Tuesday, December 30, 2014

Misi bantuan Banjir Ajuran Puspanita MOTAC dengan kerjasama Kesatuan Pekerja–Pekerja LPPM


Assalamualaikum/Salam Sejahtera YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Puspanita MOTAC dengan kerjasama Kesatuan Pekerja–pekerja LPPM akan menjalankan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan. Oleh itu kutipan derma bagi menjayakan misi tersebut akan di adakan seperti berikut:-
 
          Tarikh        :        30 Disember 2014 hingga 12 Januari 2015

          Tempat      :        Bilik Kesatuan, Tingkat 6A, Bangunan KPK

          Masa          :        1.00 tengahari hingga 2.00 petang

Keperluan – keperluan adalah seperti berikut wang ringgit, tuala mandi, selimut, kain batik, kain pelikat dan tshirt (dalam keadaan baik)

Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, adalah dipohon agar dapat membantu pihak kami bagi menjalankan misi ini.

Sekian.
 
-Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM.

CUEPACS Appeal For Early Bonus Payment

KUALA LUMPUR, Dec 29 (Bernama) -- The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) has appealed to the government to pay bonus to civil servants in early January 2015 to alleviate their financial burden due to floods that has hit several states.

CUEPACS president Datuk Azih Muda said considering the fact that school supplies purchased by civil servants for their children were damaged due to floods, paying bonus early would enable them to prepare for school opening.

"We understand the government's concern with the announcement of early payments for the 1Malaysia People's Aid (BR1M) and by delaying the start of the schooling session, so Cuepacs hopes the government can also consider early bonus for civil servants.

"If the bonus payments are brought forward, perhaps the parents can prepare their children for school reopening," he said in a press conference at Wisma Cuepacs here, today.

In October, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, while tabling the 2015 Budget, announced a half-month bonus or a minimum of RM500 for about 1.5 million civil servants and said that it would be paid together with their salary in January 2015.
-Bernama.

Friday, December 19, 2014

60 peratus CEO badan berkanun kurang faham tugas

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kira-kira 60 peratus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun masih kurang memahami tanggungjawab sebenar mereka dalam menguruskan organisasi masing-masing. Norzam Mohd. Nor Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Norzam Mohd.

Nor berkata, terdapat segelintir CEO tersebut kurang melihat hala tuju sebenar organisasi mereka seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 738 badan berkanun yang ditubuhkan sama ada di bawah kerajaan Persekutuan atau negeri.

“Mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik tetapi masih ada yang lupa melihat kepada tugas serta ‘core bussiness’ sebenar yang organisasi mereka jalankan.

“Mereka perlu jelas dan faham. Malah, mereka juga seharusnya memainkan peranan besar untuk memberi nasihat, membuat serta membentangkan laporan mengenai perjalanan syarikat masing-masing,” katanya dalam Persida­ngan Kebangsaan Badan Berkanun, Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Sementara itu, Norzam turut menyarankan setiap badan berkanun untuk melihat pencapaian serta hala tuju organisasi masing-masing dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka kekal relevan.

“Kita mendapati ada badan berkanun yang cemerlang dan ada juga yang berada pada tahap sederhana. Jadi, mereka perlu sentiasa melakukan perubahan dari semasa ke semasa.

“Mereka perlu melihat serta melakukan penstrukturan dalam organisasi sedia ada bagi memastikan sesuatu badan berkanun itu dapat bergerak dengan lebih baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Norzam turut mengingatkan agar budaya integriti dalam badan berkanun dapat dipertingkatkan bagi memantapkan lagi tadbir urus kakitangan mereka.
-Utusan.

Thursday, December 18, 2014

Penjawat Awam Diingat Tidak Sebar Dokumen Kerajaan Di Laman Sosial

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Penjawat awam negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat dan dokumen kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara tersebut tidak harus diambil ringan kerana ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat negara ini.

"Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Kita perlu patuh dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Khamis.

Persidangan bertemakan 'Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun' selama dua hari sehingga Jumaat itu dihadiri seramai 600 peserta daripada 100 agensi badan berkanun.

-Bernama.

Friday, December 12, 2014

Penjawat Awam Perlu Dinamik

GEORGE TOWN, 11 Dis (Bernama) -- Penjawat awam digesa bersikap dinamik dan mengamalkan konsep bekerja dengan memfokuskan kepada masyarakat bagi memenuhi jangkaan rakyat yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata golongan berkenaan harus mempunyai keupayaan bekerja merentasi sempadan tugas di samping sentiasa berusaha mencari ruang memperbaiki dan menambah baik sistem sedia ada.

"Sebagai contoh Jabatan Imigresen, saya lihat orang ramai beratur dan menunggu lama kadang kala sehingga keluar bangunan hanya untuk mengambil nombor giliran. Ini membuatkan orang marah kepada kita.

"Jika pengurusan memahami peranan dan memahami konteks kerja mereka secara menyeluruh, isu sebegini boleh diselesaikan," katanya ketika berucap pada majlis Pentauliahan Rakan Pemimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) di sini pada Khamis.

Beliau menyarankan penggunaan kakitangan secara optimum termasuk melibatkan petugas di bahagian lain mengikut keperluan semasa dapat mempercepatkan urusan pelanggan sekali gus meningkatkan produktiviti kerja.

Pada majlis kali ke-10 itu, sebanyak 1,186 anggota Akrab daripada pelbagai jabatan dan agensi seluruh negara menerima sijil tauliah, yang diharap dapat membantu meningkatkan potensi sumber manusia di tempat kerja masing-masing.

Editor Meja Tugasan Khas dan Rencana Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Nasir Yusoff meraih anugerah Akrab Proaktif bagi kategori individu.

