Wednesday, December 9, 2009

Berita Kesatuan

Tahniah En Rosli Ibrahim

Kesatuan mengucapkan Tahniah kepada Encik Rosli Ibrahim kerana telah mendapat jawatan tetap sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Usaha selama lebih setahun oleh En Rosli dan Kesatuan telah berjaya membuahkan hasil, walaupun pelbagai halangan diperolehi diperingkat awal perbincangan berkaitan menetapkan khidmat En Rosli. Kesatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Dato Mirza kerana mengambil perhatian berat isu ini.

----------------------

Penjumudan Gred F/N - 11 dan 14

Pekeliling berkaitan penjumudan jawatan N11, N14, F11 dan F14 telah dikeluarkan pada bulan Julai 2009, namun sehingga bukan Oktober kakitangan yang terlibat dalam penjumudan ini tidak diberi taklimat dan penyerahan borang opsyen. Kesatuan telah banyak kali menghubungi Bahagian Pengurusan supaya menyegerakan taklimat dan tawaran opsyen ini. Kesatuan akhirnya mengambil inisiatif menghantar surat kepada YBhg Dato Ketua Pengarah supaya perkara ini diambil serius oleh Pihak Pengurusan. Pada 11 November 2009 barulah taklimat kepada semua kakitangan yang terlibat dibuat. Itu pun ada nama-nama yang tercicir pada mulanya dengan alasan terlepas pandang dan pengarah-pengarah bahagian yang terlibat tidak dimaklumkan sama.

Taklimat dibuat dan tawaran opsyen diberikan pada tarikh berkenaan. Kakitangan yang terlibat diberikan masa 2 minggu untuk menjawab tawaran opsyen berkenaan. Mengikut pekeliling JPA, tempoh opsyen mengikut JPA adalah selama 30 hari dan bukannya 14 hari seperti yang diberikan kepada kakitangan kita. (30 hari dari tarikh penerima menerima surat opsyen bukannya pada tarikh surat dikeluarkan - rujukan laman web JPA)

*** Menjadi kebiasaan perkara-perkara yang melibatkan kumpulan bawahan sering dipandang ringan. Cuba layari laman web Jabatan Pelajaran(mempunyai cawangan paling banyak) dimana hampir keseluruhan pejabat pelajaran daerah di Semenanjung mengadakan taklimat pada 15 September 2009 dan Jabatan Pelajaran Daerah Sabah memberikan taklimat pada bulan Oktober 2009.

Larangan Merokok DI Tempat Awam

Monday, 01 June 2009 01:06
KUALA LUMPUR: Cuepacs akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan arahan melarang semua kakitangan awam merokok di tempat kerja masing-masing tidak kira dalam pejabat atau pekarangan jabatan.

Presidennya, Omar Osman, berkata surat pekeliling juga akan dikeluarkan kepada setiap kakitangan dalam masa terdekat, bagi mengingatkan mereka tindakan bakal diambil sekiranya ingkar terhadap arahan itu.

Beliau berkata, mana-mana kakitangan yang didapati merokok dalam premis tempat kerja masing-masing akan dipanggil ketua jabatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, usaha itu bagi mendisiplinkan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam dan orang ramai supaya tidak merokok apabila berurusan dengan jabatan kerajaan.

“Jabatan kerajaan dilarang terus merokok, tidak kira kawasan lobi, kaunter, kawasan berhawa dingin dan pekarangan pejabat, lebih mudah untuk penguat kuasaan.

“Selama ini, jabatan kerajaan ada sediakan kawasan zon larangan merokok tetapi tidak dipatuhi kakitangan termasuk pegawai atasan yang merokok sesuka hati termasuk di biliknya sehingga menimbulkan rungutan orang ramai.

“Kini Cuepacs cadang semua kawasan pejabat kerajaan diwarta zon larangan merokok dan akan bincang perkara ini dengan JPA dalam masa terdekat, serta buat pekeliling sebagai peringatan dan amaran, mana-mana kakitangan yang didapati merokok akan dipanggil peringkat jabatan... jadi kakitangan akan terikat sikit untuk merokok,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan terbaru kerajaan untuk mewartakan dua lagi kawasan zon larangan merokok iaitu di tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat dan lobi hotel.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dilaporkan berkata cadangan itu yang akan diwartakan tidak lama lagi itu amat perlu bagi melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok.

Sehingga kini, terdapat 22 zon larangan merokok termasuk kaki lima kompleks membeli-belah, restoran dan kafe terbuka di luar premis.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan menambah zon larangan merokok, pada masa sama mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu membanyakkan papan tanda larangan merokok di tempat awam serta mengadakan lebih banyak kempen larangan.

“Masyarakat juga perlu memainkan peranan membantu kerajaan dengan membuat teguran terhadap mereka yang merokok di tempat awam,” katanya.

-----------------------
*** Pemergian sahabat kita Puan Junaida kerana kenser paru-paru perlulah membuka mida semua orang. Adakah kerana suratan atau sebenarnya perkara ini boleh dibendung. Mungkinkah persekitaran kerja yang sentiasa terdedah pada asap rokok yang menjadi punca. Hormatilah hak orang lain untuk mendapatkan udara segar dan jangan pentingkan diri sendiri.
http://tm-union.blogspot.com/2009/05/rokok-peraturan-cadangan-dan.html (artikel yg pernah dikeluarkan di dalam blog ini)

Monday, December 7, 2009

Takziah Buat Keluarga Kak Jun

Takziah buat keluarga Allahyarhamah Junaida Binti Jamaludin atau lebih di kenali kak Jun di kalangan rakan-rakan, yang telah kembali ke rahmatullah bersamaan 6 Disember 2009 (20 Zulhijjah 1430 H) pukul 10.30 malam kerana kanser paru-paru dalam usia 56 tahun.

Masjid di USJ tempat menguruskan jenazah Allahyarhamah penuh dengan rakan-rakan dari Tourism Malaysia yang memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Turut kelihatan rakan-rakan bekas pegawai kakitangan Tourism Malaysia termasuk mantan Ketua Pengarah Dato' Abdullah Jonid dan isteri serta mantan Timbalan Ketua Pengarah Datin Dalilah Ahmad.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh beliau dalam rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

** Puan Junaidah merupakan ahli kesatuan yang paling senior dalam senarai ahli-ahli yang masih berkhidmat di Tourism Malaysia.

Mesyuarat Agong - 3 Disember 2009

Salam Sejahtera,
Semua ahli-ahli Kesatuan, Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 30 telah berjaya diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Kesatuan sangat berbesar hati dengan kesudian YBhg Dato' Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang sudi merasmikan majlis ini dan di atas kesudian Tuan Haji Omar Osman, Presiden Ceupacs yang sudi hadir bersama dan memberikan ucapan kepada semua ahli-ahli.

Antara intipati ucapan Presiden CEUPACS yang dapat dipetik :-

1. Semua penjawat awam perlulah bersyukur kerana dalam tempoh 3 tahun ini semua penjawat awam telah memperolehi kenaikan gaji yang lebih baik dan semakan kenaikan gaji akan dibuat setiap 5 tahun sekali.

2. Penjawat-penjawat awam diminta bekerja dengan lebih tekun, menjaga integriti dan tatasusila bagi menjaga nama baik perkhidmatan awam.

3. Walaupun tiada bonus pada tahun ini, namun penjawat awam perlulah bekerja dengan penuh dedikasi kerana gaji dan elaun yang diterima tidak berubah walaupun ekonomi Malaysia beraada dalam keadaan yang tidak berapa baik.

4. Ceupacs sedang berusaha untuk memastikan yang penjawat awam mempunyai perlindungan insuran termasuk menggunakan khidmat hospital swasta, kerana kelemahan/kekurangan utama bagi penjawat awan adalah dari segi perubatan.

5. Penjumudan jawatan gred bawah adalah bertujuan supaya setiap penjawat awam mempunyai gaji minima yang tinggi setanding dengan pekerja-pekerja swasta.

