Friday, September 22, 2017
Saturday, July 22, 2017
Penjawat awam digalak jadi sukarelawan APM
SEREMBAN 21 Julai -
Kakitangan kerajaan digesa supaya mendaftar sebagai anggota sukarelawan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memperkasakan pasukan itu dalam
membantu masyarakat.
Ketua Pesuruhjayanya,
Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, pada masa ini terdapat kira-kira
1.6 juta kakitangan awam dan penyertaan mereka pastinya akan meningkatkan lagi
saiz dan keupayaan APM.
"Sehingga penghujung
tahun ini, kita menyasarkan untuk mendaftarkan seramai dua juta anggota
sukarelawan APM. Sehingga kini kita berjaya mendaftarkan kira-kira 1.6 juta
anggota.
"Kita galakkan
kakitangan kerajaan menyertai APM kerana jumlah mereka besar. Dengan adanya
penyertaan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan sudah tentu kita akan
dapat banyak kepakaran untuk membantu orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian
dalam sidang akhbar semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri APM Peringkat
Kebangsaan yang dihadiri kira-kira 4,000 tetamu di padang kawad APM Negeri
Sembilan di sini malam ini.
Dalam pada itu, Azmy
berkata, sebahagian besar anggota sukarelawan APM pada masa ini terdiri
daripada golongan yang berumur antara 25 hingga 40 tahun.
"Sepanjang enam bulan
lalu, kita berjaya mendaftarkan kira-kira 500,000 anggota sukarelawan. Bagi
menarik lebih ramai sukarelawan, kita akan adakan kerjasama dengan pihak
sekolah, kampung dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Ujarnya, APM turut
berusaha memperluaskan peranan dan perkhidmatannya supaya sentiasa bersedia
dalam membantu orang ramai tanpa mengira masa.
-Utusan.
Friday, June 30, 2017
KSN Akan Jumpa Cuepacs Bincang Penambahbaikan Sektor Penjawat Awam
KUALA LUMPUR, 29
Jun (Bernama) -- Kerajaan akan berjumpa pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan cadangan menambah baik
sektor penjawat awam termasuk cadangan kongres berkenaan supaya gaji penjawat
awam dan pencen pesara dinaikkan sehingga tiga peratus.
Ketua Setiausaha
Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perjumpaan itu akan diadakan dalam masa
terdekat.
Ali mengulas
kenyataan Cuepacs sebelum ini yang dilapor mencadangkan supaya perkara
berkenaan diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan dalam Bajet 2018.
Beliau ditemui
pemberita selepas mengadakan tinjauan di KL Sentral dan laluan pejalan kaki
baharu yang menghubungkan pusat sehenti pengangkutan rel awam itu dengan Stesen
Transit Aliran Massa Muzium Negara, di sini, hari ini.
Bagaimanapun,
mengulas lanjut Ali menarik perhatian bahawa kerajaan telah memberi kenaikan
tiga peratus secara automatik kepada penjawat awam yang telah mencapai tahap
maksimum tangga gaji masing-masing, sejak dua tiga tahun lepas.
"Dulu
penjawat awam apabila sampai ke had maksima gaji, kena tunggu naik pangkat
(untuk naik gaji), tetapi sekarang memang dah automatik...kita laksana sejak
2014," katanya.
- BERNAMA.
Tuesday, June 6, 2017
Melegakan 63,200 penjawat awam, 600 koperasi
MARAN 5 Jun - Keputusan menarik balik arahan sekatan pemotongan gaji
pinjaman kakitangan awam yang melebihi 60 peratus memberi manfaat berganda
kepada kakitangan awam dan koperasi di seluruh negara.
-Utusan.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk
Abdul Fattah Abdullah berkata, keputusan yang dibuat itu memberi kelegaan
kepada kira-kira 63,200 penjawat awam terlibat dan lebih 600 koperasi kredit di
seluruh negara.
“Keputusan ini dapat membolehkan peminjam menjelaskan hutang pinjaman
mereka kepada koperasi dan koperasi terlibat juga dapat membuat kutipan
pinjaman dengan baik.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan dan Angkasa yang akan berbincang
semula dengan koperasi kredit seluruh negara bersama Jabatan Akauntan dan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagaimana
dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat kakitangan awam berbelanja
berhemah dapat dilaksanakan dengan adil,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Ihya Ramadan
Angkasa peringkat Zon Pahang 2 di Masjid Kampung Batu 13, Chenor di sini
semalam.
Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Mohd.
Arifin Awang Ismail.
Menurut Abdul Fattah, dalam tempoh dua bulan sekatan dikenakan, jumlah
kutipan pinjaman tertangguh yang tidak dapat dikutip koperasi-koperasi kredit
berjumlah kira-kira RM20 juta sebulan.
Dalam pada itu beliau memberitahu, sekatan kutipan pinjaman melebihi 60
peratus dikenakan terhadap kakitangan awam yang telah membuat pinjaman itu
memberikan kesan negatif kepada peminjam yang berhadapan dengan tindakan
undang-undang daripada koperasi kerana gagal melunaskan pinjaman.
Tambahnya, tindakan itu juga menyebabkan koperasi-koperasi kredit tidak
dapat mengutip pinjaman seterusnya dan menghadapi masalah membayar pinjaman
mereka dengan bank seterusnya berhadapan dengan tindakan undang-undang.
“Malah kalau peminjam berkenaan adalah ahli koperasi dan mereka tidak
membayar yuran dalam tempoh tiga bulan, maka secara automatik mereka tidak lagi
menjadi ahli koperasi,” katanya sambil memberitahu sekatan pemotongan gaji
bermula bulan ini.
-Utusan.
Saturday, June 3, 2017
Bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam
PUTRAJAYA 2 Jun- Kerajaan
bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6
juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada
tahun ini.
Kementerian Kewangan dalam
satu kenyataannya berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh
hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan
bayaran sebanyak RM250.
“Pembayaran bantuan khas
ini akan dibuat pada 9 Jun.
Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan
pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
“Kerajaan berharap dengan
pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat
awam dan pesara kerajaan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata
kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini.
-utusan online.
Tuesday, May 23, 2017
CUEPACS mohon bonus raya ditingkat kepada RM1,000
KUALA TERENGGANU 23 Mei -
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon
kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya sekurang-kurangnya RM1,000
kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri ini.
Presidennya, Datuk Azih
Muda berkata, peningkatan jumlah imbuhan itu diyakini dapat memberi kelegaan
kepada golongan penjawat awam terutama dalam mendepani kos hidup yang meningkat
dan harga barang yang tidak terkawal.
Katanya, perbincangan
lanjut mengenai permohonan itu dijangka diadakan dengan pihak kerajaan dalam
waktu terdekat sekali gus beliau menafikan laporan yang tular beberapa hari
lalu mengenai pemberian bonus sebanyak RM500 pada tahun ini.
“Saya akan berjumpa dengan
pihak kerajaan untuk menyampaikan hasrat CUEPACS, namun kita masih belum
memutuskan kadar bonus itu tetapi kita berharap jumlahnya kelak akan lebih baik
berbanding tahun-tahun lalu atau sekurang-kurangnya RM1,000,” katanya.
Beliau berkata demikian
dalam sidang akhbar selepas Bengkel Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Sektor
Awam (Hirarc) Peringkat Terengganu 2017 di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) di sini hari ini .
-Utusan.
Tuesday, May 16, 2017
One-day unrecorded leave for civil servants celebrating Kaamatan and Gawai
PETALING
JAYA: Civil servants from Sabah, Sarawak and Labuan currently working in
Peninsular Malaysia can take a day of unrecorded leave for the Kaamatan and
Gawai festivals starting from this year.
The Prime
Minister's Department said in a statement Tuesday that this is in line with the
1Malaysia concept.
"It is
hoped that this holiday can give officers from Sabah, Sarawak and the Federal
Territory of Labuan serving in peninsula Malaysia the chance to celebrate the
festivals with their families," the statement said.
It was
reported on April 29 that Sabah may consider a proposal to make the annual
Kaamatan or Harvest Festival a national event with a public holiday for the
whole country.
Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said the
suggestion by former Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal might be
brought up to the state government leadership if the opportunity arises.
-thestar.
Subscribe to:
Posts (Atom)