Beliau bersyukur kerana sumbangannya menjadi rakan pemimbing di Bernama diiktiraf di samping peranan beliau yang aktif mempromosi kerjasama antara Malaysia dan Indonesia menerusi penulisan.

"Ini antara dua faktor pemilihan saya sebagai penerima anugerah ini dan kejayaan ini paling bermakna sejak saya menyertai Akrab lima tahun lepas," katanya yang telah berkhidmat selama 31 tahun dengan Bernama.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia memenangi anugerah Akrab Dinamik bagi kategori organisasi, buat kali kedua berturut-turut, pada majlis yang diadakan dwitahunan itu.

-Bernama.

Cuepacs Mohon Kerajaan Percepat Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam bagi membantu penjawat awam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ketika kerajaan berhasrat mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, namun pendapatan penjawat awam terutama bagi Kumpulan Pelaksana I dan II serta kumpulan menengah masih lagi rendah.

"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.

"Jadi penjawat awam merasa bimbang menjelang lima tahun akan datang ini, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ini boleh melayani kehidupan kita dalam tempoh lima tahun lagi," katanya selepas menghadiri mesyuarat kongres berkenaan di sini, hari ini.

Azih berkata, sehingga kini kesatuan itu belum mendapat gambaran tarikh kuat kuasa pelaksanaan skim baharu berkenaan yang sepatutnya telahpun disiapkan pada awal tahun ini.

"Kalau ikut perundingan awal kita dengan kerajaan, skim ini sepatutnya bermula pada 2014, tapi 2015 sudah tinggal tidak beberapa hari lagi daripada sekarang.

"Hari ini bukan persoalan hendak memiliki rumah, persoalan sekarang bagaimana hendak menggunakan duit gaji untuk sara keluarga, makan minum dan pendidikan anak-anak," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dalam pada itu, Azih sekali lagi memohon agar kerajaan mempercepat pembayaran bonus sekurang-kurangnya pada minggu pertama Januari tahun hadapan bagi meringankan beban penjawat awam menjelang sesi persekolahan pada 2015.

"Harapan Cuepacs supaya walaupun kerajaan bercadang bayar pada Januari, minta bonus dibayar pada minggu pertama dan tidak dibayar bersama gaji, tapi dibayar lebih awal untuk membolehkan persediaan dibuat oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka," katanya.
-Bernama.

Thursday, December 4, 2014

KSN Minta Agensi Perkhidmatan Awam Tekankan Pembangunan Inovasi Sosial

JOHOR BAHARU, 4 Dis (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini meminta agensi-agensi perkhidmatan awam di negara ini supaya terus memberi penekanan kepada aspek pembangunan inovasi sosial melalui makmal dan unit inovasi masing-masing.

Beliau berkata menerusi inovasi sosial, hasil pertumbuhan ekonomi negara yang bertunjangkan agenda transformasi negara, dapat diagihkan bagi memenuhi ekonomi keperluan rakyat.

"Inovasi sosial merujuk kepada konsep, idea dan strategi membawa kepada penambahbaikan sosial pelbagai lapisan masyarakat menerusi pendekatan inovatif.

"Ia merangkumi lapangan pendidikan, kesihatan awam dan pembangunan komuniti," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat Kebangsaan Ke-31 di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Dalam pada itu, Ali mengajak penjawat awam supaya melakukan perubahan minda sekali gus meningkatkan daya kreativiti dan inovasi supaya sentiasa mempunyai fikiran minda kelas pertama.

Beliau berkata melalui daya pemikiran minda kelas pertama, mutu dan hasil kerja yang dihasilkan bukan sahaja setanding dengan ciptaan negara maju malah diyakini mampu membawa dimensi baharu kepada corak pemikiran masyarakat negara ini.

Menurutnya penjawat awam perlu terus relevan dalam meningkatkan mutu kualiti penyampaian perkhidmatan dengan memberi perhatian serius kepada pembangunan inovasi dan membudayakan elemen kreativiti secara berterusan.

"Penjawat awam bukan sahaja perlu berfikiran di luar kotak tetapi juga harus bertindak di luar kebiasaan dalam melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif di masa-masa akan datang," katanya.

Mengenai KIK, Ali menyarankan kumpulan yang terlibat supaya terus berusaha dan aktif dalam mencipta serta melaksanakan projek KIK yang berkualiti dan berdaya saing seiring dengan keperluan dan tuntutan rakyat.

-Bernama.

Tuesday, December 2, 2014

Penjawat Awam Digesa Lapor Kenaikan Harga Barang Tidak Munasabah

JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.

Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut.

"Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa.

Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.

Mohamad Zabidi berkata pertambahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dibuat sebagai mengambil kira kepentingan rakyat yang bimbang akan kenaikan harga barang tanpa kawalan.

Beliau juga mahu agar penjawat awam memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara di dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar bagi program yang digubal dan dirancang kerajaan.

Menurut beliau, sekiranya mereka menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, ia membawa kesan berganda yang boleh memberi impak besar kepada kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

"Setakat ini, saya berpuas hati kerana rata-rata penjawat awam mempunyai pengetahuan yang baik berhubung CBP dan ini sememangnya akan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya," katanya.

Mengenai program itu, beliau berkata, ia merupakan kali kelima selepas diadakan di Perak, Sabah, Kedah dan Perlis sebelum ini sebagai satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran penjawat awam berhubung pelaksanaan CBP.

-Bernama.

Friday, November 28, 2014

Setiap Penjawat Perlu Faham Dengan Jelas Transformasi Perkhidmatan Awam - KP JPA

KANGAR, 24 Nov -- Setiap penjawat awam perlu memahami dengan jelas transformasi sektor awam supaya matlamat yang ditetapkan tercapai, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohd Zabidi Zainal.