6. Ceupacs juga sedang berusaha supaya elaun hotel bagi kumpulan sokongan dinaikkan kepada kadar yang lebih munasabah.

7. Masalah utama sekarang adalah 60 ribu pekerja kontrak di semua agensi dan jabatan kerajaan.

8. Semua kakitangan awam diminta sentiasa hormat menghormati, menjaga perpaduan dan mempunyai semangat kerja yang tinggi.

Wednesday, November 4, 2009

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 30

Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan Kali ke 30 akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 3 Disember 2009 (Khamis)
Masa : 8 am - 2 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Tkt 27

Borang Usul dan Pencalonan telah diedarkan bersama-sama email hebahan. Sila hantar semula borang-borang berkenaan kepada AJk sebelum 18 November 2009.

Sekian. Terima kasih.

Thursday, October 29, 2009

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci

Sukacita dimaklumkan rakan-rakan kita yang telah terpilih sebagai tetamu Allah seterusnya dapat menyempurnakan Rukun Islam kelima, Insyallah pada tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah :-

1. Puan Modderikah Hj Mohd Yassin –telah sampai di Tanah Suci –bercuti mulai 23 Oktober hingga 1 Disember 2009
2. Encik Zakaria Mohd Nani –berangkat mulai 3 November 2009
3. Encik Mohammad Hj Hassan –berangkat mulai 3 November 2009
4. Puan Latifah Ismail –dijangka berangkat dalam tempoh terdekat ini
5. Puan Narimah Salim Kajai –dijangka berangkat esok

Sama-samalah kita berdoa kepada kepada Yang Maha Esa semoga rakan-rakan kita beroleh kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan rukun tersebut seterusnya memperolehi haji yang mabrur, amin.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Bagi pihak Presiden dan barisan Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, dengan penuh rasa kesyukuran dan keikhlasan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah kepada semua warga Tourism Malaysia khususnya kepada Ahli-Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Presiden dan barisan Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ingin memperingati kembali ahli-ahli landasan perjuangan kami demi memartabatkan ahli-ahli adalah memajukan kepentingan ahli-ahli dalam hal perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan. Pihak kesatuan tidak akan teragak-agak untuk bertindak dengan lebih jauh dan drastik bagi menyelesaikan permasalahan ahli-ahli yang munasabah demi memajukannya. Untuk makluman warga Kesatuan, pihak kesatuan bertindak untuk kebajikan ahli-ahli adalah dilindungi dibawah Akta Kesatuan 1959, Peraturan 1959 di bawah Undang-undang Buruh dan Perlembagaan Malaysia dan telah di daftar di bawah Akta Pertubuhan Kesatuan, dengan Akta tersebut belum ada majikan yang mendakwa kesatuan atas apa-apa tindakan perusahaan kerana mengikut akta tersebut ianya terlindung. Maka dengan ini Kesatuan menyeru kepada ahli-ahli agar jangan gentar untuk bersama-sama kami untuk menegakkan kebenaran.

Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Pekerja-pekerja dan majikan tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu, jikalau pincang satu pihak maka sumbanglah perjalanan. Sekiranya sudah ada pekerja dan majikan maka timbullah kewujudan kesatuan pekerja-pekerja untuk mengimbangi kedua-dua pihak kerana dibimbangi akan ada berlaku berat sebelah. Menurut statistik Malaysian Trade Union Congress (MTUC), jumlah Kesatuan yang berdaftar adalah sebanyak 662 (sehingga Februari 2009) dan sebanyak 133 Kesatuan Sekerja berdaftar bagi sektor awam (sehingga Februari 2009).

Akhir kata, Barisan Jawatankuasa Kesatuan sentiasa mendoakan kepada semua agar Ramadhan kali ini dapat mendidik setiap hati dan jiwa kita pada setiap ketika tunduk dan patuh kepada Pencipta. Dengan segala RahmatNya yang sentiasa tercurah di bulan penuh kemuliaan dan keberkatan, semoga telah terpadam juga di hati kita sifat-sifat riak dan sombong yang sentiasa menjadi sebab kebinasaan manusia baik di dunia mahu pun di hari Pengadilan. Mudah-mudahan ibadah kita di bulan Al Mubarak ini akan tidak menjadi sia-sia.

Dikesempatan ini juga sukalah Kesatuan mengingatkan kepada semua agar sentiasa beringat dan berhati-hati di jalan raya apabila balik ke kampung halaman. Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa berbahagia di Hari Raya pada tahun ini bersama keluarga tersayang dan dilimpahi HidayahNya. Sekian


Salam Syawal, Maaf Zahir & Batin


(MOHAMMAD HAFIZ IBRAHIM)
SETIAUSAHA
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

s.k Presiden Kesatuan
Naib Presiden
Jawatankuasa Kesatuan

Tuesday, September 8, 2009

Kursus-kursus Peningkatan Kemahiran bagi Kumpulan Sokongan

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat kita menulis lagi pada hari ini. Semoga Ramadhan membuka lembaran yang baru, telus dan luas untuk semua di organisasi yang satu ini.

Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa pihak pengurusan melalui Unit Latihan & Kompetensi telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membekalkan para pekerja tidak kira pangkat dan kumpulan dengan senarai latihan dan kursus yang baik demi meningkatkan kemahiran dan pencapaian yang akhirnya bakal memberi manfaat kepada organisasi.

Seperti yang telah dimaklumkan kepada biro penerbitan, satu kursus intensif Bahasa Inggeris untuk Kumpulan Sokongan akan diadakan pada tahun ini. Kursus tersebut merupakan kali kedua setelah kursus yang sama yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Jun 2009. KESATUAN melihat perkara tersebut sebagai satu usaha dan peluang yang sangat baik untuk warga kumpulan sokongan dalam organisasi ini.

Sehubungan dengan itu, secara kolektifnya, KESATUAN bercadang untuk memanggil dan menyeru kepada semua kakitangan dari kumpulan sokongan untuk pro-aktif dan peka dengan segala latihan mahupun kursus yang ditawarkan oleh pihak pengurusan di masa akan datang. Perkara amat membantu untuk KESATUAN mendapatkan lebih banyak lagi kursus-kursus dan latihan untuk kumpulan sokongan di masa akan datang.

Bersama ini, Biro Penerbitan bermohon kepada semua kakitangan kumpulan sokongan untuk memberikan maklumbalas melalui email kepada tm-unioncommittee@tourism.gov.my atau berjumpa dengan mana-mana ahli jawatankuasa KESATUAN terdekat dengan anda untuk menyampaikan cadangan secara bertulis berkenaan senarai kurusus-kursus dan latihan yang anda fikirkan mampu untuk membantu meningkatkan kemahiran kakitangan dari kumpulan sokongan khususnya dan berfaedah kepada organisasi amnya.

Sekian, terima kasih

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

22 Ogos 2009 umat Islam dijangka akan mula berpuasa di Bulan Ramadhan. Sebagai seorang Islam, kita disaran untuk melakukan banyak ibadah kerana Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa didalam Islam. Pada bulan inilah, dibuka pintu syurga dan di tutup pintu neraka dan diikat para syaitan disepanjang bulan ini.

Tanggal 31 Ogos 2009 pula kita akan menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke 52. Kita hendaklah bersatu padu, menjaga hubungan baik antara kaum demi kesejahteraan Negara kita agar kekal aman untuk diwarisi oleh anak cucu kita dimasa hadapan.

Disamping itu dengan penularan wabak H1N1 yang agak ketara sekarang ini, kita hendaklah sentiasa menjaga diri dan keluarga kita daripada dijangkiti oleh Virus yang amat merbahaya ini. Kita hendaklah sentiasa menggunakan penutup mulut setiap kali kita keluar khususnya semasa membeli-belah di Bazaar Ramadhan serta di pasaraya bagi kelengkapan berbuaka puasa dan berhari raya.

Akhir kata, saya dan AJK Kesatuan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA AHLI KESATUAN SERTA WARGA TOURISM MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE 52.

