Thursday, March 29, 2012

KEDUDUKAN SIDEK, ABU BAKAR CETUS PERSOALAN

PUTRAJAYA 28 Mac - Spekulasi bertiup kencang di Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini berhubung kedudukan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Mereka yang dimaksudkan ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Abu Bakar ketika dihubungi hari ini tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

Pergabungan dengan CUEPACS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Kesatuan telah menerima surat berkenaan pergabungan dengan CUEPACS iaitu semalam, surat bertarikh 12 Mac 2012. Dengan itu dimaklumkan bermula 23 Februari 2012 dengan rasminya Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM telah berada dibawah CUEPACS.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 28, 2012

Cuepacs mahu gred perkhidmatan turut disemak

SHAH ALAM 28 Mac – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman hari ini berkata, semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata, pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

-Bernama/maa.

Saturday, March 24, 2012

CUEPACS gesa JPA keluar pekeliling

2012/03/24

NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tetapi pihaknya masih menunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.
“Selagi pekeliling belum keluar, semua agensi tidak boleh membuat kiraan gaji untuk membayar dan kita pekeliling itu mesti selesai hujung bulan ini,” katanya selepas menyampaikan wacana bertajuk ‘Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Pada 8 Mac lalu, Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.

Mengulas penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata, ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja daripada 23 kesatuan sekerja bernaung di bawah CUEPACS. –BERNAMA

Railway union against privatisation of KTMB

KUALA LUMPUR: The Railwaymen's Union of Malaya has called on the government to revert Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) to its public status or maintain it in its present form, as all privatisation efforts so far have failed.

Union president Abdul Razak Md Hassan cited Konsortium Marak Unggul Sdn Bhd's management takeover between 1997 and 2002 as an example saying that the episode proved private companies were incapable of managing KTMB efficiently.

"It was a chaotic period in KTMB at the time and many non-executive staff were treated as "surplus" which led to conflicts between the union and management of Marak Unggul until their contract was terminated," he remarked in a statement on Friday.

He added that the union has been given to understand that MMC Corporation Berhad is conducting a due diligence on KTMB before its proposed offer to take over the company.

Abdul Razak emphasised that the union saw no advantage in MMC going ahead with the takeover and all the hype about a RM1bil capital injection was no big deal.

The sum was insufficient to buy a 38 set commuter which cost RM1.8bil, let alone the whole of KTMB, and it did not even include other costs or the multi-billion ringgit debt owed to the government, he asserted.

Furthermore, he elaborated that KTMB was a public company which provided a social service to the people through its cheap, comfortable and safe mode of transport, especially to those from the lower income group.

"The move to allow KTMB to be taken over is detrimental to the people, especially those in the low income bracket, as it would be impossible for a private entity to maintain existing fares and any increase would burden them," he said.

Abdul Razak hoped that the government would reject proposals by MMC or any other company to take over KTMB and instead focus on better services to the lower income group.

He registered the union's objection to MMC's due diligence and appealed to the Ministry of Finance to order a halt immediately for the sake of its staff and passengers.

-Bernama/maa.

Cuepacs wants speedy issuance of circular on new salary adjustments

NILAI: Cuepacs wants the Public Service Department (PSD) to issue a circular on the new salary adjustments under the Malaysian Remuneration System (SSM), at the latest, by end of this month.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said the circular should be sent to ministries, departments and agencies to allow them to pay the adjusted salaries by next month.

"The prime minister has announced the salary adjustments of between seven and 13 percent but we are waiting for the circular to allow departments and agencies to calculate the quantum of the new salary.

"As it is, the PSD has yet to issue any circular," he said after delivering a lecture on the service scheme for institutions of higher learning, here Friday.

On March 8, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak announced the scrapping of the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) and the reintroduction of a much-improved SSM. Omar said if there was a delay in issuing the circular, it would make it difficult for government agencies to calculate the new salary and would result in having to pay high amount arrears in the future.