Beliau berkata transformasi juga untuk meningkatkan integriti, keberkesanan dan kelicinan sistem penyampaian, dinamik dan berjiwa rakyat serta menambah nilai perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Mohamad Zabidi berkata, "Isu-isu membabitkan agensi-agensi tertentu ibarat 'nila setitik rosak susu sebelanga' telah merosakkan seluruh perkhidmatan awam.

Sebagai contoh, katanya, isu tanah runtuh dan pendatang asing tanpa izin di Cameron Highlands telah menyebabkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam di kalangan rakyat timbul.

"Persepsi negatif ini perlu diubah dengan memenuhi kepercayaan dan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam sebagai tiang seri kerajaan yang memerintah," katanya.

Mohamad Zabidi berucap merasmikan program 'Semarakkan Transformasi dan Jelajah #myGST4U' peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, Isnin.

Setiausaha kerajaan Perlis, Romli Dai serta wakil CUEPACS dan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri turut hadir.

Sebanyak 20 booth mempamerkan perkhidmatan kerajaan termasuk mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Jabatan-jabatan kerajaan hendaklah bertindak sebagai satu pasukan. Kena buat koordinasi, tidak boleh bertindak sendiri, malah pemikiran juga kena berubah. Inilah transformasi sebagai satu pasukan.

"Apabila pendekatan ini dilaksanakan, masalah tidak cukup anggota tidak akan berlaku. Kita juga mesti responsif dan memberi yang terbaik kepada rakyat," tambahnya.

Menurutnya program tersebut bagi membolehkan JPA dan agensi-agensi lain menyebar luas agenda dan dasar-dasar kerajaan mengenai CBP serta menjawab keraguan atau pertanyaan mengenainya.

Mohamad Zabidi berkata program itu yang telah dibuat di Perak, Kedah dan Sabah menunjukkan kefahaman penjawat awam semakin meningkat berdasarkan maklum balas positif hasil sesi soal jawab, forum dan pameran yang diadakan.

"Sekiranya penjawat awam boleh bertindak sebagai jurucakap dengan menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, akan berlaku kesan berganda yang memberi impak besar mengenai dasar yang dilaksanakan kerajaan terutama berkaitan CBP," katanya.

Beliau menambah Perlis adalah negeri pertama melaksanakan Lab Transformasi dengan kerjasama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertujuan memberi pendedahan mengenai transformasi perkhidmatan awam kepada semua penjawat awam.

Katanya, program sama akan diadakan di Johor Baharu pada 2 Dis depan.

-Bernama.

Sunday, November 23, 2014

Pinjaman 110 Peratus Untuk Pembeli Rumah PR1MA - PM Najib

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Perdana Menteri berkata ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu rakyat berkaitan projek perumahan itu.

"Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.

"Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau 'rent-to-own' turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah," katanya dalam entri terbaru beliau di blog Najib.razak.com malam ini.

Najib dalam pembentangan Bajet 2015 bertemakan 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah PR1MA dengan peruntukan RM1.3 bilion.

Langkah itu, katanya bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah dan had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

Dalam pembentangan itu, Najib berkata Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun, dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan.

Antara komuniti PR1MA yang dalam perancangan ialah di Wilayah Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak membabitkan rumah berharga dari RM118,000 ke RM335,000.

Kawasan itu termasuklah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (RM275,000); Tebrau, Johor (RM180,000); Kuala Ketil, Kedah (RM215,000); Sandakan, Sabah (RM280,000) dan Kuching, Sarawak (RM235,000).

Najib menarik perhatian langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah dan menggesa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan supaya mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my.

Pemohon boleh mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta langkah mudah untuk memohon melalui infografik yang disertakan di dalam blog itu.

-Bernama.

Wednesday, November 19, 2014

Kenaikan Gaji Tidak Kurang 10 Peratus Wajar Diberi Pertimbangan

Datuk Azih Muda
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kenaikan gaji tidak kurang daripada 10 peratus wajar diberi pertimbangan kerajaan dan majikan swasta sejajar dengan peningkatan produktiviti dan prestasi para pekerja di negara ini, demikian menurut kesatuan pekerja sektor awam dan swasta.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kenaikan gaji juga harus sesuai dengan kenaikan kos sara hidup semasa, khususnya kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Selain faktor kemampuan untuk menyara kehidupan seharian, Azih berkata seseorang pekerja khususnya penjawat awam juga perlu sekurang-kurangnya mampu membeli rumah dan menyara pendidikan anak-anak dengan gaji yang diterima.

"Gaji ini diukur daripada perkara tertentu seperti pencapaian akademik, pengalaman dan juga kebolehan seseorang pekerja itu, (selain itu) gaji juga harus dilihat berdasarkan kos sara hidup.

"Tetapi hari ini kita lihat gaji pekerja tidak mampu untuk menampung itu semua (kos sara hidup)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut laporan kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah yang dibentangkan Isnin, kenaikan gaji pekerja adalah perlu, memandangkan produktiviti pekerja di Malaysia terus meningkat sejak tahun 1960.

Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani dilaporkan berkata, sejak lebih 50 tahun lepas, paras produktiviti pekerja sentiasa me-lebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga pe-ningkatan pembayaran gaji sentiasa tidak setimpal dengan pertumbuhan produktiviti pekerja.

Keadaan itu membuatkan gaji dan faedah yang dirasai oleh pekerja hanya sekitar 33 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala selebihnya dinikmati syarikat bersama pemegang---peme-gang kepentingan sesebuah entiti tersebut, kata Charon.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam yang senada dengan Azih berkata kenaikan gaji lebih daripada 10 peratus boleh membantu Malaysia mencapai taraf negara maju.

