Thursday, January 31, 2013

Masalah 50,000 kakitangan kontrak ditangani


PUTRAJAYA 30 Jan. - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menangani masalah kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan kerajaan mulai bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, usaha itu perlu kerana hanya tiga jabatan itu mempunyai pegawai dan kakitangan kontrak bagi tempoh perkhidmatan sehingga tiga tahun berbanding jabatan lain yang berstatus sambilan atau sementara.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil pelbagai agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Tiga jabatan tersebut, katanya, adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Penerangan.

"Ada dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun, gaji permulaan yang rendah, tidak memahami skop tugas dan lain-lain berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 120 wakil penjawat awam berstatus kontrak di bawah JPNIN di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan.

Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penjawat awam terbabit sebelum dibentangkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Malah, beliau menambah, jawatankuasa itu juga berperanan mengumpul data berkenaan jumlah sebenar penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan itu.

"Maklumat sedemikian perlu bagi memudahkan perancangan kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh penjawat awam tersebut," katanya.
-utusan/maa.

Wednesday, January 23, 2013

Peluang kenaikan 2-5% penjawat awam gaji statik


PUTRAJAYA 22 Jan. - Penjawat awam yang mengalami gaji statik sebelum ini, dijangka menikmati kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus selepas kerajaan mengumumkan maklumat terperinci mengenai perkara itu bulan depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, unjuran kenaikan sebanyak dua hingga lima peratus itu bagaimanapun masih bergantung kepada kajian teliti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selain mengambil kira beban kewangan yang perlu dipikul kerajaan.

‘‘Saya telah meminta JPA untuk melihat keadaan penjawat yang sampai gaji maksimum. Jika prestasi mereka cemerlang iaitu mencapai 80 peratus ke atas, saya tidak mahu mereka mengalami keadaan gaji statik walaupun bekerja dengan cemerlang.

‘‘Mereka mungkin mengalami kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus bergantung kepada kajian JPA yang akan diumum menjelang Februari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baru kepada penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Selain 4,000 kakitangan sektor awam yang hadir di PICC, amanat Ali turut disiar secara dalam talian melalui Internet kepada penjawat awam yang bertugas di seluruh negara dan luar negara.

Ali berkata, kenaikan gaji untuk penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum adalah selari dengan penyelarasan pencen sebanyak dua peratus setahun yang bertujuan menyeimbang pendapatan dengan keadaan inflasi.

‘‘Kita sekarang mahu melihat rekod perkhidmatan setiap orang (dalam gaji maksimum) dan hasilnya dijangka diketahui pada Februari, kita berharap kadar peningkatan itu sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah inflasi," katanya.
-utusan/maa.

Sunday, January 20, 2013

Promosi Tahun Melawat Malaysia misi nasional


Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor bersalaman dengan orang ramai sewaktu hadir melancarkan Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - MINGGUANN/ IZHAM JAAFAR

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 perlu dijadikan misi nasional bagi mencapai sasaran kedatangan pelancong sebanyak 28 juta orang tahun depan.

Menurut Perdana Menteri, semua pihak iaitu di peringkat Kementerian Pelancongan, agensi dan kerajaan negeri perlu memberi sokongan penuh supaya promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 itu mencapai kejayaan sepenuhnya.

"Kita semua ada peranan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Dari pintu masuk Malaysia, para pegawai imigresen, kastam, pemandu teksi, pekerja hotel, mereka yang berniaga, pengusaha pelancong hatta rakyat Malaysia.

"Kita semua mesti tunjukkan sikap mesra pelancong. Kita mesti pamerkan sikap yakni berikan mereka satu perasaan jika mereka melawat Malaysia, mereka akan diterima dengan layanan cukup mesra dan sopan oleh kita semua," katanya.

Beliau berucap merasmikan Pelancaran Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut Najib, Malaysia kini bukan sahaja memerlukan infrastruktur secara fizikal tetapi memerlukan kemahiran daripada rakyat sendiri iaitu yang sentiasa senyum, ceria, sopan dan mahu membantu pelancong asing.

