Thursday, August 30, 2012

PM seru rakyat pecahkan tembok kemustahilan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat terutama para penjawat awam supaya memecahkan tembok kemustahilan dan lari daripada pemikiran tradisional bagi membolehkan negara mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua nilai tersebut akan membolehkan negara mengatasi cabaran utama global masa kini iaitu peluang mencipta kekayaan dan kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia boleh dicapai sekiranya para penjawat awam dan rakyat menerapkan nilai integriti, kreativiti dan inovasi dalam melakukan kerja seharian masing-masing.

"Jika kita berkeinginan mendahului dalam persaingan, maka aspek-aspek ini amat penting untuk diberi perhatian.

"Sebab itu kita guna Anugerah Inovasi menggantikan Anugerah Kualiti dan kita juga tentukan hadiahnya adalah ganjaran berjumlah RM1 juta bagi pemenang," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Perdana Menteri seterusnya mengemukakan contoh kejayaan yang ditempa sektor awam seperti kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka yang berjaya dibangunkan dengan pantas dan menempatkan 70 agensi serta jabatan kerajaan di bawah satu bumbung.

Katanya, segala usaha serta idea tersebut perlu didukung oleh semua penjawat amat dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Agensi Kerajaan Pusat dan negeri ini berjaya menjalankan operasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu dan belum ada mana-mana negara di dunia berbuat demikian," katanya.

-utusan/maa.

Thursday, August 23, 2012

Satu penghinaan - CUEPACS

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Tindakan memberhentikan ramai kakitangan awam Melayu di Pulau Pinang mungkin ada kaitan dengan hasrat pembangkang untuk mengurangkan 30 peratus jumlah golongan tersebut di negara ini.

Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang kesal dengan perkembangan terbaru tersebut menasihatkan kakitangan awam agar bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan nasib mereka terbela.

"Jika benar dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuang ramai pekerja (kakitangan awam) Melayu dalam pentadbirannya, maka hasrat pembangkang mengurangkan 30 peratus kakitangan awam mungkin menjadi kenyataan.

"Tindakan itu langsung tidak boleh diterima dan ia merupakan satu penghinaan kepada kakitangan awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dakwaan ramai kakitangan Melayu diberhentikan kerja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ditimbulkan seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan di negeri itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi dialog di majlis Rumah Terbuka Bersama Perantau anjuran Pas kelmarin.

Wanita yang enggan dikenali itu juga mempersoalkan kerjasama Pas dan DAP dalam konteks menjaga hak orang Melayu di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran parti yang diketuai Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien jika parti itu memerintah.

Abdul Hadi ketika menjawab soalan itu bagaimanapun dilihat seolah-olah menyokong tindakan diambil oleh rakan sekutunya apabila menyatakan tindakan tersebut adalah perkara biasa kepada setiap parti yang memerintah.

-utusan/maa.

Sunday, August 19, 2012

Perutusan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd


1. Alhamdullilah dengan izin dan limpah rahmat Allah SWT, umat Islam Malaysia sekali lagi dapat menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia setelah sebulan kita berjihad untuk melawan hawa nafsu.


2. Sesungguhnya ibadat puasa telah mendidik kita bukan sahaja untuk mengekang hawa nafsu tetapi juga untuk lebih prihatin terhadap nasib mereka yang dilanda ketidakcukupan serta kesempitan hidup.


3. Saya selalu menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia bertuah kerana dapat hidup di dalam negara yang berjaya. Kita perlu menyedari bahawa ini bukanlah kelaziman yang menjadi kebiasaan negara-negara di dunia. Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kemelut politik melanda negara-negara di benua Asia dan Afrika, kita dapat menyaksikan bagaimana negara-negara di benua Eropah dan Amerika yang dianggap sebagai negara maju pun ditimpa krisis ekonomi yang kronik akibat kegagalan mengurus negara dengan baik.


4. Kita juga telah menyaksikan kegagalan ini telah memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan rakyat mereka apabila kadar pengangguran semakin meningkat, penciptaan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi serta pertumbuhan yang rendah telah menyebabkan taraf dan kualiti hidup rakyat merudum.


