Monday, October 3, 2011

560 pangsapuri Presint 11 dibuka untuk tempahan

PUTRAJAYA 3 Okt. — Sebanyak 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kini dibuka untuk tempahan.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, sebanyak 470 permohonan tempahan telah diterima sejak dibuka pada 30 Sept lalu dan akan berakhir pada 12 Okt. ini.

"Proses pemilihan pembeli akan dilakukan secara pengundian dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus,” katanya pada sidang media di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Katanya, proses cabutan pemohon unit pangsapuri akan dilakukan pada 15 Okt. ini.

Abdul Mutalib berkata, pemohon yang ingin membuat tempahan haruslah memenuhi syarat kelayakan antaranya warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Putrajaya.

Selain itu, pemohon hendaklah mempunyai tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan, katanya.

Menurutnya, pemohon juga terbahagi kepada dua kategori iaitu senarai yang dipanggil yang akan melalui proses saringan dan menunggu.

Beliau berkata, permohonan tempahan unit pangsapuri itu terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan tidak terhad kepada hanya penjawat awam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian unit pangsapuri itu boleh melayari laman web www.pmo.gov.my 

— Bernama

Sunday, October 2, 2011

MASEU tidak puas hati

PETALING JAYA 1 Okt. — Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) hari ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penjelasan pihak pentadbiran terhadap kerjasama syarikat itu dengan AirAsia Bhd.

Presidennya, Alias Aziz yang mewakili lapan kesatuan dan persatuan di bawah MAS berkata, penjelasan oleh Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari Yahya semalam berhubung pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. tidak memuaskan.

"Oleh itu, kita bersetuju menulis surat kepada Perdana Menteri. Kita ingin bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyampaikan hasrat dan bantahan mengenai gabungan MAS dan AirAsia ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat MASEU di Subang Jaya dekat sini, hari ini.

Alias turut meminta agar MAS membeli semula saham-saham MAS yang dibeli oleh AirAsia dan memulangkan kesemua saham AirAsia yang dibeli MAS. 

- BERNAMA

Saturday, October 1, 2011

Had umur bersara perlu ambil kira kesihatan - CUEPACS

JOHOR BAHRU 1 Okt. — Faktor kesihatan akan menjadi perkara yang penting dalam menentukan had umur persaraan penjawat awam yang dicadang dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun, kata presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata ini bagi memastikan penjawat awam mampu memikul tugas untuk membantu melaksanakan agenda kerajaan dalam membangunkan negara.

"Hanya mereka yang benar-benar sihat dan cergas boleh dilanjutkan had umur persaraan mereka kerana kita tidak mahu mereka asyik mengambil cuti sakit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Beliau juga berkata, ramai penjawat awam akan memilih untuk bersara khasnya wanita dan ini akan menjadikan hanya 40 peratus sahaja penjawat awam yang bakal bersara, dijangka terus bekerja sehingga usia 60 tahun.

Omar juga menjelaskan bahawa apa yang CUEPACS mahu ialah lanjutan umur persaraan tidak diberikan secara opsyen seperti sekarang di mana penjawat awam terpaksa membuat permohonan terlebih dahulu untuk bekerja secara kontrak hingga usia 58 tahun.

Sehubungan itu katanya, satu mekanisme khas perlu diwujudkan bagi menentukan penjawat awam boleh terus berkhidmat sehingga usia 60 tahun. 

— Bernama

Monday, August 15, 2011

Mesyuarat Agong Kesatuan Kali Ke 32

Tuan /Puan / Saudara / Saudari Ahli-Ahli Kesatuan Yang Dihormati,
Jangan lupa AGM kita pada 19 Ogos 2011 (Jumaat).
Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi
Mesyuarat akan dimulakan jam 8.30 pagi.

Door gift, ole-ole Ramadhan dan 50 barangan lucky draw menanti anda semua.
Hadirkan diri anda. Sama-samalah kita menjayakan mesyuarat kali ke 32 ini.