Katanya, perkara itu bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada di negara ini.

"Kita boleh buat iklan dan promosi tetapi iklan yang paling berkesan ialah apabila pelancong balik ke negara asal, mereka akan kata pengalaman di negara ini sukar dilupakan," katanya.

Najib berkata, Malaysia mempunyai segala-galanya yang sukar ditandingi negara lain dan pakej itu menjadikan negara ini sebagai destinasi cukup menarik untuk pelancong dunia.
Menurutnya, sasaran kedatangan pelancong sebanyak 36 juta orang menjelang 2020 juga dapat dicapai sekiranya semua pihak memberikan tumpuan jitu terhadap bidang pelancongan.

Tambah beliau, Malaysia telah menerima pelbagai pengiktirafan dunia tahun lalu dan perkara itu menunjukkan dasar transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan membuahkan hasil.
-utusan/maa.

Friday, January 18, 2013

Elaun tetap rumah penjawat awam naik kepada RM480?


OMAR OSMAN... Presiden CUEPACS

MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu.

"Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.

Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.
-utusan/maa.

Tuesday, January 15, 2013

KESATUAN BERSAMA ANDA

KESATUAN BERSAMA ANDA
"Isu Shuttle Bus"

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Tuan/ Puan,

Merujuk kepada perkara yang dinyatakan di atas, Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM menjemput SEMUA warga Tourism Malaysia yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan shuttle ke Putrajaya untuk menghadirkan diri ke sesi Taklimat / Perbincangan Khas berkenaan perkhidmatan tersebut. Sesi berkenaan akan diadakan pada ketetapan di bawah:

TARIKH :  16 JANUARI 2012

MASA     : 12.00 tengahari – 01.00 petang

TEMPAT :  Aras 16, BILIK MESYUARAT UTAMA

Kerjasama tuan/ puan adalah diminta untuk hadir tepat pada masa bagi memastikan kelancaran program tersebut. Harap maklum, penglibatan tuan / puan akan menjadi faktor utama bagi penawaran perkhidmatan shuttle tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah dihargai.


Sekian, terima kasih

Thursday, January 10, 2013

Bilik Laktasi @ Tourism Malaysia




-BSMP, Tourism Malaysia.

It’s a breach of work ethics to FB at work, not graft


PUTRAJAYA: Surfing on social media sites or engaging in personal matters during work hours is a breach of work ethics, not a form of corruption.
In clarifying a statement attributed to her name in media reports recently, MACC deputy chief commissioner Datuk Sutinah Sutan said she did not say that Facebooking during office hours was a form of graft.
Instead, Sutinah said engaging in personal tasks during work hours was an act of “curi tulang (shirking from official duties)” that went against good work principles.
“We know that corruption can manifest itself in many forms, such as in instances of conflict of interests and bribery.
“(But) to curi tulang is not a form of corruption. It’s a manifestation of a wrongdoing that violates ethics and work culture,” Sutinah said after witnessing the signing of the corporate integrity pledge by the Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) here yesterday.
On Sunday, Sutinah was quoted in the news as saying that civil servants and staff of government-linked companies surfing on social media or engaging in personal matters during work hours might be categorised as having committed corruption.
Separately, on the corporate integrity pledge, Sutinah said 161 private and public sector organisations had signed and committed to the pact.
She reminded these companies to abide by the five principles of the pledge: to promote values of good governance and integrity; strengthen internal mechanisms against corruption; comply with the law to fight corruption; curb any form of graft; and support anti-graft initiatives mooted by the Government and MACC.
-thestar/maa.

Monday, January 7, 2013

Tiga hala tuju perlu dilaksana penjawat awam - PM


PUTRAJAYA 7 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga hala tuju yang perlu dilaksanakan penjawat awam pada 2013 bagi memastikan negara terus cemerlang.