Wassalam.


JAMALUDIN JANTAN
Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Tourism Malaysia

20 Ogos 2009

Tuesday, August 18, 2009

Retoriknya Seorang Jurugambar

Klik … klik …. klik … tersenyum simpul kedua mempelai di atas pelamin. Gembira terpancar jelas di ruang litup wajah mereka. Jibam sibuk ke kiri dan ke kanan mencari sudut trampil yang jelas dan kreatif. Tertonggeng-tonggeng Jibam mengambil gambar. Biarlah dia susah asal kedua mempelai dan keluarga gembira bila melihat hasilnya nanti.
Jibam seorang jurugambar dan beginilah kebiasaannya dia bekerja. Tapi, apa retoriknya dia berupa demikian?

“Aku nak cari duit tambahan. Hari biasa aku kerja dengan gomen, kumpul duit 3 tahun baru lah dapat beli kamera … boleh belajar ambil gambar, boleh kerja extra dapat duit untuk anak dan bini” ~ untuk cari duit lebih, itu retoriknya.
Klik...klik...klik... berpeluh Raman (bukan nama sebenar) hari ini. Segala sudut di Menara Kuala Lumpur sudah dijajahinya. Di luar, di dalam malah di kaki Bukit Nenas pun sudah diredahnya. Dia bertugas hari ini. Tertonggeng-tonggeng dia bekerja. Faktor cahaya, bayang dan objek sangat diambil kira.Biarlah berpeluh sehingga basah pakaiannya asal bos puas tengok hasilnya nanti.

Dia seorang jurugambar. Habis di sini, terus ke Tasik Perdana kemudian ke Tasik Titiwangsa sebelum balik semula ke pejabat menyambung kerja. Kesian, letih dia bekerja. Tapi, apa retoriknya dia berupa demikian?
”Setiap kali gambar yang aku ambil menjadi, aku berasa puas. Sekurang-kurangnya inilah sumbangan aku pada industri ini. Pegawai-pegawai lain boleh gunakannya untuk buat brosur, poskad dan majalah. Apa yang penting integriti dan imej organisasi terpilihara melalui gambar-gambar yang aku ambil. Bersemangat lah sikit buat kerja” ~ untuk kepuasan diri serta tanggungjawab pada organisasi, itu retoriknya.
Klik ... klik ... klik ... semua orang diam dan berpandangan sesama sendiri. Apa hal pula jurukamera ini tertonggeng-tonggeng mengambil gambar orang yang sedang beratur untuk membeli makan? Perut yang lapar berhenti sekejap kerana terpinga-pinga melihat keletah jurukamera yang satu ini. Tidak pula disuruh senyum atau bergaya. Namun, dia terus juga mengambil gambar semua orang di pantri. Apa retorikya dia mengambil gambar kami yang sibuk nak menapau makan pagi ini?

”Kami pekerja contoh. Waktu kerja bermula dari pukul 8.30 pagi. Sesiapa yang membeli makan atau makan selepas waktu ini akan dirakamkan gambarnya sebagai bukti. Semua orang sepatutnya jujur dan ikhlas bekerja. Waktu kerja sudah bermula. Sehubungan dengan itu, proses makan atau membeli makan selepas waktu ini dianggap telah melanggar peraturan bekerja dan boleh diambil langkah-langkah tatertib” ~ untuk membuktikan orang lain tidak mematuhi peraturan, tidak komited dan tidak ikhlas bekerja, itu retoriknya atau itukah?

Waktu kerja pun sebenarya subjektif. Ada yang masuk kerja pukul 7.30 pagi, 8.00 pagi dan 8.30 pagi. Jika mengambil kira mereka yang masuk kerja kul 7.30 pagi maka, pukul 8.00 pagi akan menjadi kesalahan bagi mereka jika keluar untuk makan pagi. Jika mereka masuk pukul 8.00 pagi pula maka akan menjadi kesalahan bagi mereka jika mereka makan pagi pada pukul 8.30 pagi. Jadi, siapa yang akan memastikan mereka ini tidak menyalahi peraturan waktu bekerja?
Jika mengambil kira mereka yang tinggal di Rawang, Kajang, Bangi mahupun Seremban ~ mereka perlu keluar rumah seawal 6 pagi. Azan subuh pun sekarang mulai berkumandang pada pukul 6.00 pagi. Bayangkan jika solat subuh pun mereka berebut hendak kerjakan apatah lagi sarapan pagi. Pada hari biasa mungkin mereka sempat sampai awal untuk membeli sarapan dan selamat dari lensa ajaib tersebut, tapi kita manusia kan, siapa yang tak pernah tertinggal tren? Lebih-lebih lagi tren KTM yang hampir rutin tidak mengikut jadual dan sentiasa rosak di tengah jalan.

Jika diambil kira tempoh perjalanan dari Seremban ke PWTC mengambil masa selama sejam, maka jika mereka tertinggal tren pada pukul 6.30 pagi, mereka perlu tunggu tren seterusnya pada pukul 7 pagi (itu pun kalau KTM ikut jadual) dan akan sampai pada pukul 8.00 pagi. Kita ambil kira pula tempoh berjalan kaki dari stesyen Putra ke Menara Dato’ Onn selama 10 minit. Gedebuk-gedebak (bak kata orang Melayu) sampai kul 8.15 pagi. Punch card di pejabat kemudian melepas lelah berjalan kaki (semua kita adalah working class) untuk seketika kemudian berkejar pula ke tingkat 32 atau 17. Sampai di sana sambil menepuk dahi apabila melihat barisan manusia yang sama-sama kelaparan sedang sabar menanti giliran untuk mengintai sedikit makanan dan minuman. Bila tiba giliran kita sudah pun pukul 8.45 atau 9.00 pagi. Pada waktu itulah jua datang si jurugambar yang tidak diketahui retorik perbuatannya itu tertonggeng-tonggeng mencari sudut yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam kamera digital yang kecil dan tidak menarik itu.

Persoalannya ~ Adakah perlu menahan lapar kerana situasi seperti yang dibayangkan di atas ini semata-mata hendak menunjukkan kita bagus, komited dan ikhlas bekerja dalam organisasi? Tidak semua mempunyai kelebihan dipandu ke tempat kerja mahupun penyedia makanan di waktu pagi. Tidak semua juga yang mempunyai kelebihan untuk memanggil orang lain membelikan makanan dan dihantar kepadanya sambil dia membetulkan kot yang berjenama dan mahal di pejabatnya. Tidak semua!

Seorang yang berpangkat besar dan aku sanjungi ketika ini pernah berkata sesuatu tentang bab makan ini ~ sampai sekarang aku masih mengingatinya; beliau pernah menyebut bahawa perkara makan ini tidak boleh dikompromi, lebih-lebih lagi bila pada waktu makan itu sahajalah manusia akan berasa rendah diri kerana terpaksa menundukkan sedikit kepala sewaktu menyuapkannya ke mulut. Tidak kiralah tentang kelas dalam hierarki masyarakat kita, semuanya akan terpakai. Boleh aku katakan bahawa perkatannya itulah yang membuatkan aku memiliki pandangan jelas tentang rasa syukur setiap kali sesuap nasi masuk ke dalam mulut kecil yang satu ini.

Maka, retoriknya tidak berhenti pada komitmen, keikhlasan mahupun tanggungjawab seseorang kepada kerjanya tetapi bersambungan kepada keseluruhan rantai yang mengikat tanggungan kemanusiaannya. Akal.
Klik...klik...klik.... ke mana pula lah aku selepas ini?

Friday, July 31, 2009

Ucapan YDP Kesatuan Sempena Kepulangan Y.Bhg Dato Ketua Pengarah

Assalamualaikum, Y.Bhg. Dato’.

Saya bagi pihak AJK Kesatuan dan ahli-ahli mengucapkan TAHNIAH di atas kepulangan semula Y.Bhg. Dato’ ke Tourism Malaysia selaku Ketua Pengarah.