On the setting up of a commission to carry out a comprehensive study on the country's public service, also announced by the prime minister, Omar said this should also be set up at the latest by end of this month so that it could start convening its sessions by next month.

He said that Cuepacs had paperwork ready from 23 affiliate members, including from the armed forces and police, which it would discuss with the commission.

Omar said Cuepacs hoped that the matter could be resolved in three months after which a new scheme could be introduced to replace the SSM.

-Bernama/maa.

Thursday, March 22, 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG (PENGISIAN BAGI KAKITANGAN TOURISM MALAYSIA SAHAJA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,


Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari mengenai perkara di atas.

2. Pelawaan pengisian jawatan kosong ini adalah dibuka kepada semua pegawai/kakitangan Tourism Malaysia sahaja yang bertaraf jawatan secara tetap, kontrak dan sambilan bagi pengisian jawatan berikut:


i).Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 Tetap

ii).Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 Tetap

iii).Pembantu Setiausaha Pejabat N17 Tetap

iv).Penolong Pegawai Tadbir N27 Tetap

v).Jurufotografi B31 Tetap

3. YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang berminat dan memenuhi kelayakan sepertimana yang disyaratkan di dalam skim perkhidmatan gred jawatan yang sedang berkuatkuasa adalah dipelawa untuk memohon. Permohonan mestilah menggunakan borang permohonan jawatan yang dilampirkan. Disertakan juga syarat-syarat Skim Perkhidmatan untuk rujukan.

Pegawai-pegawai yang telah lulus Peperiksaan Khas (KPSL) boleh membuat permohonan dengan mengemukakan sesalinan keputusan KPSL.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dikepilkan dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia) pada atau sebelum 30 Mac 2012 untuk tindakan Bahagian ini selanjutnya.

ARAHAN :

i) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kanan atas sampul surat.

ii) Satu (1) borang permohonan untuk satu (1) permohonan jawatan. Borang permohonan boleh download disni http://corporate.tourism.gov.my/downloads/borang_permohonan.pdf

iii) Hanya borang permohonan yang LENGKAP diisi beserta sijil layak disenarai pendek.

Sekian, dimaklumkan.

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran

Wednesday, March 21, 2012

TEKNOLOGI BANTU URUS SISTEM PERJAWATAN

Berita Harian
Oleh Kamaruddin Mohd Said
2012/03/17




Kewujudan data saraan komprehensif selesai isu berkaitan penjawat awam

APABILA skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada 1 Januari lalu, banyak pihak menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka. Ini ialah kerana SBPA jelas memberikan lebih banyak ganjaran gaji kepada penjawat awam yang berada pada gred gaji tertinggi (kumpulan utama), berbanding mereka yang berada pada gred gaji sederhana dan rendah kumpulan pelaksana dan pengurusan. Hal ini terjadi kerana SBPA digubal tanpa membabitkan kesatuan pekerja perkhidmatan awam. Prinsip kedua yang terpancar ialah bahawa walaupun ada perbezaan pandangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan CUEPACS berkaitan formula SBPA ini, perbezaan pendapat ini disuarakan dengan penuh kesopanan.

CUEPACS mencadangkan supaya SBPA dikaji semula dan selepas menerima memorandum daripada CUEPACS dan ribuan komen serta aduan daripada penjawat awam, kerajaan menubuhkan kumpulan petugas yang diberi tanggungjawab meneliti semula cadangan SBPA itu.

Pendapatan penjawat awam dikira berdasarkan tiga perkara: jadual gaji matriks, jadual gaji minimum-maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan gred jawatan. Selain itu, Skim Saraan Malaysia (SSM) mengguna pakai konsep ‘anugerah perkhidmatan cemerlang’ dan ‘anjakan gaji’ sebagai ganjaran yang diberikan kepada penjawat awam berprestasi tinggi.