Kenaikan itu juga katanya akan merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan pula berbeza pendapat apabila mengatakan peningkatan sebenar produktiviti tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja.

Sebagai contoh, beliau berkata, menurut laporan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), purata kenaikan produktiviti pekerja adalah kira-kira 2.5 peratus dalam 10 tahun kebelakangan ini.

"Tetapi kalau kita lihat kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja terutamanya sektor swasta ialah sebanyak lima hingga enam peratus setiap tahun.

"Ini sudah tentu melebihi kadar peningkatan produktiviti berkenaan dan kadar itu juga harus dibandingkan dengan kadar sebenar produktiviti yang kita ada pada masa ini, yang mana tahapnya adalah kira-kira tujuh kali lebih rendah daripada di Amerika Syarikat dan Jepun.

"Jadi kalau kita ingin mengatakan bahawa peningkatan gaji itu tidak tinggi kalau dibandingkan dengan nilai produktiviti, itu adalah sesuatu yang tidak benar," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai satu lagi laporan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menyebut harga rumah yang boleh dibeli berdasarkan gaji median tahunan rakyat Malaysia masih lagi mahal daripada yang sepatutnya, Shamsuddin berkata kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal harga berkenaan supaya harga rumah mampu untuk dimiliki.

Gopal Kishnam pula berpendapat kerajaan seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, memandangkan harga rumah ditentukan oleh pasaran semasa.

-Bernama.

Wednesday, October 29, 2014

Muhyiddin Advises Civil Servants To Think, Act Out Of The Box

SERDANG, Oct 29 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today advised civil servants to think and act out of the box, saying they should come up with creative ideas for innovative action.

He said they should be brave enough to challenge the status quo and move away from the conventional approach.

In this matter, the role of department heads was crucial in providing the room and opportunity for their subordinates to widen their horizon of thinking and come up with unique innovations, he added.

The department heads, he said, should also be more creative in providing various platforms for the generation of new ideas.

"This is to encourage the staff to voluntarily undertake reforms that could make their job easier," he said in his address in conjunction with the Prime Minister's Department's Innovation and Excellence Day here.

He said several approaches could be worked out by the department heads, like having brainstorming sessions, providing opportunities for staff to attend training and giving incentives and recognition to those who helped to bring about positive changes.

Muhyiddin said a positive ecosystem for innovation could promote the culture of innovation in tandem with the culture of excellence.

At the event, the Department of Islamic Development (Jakim) was named the most innovative department while the Malaysian Parliament was honoured as the leader of e-procurement and the Malaysian Maritime Enforcement Affairs Division, as the best responsible centre.

-Bernama.

Monday, October 20, 2014

Remove Problematic Civil Service Employees, Says UN Expert On Public Admin

PUTRAJAYA, Oct 20 (Bernama) -- Public service departments must not shy away from removing unethical and unprofessional civil service employees because they can jeopardise the entire civil service if left unchecked, said a United Nations expert on public administration.

A member of the United Nations Committee of Experts in Public Administration Odette Ramsingh said problematic employees, including those who simply refuse to transform in line with the government's vision and plan, should not be spared.

In contrast, she said the private sector was ruthless in this sense while the public service normally tried to ignore or simply transfer such problematic people to another department just to avoid the responsibility," she told Bernama here Monday.

Ramsingh, who is also South Africa's former Director General for Public Service Commission, said unethical and unprofessional employees were 'cancerous' to the system.

"Although they may be small in number, they can spread an unhealthy culture at the workplace," she said.

She said this after a panel session on "Human Resource Management" held on the sidelines of the three-day Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) Bienniel Conference 2014.

She noted that highly professional civil service employees inspired public confidence towards the government through their service deliverance.

Ramsingh said Malaysia's concept of "humanising the public service" was interesting as it was the responsibility of each civil service employee to initiate change for the benefit of the public that they served.

"They need to be responsible and fair in their action. Ask yourself if that is the kind of service that you want to get," she said, adding that a quality service created a better relationship between people and the government.

Other panelists in the session were Permanent Secretary to the Ministry of Public Administration (Trinidad and Tobago) Gillian Macintyre and Director of Human Capital Development Division, Public Service Department Malaysia Datin Dr Rosslina Ahmad Mokhtar.

About 1,500 delegates from 53 countries are attending the conference organised in collaboration with the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) and Commonwealth Secretariat with the theme of 'Public Service Transformation: A New Conversation'.

-Bernama.

Wednesday, October 15, 2014

Bonus Kakitangan Awam Akan Dibayar Bersama Gaji Januari - KSN

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Dis, dan bukannya Januari depan.

Presiden Cuepacs Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Dis untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

-Bernama.

Monday, October 13, 2014

Cuepacs Mohon Bonus Diberi Pada 15 Dis Ini

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memohon kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Dis ini, dan bukannya pada Januari depan.

Presidennya Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Dis untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. Mengulas lanjut, Azih berkata pembayaran bonus itu akan dibuat secara sekaligus dan bakal dinikmati penjawat awam merangkumi semua gred termasuk Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).

Seorang penjawat awam, Rozalina Ayob, 45, berkata beliau berharap pemberian bonus itu diawalkan kerana ia akan membantu beliau membeli kelengkapan persekolahan dan membayar yuran sekolah untuk tiga anaknya.

"Kos pembelian keperluan persekolahan agak tinggi. Jadi, dengan adanya bonus memang banyak membantu.

"Tetapi kalau diberi pada Januari, agak terlewat kerana sesi persekolahan sudah mula. Nak tunggu gaji hujung bulan masih lambat, jadi seeloknya bonus diberi sebelum sesi baharu sekolah bermula," katanya.

-Bernama.

Friday, October 10, 2014

BAJET: Bonus Setengah Bulan Atau Minimum RM500 Untuk Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 bertema 'Ekonomi Keperluan Rakyat' di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan kelak.

Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi mempertingkat keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim sedia ada.

Ketika membentangkan Bajet 2014, Najib mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda yang berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.

"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya.

-Bernama.

UCAPAN BAJET TAHUN 2015

Petikan Bajet Tahun 2015

Tindakan ke-12: Merancak Industri Pelancongan

57. Sempena sambutan 'Malaysia -Year of Festivals 2015', Kerajaan mensasarkan kedatangan pelancong asing seramai 29.4 juta orang dengan jangkaan pendapatan sebanyak 89 bilion ringgit. Untuk tujuan ini, sebanyak 316 juta ringgit diperuntukkan bagi pelbaga'l program di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Penambahbaikan Perkhidmatan Awam

176. Maka demikian, jika pada bajet yang lalu, saya telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Dalam bajet kali ini, Kerajaan akan menambahbaik lagi 252 skim perkhidmatan sedia ada, untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.


Perumahan kepada Penjawat Awam

178. Sebetulnya, Kerajaan prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah. Oieh itu, saya mengumumkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar 80 ribu ringgit, kepada 120 ribu ringgit dan bagi had kelayakan maksimum, dinaikkan daripada 450 ribu ringgit kepada 600 ribu ringgit. Serentak itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak 100 ringgit kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1Januari 2015.

179. Bertolak dari sini, Kerajaan juga komited. untuk terus meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M. Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi, iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar, Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit. Di samping itu, Kerajaan juga menambah baik PPA1M seperti berikut:

Pertama: Menurunkan harga minimum rumah PPA1M yang kini berharga 150 ribu kepada 90 ribu ringgit seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi;

Kedua: Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada 8;'000 ringgit kepada 10,000 ringgit; dan

Ketiga: Menyediakan dana mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.

180. Laginya, keadaan rumah yang baik dan selesa didiami akan meningkatkan produktiviti penjawat awam. Untuk itu, Kerajaan menyediakan 500 juta ringgit untuk membaik pulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan di seluruh negara. Sebanyak 105 juta ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penyelenggaraan kuarters Kerajaan, di bawah Program MyBeautiful Malaysia yang melibatkan 126 lokasi. 


Menghargai Sumbangan Penjawat Awam

189. Sebagai penutup, seperti biasalah..., seperti biasalah..., buah yang ranum, sudah pun mahu gugur. Makanya, sukacita saya mengumumkan, pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum 500 ringgit. Pemberian bonus ini akan dibayar pada bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas diberi sebanyak 250 ringgit.

190. Saya berharap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam, terutamanya kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan nanti.


-Bernama.

Thursday, October 9, 2014

Penjawat Awam Mungkin Terima Penambahbaikan Dalam Bajet 2015 - KSN

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Saya rasa mungkin ada sedikit penambahbaikan namun apa-apa penambahbaikan yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Apa yang penting, kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan defisit kerajaan seperti yang disasarkan setiap tahun sehingga 2020," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Digital Kebangsaan (NDC) 2014 di sini Khamis.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen pada Jumaat.

Mengenai NDC 2014, Ali berkata ia adalah platform menambah baik inisiatif teknologi sedia ada, selain melihat trend teknologi komunikasi maklumat yang boleh diadaptasi dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata sumber manusia dan penggunaan teknologi terkini dilihat mampu mempertingkat kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam.

Katanya kedua-dua elemen itu adalah antara pendekatan yang boleh digunakan bagi memastikan penyampaian sektor perkhidmatan awam ditambah baik setiap tahun.

Bertemakan '#InnovateMyGov', persidangan kali kelima sejak 2009 itu antara lain memberi fokus kepada inovasi berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan melalui perkongsian maklumat dan kerjasama pintar antara agensi awam dan swasta.

-Bernama.

Sunday, September 28, 2014

Najib Wants Tourism Industry To Continue To Shine

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak hopes the tourism industry will continue to retain its position as one of the largest contributors to the country's growth.

Commenting on World Tourism Day (WTD) celebrated every year by the World Tourism Organisation (WTO) member countries on Sept 27, he noted the tourism industry was a competitive, dynamic and people-based economic activity.

"Built on social interaction, it can only prosper if it engages the local population by contributing to social values such as participation, education and enhanced local governance," he said on his Facebook account.

This year's theme 'Tourism and Community development' brought to the forefront the potential that tourism has to promote new socio-economic opportunities and better livelihoods for communities worldwide.

Najib said it also highlighted the critical role that community engagement had in advancing sustainable development.

He took the opportunity to congratulate the Tourism and Culture Ministry and all industry players for their efforts to sustain and increase the nation's tourism achievements and uplift the cultural aspects of Malaysia.

This year, the national celebration for WTD takes place at the Mall of Medini, Nusajaya, Johor from Sept 26 to 28 via various smart partnerships with the private sector.

WTD has been celebrated since 1980.

-Bernama.

Monday, September 22, 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM Semenanjung Malaysia

Calon - Calon Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM Semenanjung Malaysia Dan Juga Ahli Jawatankuasa Yang Menang Tanpa Bertanding Bagi Penggal 2014 - 2016 Kesatuan Pekerja-Pekerja Lppm


Monday, September 15, 2014

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51


Sekali lagi kita dapat menyambut Hari Malaysia dalam keadaan aman dan makmur. Pada besok malam, saya akan hadir di Dataran Kipas, Miri, Sarawak untuk bersama ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang atas semangat cintakan negara dan patriotisme yang tinggi.
Pastinya, dalam kita meraikan peristiwa yang penting seperti ini, kita semua sewajarnya memperkukuhkan lagi kebersatuan antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Ini adalah amat mustahak, ketikamana ada unsur-unsur tidak bertanggungjawab yang mahu melihat perpecahan terjadi di antara kita.
Kesimpulannya, hanya dengan solidariti yang ampuh lagi padu atas nama Malaysia, tanahair ini akan terus diperlangsungkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraannya sampai bila-bila.
-NajibRazak.com

Sambutan Hari Malaysia Ke-51

-KKMM facebook.