Untuk makluman, kami semua tertunggu-tunggu akan kehadiran semula Y.Bhg. Dato’ ke Tourism Malaysia dan kami memang percaya sejak dari awal bahawa Y.Bhg. Dato’ tidak bersalah dan kebenaran akhirnya berpihak ke pihak Y.Bhg. Dato’.

Semoga kepulangan semula Y.Bhg. Dato’ ke Tourism Malaysia dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Pengurusan Tertinggi dan Kesatuan demi kesejahteraan pegawai/kakitangan serta ahli-ahli khasnya dan industri pelancongan amnya.

Terima kasih.


“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



(JAMALUDIN JANTAN)
Yang Dipertua
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Tourism Malaysia

Thursday, July 30, 2009

Perhimpunan Bulanan Julai 2009

Sedikit berita berkaitan perhimpunan bulanan kepada ahli Kesatuan yang tidak dapat hadir.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Perhimpunan bulanan Kementerian Pelancongan Malaysia telah diadakan pada 29 Julai 2009, jam 4.30pm, bertempat di MATIC. Hadir bersama dalam perhimpunan berkenaan adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Y.Bhg Dato' Mirza Mohammed Taiyab, yang menerima tepukan gemuruh dari staf-staf Tourism Malaysia dan Kementerian.

Sedikit sedutan yang dapat dicatat semasa perhimpunan berkenaan:-

1. Y.Bhg Dato' KSU dan Y.Berhormat Datuk Seri Dr. Ng Nyen Nyen mengucapkan tahniah atas kembalinya Dato' Mirza untuk bertugas.
2. Y.Berhormat Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua staf di atas kerjasama sebagai 1 pasukan yang telah diberikan.
3. Beliau juga menyentuh berkaitan laporan akhbar berkenaan Shanghai Expo yang telah disalah tafsirkan oleh pemberita dan pihak pembangkang. Beliau mengingatkan supaya semua staf menjaga maklumat-maklumat penting agar tidak disalahgunakan oleh pihak luar demi menjaga nama baik Kementerian.
4. Cabaran kepada sektor pelancongan dimana H1N1 telah menyebabkan jumlah pelancong menurun. YB Datuk Seri telah meminta supaya akhbar dan Kementerian Kesihatan tidak terlalu menonjolkan isu berkenaan bagi mengelakkan salah faham daripada pelancong luar yang akan menggambarkan Malaysia sebagai tempat yang tidak selamat.
5. Kementerian juga akan memfokuskan kepada homestay bagi menaiktaraf penduduk-penduduk luar bandar. Ini kerana di masa ini dari 430 buah rumah homestay, hanya 10% yang ada penginap. Kementerian akan mempromosikan dan menggalakan homestay melalui program Cuti-Cuti Malaysia dan Malaysia Truly Asia.
6. Beliau menyentuh berkaitan tarian 1 Malaysia yang akan diperkenalkan nanti dan meminta semua staf supaya mempelajarinya. Tarian ini adalah gabungan tarian poco-poco, Cina, India, Sabah, Sarawak, Org Asli dan Zapin. Tarian ini juga dipersembahkan untuk tontonan hadirin semasa perhimpunan.
7. Akhirnya, beliau mengingatkan semua staf supaya sentiasa ceria dan bersemangat dalam menjalankan tugas. Happy Ministry But Hard Working.


Kesatuan - terima kasih Y.B Datuk Seri kerana sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada semua staf semasa perhimpunan bulanan.

Wednesday, July 29, 2009

Selamat Kembali Dato' Mirza

Dato' Mirza, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dijadualkan akan memulakan tugas hari ini, 29 Julai 2009. Kesatuan mengucapkan Selamat Kembali Bertugas, semoga kerjasama antara Kesatuan dan Pihak Pengurusan akan berjalan dengan lebih baik.

Friday, July 24, 2009

Dato' Mirza bebas dari tuduhan rasuah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab daripada tuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin berkata, pihak pendakwaraya telah gagal membuktikan kes terhadap Mirza.

Oleh itu, katanya, Mirza dilepas dan dibebaskan dari tuduhan tersebut.Mirza, 52, dituduh menerima suapan RM13,860, daripada Zulhisyam Ayob, 48, pengarah syarikat Perunding Pakar Media, di mana syarikat itu telah membiayai rawatan pergigian Mirza di Clinical Practise Prosthodontic.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di klinik itu di No.15, Tingkat Bawah, Jalan 2/71 Off Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, antara 17 Januari dan 26 Julai 2005.Pada masa itu, Mirza adalah timbalan ketua pengarah 1 di Kementerian Pelancongan, manakala abangnya, Mirza Mohd Tariq merupakan rakan pengurusan di syarikat Perunding Pakar Media. Jika didapati bersalah, Mirza berdepan dengan hukuman dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mirza berkata keputusan mahkamah itu membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan. Katanya, beliau telah digantung tugas dan berdepan dengan penghinaan akibat tuduhan tersebut. Mirza telah digantung tugas sejak 13 Ogos tahun lalu dan beliau akan memutuskan langkah seterusnya apabila lembaga disiplin kementerian berkenaan bersidang.

Tuesday, July 7, 2009

PEKERJA KTM - MEMO KEPADA PM

Jimadie Shah Othman Jun 23, 09 9:53am
Bantahan pekerja KTM Berhad terhadap pelantikan Sarbini Tijan sebagai pemangku pengarah urusan syarikat tersebut kini dipanjangkan untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) hari ini dilaporkan mengancam untuk mengadakan piket dua hari - 29 Jun dan 1 Julai - sebagai membantah pelantikan Sarbini.
Melalui memorandum yang diserahkan kepada Najib petang ini, kesatuan itu meminta kerajaan menggugurkan Sarbini daripada memangku jawatan itu.
"Kesatuan ini tidak terkilan, bahkan menyokong mana-mana pengurus besar diarah memangku/menampung jawatan pengarah urusan selama sebulan mulai 1 Julai 2009, kecuali Sarbini Tijan kerana beliau kini sedang berdepan dengan berbagai karenah," memorandum itu dipetik.
Memorandum sembilan mukasurat itu ditandatangani presiden RUM, Abdul Aziz Md Hassan. Salinan turut diserahkan kepada Menteri Kewangan 2, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat.
RUM turut menuntut perdana menteri menggugurkan dua ahli lembaga pengarah syarikat itu – Dr Mohmad Isa Hussian dan Datuk Othman Abd Razak – kerana kedua-dua mereka didakwa "bermasalah".
Diringi beberapa pemimpin kesatuan itu, Abdul Razak menyerahkan memondum bantahan itu dihantar ke pejabat Najib di Putrajaya pada jam 3 petang tadi dan diterima oleh seorang pembantu perdana menteri.
Pertemuan gagal
Sebelum itu, Abdul Razak berkata, Dr Mohmad Isa memanggil mesyuarat khas antara kesatuan dan pengurusan pada jam 2 petang tadi.
Bagaimanapun, RUM menyifatkan pertemuan itu sebagai gagal kerana kesatuan tidak mengiktiraf Dr Mohmad Isa sebagai ahli lembaga pengarah KTM Berhad.
"Kita hadir cuma untuk memenuhi jemputan sahaja," kata Abdul Razak ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Abdul Razak Md Hassan dilaporkan membantah pelantikan Sarbini - kini pengurus besar operasi - kerana terlibat dalam kes pertikaian perusahaan yang telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan.
Abdul Razak berkata bantahan itu bukanlah untuk membelakangi kuasa anggota lembaga pengarah tetapi pemilihan pengarah urusan mestilah dibuat di kalangan pengurus besar KTMB.
Piket tersebut, katanya, akan diadakan seperti dirancang iaitu pada ham 5.30 petang di di perkarangan ibu pejabat KTM di ibunegara sehingga permintaan mereka dipenuhi.
Menurutnya, kira-kira 500 daripada 3,800 anggota kesatuan itu dijangka menyertai piket tersebut.
(sumber malaysia kini)

Friday, May 29, 2009

Serangan Siber

Salam Sejahtera,
Berjumpa lagi dgn peminat blog Kesatuan. Nampak gayanya ada serangan siber ke atas pc-pc AJK Kesatuan. Yang hilang dari pc adalah fail-fail Kesatuan dan ada AJK yang kehilangan folder kerja. Apa punya lahabau ....

