Friday, January 29, 2016

One Annual Salary Increment For Civil Servants In July Remains As Promised - Najib

PUTRAJAYA, Jan 28 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has given the assurance that the one annual salary increment for the 1.6 million civil servants on July 1 this year will be implemented as promised in Budget 2016.

In addition, he said, the government would not dismiss any civil servant, including those appointed on contract.

Najib, who is also Finance Minister, said the government would continue to exercise fiscal consolidation measures by giving priority to high-impact programmes centred on the 'people economy' philosophy.

"This will not involve the emoluments of civil servants, pensions of retirees, as well as not affect the government's delivery mechanism," he said when announcing the recalibration of Budget 2016 here today.

-Bernama.

Thursday, January 28, 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016 Hadiah Istimewa Untuk Penjawat Awam - Cuepacs

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Pengubahsuaian Bajet 2016 amat melegakan penjawat awam ketika ekonomi negara dalam keadaan sangat mencabar ketika ini, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini, menyangkal segala dakwaan kononnya kerajaan akan memotong gaji dan elaun penjawat awam.

"Janji penambahbaikan gaji saraan perkhidmatan dikekalkan, tiada pemotongan elaun, penamatan kontrak dan gaji minimum...apa yang telah diluluskan dilaksanakan semua, jadi menolak segala khabar angin sebelum ini.

"Jarang kita temui mana-mana negara dalam keadaan ekonomi sebegini, kerajaan masih lagi mempertahan dan mengutamakan kebajikan setiap penjawat awam...ini harapan tinggi diberikan kerajaan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Justeru, Azih mahu penjawat awam berusaha meningkatkan produktiviti kerja masing-masing supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

-Bernama.

Monday, January 25, 2016

Malaysia Perlu Pelancongan Massa Dan Pelancongan Mewah - PM Najib

LANGKAWI, 24 Jan (Bernama) -- Malaysia perlukan pelancongan massa dan pelancongan mewah untuk menggiatkan lagi pembangunan ekonomi, dan kerajaan bersedia untuk menjadikannya kenyataan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan perlu menyediakan perancangan untuk memenuhi keperluan bagi kedua-dua kumpulan dan Langkawi, sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di negara ini, boleh menawarkan potensi bagi pelancongan massa dan pelancongan mewah.

"Saya melihat Langkawi sebagai permata yang amat bernilai kepada negara," katanya dalam ucapan pada majlis menyambut ketibaan penerbangan pertama AirAsia dari Guangzhou, China ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiow Lai, anggota Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar.

Najib berkata kerajaan bersedia untuk menarik lebih banyak pelancong termasuk pelancong mewah, dan sebagai kerajaan yang properniagaan, ia mahu melihat lebih banyak sektor swasta memainkan peranan mereka dan menyokong lebih banyak matlamat.

"Rakyat juga perlukan kerajaan seperti ini supaya sektor swasta, Langkawi, Kedah dan negara terus membangun dan kukuh. Ini akan menandakan tahap pertumbuhan dan pembangunan seterusnya di Langkawi," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata usaha untuk menarik lebih banyak pelancong tidak akan berjaya tanpa rangkaian perhubungan ke destinasi pelancongan, seperti Langkawi.

"Disebalik semua tarikan yang ada, kita tidak dapat menjadikannya kenyataan tanpa rangkaian perhubungan. Kemudahan perhubungan merupakan faktor asas dan penting dalam pembangunan pelancongan," katanya.

Susulan Langkawi mampu menarik banyak pelawat, Najib berkata kerajaan percaya akan sentiasa ada permintaan bagi penerbangan terus dari Langkawi.

Perdana Menteri berkata semasa kerajaan menyediakan pelan tindakan pelancongan Langkawi pada 2011, pihak kerajaan telah memikirkan cara bagaimana untuk mencapai sasaran tinggi itu dan peringkat pertamanya amat berjaya.

"Daripada 28 penerbangan sewa khas semasa kami memulakan pelan tindakan pada 2011, hari ini kami mencapai 53 penerbangan sewa khas ke Langkawi. Tetapi hari ini, (penerbangan sulung dari Guangzhou ke Langkawi) merupakan permulaan bagi tahap seterusnya ... mempunyai penerbangan terus. Kita perlukan rangkaian perhubungan ke sektor-sektor utama. China ialah sumber utama pelancongan bagi Malaysia dan juga bagi dunia," katanya.

Najib juga berkata terdapat potensi besar di Langkawi yang masih belum diterokai sepenuhnya dan selain mempunyai lebih banyak penumpang antarabangsa, Langkawi juga perlukan lebih banyak bilik hotel dan kemudahan lebih baik termasuk di lapangan terbang.

