2. LPPSA telah melantik Panel Peguam bagi menguruskan dokumen pembiayaan. Namun, sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, peminjam boleh memilih untuk menggunakan khidmat Panel Peguam yang telah dilantik LPPSA ataupun peguam yang bukan panel bagi urusan dokumentasi tersebut.
3. Penyerahan akhir dokumen pembiayaan:
Mulai 1/1/2016, semua dokumen pembiayaan baru akan digunakan atas nama LPPSA. Namun begitu, dokumen pembiayaan yang telah disediakan atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan sebelum tarikh tersebut boleh digunakan dan hendaklah diserahkan kepada
LPPSA untuk diproses sebelum 31/1/2016. Semua pemohon tidak perlu memperbaharui dokumen pembiayaan sekiranya kesemua dokumen pembiayaan yang lengkap atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan telah diserahkan sebelum 31/1/2016. Mulai 1/2/2016, hanya dokumen pembiayaan atas nama LPPSA akan diterima bagi semua permohonan baru.
4. LPPSA akan melantik Panel Insurans baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016.
-http://bpp.treasury.gov.my/web/