Saturday, September 13, 2014

Potongan gaji: Angkasa ambil sikap terbuka


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan proses pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi pinjaman Bank Rakyat dan Bank Pengurusan akan membuat keputusan yang adil dan saksama.

Presidennya, Datuk Abdul Fatah Abdullah berkata, Angka­sa difahamkan pihak yang terlibat akan menyelesaikan isu berkenaan melalui proses perbincangan untuk mencapai satu keputusan yang konkrit.

"Kita yakin isu berkenaan akan di- selesaikan segera supaya tiada pihak yang ternanti-nanti. Angkasa memberi sokongan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan, Angkasa mengambil langkah meletakkan keperca­yaan kepada pihak berkaitan.

"Saya difahamkan, pihak berkaitan isu itu akan mengadakan satu perbincangan. Perkara ini masih awal untuk dibuat kesimpulan. Kami pihak Angkasa sentiasa bersikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Merdeka Angkasa 2014 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Zaidon Asmuni.

Beliau mengulas mengenai gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini supaya Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) tidak mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi Bank Rakyat dan Bank Pengurusan daripada Angkasa.

Abdul Fatah dalam ucapannya memberitahu, Angkasa akan menyelitkan slot khas patriotisme dalam setiap seminar yang dikendalikan untuk koperasi bagi menyemai rasa cinta kepada negara selain menguatkan semangat kenegaraan dalam kalangan ahlinya.

Beliau berkata, usaha itu untuk membantu kerajaan menyelesaikan isu-isu membabitkan segelintir rakyat yang semakin tidak menghormati perlembagaan dan institusi diraja.

"Kami menerapkan konsep patriotisme kerana koperasi disertai oleh pelbagai pihak, kami mengharapkan menerusi langkah ini Angkasa dapat memberi pendidikan semula kepada rakyat Malaysia yang mungkin terlupa dengan Rukun Negara dan Perlembagaan.

"Dalam masa sama, jika perkara ini turut diamalkan oleh semua pihak termasuk syarikat milik kerajaan (GLC), diyakini perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dipulihkan dan kestabilan negara dan ekonomi mencapai matlamat," katanya.

Beliau dan Zaidon pada majlis tersebut turut menyaksikan acara pelepasan perarakan kenderaan patriotik yang disertai oleh ahli-ahli Angkasa.
-Utusan Online.

Wednesday, September 10, 2014

Bahagian Pinjaman Perumahan jadi badan berkanun


PUTRAJAYA 8 Sept. - Kerajaan bercadang menjadikan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sebagai sebuah badan berkanun bagi membolehkan sistem pengurusan yang le­bih sistematik dapat dihasilkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, cadangan penubuhan badan berkanun tersebut tertakluk kepada syarat Skim Pinjaman Perumahan dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati penjawat awam.

"Pada masa ini, Bahagian Pinjaman Perumahan dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan rang undang-undang penubuhan badan berkanun tersebut dan Skim Saraan Baharu untuk kakita­ngannya.

"Perbincangan dijangka diadakan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) apabila rang undang-undang itu diluluskan," katanya yang mengulas bantahan CUEPACS mengenai pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tersebut.

Sebelum itu, Ahmad mengadakan mesyuarat tertutup bersama wakil Pergerakan Pemuda UMNO dan Suara Anak Muda 1Malaysia mengenai input Bajet 2015 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan ura-ura Kementerian Kewangan mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kenyataan CUEPACS berhubung pemansuhan bahagian di kementerian tersebut adalah tidak tepat.

Beliau menegaskan, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tersebut tidak akan merugikan penjawat awam.
-Utusan Online.

Wednesday, August 20, 2014

Penjawat Awam Perlu Terjemah Erti Kemerdekaan Dengan Meningkatkan Prestasi

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam perlu terjemahkan erti kemerdekaan dengan meningkatkan prestasi dan semangat patriotisme, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata sempena sambutan hari kemerdekaan negara, penjawat awam juga perlu menilai semula peranan dan tanggung jawab mereka bagi memastikan kejayaan negara.

"Kejayaan negara hari ini juga adalah usaha tanpa jerih perjuangan kita pada suatu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyatnya," katanya semasa melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 peringkat Kompleks C di sini Selasa.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Katanya penjawat awam akan tetap mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 meskipun diselubungi kesedihan ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan tragedi MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

"Jadi, walaupun nampak mudah iaitu hanya kibar bendera, tetapi di sini letaknya jiwa dan raga kita, meletakkan harapan bagi melihat negara kita jauh lebih maju, lebih hebat daripada apa yang ada sekarang.

"Seperti yang diucapkan Perdana Menteri semalam (pada sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang), Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam," kata Mohamad Zabidi.

Menurutnya sebagai penjawat awam, sokongan dan semangat cintakan negara akan diteruskan walaupun negara dilanda pelbagai insiden dan dugaan akhir-akhir ini.

Katanya insiden kehilangan MH370 dan nahas MH17 turut menunjukkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga ancaman terhadap ekonomi, penyebaran berita palsu, fitnah dan sebagainya terutamanya melalui media sosial.

"Di sinilah peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada pemimpin walaupun dalam dilanda fitnah," katanya.

-Bernama.