Apa yang nak dicari agaknya ya. Fail Sulit ??? Macam AF lah pulak. Tapi yang hilang bukanlah fail sulit tapi kebanyyakkan fail-fail pentadbiran Kesatuan termasuklah fail Peraturan dan Perlembagaan Kesatuan yang diperbaharui. Kut iya pun nak ceroboh pc AJK Kesatuan, tak boleh ke guna kaedah copy paste bukan cut paste. Angin lah juga kalau folder2 kerja pun hilang tapi apa nak dikata dah orang kita memang PHD nya tinggi. Tapi kira tabik springlah juga, gerakan yang dibuat sampai semua AJK terlibat tak sedar kehilangan data-data dari pc ...hebat ....

Tapi apa yg mereka dapat ye??? tak dapat apa2 agaknya yg terus delete fail dan folder orang tu. Nak cari siapa yg tulis surat layang agaknya mmmmm orang yang menulis tu tak gunakan pc office masalahnya, guna pc kat cc.

mmmmm sabar je lah ....

Friday, May 15, 2009

Rokok, Peraturan, Cadangan dan ...

Salam Semua,
Pagi Isnin lepas, Isnin selalunya org cakap monday blues .... apa pun sebenarnya masih dalam mood cuti. Pagi-pagi dah gempar, kebakaran di tkt 17. Di tingkat2 lain, oleh sebab tak pernah ada kebakaran maka masing2 terpinga2 tak tahu nak buat apa. betul ke? latihan ke? main2 ke?
Ada yg nak turun, ada yg buat tak tahu saja. Loceng amaran tidak berbunyi.

Sebagaimana email hebahan, puncanya ada rokok. Untuk makluman semua, isu rokok ini pernah diutarakan oleh Kesatuan pada MBJ tahun 2007 lagi. Dimana-mana kawasan premis kerajaan merupakan antara kawasan larangan merokok. itu undang-undang di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Walaubagaimanapun peraturan ini tidak diberi perhatian sama sekali dan cadangan Kesatuan untuk mewujudkan kawasan persekitaran kerja bebas rokok dibiarkan tinggal cadangan. Bukan sahaja hal kebakaran yang mungkin berlaku, tetapi merokok terutama di dalam kawasan pejabat memberikan banyak masalah kepada rakan-rakan yang bukan perokok. Bukan sahaja masalah bau tetapi masalah kesihatan, terutama sekali bagi staf wanita. Apa lagi bagi ibu-ibu yang mengandung dan mereka-mereka yang mengidap masalah pernafasan. Cubalah sensitif sedikit dgn persekitaran dan kasihankan kawan-kawan disekeliling. Selain tidak menambah kepada nipisnya lapisan ozon.

Orang yang sihat pun, kalau setiap hari menghidu racun akan sakit juga. Perkara ini walaupun nampak remeh tetapi perlu diberi perhatian serius oleh Pihak Pengurusan, kerana isu kesihatan dan keselamatan dalam era serba moden ini bukanlah isu yang remeh. Untuk makluman, sekitar tahun 2003, rumah-rumah panjang seperti Nanga Ibau dan lain-lain di Bahagian Kapit Serawak telah mengenakan peraturan larangan merokok di kawasan mereka. Denda dikenakan bagi sesiapa yg menghisap rokok di kawasan mereka. Mungkin kita yang tinggal dibandar yang serba canggih ini boleh meneladani mereka-mereka di pendalaman. Untuk kebaikan apa salahnya.

Saturday, May 2, 2009

Harapan Baru



Salam,
Bagi rakan-rakan di ibu pejabat yang berpeluang menghadiri perhimpunan bulanan tempoh hari pasti dapat merasakan kelainan dari perhimpunan setahun sebelum ini, di MTC. Satu harapan baru. YB Datuk Seri Dr Ng Nyen Nyen bukanlah asing dengan warga Tourism, ibarat sirih pulang ke gagang.
Untuk makluman ahli semua, YB Datuk Seri telah berbesar hati meluangkan sedikit masa untuk menerima kunjungan hormat dari Kesatuan dan Wakil Kumpulan A, walaupun beliau sibuk dengan jadual yg padat. Beberapa perkara dibincangkan dan kita serahkan pada kebijaksaan Datuk Seri untuk menilai dan mencari penyelesaian yang baik.

Berbalik kepada isu surat layang, ramai juga yg bertanya samada Kesatuan terlibat dengan surat tersebut. jawapannya tidak, kerana Kesatuan ada platform untuk membincangkan dan menyatakan semua perkara yg mushkil. Sebagai contohnya, isu jusa C, secara peribadi siapa sahaja yg dilantik ke jawatan berkenaan tidaklah menjadi persoalannya. Yg disuarakan oleh kesatuan ialah kaedah perlantikan ke jawatan tersebut sekiranya tidak bertentangan dgn prosedur kenaikan pangkat, maka mestilah digunapakai juga untuk kakitangan bawahan. Sekiranya PTK tidak diperlukan untuk naik ke pangkat yg tinggi, apa sangatlah dgn jawatan bawahan. Jangan yg di atas setahun, 3 kali naik pangkat. Yg dibawah 2 tahun tertunggu-tunggu, memangku tanpa kepastian. Yg di atas memangku dgn tujuan naik pangkat, macai dibawah memangku dengan tujuan bukan naik pangkat. Sampai masa nak dinilai, lewat hadir 3 kali pun dah tak layak nak dipertimbangkan naik pangkat. Berapa sen lah sangat kumpulan macai nak dapat kalau naik setakuk tu. Yg dibawah ni, kalau masuk kerja berjawatan PAR sampai pencen lah PAR.
Tourism adalah close department, tak mustahil peluang2 kenaikan boleh diberi kepada org2 bawahan yg berkaliber. Setakat 2,3 kerat kat Unit Sumber Manusia tu mana sempat nak fikir semua ni. nak jaga periuk sendiri lagi....

Monday, April 20, 2009

Nak Biarkan Si luncai terjun dgn Labunya ????

layang-layang terbang melayang .... lagu lama tu tapi cukup sinonim dgn Tourism Malaysia. Dah melayang lagi surat layang ... isinya, sama saja. yg tu jugalah .... kes si polan dan si polan. sebut jelah namanya apa yg nak letak si polan dan si polan tu. kalau nak hentam sampai 8 muka surat tu, kasi kauuuu punya.
Namun isinya semua BENAR BELAKA. Malas nak komen banyak2 ler, semua dah tau dari kes jusa C hinggalah ke kes panel temuduga pi berkempen, mmmm kalah. Buang karan saja, dok je lah office interview orang2 bawahan yg dah 2 thn tunggu. Isu Pengarah Serantau yg tak tahu apa kerjanya, isu org di India, oksigen di Singapore, polan di Tokyo yg balik tolong berkempen, kalahhhh juga.
Ada lagi, dulu isu keputusan ptk bocor, ini isu baru soalan ptk bocor, katanya utk gred 44 mmmm betul ke? oksigen ke bakal jadi karbon dioksida, sama2lah kita tungguuuuu. touch and go kata sesetengah orang. yg faham istilah tu fahamlah ya.
Apa nak jadi ngan Tourism ni, cam dah karam je ... harap2 bila YB Menteri baru masuk, kita akan berubah watak, balik ke pangkal jalan. Harap2 juga Dato' Mirza akan kembali membersihkan daki2 yg makin menebal.