Sesungguhnya penjawat awam di Malaysia berada di bawah satu sistem pengurusan perjawatan yang kompleks. Ini ialah kerana skim perkhidmatan awam Malaysia mempunyai banyak ‘kumpulan perkhidmatan’, ‘klasifikasi perkhidmatan’ dan jadual ‘gred gaji’.

Oleh itu, sebarang skim saraan baru yang ingin dilaksanakan akan mengganggu, malah menggugat dinamik kedudukan penjawat awam dalam kumpulan perkhidmatan, klasifikasi perkhidmatan dan gred gaji ini.
Selain itu, dengan cara memberikan peratusan pelarasan gaji lebih tinggi kepada penjawat awam dalam kumpulan gred gaji 1 hingga 54, iaitu sebanyak 13 peratus daripada gaji sedia ada dan antara tujuh hingga sembilan peratus kepada kumpulan JUSA ke atas, kadar pelarasan gaji ini membayangkan penggunaan prinsip peratus kenaikan yang lebih bagi golongan berpendapatan rendah dan peratus kenaikan yang kurang bagi golongan berpendapatan tinggi.

Kadar kenaikan gaji tahunan bagi penjawat awam gred 1 hingga 54 ialah antara RM80 hingga RM320 setahun. Keputusan ini boleh dianggap mempunyai landasan prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi semua penjawat awam.

Tidak dapat dinafikan bahawa jurang gaji di kalangan penjawat awam ini akan wujud berterusan. Ini juga ialah kerana penentuan gred gaji dan kenaikan gaji tahunan dikira berdasarkan prinsip meritokrasi, terutama meritokrasi kelayakan akademik.

Maksudnya, semakin tinggi kelayakan akademik seseorang, semakin tinggilah gaji yang diberikan kepada kakitangan awam.

Prinsip ini diiktiraf oleh komuniti penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam berkelayakan tinggi biasanya memperlihatkan keupayaan setimpal dengan kelayakan akademiknya.

Selain itu, penjawat awam berkelulusan tinggi ini juga perlu membayar kembali kos pengajian tinggi yang mereka tanggung. Oleh itu, kewajaran memberikan mereka kadar gaji lebih tinggi jarang sekali dipersoalkan.

Ada beberapa isu penting di kalangan penjawat awam yang memerlukan langkah penyelesaian jangka panjang, iaitu menerusi penubuhan suruhanjaya semakan skim perkhidmatan.

Satu daripada isu besar ini adalah berkaitan dengan kedudukan penjawat awam yang layak dinaikkan pangkat, tetapi jabatannya tidak mempunyai peruntukan jawatan bagi pangkat berkenaan.

Keadaan ini terjadi kerana jawatan dalam perkhidmatan awam mempunyai terlalu banyak ‘klasifikasi perjawatan’ yang bilangannya terhad. Oleh itu, bagi penjawat awam yang berhadapan dengan klasifikasi kekosongan jawatan untuk kenaikan pangkat akan terus terperangkap dalam sangkar jawatannya yang tidak mempunyai laluan kerjaya terbuka.

Hal ini menyukarkan urusan pengurusan sumber manusia di pelbagai peringkat dalam perkhidmatan awam.

Satu perkembangan positif yang akan membantu memperkemaskan pengurusan perjawatan awam di Malaysia ialah kewujudan sistem Selenggara Skim Perkhidmatan dan Fungsi yang dibangunkan oleh JPA baru-baru ini.

Di bawah sistem ini, pakar saraan mempunyai cara yang lebih cekap untuk menyelenggara gred gaji, termasuk menambah gred gaji baru atau mengemas kini serta menghapus gred gaji yang sedia ada, berdasarkan maklumat terkini dan tersepadu.