Monday, August 18, 2014

Cuepacs Harap Penambahbaikan 171 Skim Perkhidmatan Awam Diumum Dalam Bajet 2015

IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs kini dalam rundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa bersama Pembantu Tadbir di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak gaji minimum kakitangan awam RM800 supaya dinaikkan 30 peratus kerana kos sara hidup yang kini kian meningkat.

"Penjawat awam masih lagi ada yang gaji bawah RM800, mereka ini dikira golongan di bawah garis kemiskinan. Kita minta kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam minimum RM1,200 kerana generasi muda perlukan rumah untuk didiami, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya.

Dalam Bajet 2015, Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memberi lebih peruntukan terhadap aspek kesihatan termasuk menambah mesin hemodialisis.

-Bernama.

Monday, August 11, 2014

Cuepacs Minta Kerajaan Beri Dua Bulan Bonus Dalam Bajet 2015

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Cuepacs hari ini meminta kerajaan mempertimbang pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.

"Ekonomi negara pada masa ini menunjukkan perkembangan yang positif dengan pertubuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus.

"Sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai dengan penjawat awam", katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Wisma Cuepacs di sini.

Pada majlis itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada Cuepacs untuk disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, selain RM5,000 masing-masing diberikan kepada Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.

Azih berkata Cuepacs akan membuat permohonan rasmi dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengenai pemberian bonus itu.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah mampu milik supaya harga rumah tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga katanya, perlu menambah unit kediaman selaras dengan permintaan masa kini selain mengekalkan instrumen subsidi termasuk untuk tapak rumah.

"Pada masa sama Cuepacs berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula tempoh bayaran balik pinjaman kerana kalau dipanjangkan, maka jumlah potongan menjadi kecil dan lebihan daripada itu boleh dibelanja untuk keperluan lain", katanya.

Menyentuh kesediaan kerajaan untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook, Azih berkata penyekatan sebegini kurang efektif sebaliknya pendidikan di peringkat awal dapat membanteras penyalahgunaannya.

"Apa yang kita harapkan ialah kerajaan perlu menerapkan integriti kepada rakyat negara kita supaya lebih profesional dan memahami apa yang akan berlaku sekiranya maklumat-maklumat yang disalurkan berunsur fitnah atau perkara yang memudaratkan," katanya.

-Bernama.

Thursday, August 7, 2014

Cuepacs Mahu Kerajaan Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Cuepacs meminta kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk penjawat awam serta golongan berpendapatan sederhana bagi tempoh lima tahun akan datang.

Presidennya, Azih Muda berkata permintaan itu dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan dalam penyediaan Belanjawan 2015 yang dijangka dibentang di Parlimen beberapa bulan lagi.

Azih berkata ia merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan singkat beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengunjungi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Cuepacs di sini Khamis.

Katanya, Cuepacs juga berharap kerajaan mengadakan lebih banyak sesi penerangan dan penjelasan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di peringkat akar umbi kerana ramai yang masih tidak jelas mengenainya.

"Umum bimbang kenaikan kos akan berlaku dengan pelaksanaan GST ini, jadi kerajaan perlu bagi jaminan bahawa barangan asas tidak naik harga kerana diberi pengecualian cukai," kata Azih kepada pemberita selepas majlis itu.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Mengulas lanjut, Azih berkata Cuepacs turut meminta kerajaan mempertingkat kadar penembusan jalur lebar terutama di kawasan luar bandar yang kini menurutnya hanya pada kadar 60 peratus.

"Kita bimbang (jika masalah ini tidak ditangani) generasi muda di luar bandar susah nak dapat pekerjaan kerana banyak iklan jawatan kerja kini perlu diisi secara dalam talian," jelasnya.

Menurutnya, Cuepacs juga meminta kerajaan memberi perhatian kepada keperluan golongan pensyarah yang disifatkan sebagai bakat penting buat negara.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 45 minit di majlis Hari Raya itu yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

-Bernama.

Monday, July 28, 2014

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2014 by Najib Razak


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
  1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.

  2. Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiyyah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.

  3. Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.

  4. Peri pentingnya, yang perlu diketahui oleh semua rakyat bahawa, kenikmatan ini bukanlah satu kemestian yang pasti dikecapi, apatah lagi menjadi kelaziman bagi negara-negara lain di dunia ini. Sesetengah negara seperti di Afrika, Timur Tengah hatta di benua Eropah dan Amerika yang berada di kelompok negara maju sekalipun, sama ada sedang ditimpa bala bencana, konflik permusuhan yang tiada berkesudahan, krisis ekonomi yang meruncing dan pergolakan politik yang berpanjangan. Sebenarnya, kesemua petaka ini, perlukan kepada pengurusan dan pentadbiran serta kepemimpinan yang cekap lagi berkesan.

  5. Saudara dan Saudari,

  6. Pada 19 ramadan 1435 hijrah yang lalu, satu tarikh yang tidak akan hilang dalam ingatan saya, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.

  7. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuklah 43 orang dan 2 bayi, yang merupakan warganegara Malaysia.

  8. Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit itu. Sehinggalah saya berjaya mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut iaitu:

  9. Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, yang dianggarkan berjumlah 282 dari kawasan nahas.
    Kedua: Memperolehi dua kotak hitam yang menjadi hak milik Malaysia.
    Ketiga: Mendapat jaminan keselamatan bagi anggota penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas untuk melakukan penyiasatan terperinci.

  10. Tambahan lagi, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan ini, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, demi mencapai kejayaan yang diingini, termasuklah adakalanya, saya bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik.

  11. Sementara sebelumnya pula, pada 10 ramadan, umat Islam digemparkan dengan serangan kejam oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengharapkan keamanan dapat diwujudkan semula sebagai penyelesaian antara kedua belah pihak. Tentunya, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin dan simpati serta doa kita sentiasa bersama dengan mereka.