"Kita mahu pertumbuhan, kita perlu perancangan untuk itu. Kita tidak mahu pelancong datang ke sini dan berasa kecewa. Kita mahu pelancong datang ke sini dengan perasaan gembira dan mahu datang lagi," katanya.

Penerbangan sulung AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi mendarat dengan muatan sihat sebanyak 92 peratus. Antara tetamu dalam penerbangan itu ialah wakil daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Guangdong dan pengamal media.

Guangzhou ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Wilayah Guangdong di selatan China. Kumpulan pengamal media akan dibawa untuk menikmati tarikan dan keindahan di Langkawi menerusi lawatan anjuran bersama AirAsia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), The Datai Langkawi dan Starwood Hotels Group.

AirAsia ketika ini memegang 60 peratus perkongsian pasaran dalam trafik udara Langkawi dengan mengendalikan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

-Bernama.

Tuesday, January 5, 2016

Cuepacs, Angkasa Anjur Konvensyen Cari Resolusi Terbaik Masalah Pemilikan Rumah

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menganjurkan konvensyen mengenai masalah pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan anggota koperasi Mac ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata konvensyen yang julung kali diadakan itu akan berlangsung pada 1 dan 2 Mac, bagaimanapun lokasinya belum diputuskan lagi.

"Cadangan mengadakan konvensyen ini tercetus bagi mencari resolusi masalah pemilikan rumah yang terus membelenggu rakyat terutamanya penjawat awam.

"Resolusi itu nanti akan dibawa kepada kerajaan supaya kerajaan tahu suara rakyat dari akar umbi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata seramai dua juta daripada lapan juta anggota yang menganggotai 12,500 koperasi di seluruh negara adalah penjawat awam.

Beliau berkata konvensyen itu nanti akan turut membincangkan dan mengambil model negara luar tentang bagaimana kerajaan mereka mengurus dan memastikan rakyat memiliki rumah sendiri.

-Bernama.

Sunday, January 3, 2016

Civil servants, govt pensioners to receive bonuses tomorrow

KUALA LUMPUR: A total of 2.6 million people comprising civil servants and pensioners will receive a windfall in the form of bonuses and a special one-off payment, tomorrow (Jan 4).

In accordance with the announcement made by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak during the tabling of the 2016 Budget last October, the payout will involve an allocation of RM645 million.


This will see 1.6 million civil servants receive a payment of RM500 each, said a statement from the government today. Around one million government pensioners will receive a payment of RM250 each.


Civil servants are also set to receive several other incentives under the 2016 Budget. The measures, set to be implemented on July 1 this year at a cost of RM1.4 billion, will involve among others, an upgrading of service schemes which will benefit 406,000 civil servants. 


The basic starting salary in the civil service, fixed at RM1,200 a month, will benefit 60,000 civil servants. In addition, almost 50,000 pensioners who have 25 years of service under their belt will enjoy a fixed minimum pension of RM950 a month.


Officers on contract who have served at least 15 years will be absorbed into permanent service. This will benefit around 10,000 contract staff.

-nst online.

Friday, January 1, 2016

Cuepacs Hargai Penubuhan Jawatankuasa Untuk Nilai Harga Barang Dan Kos Sara Hidup

KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani isu kos sara hidup.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata jawatankuasa itu diharap mampu memainkan peranan menangani pelbagai perkara yang membebankan rakyat.

"Dalam situasi sekarang kita mahu kerajaan campur tangan dalam banyak hal tentang harga barang yang kian melambung. Kita sudah ada akta pencatutan untuk pastikan peniaga tidak boleh sewenang-wenang mengambil untung yang berlebihan.

"Tetapi sekarang kita lihat saban hari, setiap kali penggal baharu persekolahan dibuka, harga pakaian sekolah naik, barang dapur naik, barang keperluan basah dan kering naik, harga rumah naik, hartanah naik malah harga pengangkutan awam pun turut dinaikkan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung dwitahunan Kesatuan Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu di sini hari ini.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusi beliau sendiri akan ditubuhkan bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos sara hidup.

Jawatankuasa turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Azih berkata selain mengkaji rungutan NGO dan rakyat berkaitan kenaikan kos, jawatankuasa itu juga harus mengkaji kandungan perjanjian yang dahulunya dibuat seperti pembinaan lebuh raya, pembinaan LRT dan sebagainya yang memberi kesan kepada pengguna.

-Bernama.