ALOR SETAR, 23 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini merayu kerajaan mempertimbang semula tempoh perkhidmatan pegawai lantikan secara kontrak.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, sehingga ke hari ini, banyak aduan diterima pihaknya berhubung tempoh perkhidmatan diberikan hanya setahun ataupun 'berdasarkan tahun ke tahun' sekali gus membantutkan perancangan pekerja terutamanya yang sudah berkeluarga.
"Dalam tempoh enam bulan mereka kena rancang nak sambung perkhidmatan mereka, kita tahu setiap pekerja ada matlamat mereka nak rumah nak keluarga, nak beli kenderaan ada perbelanjaan sekolah, kalau kontrak berdasarkan tahun ke tahun, mereka tak boleh merancang, dan hilang motivasi semangat bekerja.
Usia bekerja di Malaysia dengan kelayakan lebih tinggi, amat wajar kerajaan melantik mereka ini mesti tidak kurang tiga tahun, barulah boleh merancang beli rumah, kenderaan dan perbelanjaan anak-anak," katanya.
Jelasnya, kerajaan turut wajar memberi peluang mereka yang bekerja secara kontrak untuk diberikan jawatan tetap.
Cadangan-cadangan dikemuka CUEPACS ini, kata Azih diyakini tidak akan membebankan kedudukan kewangan kerajaan, malahan CUEPACS berharap cadangan ini dibentangkan dalam Bajet 2016 dan dibawa dalam Rancangan Malaysia ke-11.
"Kita berjuang pastikan pekerja-pekerja tidak dapat kerja ini dapat kerja, manakala mereka yang dilantik kontrak ini ada jaminan, sebab mereka kerja dengan kerajaan, jadi kerajaan kena jaga dia," katanya.
-Bernama.
Friday, April 24, 2015
CUEPACS Sambut Baik Pengumuman Perdana Menteri, Kekal Umur 55 Tahun Keluar KWSP
ALOR SETAR, 23 April (Bernama) -- Kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam isu pengekalan hak pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur 55 tahun disambut baik Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mekanisme sedia ada iaitu pengeluaran KWSP pada umur 55 tahun adalah sesuai dan diterima baik oleh kebanyakan pencarum sebagai umur pra persaraan.
"Kerana kita lihat jangka hayat hidup umur 50-59 tahun ini kadar kematian lebih 16,000 setahun, tinggi jadi kalau nak kekalkan 60 tahun memang payah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Najib hari ini mengumumkan pencarum KWSP boleh mengekalkan hak mereka untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun.
Azih berkata, ia turut mengambil kira situasi di negara ini iaitu dari aspek kos sara hidup dan tekanan kerja.
"Sebab itu kita nak 55, sekurang-kurangnya bila seseorang bersara dia dah ada perancangan, soal cukup ke tidak tak perlu risau, pandai-pandailah mereka (pencarum) jaga.
Kalau pihak-pihak tertentu rasa tak cukup, bolehlah tambah gaji sekurang-kurangnya bila tambah gaji, kenaikan gaji, simpanan meningkat," katanya.
Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan para pencarum untuk bijak mencari sumber pendapatan lain untuk kegunaan semasa dan hari selepas persaraan.
"Pastikan simpanan ada gandaan tinggi, pencarum bukan sahaja perlu bijak, tapi merancang kewangan dengan bijak," katanya.

Monday, April 20, 2015
Civil Servants' Promotion Based On 3 Factors - Shahidan
KUALA LUMPUR, April 20 (Bernama) -- There should not be any perception that civil servants gain promotion because they are close to the 'boss', said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Shahidan Kassim.
He said promotion for civil servants was based on three factors, performance, recommendation by the department head and position availability.
He said this in reply to Senator Mohd Khalid Ahmad at the Dewan Negara here today.
Shahidan said the promotion process was transparent to ensure that all interested parties were satisfied with any decision.
To another question from Mohd Khalid on whether the government would consider promotion for support group staff who had acquired a bachelor's degree, he said they would still have to apply for any higher post opening.
"Promotion is not automatic. They will have to apply and compete with other applicants. However, they do have an edge in that they are serving in the public service so they might be given higher points in that respect," he said.