5. Di tengah-tengah semua kekusutan ini, negara tercinta Malaysia telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Kita berjaya kerana sebagai sebuah negara majmuk kita dirahmati dengan perpaduan nasional, kita mempunyai tradisi meraikan kepelbagaian agama, budaya dan bahasa, kepelbagaian yang di negara lain menjadi punca perpecahan di negara ini menjadi pemangkin kemajuan. Hakikatnya, kita hidup di dalam sebuah negara di mana keamanan, keikraman dan kemakmuran merupakan realiti nasional bukan semata-mata harapan apatah lagi impian indah.


6. Hakikatnya, kejayaan Malaysia dimungkinkan doa oleh semua rakyat Malaysia. Ia disulami ikhtiar nasional yang berteraskan perancangan yang inovatif, pelaksanaan yang cekap, tadbir urus yang baik, kreativiti yang tinggi, produktiviti yang terus meningkat serta daya saing nasional yang sentiasa diasah.


7. Kerajaan komited untuk meneruskan cerita kejayaan nasional ini, namun ia tidak mungkin berterusan tanpa sokongan dan dokongan padu semua rakyat Malaysia. Ia berkehendakkan ijmak nasional yang berterusan bagi kerajaan hari ini untuk merealisasikan matlamat membawa Malaysia ke arah status sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


8. Kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera. Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman dari ancaman luaran dan dalaman, sebuah Malaysia yang mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas dari jenayah. Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat. Kesimpulannya sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia.


9. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu mengubah sikap dan melabur secara mapan bagi mempunyai mind set yang betul serta menyediakan prasarana keselamatan yang lebih ampuh. Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan memastikan agensi-agensi yang bertanggungjawab akan lebih berkesan untuk menangani cabaran mencegah jenayah era mutakhir. Kita menyedari usaha ini memerlukan kaedah pencegahan jenayah yang baru, ia memerlukan kepimpinan yang dinamik, akauntabiliti yang tinggi, struktur organisasi yang lebih sesuai, latihan yang lebih relevan serta peralatan yang moden.


10. Namun, kita juga perlu menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan tidak datang bergolek. Ia memerlukan pendekatan yang bersepadu, ia memerlukan rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli. Kita perlu menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga kita, kepada jiran-jiran kita, kepada rakan-rakan kita dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi jenayah kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang prihatin. Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama.


11. Sempena hari dan bulan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita mengingati pengorbanan yang telah dan sedang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan bagi membolehkan kita hidup di dalam negara yang aman dan makmur. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati mereka, keluarga mereka dan semua rakyat Malaysia.


12. Akhir kata, sempena Aidilfitri ini teruskan tradisi rumah terbuka yang menjadi amalan tradisi kita selama ini. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah kita serta pintu hati kita untuk rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia ini.


13. Pada kesempatan ini, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya, isteri dan keluarga di atas apa-apa yang terkhilaf. Saya berdoa kepada Alllah SWT supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraaan dan kesyukuran di samping mereka yang tersayang.


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd

WabillAahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

-1malaysia.com.my/maa.

Friday, August 17, 2012

Berita Kematian Allahyarham Sallehudin Bin Zainudin

Dato/Datin/Tuan/Puan/Abang/Adek/Saudara/Saudari, Dukacita dimaklumkan Allahyarham Sallehudin Bin Zainudin (yang dikenali ramai dikalangan rakan-rakan pejabat sebagai Cikgu telah kembali kerahmatullah di Hospital Selayang pada hari ini bersamaan 17/8/2012(jumaat) Pukul 1.00 pagi ini kerana sakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Jenazahnya disemadikan di kg halamannya di Kampong Telok Panglima Garang Kelang dan disolatkan pada jam 11.00 pagi ini. Sekian harap maklum.

