawat awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kesatuan itu bulan depan agar mereka yang terlibat dapat membeli rumah dengan mudah dan selamat.


"Saya tahu ramai penjawat awam bimbang dengan perkara ini kerana mereka takut dibebani dengan hutang dan timbul pula isu rumah terbengkalai sedangkan pembayaran telah dibuat kepada pihak bank," jelasnya.

-utusan/maa.

Thursday, October 4, 2012

Cuepacs mahu teliti syarat bank sebelum setuju


GEORGE TOWN 4 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan meneliti terlebih dahulu terma dan syarat oleh insitusi kewangan yang bakal dilantik mengurus pinjaman perumahan penjawat awam sebelum bersetuju dengan skim itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pelbagai perkara berkenaan skim itu perlu diteliti secara menyeluruh supaya penjawat awam tidak terbeban dengan pinjaman perumahan.

"Dulu kita pinjam melalui kerajaan, sekarang 100 peratus perlu berurusan dengan bank, jadi kita akan teliti semua aspek seperti insurans pembeli, insurans pemaju, komisen dan prosedur bank kerana kita tidak mahu ada masalah dikemudian hari," katanya kepada pemberita selepas menyertai seminar Merakyatkan Sektor Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Beliau berkata, Cuepacs mahukan institusi kewangan terpilih yang menguruskan skim pinjaman perumahan itu memberi pinjaman 100 peratus kepada pembeli, iaitu pembeli tidak perlu membayar pendahuluan 10 atau 20 peratus dan rumah berkenaan perlu disiapkan sepenuhnya sebelum dijual.

Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata setakat ini empat bank komersil terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam.
-bernama/maa.

Tuesday, October 2, 2012

CUEPACS minta bonus sebulan dikecualikan cukai

PUTRAJAYA 1 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini memohon kerajaan mempertimbangkan supaya pembayaran bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam dikecualikan cukai pendapatan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu bagi membolehkan penjawat awam yang menerima bonus membuat simpanan, memenuhi keperluan semasa keluarga atau menyelesaikan hutang.


''Ini adalah sejarah dalam perkhidmatan awam apabila kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan sebelum perayaan Aidilfitri lalu dan satu bulan lagi dibayar pada bulan Disember ini dan Januari depan.


''Kalau boleh bonus satu bulan itu, kami mohon dikecualikan cukai pendapatan dan ini tidak pernah dipohon tetapi kami harap dipertimbangkan oleh kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada sesi pertemuan dan perbincangan di antara Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (Gakum) dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.


Pemberian bonus satu bulan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.


Dalam pada itu, Omar berkata, CUEPACS turut memohon agar kerajaan mempertimbangkan penjawat awam yang memohon untuk membeli rumah mampu milik yang diumumkan dalam Bajet 2013 itu dikecualikan daripada membayar deposit.


Beliau menambah, kerajaan juga perlu memastikan hanya penjawat awam yang tidak pernah memiliki rumah dibenarkan membeli rumah mampu milik itu.


''Kita mahu skim pinjaman perumahan itu seperti mana yang diamalkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan selama ini.


''Walaupun mungkin kadar faedahnya bukan empat peratus tetapi apa yang kita bimbang apabila penjawat awam mahu beli rumah itu, mereka dikenakan bayaran deposit dan itu yang kita tidak mahu," katanya.


Sebanyak 123,000 unit rumah mampu milik yang dirancang pembinaannya tahun depan terletak di kawasan-kawasan strategik termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).

-utusan/maa.

Monday, October 1, 2012

Gambar-gambar AGM ke 33 Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM

Upacan Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah

Pengarah-pengarah Bahagian & KP ITC

Ahli-ahli Kesatuan

Ahli-ahli Kesatuan

Ahli-ahli Kesatuan


Ahli-ahli Kesatuan

Ahli-ahli Kesatuan

Ahli-ahli Kesatuan

Ahli-ahli Kesatuan

Ahli-ahli Kesatuan

Jawatankuasa Kerja lama dan baru
-maa.