Meanwhile, Shahidan denied, when met by reporters at the parliament lobby, the claim by Asian Strategy and Leadership Institute chairman Tan Sri Ramon Navaratnam that the last salary revision for Malaysian civil servants was in 1991.
He said there had been eight revision and salary adjustments for Malaysian civil servants between 2000 and 2013.
Among the revisions Shahidan cited were a 10 per cent salary increase in 2000; another 10 per cent in 2002; and between 3.5 - 7.5 per cent in 2007, aside from the last increase in 2013.

Gaji Pokok Baharu Kumpulan Gred 11 Diumum Hujung Tahun
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Katanya kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275.
Beliau berkata ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832).
"Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah. Kerajaan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini.
Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian. Kita akan tengok pada keadaan semasa," katanya dalam sidang media di sini Isnin.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.
Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini.
"Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini," katanya.

Saturday, April 18, 2015
JPA nafi ada penjawat awam terima gaji RM805 sebulan
PUTRAJAYA 17 April – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan terdapat kira-kira 400,000 penjawat daripada kumpulan pelaksana menerima gaji antara RM805 dan RM820 sebulan.
Jabatan itu sebaliknya menjelaskan, amaun gaji bagi gred 11 iaitu gred paling rendah dalam perkhidmatan awam adalah antara RM832 hingga RM850 manakala pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM1,275 jika termasuk elaun.
“Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang
menerima gaji RM850 ke bawah ialah 3,072 orang,” demikian
menurut kenyataan yang dikeluarkan JPA.
“Jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok ini iaitu gaji dan elaun ialah antara RM1,257 hingga RM1,275.
Menurutnya, mereka yang menerima gaji tersebut
kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang
masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda sebelum ini dilapor mendedahkan terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.
Thursday, April 16, 2015
400,000 Penjawat Awam Masih Terima Gaji Serendah RM805 Sebulan
JOHOR BAHARU, 16 April (Bernama) -- Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.
Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120 peratus," katanya.
Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan CUEPACS yang mahukan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.
Azih berkata pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini meningkat di kawasan bandar-bandar utama.
"Kita faham kedudukan kewangan kerajaan berubah mengikut pertambahan bilangan rakyat. Akan tetapi evolusi yang berlaku menyebabkan kos sara hidup meningkat di bandar-bandar utama.
"Di Johor contohnya, penjawat awam sudah hampir tidak boleh hendak menyesuaikan kehidupan," jelasnya.
Selain meningkatkan gaji, kongres itu juga meminta kerajaan agar menyemak semula kadar pengecualian cukai pendapatan penjawat awam sehingga 100 peratus sebagai mengurangkan bebanan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung masa kini.

Wednesday, April 15, 2015
Bela bekas pekerja awam
NAJIB TUN RAZAK bersalaman dan beramah mesra bersama para pesara kanan kerajaan semasa menghadiri majlis pelancaran Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia di Perbadanan Putrajaya, semalam. BERNAMA
PUTRAJAYA 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak optimis Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dapat berperanan sebagai wadah untuk menjaga kebajikan dan penghubung antara kerajaan dan para pesara.
Perdana Menteri berkata, kebajikan 750,000 orang pesara di seluruh negara akan lebih tersusun dalam sebuah organisasi khusus dan dapat dibantu dengan sewajarnya oleh kerajaan.
“Yayasan ini juga boleh diajak berunding dan sama-sama merumuskan sesuatu perkara supaya soal kebajikan pesara kerajaan dapat dipertimbangkan oleh kerajaan mengikut kemampuan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Menurut Perdana Menteri, pelbagai isu lain berkaitan kebajikan pesara kerajaan boleh disampaikan kepada kerajaan antaranya berhubung isu perumahan dan perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah.
Dalam pada itu, Najib berkata, sebagai permulaan, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program untuk pesara kerajaan di seluruh negara.
Mengulas lanjut, Najib berkata, sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan awam semakin baik malah, jumlah yang memohon bagi setiap kekosongan jawatan mendapat permintaan berlipat kali ganda berikutan skim pencen yang diamalkan di negara ini.