Friday, August 10, 2012

Tourism Malaysia - 40 Years Today

The Tourist Development Corporation of Malaysia (TDC) was established on 10 August 1972 as an agency under the former Ministry of Trade and Industry by an Act of Parliament. With the inception of the Ministry of Culture, Arts and Tourism on 20 May 1987, TDC was moved to this new ministry; and became the Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) through the Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992. Popularly known as Tourism Malaysia, its full focus is on promoting Malaysia domestically and internationally.

Tourism Malaysia Mission Statement

"Marketing Malaysia as a destination of excellence and to make the tourism industry a major contributor to the socio-economic development of the nation." 

Tourism Malaysia's objective is to promote Malaysia as an outstanding tourist destination. We aim to showcase Malaysia's unique wonders, attractions and cultures; develop domestic tourism and enhance Malaysia's share of the market for meetings, incentives, conventions and exhibitions (MICE). Our ultimate goal is to increase the number of foreign tourists to Malaysia, extend the average length of their stay and so increase Malaysia's tourism revenue.

Tourism Malaysia aims to encourage tourism and its related industries in Malaysia. It is hoped that this would help promote new investments in the country, as well as provide increased employment opportunities. The growth of tourism would also contribute positively to the country's economic development and quality of life. 

Tourism Malaysia Client's Charter

We disseminate the latest and accurate tourism information through customer-friendly services.
We organise effective promotional programmes in relation to tourism both internationally and locally.
We develop tourism-related activities that can attract increased tourist spending.
We provide professional help to local and international tourism players in various tourism-related promotional activities.
We cooperate with Government departments, private sectors, non governmental organisations (NGOs) and tourism industry players in Malaysia and overseas when coordinating tourism activities.
We encourage the general public and Malaysian permanent residents to vacation within the country.

Tourism Malaysia Leader

All along, a very fine group of leaders have been at the helm of our Ministry and organisation. Since the early days when tourism was a section under the Ministry of Trade and Industry, to the establishment of the Ministry of Culture, Arts and Tourism, and finally now to the birth of the Ministry of Tourism, we have been led and are still being led by only the best. This page is a tribute to the outstanding contribution of our past and present leaders.

MINISTRY OF TRADE AND INDUSTRY
Minister
Y.B.M Tengku Razaleigh Hamzah 
Deputy Ministers
Encik Muhiyiddin bin Haji Mohd Yassin 
Encik Kee Yong Wee
Y.B Dato' Kok Wee Kiat 


MINISTRY OF CULTURE AND TOURISM 

(Established in 1987)
Minister
Tan Sri Sabbaruddin Chik
Deputy Minister
Y.B Dato' Ng Cheng Kuai
Secretary General
Y.Bhg. Dato' Hamzah bin Abdul Majid
Y.Bhg. Dato' Khalid bin Haji Ismail 


MINISTRY OF CULTURE, ARTS AND TOURISM

(Renamed in 1992)
Ministers
Tan Sri Sabbaruddin Chik 
Y.B Datuk Seri Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir 
Deputy Ministers
Y.B. Dato' Seri Chan Kong Choy
Y.B. Datuk Teng Gaik Kwan
Y.B. Datuk Dr. Ng Yen Yen
Y.B. Datuk Fu Ah Kiow 
Secretary General
Y. Bhg. Dato' Khalid bin Haji Ismail
Y. Bhg. Dato' Ismail bin Adam
Y.Bhg. Dato' Iskandar Dzakurnain bin Badarudin
Y.M Dato' Tengku Alaudin bin Tengku Abdul Majid
Y.Bhg. Dato' Mohd. Azmi bin Razak 


MINISTRY OF TOURISM 
(Established in 2004)
Ministers
Y.B. Datuk Seri Dr. Leo Micheal Toyad
Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor
Y.B. Dato'Seri Azalina Dato' Othman Said 
Y.B. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen

Deputy Ministers
Y.B Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Y.B Datuk Donald Lim
Y.B Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman B. Abdul Taib
Y.B Datuk Dr James Dawos