Ingin mencadangkan agar semua yg besar pangkatnya di atas tu pergilah kursus integriti, penceramah yg wajib dijemput ialah En. Nizam dari IIM.
Bila yg di atas dah betul jalannya, maka yg dibawah pun Insyaallah betul. Yg macai2 kat bawah ni disuruh kursus integriti lah, change management lah dan mcm2 lagi. tapi yg kat atas??? yg rasa dah hebat apa macam ... kurang ilmulah yg jadi spt si Luncai yg terjun dgn labunya, masalahnya labu si luncai tu labu yg dikongsi bersama, maka yg lain pun akan terjun juga ...

Monday, March 30, 2009

Majlis Bersama Jabatan 2009

Salam Sejahtera,
Walaupun di blok blogspot dan sewaktu dengannya, agak menarik juga bila melihat hits utk blog ini terus meningkat. Insyaallah kita akan beralih ke rangkaian yang lain pula, cuma perlu beri waktu maklumlah bulan-bulan sekarang ini banyak aktiviti, dan kami terikat dengan kerja-kerja hakiki.
Insyaallah 9 April MBJ bil 1, bagi tahun 2009 akan diadakan. Harapan Kesatuan semoga tiada penundaan kali ini. Bagi ahli-ahli yang ada isu untuk dibawa, diharap dapat emailkan kepada email rasmi Jawatankuasa iaitu tm-unioncommittees@tourism.gov.my . Perlu diberi perhatian, setiap isu yang diutarakan mestilah mempunyai fakta-fakta. Agak sukar membicarakan sesuatu perkara yang maklumatnya tidak lengkap.
Kesatuan masih menunggu minit MBj yang tak kunjung tiba, maklumlah kalau ikut tatacara menulis minit, had waktu minit perlu dikeluarkan adalah seminggu dari tarikh mesyuarat. Ni dah masuk 4 bulan minit tak keluar lagi. Draf minit diberi untuk semakan pertengah bulan 3. Beberapa ahli yang masuk mesyuarat pening kepala nak edit minit berkenaan. tengoklah nanti hasilnya macam mana.

Wasalam.

Saturday, March 21, 2009

Ketua Pengarah - Perbicaraan Ditunda lagi


Perbicaraan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato' Mirza, ditunda lagi ke tarikh 19 Mei 2009. Minggu ini perbagai cerita keluar di akhbar berkaitan perbicaraan berkenaan. Bagi rakan-rakan yang menghadiri perbicaraan berkenaan, lebih tahu isi perbicaraan, kerana tidak semua cerita di mahkamah keluar di akhbar. Namun apa pun Kesatuan berharap dan berdoa semoga semuanya akan selesai segera dan Dato' Mirza kembali bertugas.

Dato' Mirza merupakan pegawai Tourism Malaysia pertama yang dilantik menjadi Ketua Pengarah, selari dengan perjuangan Kesatuan yang mahukan orang dalam menerajui Jabatan. Sebelum ini jawatan berkenaan dipegang oleh PTD. Pemilihan beliau dahulu sangat tepat kerana beliau mempunyai kreadibiliti dan personaliti tersendiri yang meyakinkan.

Hampir semua pegawai/kakitangan Tourism Malaysia sukar untuk mempercayai kes ini, apa lagi bagi mereka-mereka yang sezaman dengan Dato' Mirza. Sebagai seorang yang pernah diamanahkan budget bernilai jutaan ringgit, apalah sangat dengan kos gigi sebanyak rm13,000 itu. Satu tuduhan yang sukar untuk diterima. Apa pun Kesatuan percaya, sekiranya Dato' Mirza kembali, beliau akan menjadi seorang yang lebih kuat sprititual dan mental, lebih efisyen dan lebih berdedikasi. Pengalaman ini akan menjadikan beliau lebih tabah dan bersemangat.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan kes ini dibicara dengan seadilnya.

Friday, March 13, 2009

Blog, Jomla dan TM Edisi

Salam semua, sudah lama blog ini tidak aktif maklumlah kumpulan penulis hanya boleh akses blog di luar pejabat. Tidak berkesempatan untuk update apa-apa. Tapi bila melihat hits agak menghairankan, walaupun tiada cerita baru blog TM Union tetap ada pengunjung.
Sekatan pada blog menarik nafas ramai orang-orang tertentu, entah kenapa tapi bila sebut saja blog, ramai orang akan menganggapnya sensitif. Blog di TM akan terus dirujuk kepada blog Union, walhal TM sendiri ada blog khusus untuk aktiviti pelancongan yang mana moderatornya adalah kumpulan penulis-penulis TM.

Sebagai gantinya TM Union diberi ruang dalam Jomla, iaitu intranet TM dan juga dalam Edisi TM. Maka selepas ini semua cerita-cerita yang akan dipaparkan adalah cerita-cerita manis mulut.

Union bukanlah satu kumpulan yang hanya akan buat bising tanpa sebab atau kumpulan pendesak tapi kita mencari penyelesaian atas isu-isu yang tidak selesai. Sejak dari MBJ tempoh hari, belum nampak secara agresif apa yang dibincangkan tempoh hari selesai. Cuma 3 pegawai gred N diberi surat untuk tawaran ke luar negeri dan borang soal selidik perumahan di Putrajaya di edarkan kepada semua staf. Lain-lain isu masih samar-samar. Minit MBJ pun belum dikeluarkan lagi.

Teringat MBJ tahun lepas, bila isu Pempena diutarakan, pihak pengurusan tidak berapa senang dan menganggap Union dan Kumpulan A tiada hak membincangkan soal berkenaan. Tapi terbukti bila 4 pegawai atasan Pempena diarah menginggalkan office dalam tempoh 24 jam beberapa hari lepas untuk siasatan lanjut dalam kes pecah amanah.

Union wujud bagi memberi ruang-ruang perbincangan yang akan membawa kebaikan untuk semua pekerja. Kita sebenarnya tidak akan nampak apa kekurangan diri kita, yang disekeliling kitalah yang akan nampak kekurangannya dan membuat teguran serta cadangan supaya sesuatu kekurangan itu dapat dibaiki supaya lebih sempurna.

Wallahualam.

Tuesday, February 17, 2009

Sekatan Blog


Isnin, 16 Februari 2009, jam 3 pm, semua blog telah disekat dari diakses, termasuk blog Kesatuan Pekerja-Pekerja Tourism Malaysia. Semua ahli-ahli Kesatuan di ibu pejabat tidak dapat membuka laman blog ini. Sekatan ini dibuat adalah hasil dari keputusan Mesyuarat Pengurusan Bil 2/2009.

Blog merupakan wadah perbincangan baru dalam dunia IT. Mantan PM Malaysia, Tun Mahathir juga seorang blogger yang aktif. Atas dasar apa blog disekat tidaklah diketahui kerana blog bukanlah merupakan laman hiburan atau laman mencari kenalan seperti MySpace,Hi5, Tagged atau Friendster.

Fikir-fikirkanlah ...

Sunday, February 15, 2009

Pasukan Pemantauan

Kesatuan sangat mengalu-alukan penubuhan Pasukan Pemantauan yang sangat diharap dapat memberikan hasil yang positif bagi menjaga nama baik organisasi.
Sungutan-sungutan berkaitan disiplin, etika berpakaian, tata susila, kebersihan, kawalan dokumen dan 1001 macam masalah lagi kerap kedengaran. Mungkin juga kerana ISO Tourism Malaysia tidak meliputi semua aktiviti atau mungkin Tourism Malaysia tidak mempunyai manual atau kitab yang wajib digunapakai dimana saja dan pada bila-bila masa sahaja.
Tourism Malaysia sudah jadi rojak, hentam keromo saja. Semuanya diambil mudah. Bila terantuk baru tergadah. Bila dokumen penting sudah dibawa keluar, baru semua pihak kelam kabut dan menyiasat. Walhal perkara-perkara seumpama ini boleh dibendung awal lagi dengan prosedur yang betul.
Ramai yang terkejut bila gambar-gambar mereka diambil ketika sedang menikmati sarapan di pantry 17 dan 32 pada jam 8.30am. Tetapi Pasukan Pemantau jangan lupa, ramai yang masih leka bershopping di the mall pada jam 2.30pm pada hari kerja dengan tidak ada rasa bersalah dan ada yang masih di Sogo atau Ikea jam 3 pm pada hari Jumaat.
Ada yang suka hati nak datang jam berapa tapi tetap naik pangkat, dan ada yang malang bagi sesetangah kakitangan yg terlewat sekali dua atas sebab-sebab tertentu tetapi terus dihukum, tiada kenaikan pangkat. Sebabnya ... Tourism Malaysia tiada proseduar @ manual @ kitab rujukan yang boleh dirujuk tanpa prejudis, semuanya berpandukan idea pegawai yang bertanggungjawab dan pengurusan tertinggi ketika itu. Bila bertukar orang maka syarat-syarat pun bertukar sesedap rasa.