Dengan cara ini, setiap usaha untuk melaksanakan pelarasan gaji atau menggubal satu skim perkhidmatan, akan dibantu oleh kewujudan data saraan komprehensif.
Nampaknya, pengurusan sistem perjawatan dalam perkhidmatan awam yang kompleks ini memerlukan bantuan teknologi pengurusan maklumat yang canggih. Perkara berkaitan keadilan dan kesaksamaan bagi setiap orang penjawat awam juga akan dapat ditangani dengan menggunakan teknologi pengurusan maklumat yang canggih.

Penulis ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan ahli Majlis Profesor Negara

Tuesday, March 20, 2012

Top civil servants paid under scrapped scheme agree to return money

PUTRAJAYA: Top tier civil servants have received new monthly salaries, believed to be ranging between RM35,000 to RM60,000, under the scrapped Public Service New Remuneration Scheme (SBPA).

However, the 36 Premier Service Category employees have agreed to return the amount not due to them in line with the implementation of an improved Malaysian Remuneration System (SSM), said Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

The SBPA had raised the ire of the 1.4 million-strong civil service as it would have benefited top government servants, leaving the rest with paltry salary hikes.

“As responsible civil servants, they have agreed to return (the money) as per what was announced by the Prime Minister on the SSM.

“More than half of them have returned the money, while some could not yet do it as they are overseas,” Mohd Sidek told reporters after speaking at the inaugural Chief Secretary Annual Lecture series at the Putrajaya International Convention Centre on Tuesday.

The SBPA was to be implemented from Jan 1 this year but was cancelled on Mar 8, after Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razakannounced that it would be replaced with the SSM following protests from civil service unions.

It was revealed that under the SBPA, the Chief Secretary would draw a salary of RM60,000 while those in the Premier Service category would get RM36,000 - a vast difference from those in the lower grades, some of whom would only get increments as low as RM1.70.

Instead of a vast pay jump suggested for top tier workers, the improved SSM is expected to give all civil servants salary increases of between 7% and 13%.

On Monday, Cuepacs president Datuk Omar Osman said the commission set up to improve the SSM salary scheme is expected to start work next month once the Government decided on the composition of the board.

-Bernama/maa.

Monday, March 19, 2012

MBJ bil.1/2012

Dimaklumkan bahawa MBJ bil.1/2012 akan diadakan pada 30 Mac 2012. Kepada semua ahli yang ingin mengusulkan perkara-perkara berbangkit untuk dibawa ke MBJ tersebut bolehlah diemailkan kepada haslina@tourism.gov.my. Walau bagaimana pun perkara tersebut akan dibincangkan dulu bersama AJK Union sama ada sesuai atau tidak untuk dibawa ke MBJ tersebut.Sekian,terima kasih.cc blog FB Union

Monday, March 12, 2012

ANGKAT IMEJ PERKHIDMATAN AWAM

TENGAH hari selepas pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Khamis lalu, saya berkesempatan bersembang dengan tiga orang penjawat awam. Riak wajah mereka ceria. Rancak bertukar cerita sesekali disulami gurauan. Kata mereka, peniaga tentunya kumpulan paling gembira. Naik gaji maknanya ada peluang naikkan harga barang. Naik gaji ertinya kuasa membeli kalangan 1.4 juta penjawat awam bertambah. Luahan kata hati mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan 13 peratus itu adalah milik peniaga di luar sana. Di akhir perbualan, kami menyimpulkan tajuk perbualan - SBPA, baru bermula sudah berakhir.

SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara.

Keterujaan lebih 1.4 juta kakitangan awam berkisar kepada soal imbuhan. SBPA disanggah kerana kenaikan gaji yang amat tidak setara sehingga mewujudkan senario dua darjat antara kumpulan sokongan dengan pengurusan terutamanya Jawatan Utama Sektor Awam dan Turus.

Saya pernah mengajukan perihal perkembangan perkhidmatan awam kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji. Biar pun tajuk temuramah ketika itu tertumpu kepada siri syarahan perdana Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, soal peningkatan kualiti perkhidmatan awam tidak dilepaskan begitu sahaja.

