Thursday, March 14, 2013

Bina rumah penjawat awam atas tanah negeri


KUCHING 13 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan setiap kerajaan negeri memanfaatkan tanah milik masing-masing dengan membina rumah kos rendah khusus untuk penjawat awam.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, buat masa ini masih ramai penjawat awam tidak mampu membeli rumah sendiri berikutan harganya melambung naik.

Katanya, pembinaan rumah di atas tanah milik kerajaan negeri mampu dijual dengan harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

“Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa baru-baru ini mengumumkan kerajaan bercadang membina rumah untuk penjawat awam di atas tanah milik kerajaan di Putrajaya. 

Kosnya pula 25 peratus lebih murah dan bagi kami, cadangan itu amat baik serta perlu disokong.

“Kita harap kerajaan-kerajaan negeri pun mengambil inisiatif sama dengan membina rumah di atas tanah milik masing-masing supaya dapat kurangkan kos beli tanah dan dijual lebih murah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Yim Pheng menggesa kerajaan mengkaji semula semua jenis elaun termasuk imbuhan tetap perumahan dan bayaran insentif wilayah untuk Sabah dan Sarawak menerusi Sistem Saraan Transformatif (SST) yang diperkenalkan baru-baru ini.

Katanya, berdasarkan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat, elaun dan insentif berkenaan perlu dikaji semula termasuk menaikkannya sekitar 10 hingga 15 peratus berbanding kadar sedia ada.
-utusan/maa.

Tuesday, March 12, 2013

Cuepacs: 80,000 civil servants not upgraded in scheme

KUALA LUMPUR: Cuepacs has expressed disappointment that the new Transformative Remuneration System (SST) failed to upgrade around 80,000 civil servants in the technical, agriculture and forestry sectors.


Its president Datuk Omar Osman said Cuepacs expected the upgrade for these sectors to be announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in his address at the 13th National Gathering of Civil Servants in Putrajaya yesterday.

Omar said an additional 166,000 civil servants ranked between grades one to 10 were also not upgraded.

“Many of our members present at the gathering expressed disappointment that they were left out. We have decided to send a protest letter to the PM and Chief Secretary to the Government tomorrow afternoon,” he said after an emergency meeting with the sector representatives yesterday.

Omar explained these were not new demands by Cuepacs as it had lobbied for better service schemes for those in these sectors for over 10 years.

“If the Government agrees, it will definitely inject a new spirit into the civil servants,” he said.

Omar hopes to receive a reply from the Government before April 5, as Cuepacs will hold a protest against the Public Service Department that day if nothing was done.

Cuepacs vice-president (technical sector) Suhaimi Othman said the Government had been promising to upgrade the technical service scheme since 1985.
-thestar/maa.

Monday, March 11, 2013

CUEPACS sambut baik pengumuman PM


PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bergurau dengan Omar Osman pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) bertemakan "Transformasi Perkhidmatan Awam, Merialisasikan Wawasan 2020" di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. - BERNAMA


PUTRAJAYA 11 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, berita baik tersebut sememangnya dinanti-nantikan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan diyakini mampu menjadikan mereka lebih produktif.

"Penjawat awam diingatkan supaya meningkatkan produktiviti dan mengikut saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

"Iaitu jangan rasuah, menyalah guna kuasa dan jangan menyampaikan maklumat ke luar daripada lingkungan kita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman berita baik Perdana Menteri untuk penjawat awam sempena MAPPA XIII.

Menurut Omar, pihaknya bersetuju dengan langkah kerajaan menyelaraskan gred gaji pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Perkhidmatan Awam Am.

Beliau berkata, langkah drastik kerajaan itu perlu untuk menghormati peranan yang dimainkan oleh anggota keselamatan selama ini.

"Selepas ini ramai yang akan menyertai tentera dan polis disebabkan langkah penyelarasan ini," katanya.
-utusan/maa.

