Tuesday, November 29, 2011

90 peratus khidmat kerajaan dalam talian menjelang 2015

PUTRAJAYA 29 Nov. — Perkhidmatan kerajaan bagi E-Kaunter dan perkhidmatan dalam talian disasar pada tahap 90 peratus menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Manakala di bawah program paperless government, beliau berkata, ditetapkan 70 peratus urusan surat-menyurat, memo dan minit mesyuarat dibuat secara online dan 90 peratus bagi urusan panggilan mesyuarat.

"Selain meningkatkan kecekapan urusan berkenaan, usaha itu juga akan menyumbang kepada pencapaian objektif strategik inisiatif teknologi hijau dalam urusan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai-Pegawai Maklumat di sini hari ini.

Kerajaan juga katanya, sedang merangka kaedah baru dalam pengurusan ICT yang dikenali sebagai Pengkomputeran Awan.

Mohamad Zabidi berkata, setakat ini ia telah diaplikasi di 36 agensi kerajaan dan akan diperluaskan di 100 lagi agensi pada masa hadapan.

Selain itu, beliau berkata Mampu juga sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan ciri keselamatan semua sistem dan laman web di bawah kendaliannya sukar digodam pihak tidak bertanggungjawab. 

— Bernama/maa.

Monday, November 28, 2011

CUEPACS HARAP PERKHIDMATAN KAKITANGAN KONTRAK DILANJUTKAN

KANGAR, 22 Nov (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap hampir 20,000 penjawat awam berstatus kontrak yang bakal tamat tempoh perkhidmatan mereka akhir tahun ini diberi peluang meneruskan perkhidmatan mereka.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata kebanyakan mereka yang berkhidmat dengan badan berkanun negeri dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan itu akan menghadapi kesukaran jika perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan.

"Kami simpati dengan kakitangan yang berstatus kontrak terutama di saat menghampiri 31 Dis ini," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio PerlisFm di sini Selasa.

Beliau berkata kebanyakan kakitangan terbabit masih berupaya menyumbang tenaga dan perkhidmatan mereka dan sewajarnya tenaga kerja mereka terus digunakan.

Omar berkata 1.3 juta penjawat awam bakal mengalami perkara baru dalam perkhidmatan mereka termasuk Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) dan lanjutan umur persaraan.

-- BERNAMA

Jawatan JUSA, Turus akan diubah

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.

Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.

Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

-Utusan Online/maa.

Saturday, November 26, 2011

Those who lose govt money will be made to cough it up, says PSD

SEREMBAN: Officers who cause the Government to lose money due to their negligence will be made to repay a portion of the lost revenue and they may even be sacked. If there are cases of embezzlement, ministry and department heads have to take the responsibility to report the matter to police so an investigation can be carried out.

These are among the measures introduced by the Public Service Department to ensure that civil servants are held accountable for the losses highlighted by the Auditor-General in the 2010 Report. The department issued a set of comprehensive guidelines last Tuesday to all ministries and state authorities to refer to before taking action against any guilty party.

PSD director-general Tan Sri Abu Bakar Abdullah said this was decided during a meeting with all secretaries-general and the PSD on Nov 2. “I hope all ministries will treat this seriously. We need to do this to protect the image of the civil service and to ensure that efforts to enhance the public delivery system are not affected,” he said. “If there are cases of missing government funds or properties, then an immediate internal probe should be conducted and a final report submitted (to the PSD) within four months,” he said, adding that copies of the report should also be forwarded to the Treasury and the state financial officer.

Abu Bakar said that if the Treasury or the state financial officers felt that the errant officer needed to be slapped with a surcharge or be disciplined, it should then make a recommendation to the respective service commission. Most civil servants come under the Public Service Commission. However, there are other similar bodies such as the Police Commission and Education Services Commission.

Abu Bakar added that all ministries should provide answers for queries raised by the latest Auditor General's report as well as state if disciplinary or legal action would be instituted against the wrongdoers. However, arrears or revenue which cannot be collected due to reasons beyond the public servant's control can be written off provided it is approved by the Finance Minister or the respective Mentri Besar/Chief Minister.