Berulang kali Ahmad Sarji menekankan tentang kualiti penjawat awam yang menjadi penentu mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Beliau bercakap soal ketegasan dan rasa hormat terhadap perkhidmatan awam yang perlu dipelihara. Sebolehnya jangan ada ruang untuk kegagalan, pada masa yang sama laluan terhadap penambahbaikan mesti sentiasa terbuka.

Perkhidmatan awam bukan semata-mata gaji dan imbuhan. Komitmen, cekap, ikhlas, jujur umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna bukan pelangi namanya. Jaluran pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Sebab itu apabila bercakap tentang perkhidmatan awam, bukan hanya soal gaji. Bukan berapa peratusan pelarasan, bukan juga siapa dan apa yang mereka peroleh semata-mata. Hakikatnya perkhidmatan awam yang ramai anggotanya amat eksklusif sehinggakan martabatnya perlu dipelihara. Jika ada rungutan atau aduan tentang kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam maka martabatnya jatuh.

Dalam erti kata lain perkhidmatan awam mesti bernafas seiring dengan arus kemajuan dan pembangunan. Kepesatan negara menuntut pemain-pemain di dalam perkhidmatan awam bergerak pantas, bersifat responsif, peka kepada tuntutan semasa, kreatif, inovatif dan pelbagai lagi. Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan sektor awam hidup tanpa ada tarikh luputnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menekankan tentang peri penting penjawat awam beralih dari tradisi birokrasi. Memperkatakan tentang sektor awam maka istilah paling popular atau sinonim adalah birokrasi dan hierarki yang merimaskan.

Perkara itu pernah diakui bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dalam kesempatan menemui beliau akhir tahun lepas. Beliau melahirkan rasa pelik tentang birokrasi keterlaluan - sekeping surat pekeliling akan turun naik dari ketua jabatan ke pengarah, ketua pengarah, ketua setiausaha yang kemudiannya turun semula mengikut carta aliran sebelum boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Prosedur ketat dan lapisan hierarki yang keterlaluan melambatkan proses penyampaian maklumat sehingga tindakan segera tidak dapat dilaksanakan tentunya mematikan keberkesanan penyampaian awam.

Fleksibel

Untuk membolehkan malar segarnya sektor awam sebagaimana pihak korporat dan swasta maka tentunya segala amalan ketat mesti diubah menjadi lebih fleksibel supaya dapat memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah terutamanya dalam keadaan di luar jangka. Contoh paling mudah kesesakan jalan raya luar biasa di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin. Kejadian itu cukup untuk semua pihak mengukur sejauh mana cekap, responsif dan fleksibelnya perkhidmatan awam di negara ini yang mana kakitangannya baru saja menerima berita gembira 13 peratus pelarasan gaji. Sejauh mana kreatif serta inovatifnya jabatan terlibat dalam menangani kesesakan yang menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. Perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja di pejabat. Biar pun perkhidmatan di kaunter awam diakui semakin meningkat namun dalam menangani keadaan di luar jangka yang melibatkan sektor awam, kelemahan masih ketara.

Perubahan sektor awam supaya lebih kreatif, responsif dan pelbagai lagi itu bertujuan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang lebih kemas dengan saiz anggota yang sesuai. Jangan pula umpama tikus membaiki labu, apabila perubahan yang dibuat hanya mengisi ruang-ruang yang sebenarnya tidak diperlukan dan akhirnya menambah birokrasi dan hierarki. Dalam sektor awam menuju fleksibiliti, mereka kembali kepada tradisi yang akan membunuh kecekapan sektor awam itu sendiri. Seperkara lagi yang sering menimbulkan rajuk kakitangan awam apabila jawatan baru diwujudkan, yang mengisinya adalah orang luar. Kewujudan kategori premier dalam SBPA amat jelas menjurus ke situ apabila jawatan itu turut dibuka kepada orang luar seolah-olah menafikan kebolehan penjawat awam itu sendiri.

