Friday, July 15, 2011

Perpindahan Pertama Ke Putrajaya

16 Julai 2011, BTM mendahului bahagian lain untuk berpindah ke Putrajaya seperti mana jadual yang telah ditetapkan. Bermula 14 Julai kerja-kerja persediaan berpindah telah dibuat. Ini merupakan fasa pertama perpindahan Pusat Data Tourism.
Disebabkan Tourism akan berpindah secara berperingkat sehingga Oktober, BTM perlu memindahkan Pusat Data dengan 3 fasa. Fasa ke-2 adalah pada hujung minggu hadapan dan fasa akhir adalah selepas semua bahagian berpindah.
Perpindahan ini bukanlah 1 perkara mudah, kerana keseluruhan network di Putrajaya menggunakan setup baru dibawah kawalan GITN dan MAMPU sepenuhnya. Setiap server, switch dan lain-lain perlu konfigurasi semula.

Semasa proses perpindahan ini terlalu banyak gangguan yang akan berlaku. Diharapkan semua warga Tourism dapat bersabar dan memahami situasi yang berlaku. Untuk makluman, kontraktor di Putrajaya juga gagal menyediakan sistem rangkaian yang baik. Terlalu banyak kerja setup semula yang perlu dibuat sebagai persediaan warga Tourism berpindah. Semoga cabaran ini berjaya diatasi.

Gambar-gambar diambil semasa kerja-kerja pemunggahan dan pembungkusan server-server dibuat pada 15 Julai 2011.