Pakaian dan hias diri - walaupun etika pakaian telah dikeluarkan tetapi masih ada rungutan berkaitan etika pakaian yang tidak diikuti oleh sesetengah kakitangan. Baju yang singkat dengan slacks yang ketat, skirt yang singkat dan leher baju yang luas sehingga mengganggu konsentrasi kakitangan lain untuk bertugas. Bak kata sesetengah orang, paha macam batang balak pun nak ditunjuk juga. Bukan sahaja etika pakaian di pejabat yang perlu diberi perhatian tetapi juga etika pakaian di luar pejabat semasa bertugas rasmi atau mewakili Tourism Malaysia. Ada yang bermesyuarat di luar pejabat dengan berpakaian ala-ala berkemban atau ala-ala nak ke dangdut. Tak kan tak tahu etika atau saja-saja buat tak tahu kerana tiada siapa akan menegur. Nak bergaya tak kena pada tempatnya, kalau Norma Norell, Image Consultant tu tengok cara pakaian pejabat sesetengah dari kita, mahu dia ketawa terbahak-bahak.



*** Yang mana satu pilihan hati. Pilih pakaian bukan mengikut cita rasa sahaja tetapi yang penting mengikut etika cara pakaian yang betul ***

Bahagian Pengurusan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua urusan ini. Garispanduan dan penguatkuasaan perlu ada, bukannya hanya mengeluarkan garis panduan dan membiarkan sahaja. Pengarah-pengarah bahagian perlu memainkan peranan dalam menangani urusan-urusan ini dan bukan hanya melepaskan tanggungjawab pada CC untuk menegur dan mengawal keadaan.

Contoh dan tauladan yang baik perlulah datang dari Pihak Pengurusan Tourism Malaysia. Bagaimana kakitangan nak berdedikasi kalau orang atasan sibuk mengejar jawatan dan abaikan keperluan kakitangan bawahan. Bagaimana kakitangan nak berdisiplin kalau yang diatas masing-masing sibuk dengan gosip liar. Nak tambah 'oksigen' pun berpada-padalah. Jangan pula nak disekalikan dengan urusan kerja. Trend baru agaknya untuk menayang-nayang 'oksigen' masing-masing. Bila masa nak tengok hal kakitangan bawahan.

Apa pun Kesatuan berharap Bahagian Pengurusan berjaya dalam misi pemantauan dan penguatkuasaan, jangan pulak 2,3 kerat pegawai 'penting' di bahagian berkenaan diarah untuk menjayakan pasukan pemantauan ini. Nanti terlepas pandang pulak hal pertukaran dan kenaikan pangkat orang lain, dek banyak sangat kerja nak buat. Selain itu buatlah pemantauan menyeluruh tanpa memilih 'bulu'.
Semua kakitangan pula perlulah memberikan sepenuh kerjasama bagi memastikan nama baik organisasi dijaga. Jagalah disiplin, etika dan tatacara kerja yang betul, belum terlambat untuk memulakannya, supaya Tourism Malaysia terus cemerlang.

Berita CUEPACS




Utusan Malaysia14/2/2009KUALA LUMPUR 13 Feb. – Beribu-ribu kakitangan kerajaan kini menjadi mangsa ceti haram yang lebih dikenali sebagai ‘ah long’ dan perkara ini amat membimbangkan kerajaan serta sektor perkhidmatan awam, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin menganggarkan lebih 10,000 kakitangan kerajaan memasuki perangkap ceti haram dan mereka diganggu hampir setiap hari supaya membayar balik pinjaman.
Kenyataan ini dibuat selepas pendedahan sebelum ini menyatakan kira-kira 50,000 anggota perkhidmatan awam terlibat dengan skim cepat kaya.Pembabitan begitu ramai kakitangan kerajaan dalam skim yang meragukan itu mendorong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan khas 2/09 bulan lepas yang melarang kakitangan kerajaan menyertai skim itu.Ahmad Shah berharap kerajaan juga akan mengambil langkah serupa bagi membendung ancaman ceti haram.Ahmad Shah berkata, beliau bimbang jika tidak ditangani masalah itu akan menjejaskan kecekapan dan integriti perkhidmatan awam. –
____________________________
Moderator - Apa nak dikata, gaji naik harga barang pun naik.

Sunday, January 25, 2009

Laporan Nilaian Prestasi

Salam,
Laporan Nilaian Prestasi, sejauh mana anda berpuas hati dengan markah yang anda terima.
Kita biasa dengar bagaimana pegawai memberi markah yg rendah pada Pegawai Yg Dinilai sekitar 70 - 80 sahaja, malah ada yg lebih rendah sedangkan Pegawai Penilai mendapat KC. Bagaimana dalam 1 pasukan (1 unit) yang buat kerja dapat markah rendah, yang mengarah dan pemberi laporan dapat markah tinggi. Tidakkah bermakna Pegawai Penilai tidak tahu menyelia Pegawai dibawahnya. Apalagi kalau Pegawai Penilai bertaraf kontrak. Anak buahnya adalah staf tetap. Tak nampakkah apa implikasinya nanti. Ada yang dapat 99%, ada yang 70% saja, walhal level kerjanya sama saja. Ada Jurutaip yang diarahkan buat kerja Pembantu Tadbir, tapi Pegawai Penilai memberi markah yang rendah atas alasan tidak menjalankan tugas Pembantu Tadbir dengan baik, walhal dah nyata tugas hakikinya Jurutaip dan tugas-tugas Pembantu Tadbir dibuat atas dasar membantu sahaja.
Mungkin kita sebenarnya tak cukup ilmu nak menilai atau kita tak cukup ilmu nak mengisi borang SKT dan LNPT. Bila diberi borang LNPT untuk dinilai, terasa hebat dan berkuasanya diri menentukan nasib seseorang. Pegawai Penilai Ke 2 pulak biasanya seperti Pak Angguk, yang akan mengiyakan saja markah dan komen yang diberi. Mungkin ada Pegawai Penilai Ke 2 yang ada inisiatif nak berbincang semula tapi bilangannya tak ramai. Ada Pengarah yang prihatin dan ambil berat berkaitan hal ini, tapi ada juga Pengarah yang terlalu sibuk yang tak ambil tahu dan tak kisah berapa markah yang diperolehi oleh anak-anak buahnya.
Kesatuan ingin mendapatkan pandangan warga Tourism Malaysia berkaitan isu ini. Tuan puan tidak perlu menyatakan nama sebenar untuk memberi komen. Setiap komen akan disiarkan selagi ianya tidak mengandungi kata-kata kesat dan lucah.