“Bagi pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sahaja saya diberitahu untuk 300 kekosongan jawatan, jumlah yang memohon lebih 100,000 tetapi yang layak hanya 70,000 orang malah, ada dalam kalangan mereka berkhidmat dalam sektor swasta tetapi mahu berkhidmat dalam kerajaan sebagai PTD.
“Kalau skim kita tidak baik, saya tidak fikir jumlah yang memohon begitu banyak untuk menjadi PTD dan penjawat awam,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada juga akan bertambah lebih kuat sekiranya semua pesara kerajaan dan penjawat awam yang berjumlah lebih 2.3 juta orang memberi sokongan penuh kepada pentadbirannya.
Pada masa sama, katanya, jumlah yang besar itu juga boleh menentukan hala tuju negara.
-Utusan Online.
Sunday, April 12, 2015
Syor KWSP tidak rasional – CUEPACS
Bekas Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman (kanan) Presiden CUEPACS yang Baru, Azih Muda (tengah) dan Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Zainal Ismail mengankat tangan selepas keputusan pemilihan pada Majlis Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26 di Menara PGRM, di sini hari ini.Gambar : Riduan Rizal AhmadPemberita : Saifulizam / Zul Mansor
KUALA LUMPUR 11 April - Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun adalah tidak rasional kerana perkara itu melibatkan hak pekerja.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Zainal Ismail berkata, perkara itu juga perlu dibincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Katanya, tempoh pengeluaran tersebut adalah tidak relevan memandangkan pada usia itu kebanyakan pekerja memerlukan wang untuk pelbagai rancangan seperti menampung kos perubatan dan sara hidup.
Semalam, ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, cadangan itu dibuat kerana kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
“Dalam isu ini, KWSP tidak berhak menentukan keputusan kerana ia melibatkan hak ahli mereka,” katanya yang dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
“Kita perlu meneliti daripada segala aspek. Bagaimana jika seseorang pekerja bersara awal dan ingin menggunakan wang simpanan KWSP mereka. Adakah mereka harus menunggu sehingga berusia 60 tahun,” katanya.
Sementara itu, Zainal berkata, KWSP perlu meneliti cadangan tersebut secara terperinci dengan mengambil kira implikasi sekiranya pekerja ingin bersara awal.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Kishnam berkata, cadangan tersebut tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan kepada pencarum.
Beliau turut mencadangkan pengeluaran wang caruman KWSP sebagai satu pilihan sama ada pada usia 55 tahun atau 60 tahun, bukannya ditetapkan umur mandatori.
“Mana-mana ahli KWSP yang ingin kekal dan mengeluarkan wang simpanan mereka pada usia 60 tahun adalah terpulang kepada mereka namun KWSP tidak harus menghalang pencarum yang mahu mengeluarkan wang pada usia 55 tahun,” katanya.
-Utusan.
Thursday, April 9, 2015
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
TUJUAN
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.
LATAR BELAKANG
Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan penjawat awam adalah kritikal dan perlu diberi perhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif atau pendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.
Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.
Selaras dengan kejayaan pelaksanaan Program PPA1M di Wilayah Persekutuan Putrajaya, program tersebut kini diperluaskan pula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan projek pertamanya di Bukit Jalil yang dibuka kepada semua lapisan anggota perkhidmatan awam. Harga ditawar bagi skim PPA1M Bukit Jalil ini adalah diantara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1000 kaki persegi hingga 1500 kaki persegi. Pelaksanaan Program PPA1M ini akan terus dibangunkan secara berperingkat-peringkat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.
Selaras dengan kejayaan pelaksanaan Program PPA1M di Wilayah Persekutuan Putrajaya, program tersebut kini diperluaskan pula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan projek pertamanya di Bukit Jalil yang dibuka kepada semua lapisan anggota perkhidmatan awam. Harga ditawar bagi skim PPA1M Bukit Jalil ini adalah diantara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1000 kaki persegi hingga 1500 kaki persegi. Pelaksanaan Program PPA1M ini akan terus dibangunkan secara berperingkat-peringkat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cik Nurul Syahirah Binti Abu Bakar
Telefon: 03-88897805
Emel: ppa1m@kwp.gov.my
-http://www.kwp.gov.my/PPA1M%20KL/index.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)