SST - sistem saraan baru perkhidmatan diumum


Perdana Menteri, Najib Tun Razak (kiri) menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) bertemakan "Transformasi Perkhidmatan Awam, Merialisasikan Wawasan 2020" di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini. - BERNAMA

PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.

"Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.

MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.

"Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

"Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang," katanya.

Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.

"Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima.

"Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.

Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik.
-utusan/maa.

Kenyataan Akhbar KSN Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13


KENYATAAN AKHBAR
YBHG.  DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013
PADA 11 MAC 2013
 KESETARAAN PANGKAT PERKHIDMATAN ATM, PDRM DENGAN GRED PERKHIDMATAN AWAM AM
 1.      Kerajaan akan terus merencana program-program bagi meningkat produktiviti Perkhidmatan Awam serta motivasi kerja penjawat awam. Sebagai sebuah  kerajaan yang cakna, ia komited kepada keperluan semasa dalam memberi nilai tambah kepada skim-skim perkhidmatan seiring arus perdana. Maka, mengambil kira bahawa Perkhidmatan Awam Am telah ditambah baik di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan lapisan-lapisan gred jawatan/ gred gaji, Kerajaan bersetuju supaya pangkat-pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan/ gred gaji Perkhidmatan Awam Am serta perubahan skop fungsi tugas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013. Bilangan anggota dan pegawai yang terlibat bagi ATM ialah seramai 123,983 dan bagi PDRM ialah seramai 109,209.
2.      Kesetaraan ini bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan.
KELAYAKAN MASUK MINIMUM KE PERKHIDMATAN AWAM DITAMBAH BAIK DAN GRED 1-10 DINAIK TARAF
 3.      Institusi Perkhidmatan Awam yang utuh dan padu seharusnya mempunyai modal insan yang kompeten seiring dengan peta panduan yang diatur dalam merealisasikan wawasan negara. Seiring zaman, landskap Perkhidmatan Awam bakal berubah di mana Kerajaan bersetuju secara prinsipnya supaya kelayakan masuk minimum ke Perkhidmatan Awam ditambah baik dan ditetapkan pada kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya dimaklumkan bahawa JPA telah mula mengadakan engagement dengan Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan yang terlibat bagi penambahbaikan 22 skim perkhidmatan yang berkaitan dari segi perluasan skop fungsi tugas yang sewajarnya. Contoh skim perkhidmatan yang terlibat antaranya adalah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3. Proses engagement dalam memuktamadkan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan tersebut dijangka akan selesai sebelum akhir tahun ini. Dengan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan berkenaan maka dari segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan menerima manfaat dari segi laluan kerjaya yang lebih baik dan sewajarnya peningkatan dalam gred gaji.
SKIM-SKIM PERKHIDMATAN DITAMBAHBAIK
4.      Dalam usaha berterusan bagi menyediakan kerangka kukuh yang relevan dan menyeluruh, serta seiring dengan Program Transformasi Perkhidmatan Awam, Kerajaan turut bersetuju untuk mengkaji semula skim-skim perkhidmatan dalam sektor awam. Sebagai permulaan,
81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingi semula dengan Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan yang terlibat. JPA telahpun mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan yang melibatkan antaranya skim perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan Pegawai/ Penolong Pegawai dan Pembantu Galian, serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.
KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED KUMPULAN PELAKSANA
5.      Kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat time-based daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Pelaksanaan penambahbaikan ini adalah berasaskan kecemerlangan pegawai yang akan memberi manfaat kepada lebih 17,000 pegawai yang layak. Kriteria penilaian kecemerlangan pegawai yang menjadi asas untuk pertimbangan kenaikan pangkat time-based ini akan dimuktamadkan bersama dengan semua pihak berkepentingan.
PERLUASAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT
6.      Di samping itu, Kerajaan juga secara prinsip bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu, Kenaikan Pangkat Laluan Pantas (Fast Track), Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang (Subject Matter Expert) dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi (High Skills) dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka panjang. Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperinci sebelum dilaksanakan.
STRUKTUR GAJI MAKSIMUM DITAMBAH BAIK
7.      Dengan mengambil kira terdapat seramai 182,434 penjawat awam yang berada di gaji maksimum pada tahun 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan, maka Kerajaan bersetuju berkuat kuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) ditambah baik dengan 3 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Ini bagi membolehkan semua pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah Pergerakan Gaji Tahunan mulai tahun 2013, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. Pendekatan Kerajaan ini  adalah sebagai menghargai penjawat awam yang masih produktif dan berprestasi. Semoga inisiatif ini dimanfaatkan oleh penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara. 'Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang akan diperolehi oleh penjawat awam adalah pada kadar mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing seperti contoh, untuk Perkhidmatan Awam Am seperti berikut:Gred 1 sebanyak RM80.00, Gred 17 sebanyak RM95.00, Gred 41 sebanyak RM225.00 dan Gred 54 sebanyak RM320.'
8.      Bagi penjawat awam yang belum mencapai gaji maksimum, mereka akan menikmati Pergerakan Gaji Tahunan sebagaimana biasa.
PEMBETULAN STRUKTUR GAJI
9.       Memahami permasalahan struktur dan anomali gaji yang dihadapi dalam SSM, antaranya kadar KGT Gred 1 hingga Gred 11 yang sama, dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, secara prinsipnya Kerajaan bersetuju penambahbaikan dilaksanakan sebelum akhir tahun 2013 berpandukan kepada prinsip-prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja, relativiti dan pariti perkhidmatan serta pay for performance.
FAEDAH BERIKUTAN PEMBETULAN STRUKTUR GAJI
10.    Mengambil kira usaha-usaha penambahbaikan tersebut hanya akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini, maka Kerajaan bersetuju untuk memberi kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak 1 KGT yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Ini sejajar dengan falsafah yang dipegang oleh Kerajaan yang senantiasa menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada negara.
11.    KGT yang akan diperolehi adalah pada kadar mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing seperti contoh untuk Perkhidmatan Awam Am seperti berikut:
Gred 1
=
RM80.00
Gred 17
=
RM95.00
Gred 41
=
RM225.00
Gred 54
=
RM320.00
PERGERAKAN GAJI KHAS
12.   Sebagai satu dasar, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan gaji dibuat, Kerajaan dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3% diberi kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum, tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.
PENYAMBUNGAN TEMPOH PEGAWAI KONTRAK
13.    Akhirnya, Kerajaan bersetuju bagi pegawai yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, kontrak mereka akan disambung selama setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
11 MAC 2013
-maa.