Abu Bakar also said a secretary-general or a department head must notify in writing to the Treasury or the state financial officer when and why a particular revenue could not be collected. Copies should also be sent to the Auditor-General and the Accountant General.

Abu Bakar said the Treasury or the state financial officer was also authorised to appoint officers from other sections in a ministry or department to carry out investigations into financial irregularities or embezzlement. Ministries or state departments, he said, should obtain in writing whatever information they required from contractors, companies, consultants or individuals in the course of their investigations on alleged wrongdoings.

-thestar online/maa.

Saturday, November 19, 2011

LHDN edar borang bantuan khas secara percuma mulai 1 Disember

IPOH: Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.
"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar membabitkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion... Untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.
Beliau berkata, kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan. Katanya, pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terbabit serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa. 

Ahmad Husni berkata, proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan semua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengedar borang permohonan palsu. "Kita tidak mahu ada golongan tertentu yang cuba mengelirukan bakal penerima insentif ini dengan mengedarkan borang palsu bagi mengaut keuntungan," katanya. 

Beliau berkata, proses pendaftaran haruslah melalui saluran yang betul dan tidak melalui orang tengah. "Kita akan menghantar pasukan sukarelawan ini ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk proses pendaftaran," katanya. 
- BERNAMA/maa. 

Tuesday, November 15, 2011

Kempen Budi Bahasa Dan Nilai-Nilai Murni

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Fasa II 2006

VISI

Budi Bahasa Intisari Jatidiri Bangsa Malaysia

MISI

Melahirkan Masyarakat Malaysia Yang Berbudi Bahasa

OBJEKTIF

Menanam, Menghayati dan Mengamalkan Nilai-nilai Murni

TEMA

Bagi tahun 2006, nilai murni yang dipilih sebagai tema ialah Kesopanan. Ia selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan' dan diterjemahkan ke dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan, pembelajaran, kemasyarakatan dan perkhidmatan.

Aktiviti-aktiviti Selari Dengan Tema

  1. Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan). Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
  2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran). Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
  3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan). Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.
  4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan). Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.
  5. Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa. Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai','Tandas Bersih','Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa','Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Ada yang menjawab telefon dengan kasar dan acuh tak acuh (atau langsung tidak terjawab), surat-menyurat rakyat yang lambat dijawab, merosotnya amalan gotong-royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan, menghilangnya amalan hormat-menghormati identiti manusia dan pihak-pihak tertentu yang dahulunya dihormati, keterlaluan mengejar kemajuan kebendaan sehingga kita lupa akan betapa pentingnya tatasusila berhemah diamalkan semula secara menyeluruh. Tuntutan Rukunegara tentang ketatasusilaan yang baik harus diisi semula. Bangsa Malaysia yang dicita-cita harus terus berbekal amalan-amalan murni.

-KPKK/maa.

Kadar gaji minimum dikemuka kepada kerajaan hujung tahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka akan menerima cadangan dan syor kadar gaji minimum daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)selewat-lewatnya akhir tahun ini, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata MPGN yang ditubuhkan 15 September lalu dan diberi peranan mengkaji secara menyeluruh kadar serta liputan gaji minimum, akan membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan.
Beliau memberitahu dewan, majlis itu yang berperanan bagi pihak kerajaan membuat keputusan dan bertindak dalam menjamin kebajikan pekerja di negara ini, sedang mengkaji kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan, kawasan dan wilayah.
Selain itu ia juga mengkaji faktor sosial, perbelanjaan, kadar inflasi serta perbandingan struktur gaji dengan negara-negara luar, katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu perkembangan terkini perbincangan dalam MPGN.

Sambil menegaskan majlis itu sebuah entiti bebas dianggotai 25 orang terdiri daripada penggerak utama kesatuan pekerja, wakil majikan, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO), Maznah berkata kali terakhir badan itu bermesyuarat ialah Khamis lalu.

MPGN dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dibantu sebuah jawatankuasa teknikal perundingan telah mengadakan mesyuarat sebanyak tujuh kali, bekerjasama dengan Bank Dunia dan mengadakan sesi perundingan dengan orang awam. - BERNAMA