Hala tuju tersebut ialah mengekalkan perpaduan nasional dan jati diri berpaksikan gagasan 1Malaysia dalam diri setiap rakyat, memastikan ketetapan yang dibuat dalam Bajet 2013 dilaksanakan dan meneruskan agenda transformasi negara yang terbukti berkesan untuk pertumbuhan ekonomi negara.
-utusan/maa.

Sunday, January 6, 2013

MACC: Facebooking during office hours a form of graft

MALACCA: Civil servants and staff of government-linked companies (GLCs) surfing social media or engaging in personal matters during working hours may be categorised as having committed corruption, said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“For instance, if a person spends three hours during his or her stipulated working hours for personal tasks, it can be deemed a form of corruption as the Government trusts and pays its employees to fully utilise the working period to complete tasks relating to the respective jobscope,” said MACC deputy chief commissioner Datuk Sutinah Sutan.
This also applied to those who surfed Facebook or other forms of social media, as such actions could be considered as straying from their job specifications, she said after witnessing the signing of the corporate integrity pledge by Kumpulan Melaka Berhad (KMB) at a hotel here yesterday.
KMB is the first state government agency to sign the pledge aimed at creating a business environment free from corruption and upholding anti-graft principles.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam was the guest of honour at the event.
Sutinah said the act of engaging in other personal tasks during work hours could be considered as contravening the employment contract and culprits could face disciplinary action if initiated by respective disciplinary boards.
She noted that although such offences were not covered under the MACC Act, the commission could advise the disciplinary board on the types of actions to be meted out against errant staff of such government departments and GLCs.
Meanwhile, Sutinah confirmed that the commission had started screening general election candidates following the request from both Barisan Nasional and the Opposition.
Meanwhile, Cuepacs president Datuk Omar Osman urged civil servants to give priority to their duties during working hours.
“While social media is a good way to encourage people to be more tech-savvy and updated on current affairs, civil servants should dedicate their work hours to their respective ministry, department or agency,” he said.
He also proposed a proper mechanism to define what websites, if surfed by a civil servant during working hours, could be considered straying from their job specifications.
“There should be clear guidelines, not only for the workers to understand what actions can be penalised, but also for the disciplinary committee to determine what is within the job scope and what is not,” he said.
-thestar/maa.

Kaji gaji maksimum


KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kadar kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum dinaikkan sebanyak lima hingga 10 peratus.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, peratusan kenaikan itu berdasarkan jumlah penjawat awam yang mencapai gaji maksimum tidak ramai iaitu kurang dari 300,000 orang.
''Kajian mengenai kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum ini sudah lama dinantikan mereka yang terlibat dan kami mengharapkan tahun 2013 akan memberikan berita baik kepada golongan tersebut.

''Namun, CUEPACS berharap mekanisme kenaikan itu tidak boleh dibuat secara pukul rata bagi memastikan keadilan kepada semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Omar, pihaknya mencadangkan kenaikan sebanyak lima peratus diberikan kepada kumpulan pengurusan profesional dan 10 peratus bagi kumpulan pelaksana dalam gred satu hingga 40.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum selaras dengan keperluan semasa dan peningkatan kadar inflasi.

Inisiatif itu, katanya, akan diteliti terlebih dahulu selepas pihaknya menerima laporan khas yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelang pertengahan bulan ini.

Kata beliau, selepas pihak JPA menerima laporan daripada suruhanjaya, mereka akan mengkaji penemuannya sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada kerajaan.
-utusan/maa.

Friday, January 4, 2013

KSN minta ketua jabatan turun padang sekurang-kurangnya sebulan sekali


SEREMBAN 4 Jan. - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan supaya kerap turun padang agar dapat memahami keadaan persekitaran kerja penjawat awam dan masalah pelanggan di bawah jabatan masing-masing.

Beliau berkata, usaha turun padang juga adalah kaedah yang lebih baik untuk melihat sendiri secara langsung keadaan dan kebajikan penjawat awam yang memberikan perkhidmatan.

"Saya berharap mulai tahun ini, semua ketua jabatan akan lebih kerap turun padang atau sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penjawat awam Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, hari ini.
-bernama/maa.