Civil servants to get one annual increment on July 1


Najib addressing the civil servants at the gathering in Putrajaya. Najib addressing the civil servants at the gathering in Putrajaya.
PUTRAJAYA: All civil servants will receive a salary movement benefit of one annual increment, to be paid out on July 1 this year.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who made the announcement, said this would mean every civil servant would receive between RM80 and RM320.
"This measure will involve an expenditure of RM1.5bil," he said at the "Transforming the Civil Service, Realising Vision 2020" gathering here.
The prime minister also said that effective Jan 1 this year, three additional annual increments would be provided after the maximum salary on the salary schedules.
This will benefit some 180,000 civil servants.
According to Bernama, the initiatives were part of the New Remuneration System, which would now be known as the Transformative Remuneration System (SST).
Najib said that in the event there was no salary adjustment or review to ensure that civil servants remained productive and performed well, the government agreed to give a special salary movement of three per cent to those on the maximum salary, provided they met the conditions of the stipulated annual salary movement and performance.
The prime minister also had good news for the almost 50,000 contract officers whose service would end on Dec 31 this year.
He said their service would be extended by another year pending an overall study.
-thestar/maa.

Friday, March 8, 2013

CUEPACS harap berita gembira


SHAH ALAM 7 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ada berita gembira yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kakitangan awam pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya pada 11 Mac ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4 juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yang dijadual menghadiri pertemuan tersebut.

''Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.

''Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.

Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.

Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.

''Adalah penting tuntutan-tuntutan itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti," katanya.
-utusan/maa.