PERDANA Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad berkata dalam sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat
Kabinet di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
|
PUTRAJAYA 30 Mei - Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bantuan khas raya RM400 kepada seluruh
penjawat awam Gred 41 ke bawah dan RM200 kepada pesara kerajaan.
Beliau turut mengumumkan Bantuan Sara Hidup yang
menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1) akan mula disalurkan pada 6 Jun
dengan kadar bantuan dikekalkan.
Ujar beliau lagi, harga minyak RON95 serta diesel
akan dikekalkan namun minyak RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.
“Esok, taklimat penuh akan dibuat oleh Kementerian
Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat
Kabinet di sini hari ini.
Selain itu, Dr. Mahathir turut mengumumkan diskaun
50 peratus tol lebuh raya di seluruh negara bagi tempoh dua hari sebelum Hari
Raya Aidilfitri.
Dalam sidang akhbar sama, beliau turut memberi
laluan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk
mengumumkan Piala Dunia di Rusia akan disiarkan di RTM.
- UTUSAN ONLINE