Secretary General
Y.Bhg. Dato' Mohd Azmi bin Razak
Y.Bhg. Datuk Dr. Victor Wee 
Y.Bhg. Dato' Dr. Ong Hong Peng 


TOURIST DEVELOPMENT CORPORATION OF MALAYSIA (TDC)

(Established 1972)
Chairman
Encik Burhanuddin bin Mohd Saman Rais
Y.B Tan Sri Dato' Philip Kuok Hock Khee
Y.B Tan Sri Dato' Nasruddin bin Mohamed
Y.B Tan Sri Dato' Khoo Kay Peng
Y.M Raja Tun Mohar bin Raja Badiozaman
Y.Bhg. Dato' Haji Hanafi bin Ramli 


MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (TOURISM MALAYSIA)
(Established in 1992)
Chairman
Y.Bhg. Dato' Haji Hanafi bin Ramli
Y.B. Dato' Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir
Y.Bhg. Datuk Abdullah bin Haji Jonid
Y.B Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor 
Y.B Dato' Seri Azalina Dato' Othman Said
Y.Bhg. Datuk Dr. Victor Wee (present)
 


TOURIST DEVELOPMENT CORPORATION OF MALAYSIA (TDC)

(Established in 1972)
Director General
Encik Osman Siru
Y.Bhg. Dato' Baharuddin bin Haji Musa
Encik Hamzah Abdul Majid
Encik Badri bin Haji Masri 
Encik Ahmad Bakri bin Shabdin 


MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (TOURISM MALAYSIA) 

(Established in 1992)
Director General 
Encik Ahmad Bakri bin Shabdin
Encik Zainuddin bin Mohd Zain
Y.Bhg. Dato' Dr. Arshad Hashim
Y.Bhg. Datuk Abdullah bin Haji Jonid 
Y.Bhg. Dato' Kamaruddin Siaraf
Y.Bhg. Dato' Mirza Mohammad Taiyab (present)

-
www.tourism.gov.my


Sunday, August 5, 2012

Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi keutamaan - PM

PEKAN 4 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebajikan seluruh penjawat awam di negara ini sentiasa diberi perhatian mengikut kemampuan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, buktinya pada awal tahun ini, beliau mengumumkan kenaikan gaji daripada tujuh kepada 13 peratus untuk semua penjawat awam selain pemberian bonus separuh gaji sebagai persiapan menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

"Apa yang penting, seluruh penjawat awam perlu terus komited dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme yang tinggi.

"Ini baiah antara kerajaan dan penjawat awam. Walaupun baiah ini tidak dibuat secara Islam, kita perlu menggunakan semangat baiah ini," katanya.

Beliau berucap pada majlis berbuka puasa bersama penjawat awam daerah Pekan yang dihadiri kira-kira 1,000 penjawat awam di sini hari ini.

Menurut Najib, kerjasama antara kerajaan dan penjawat awam penting kerana ia merupakan tonggak kejayaan negara sejak merdeka sehingga kini.

Katanya, kesetiaan dan sokongan penjawat awam terutama dalam melaksanakan keputusan kerajaan dan membantu menyelesaikan masalah rakyat adalah sesuatu yang sangat bermakna.

"Tanpa sokongan itu, tidak mungkin negara akan melalui proses pembaharuan besar, daripada negara bercorak pertanian kepada bercorak industri berpendapatan sederhana tinggi.

"Daripada tidak dikenali, hari ini, negara kita Malaysia sudah dikenali di serata dunia. Inilah transformasi bersama berkat kerjasama pentadbiran kerajaan dan penjawat awam," katanya.

-utusan/maa.

Saturday, August 4, 2012

Tourism Malaysia - 40 Years

The Tourist Development Corporation of Malaysia (TDC) was established on 10 August 1972 as an agency under the former Ministry of Trade and Industry by an Act of Parliament.

With the inception of the Ministry of Culture, Arts and Tourism on 20 May 1987, TDC was moved to this new ministry; and became the Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) through the Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992.

Popularly known as Tourism Malaysia, its full focus is on promoting Malaysia domestically and internationally.
-www.tourism.gov.my