Friday, January 23, 2009

Cuepacs Rejects 40% of PTK Amendments

SUNGAI PETANI: Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has rejected 40 percent of the latest amendments to the Competency Level Assessment (PTK).
Cuepacs president Omar Osman said the congress had also decided to set up a special action committee to study the amendments in greater details.
"We are not rejecting the whole of the amendments but there are many we disagree with.
"One of those is if a candidate fails the PTK exams, they cannot resit. Previously, this law did not exist," he told reporters after the congress' special council meeting on Saturday.
He said the special committee would review the 27-page PTK amendments covering 34 topics and give its views to the Public Service Department in two weeks.
"The amendments will be reviewed thoroughly because the circular was issued without feedbacks and Cuepacs had not been not briefed on it beforehand," he said. - Bernama

Monday, January 19, 2009

Potongan Cukai Berjadual 2009

Salam Sejahtera,

Semua warga Tourism Malaysia, untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan berkaitan Potongan Cukai Berjadual 2009. Maklumat berkaitan PCB 2009 ini boleh disemak melalui laman web http://www.hasil.org.my/melayu/bm_NO3_11.asp.

PCB 2009 akan mengambilkira semua sumber saraan iaitu gaji kasar (gaji pokok, semua elaun, ot dan lain-lain) dan gaji kasar minimum yang dikenakan cukai ialah RM2,400. PCB 2009 hanya mengecualikan potongan zakat bulanan dan insuran. Sila lawati laman web LHDN untuk maklumat lanjut.

Tuesday, January 6, 2009

Anugerah Khas Pengurusan

Anugerah Khas Pengurusan, sejauh mana relevannya dan praktikalnya dilaksanakan. Arahan KSN pada tahun 2007, meminta semua penjawat-penjawat awam lebih relevan dalam memberikan markah penilaian prestasi. Arahan juga dikeluarkan supaya markah penilaian diturunkan ke paras 90 peratus dan mana-mana yang memperolehi markah melebihi 95 % perlu mempunyai justifikasi yang diperakukan.

Uniknya Tourism Malaysia, berderet-deret senarai nama yang memperolehi markah LNP melebihi 95 peratus. Ada yang menerima anugerah hampir setiap tahun. Walaupun dicanangkan setiap pegawai hanya akan diberi peluang untuk menerima anugerah berkenaan untuk sekali dalam 3 tahun tetapi masih ada yang belum sampai 3 tahun sudah menerima anugerah semula. Hebatnya .... Alasan biasa yang akan diberikan mungkin "terlepas pandang". Ada yang semua sedia maklum tahap prestasi sesetengah pegawai yang rendah tetapi markah LNP melebihi 95%.

Mana-mana bahagian yang terlalu akur dengan saranan KSN bagi memberikan markah yang relevan maka tiada wakil dari bahagian berkenaan untuk menerima anugerah berkenaan kali ini. Dimanakah nilai Anugerah Khas Pengurusan, tepuk dada tanya iman ......

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

Kami Ahli Jawatankuasa Kesatuan mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Sekamat Tahun Baru 2009. Semoga di tahun ini warga Tourism Malaysia tetap cekal dan terus menyumbang tenaga kearah pencapaian amal dan kualiti kerja yang boleh dibanggakan.

Di dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing dan tidak kurang pula perjalanan organisasi yang menduga kesabaran, marilah sama-sama kita bermohon kepada Allah agar diberi kekuatan mengharungi badai yang pasti akan berlalu. Kita berdoa untuk mendapatkan keadilan.

Yang pasti setiap yang bermula akan ada akhirnya, yang hidup sampai ajalnya meneruskan perjalanan ke alam Barzah, susah dahulu senang kemudian, manusia merancang tetapi perancana ulung maseh Al Jabbar. Maka yakinlah akan ketentuan Illahi.

Salam hormat!


tm-union@tourism.gov.my

Ringkasan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bil 2/2008

Ringkasan isu yang dibincangkan dalam MBJ bil 2/2008 pada 23 Disember 2008. Mesyuarat dimulakan pada jam 3.00 pm – 7.50 pm. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Pengarah, Encik Amirudin Abu. Seramai 4 orang wakil Kesatuan, 4 orang wakil Kumpulan A dan 7 orang wakil Bahagian Pengurusan telah menghadiri mesyuarat ini.

1. Kekerapan Mesyuarat MBJ – Pemangku Ketua Pengarah meminta Pihak Pengurusan menepati perlembagaan dan pekeliling MBJ iaitu mesyuarat sebanyak 4 kali setahun. Mesyuarat yang akan datang akan diadakan pada bulan Februari 2009. Setiap keputusan hendaklah dibuat tindakan segera supaya masa tidak terbuang dan perlu ada jawapan bertulis bagi perkara-perkara tertangguh.

2. Task Force urusan kakitangan - mewujudkan satu data base / profile setiap kakitangan bagi menyelesaikan masalah-masalah seperti pusingan kerja yang tidak cukup tempoh, senarai tugas yang tidak jelas, ruang kerja dan sebagainya.

3. Hari Keluarga Tourism Malaysia - akan diadakan pada bulan Mac dengan kerjasama daripada Kelab Rekreasi dan Kesatuan.

4. Skim Insuran berkelompok untuk Hospital & Penbedahan – skim ini telah diluluskan oleh BOD. Walaubagaimanapun Pihak Pengrusan masih mengkaji penambahbaikan yang boleh dimasukkan sekali. Satu jawatankuasa yang melibatkan Kesatuan dan Kumpulan A akan diwujudkan untuk melaksanakan penambahbaikan pada skim tersebut.

5. Penempatan Pegawai Gred N ke Pejabat TM Luar Negeri – penempatan akan bermula pada tahun 2009 dimana 5 stesen yang akan diisi dahulu dan jawatan Tukar Sementara ke Gred N41 akan juga dibuat untuk 3 jawatan pada awal tahun 2009.

6. Pemangkuan bagi Gred 22 – pemangkuan yang tiada tempoh dan tiada keputusan yang telah begitu lama akan disemak kembali oleh pihak pengurusan dengan kadar segera dan keutamaan akan diberikan kepada mereka untuk disahkan jawatan.

7. Perpindahan ke Putrajaya pada 2010 – Pihak Kesatuan meminta Pihak Pengurusan untuk mengadakan perbincangan dengan Pihak Perbadanan Putrajaya bagi menyediakan kemudahan kuaters bagi mereka yang memerlukan kemudahan rumah dan menyediakan kemudahan pengangkutan (feeder) ke tempat kerja bagi mereka yang menggunakan kemudahan awam.

8. Peluang belajar bergaji penuh bagi kumpulan sokongan – Pihak Kesatuan meminta supaya insentif cuti bergaji penuh diberikan kepada kumpulan sokongan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah secara sepenuh masa atau lain-lain insentif yang wajar bagi menggalakkan kakitangan melanjutkan pelajaran.

9. Konsistensi syarat-syarat kenaikan pangkat – Satu senarai syarat-syarat kenaikan pangkat perlu dikeluarkan dan digunapakai secara konsisten. Markah Penilaian Prestasi juga perlu ditetapkan sebanyak 85% sebagaimana yang disarankan oleh JPA.

10. Pembantu Pelancong – Mesyuarat dimaklumkan satu mesyuarat antara Kesatuan dan Pengarah serta pegawai Bahagian Domestik telah diadakan bagi menyelesaikan beberapa isu berkaitan Pembantu Pelancoong seperti jadual tugas, pengangkutan dan lain-lain. Kesatuan juga meminta supaya diwujudkan semula jawatan E17 kerana ianya lebih bersesuaian dengan tugas daripada menempatkan E27 di kaunter.

11. Stor Selayang – ciri-ciri keselamatan yang tidak diambil perhatian serius sangat membimbangkan seperti pengendali fork lif tiada lesen, tiada topi keselamatan, kasut dan tali pinggang yang bersesuai. Pemangku Ketua Pengarah meminta supaya perkara ini diberi perhatian serius selain isu perpindahan stor ke tempat yang lebih bersesuaian.

12. Pants suit bagi kakitangan wanita – Pihak Pengurusan akan mengarahkan Pengarah-Pengarah Bahagian supaya lebih peka terhadap cara berpakaian kakitangan wanita walaupun pekeliling berkaitan telah dikeluarkan tetapi masih ramai yang gagal mematuhinya dengan sempurna.