Friday, July 15, 2011

Perpindahan Pertama Ke Putrajaya

16 Julai 2011, BTM mendahului bahagian lain untuk berpindah ke Putrajaya seperti mana jadual yang telah ditetapkan. Bermula 14 Julai kerja-kerja persediaan berpindah telah dibuat. Ini merupakan fasa pertama perpindahan Pusat Data Tourism.
Disebabkan Tourism akan berpindah secara berperingkat sehingga Oktober, BTM perlu memindahkan Pusat Data dengan 3 fasa. Fasa ke-2 adalah pada hujung minggu hadapan dan fasa akhir adalah selepas semua bahagian berpindah.
Perpindahan ini bukanlah 1 perkara mudah, kerana keseluruhan network di Putrajaya menggunakan setup baru dibawah kawalan GITN dan MAMPU sepenuhnya. Setiap server, switch dan lain-lain perlu konfigurasi semula.

Semasa proses perpindahan ini terlalu banyak gangguan yang akan berlaku. Diharapkan semua warga Tourism dapat bersabar dan memahami situasi yang berlaku. Untuk makluman, kontraktor di Putrajaya juga gagal menyediakan sistem rangkaian yang baik. Terlalu banyak kerja setup semula yang perlu dibuat sebagai persediaan warga Tourism berpindah. Semoga cabaran ini berjaya diatasi.

Gambar-gambar diambil semasa kerja-kerja pemunggahan dan pembungkusan server-server dibuat pada 15 Julai 2011.







Thursday, June 30, 2011

Jadual Shuttle ke Putrajaya

Sila klik jadual untuk paparan yang lebih jelas.






























------------------------------------------------------------

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS




1. Bilakah operasi bas akan dimulakan?


Operasi bas ini akan bermula sejurus serentak dengan tarikh perpindahan iaitu pada 5 September 2011 (bergantung kepada pindaan).




2. Apakah WP bagi pengguna perkhidmatan bas?


Pengguna perkhidmatan bas adalah dinasihatkan supaya menukar kepada WP3 pada bulan pertama. Untuk bulan seterusnya, terserah kepada persetujuan semua pengguna bas.




3. Berapa lamakah perkhidmatan bas ini akan disediakan?


Bas ini akan disediakan oleh TM pada tempoh 6 bulan pertama dan berkemungkinan dilanjutkan atau ditamatkan bergantung kepada jumlah pengguna itu sendiri.




4. Saya berminat untuk menggunakan perkhidmatan bas tetapi tiada pick up point disediakan di kawasan kediaman saya.


Tuan/Puan adalah dinasihatkan supaya pergi ke lokasi pick up yang berhampiran atau meneliti laluan bas yang berhampiran dan mencadangkan kepada pihak Urusetia.




5. Adakah waktu bertolak ke Putrajaya itu adalah tetap?


Waktu bertolak itu adalah tetap.



6. Bagaimana dengan waktu bertolak dari Putrajaya?


Waktu bertolak dari Putrajaya adalah pada pukul 6.00 pm. Walaubagaimanapun, waktu ini adalah bebas mengikut kesesuaian kesemua pengguna bas.




7. Adakah saya masih boleh memohon perkhidmatan ini?


Ya, tuan/puan boleh memohon lagi menerusi Urustadbir Bahagian masing-masing.




8. Saya telah memohon untuk menggunakan perkhidmatan bas tetapi saya tidak menggunakannya. Adakah tindakan saya akan menjejaskan perkhidmatan ini?


Tindakan tuan/puan ini akan menjejaskan pengguna bas yang lain dan berkemungkinan perkhidmatan bas akan dihentikan kerana kekurangan pengguna.





Tuesday, June 28, 2011

PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK TERLIBAT DENGAN BERSIH

Bernama
26/6/2011

KULIM, 26 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

"Jika mereka terlibat dan tertangkap atau sebagainya, Cuepacs tidak akan membela mereka dan perkara itu merupakan risiko tanggungjawab mereka sendiri dan kita nasihatkan supaya mereka mematuhi Aku Janji yang dalam pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Kulim di sini.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata isu pertukaran Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata lima kesatuan sekerja yang terlibat dengan jabatan berkenaan telah menemui beliau sambil menyatakan hasrat mereka untuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, dan Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Judin Abdul Karim dalam waktu terdekat untuk berbincang bagi mendapatkan pandangannya.