  12. Saudara dan Saudari,

  13. Semua ujian dan rintangan itu, kebetulan berlaku di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam di negara ini, bagi menempuh cabaran dalam semua bidang, supaya menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.

  14. Justeru, beberapa iktibar yang perlu diambil daripada tragedi-tragedi mutakhir yang menimpa Malaysia dan saudara seakidah kita di Palestin iaitu:

  15. Pengiktibaran pertama: Kepentingan kepada kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam. Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain.

  16. Dalam hal ini, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana usul tentang tragedi pesawat MH17, telah diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuklah mereka yang mewakili pembangkang, di persidangan khas Dewan Rakyat, pada 23 haribulan Julai 2014. Keputusan ini merupakan suatu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia.

  17. Pengiktibaran kedua: Ikhtiar kita dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Kita juga telah mempraktikkan Islam dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yakni kesederhanaan, sepertimana suruhan Allah bahawa Islam itu adalah Ad-din yang syumul sebagai cara hidup. Sekaligus, kita menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.

  18. Nyatanya, Islam di Malaysia dalam keizinan dan kehendak-Nya jua telah kita ikut syariatnya, setapak demi setapak dalam pelbagai bidang termasuk fizikal, iktisad, budaya, sosial dan spiritual. Penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam, institusi serta lembaga zakat di tiap-tiap negeri adalah antara sekian banyak langkah kita ke arah itu.

  19. Pengiktibaran ketiga: Membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat. Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Antara nilai-nilai kejayaan tersebut seperti itqan yakni tekun, taa’wun iaitu budaya tolong menolong,berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

  20. Jelasnya, saya juga menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan, membina harapan demi kemakmuran bersama.

  21. Saudara dan Saudari,

  22. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, semestinya, saya cukup bersimpati dan ingin merakamkan takziah serta belasungkawa, kesedihan yang amat mendalam, kepada semua mangsa dan keluarga mangsa korban tragedi MH17. Simpati ini turut dipanjangkan kepada anggota keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapa luluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yang tersayang.

  23. Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini. Seperti semua sedia maklum, saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, akan melakukan sedaya mungkin untuk membawa pulang kesemua mayat rakyat Malaysia ke tanahair, seberapa segera yang mampu, supaya dapat disemadikan dengan selamat.

  24. Lanjutan itu, tidak sesekali saya lupakan, segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, baik yang sedang bertugas di perbatasan mahupun di mana-mana ceruk rantau di bumi bertuah ini, termasuklah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila.

  25. Saudara dan Saudari,

  26. Bersempena hari baik di Aidilfitri yang mulia ini, hentikanlah semua sengketa. Buangkan segala yang masih keruh, perbetulkan mana yang silap, jernihkanlah apa yang kusut selama ini. Walaupun kita tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi pada tahun ini kerana menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, tetapi saya menggalakkan amalan ziarah-menziarahi dapat terus berjalan sesama kita. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati serta gerbang silaturrahim 1Malaysia, dengan mengajak rakan taulan berbilang bangsa serta agama ke kediaman masing-masing. Kepada mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai secara berkenderaan pula, pandulah kereta dengan cermat serta selamat sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

  27. Di samping itu, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.

  28. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, ingin menyusun jari nan sepuluh memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.

  29. Akhirul kalam, kepada umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya, marilah kita menempuhi detik-detik sukar ini bersama-sama, dengan memperkuat tekad, mengukuhkan silaturrahim dan bersatu dalam suasana kesedihan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
-www.1malaysia.com.my

Saturday, July 26, 2014

Berhati-Hati Semasa Pulang Berhari Raya Di Kampung - Najib

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai berhati-hati ketika memandu pulang berhari raya di kampung masing-masing.

"Hati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung masing-masing. Ambil kesempatan ini untuk luangkan masa bersama yang tersayang," kata Perdana Menteri dalam laman twitternya hari ini.

Puluhan ribu warga kota meninggalkan bandar raya ini sejak semalam dengan memenuhi segenap lebuh raya dan jalan persekutuan untuk pulang berhari raya bersama keluarga.

Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah pada petang esok bersamaan 29 Ramadan.

-Bernama.

Wednesday, July 16, 2014

Civil Servants, Enforcers Advised Not To Accept Any Aidilfitri Gifts

KUALA LUMPUR, July 16 (Bernama) -- The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has reminded civil servants and enforcement personnel not to accept any gifts, especially during the Aidilfitri festive period.

Speaking to Bernama Wednesday, its president, Azih Muda said the practice was commonly used to "foster" close ties, but should be avoided as it could lead to negative perceptions being formed.

The Anti-Corruption Commission had also earlier issued similar warnings and advised that anyone who received such gifts should report and declare them to their heads of department.
-Bernama.

Wednesday, July 2, 2014

Najib Announces RM500 Financial Aid To Civil Servants Up To Grade 54

KUALA LUMPUR, July 2 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak today announced the payment of a Special Financial Aid of RM500 to civil servants in Grade 1 to Grade 54 as preparations for the Hari Raya Aidil Fitri .

The Prime Minister also announced a Special Financial Aid of RM250 to 684,000 government pensioners to appreciate their contributions, deeds and services.

"The payment of the special aid will be made on July 15," he said in a statement, here today.

Najib said the Special Financial Aid payment to the civil servants and government pensioners involved a financial allocation of RM890 million.

The government hoped that the special financial aid could ease the financial burden of the civil servants and pensioners in making preparations to celebrate the festive season at the end of the month.

-Bernama.

Saturday, June 28, 2014

Perutusan Bulan Ramadhan 1435H YAB Perdana Menteri



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
  1. Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
  2. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  3. Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
  4. Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
  5. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
  6. Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
  7. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”
  8. Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
-www.1malaysia.com.my