Ingatlah kepada piagam pelanggan yang menghiasi dinding-dinding di jabatan awam. Setiap sen yang diperoleh baik menerusi Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia mahu pun SBPA yang hanya sebulan usianya perlu berlandaskan mutu perkhidmatan kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.

Pembatalan SBPA perlu disusuli dengan penambahbaikan mindset penjawat awam sejajar dengan peranan sebenar sektor awam yang hakikatnya sangat penting jika mahu dibandingkan dengan sektor-sektor lain yang agak terhad fungsinya.

Paling penting setiap perubahan yang hendak diperkenalkan mesti benar-benar difahami dan menjalani proses perbincangan berterusan. Sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan terutama jika melibatkan keseluruhan penjawat awam maka beri penerangan dan buka ruang untuk maklum balas. Jangan nanti terjadi seperti mana pelaksanaan SBPA yang prosesnya berlangsung secara senyap dan sulit tetapi pantas sehingga akhirnya apabila tembelang pecah baunya tidak dapat ditahan. Tentunya ada yang tidak betul dalam perjalanan SBPA sehinggakan bantahan terhadap pelaksanaannya tidak dapat ditahan membawa kepada pembatalan Khamis lalu.

Sememangnya diakui perkhidmatan awam di negara ini sentiasa menjalani proses penambahbaikan. Perjalanan itu tidak sepatutnya berhenti, lantaran masih banyak kelemahan yang perlu diperhalusi dan diperbaiki. Namun perlu diberi perhatian bahawa memperkenalkan pembaharuan bukannya trial and error. Kesannya amat besar sehingga mampu membunuh integriti perkhidmatan awam dan tidak mudah dipulihkan dalam masa yang singkat.

Sunday, March 11, 2012

Ensure no one loses out, Cuepacs tells Govt

KUALA LUMPUR: Cuepacs wants the Government to ensure that several categories of civil servants will not be adversely affected with the abolition of the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA).

Its president Datuk Omar Osman said technicians, forest rangers, agricultural assistants and veterinary assistants may be at the losing end when the Malaysian Remuneration System (SSM) comes into effect.

“The Government had agreed in principle to upgrade these designations from G17 to G27 under the SBPA. These designations should not remain under G17,'' he told a press conference here yesterday.

He said 45,000 technicians in the civil service were represented by the Malaysian Technical Services Union, while over 20,000 civil servants serve as forest rangers, agricultural assistants and veterinary assistants.

Omar also said the Government should recognise skilled workers with Form Two or Standard Six qualifications and upgrade their status equivalent to those with the Penilaian Menengah Rendah (PMR) qualification.

They include drivers, office assistants and general workers.

He said Cuepacs would meet the Chief Secretary to the Government next week on the requests.

The abolition of the SBPA and salary adjustments for civil servants, ranging from 7% to 13%, was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Thursday.

Meanwhile, MCA Young Professionals Bureau chairman Datuk Chua Tee Yong said the Government should protect workers' welfare and ensure businesses were able to sustain the change when the minimum wage policy is implemented.

He also questioned the need for a standard minimum wage for the rural and urban areas as the cost of living varies between the two areas.

“Wage earners in small towns and rural areas may feel satisfied with a RM900 minimum wage, but what about those in urban areas?” he said in a statement yesterday.

Chua also said the Government should also reveal whether the minimum wage includes allowances and incentives.

-thestar/maa.

Thursday, March 8, 2012

Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012. “Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. “Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.
-Utusan/maa.

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan.
-Utusan/maa.

Keputusan Perdana menteri berkaitan SBPA

SBPA dibatalkan

SSM dikekalkan

Penubuhan suruhan jaya dianggotai pihak berkepentingan untuk mengkaji secara komprehensif dan holistic Perkhidmatan Awam Malaysia

Pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matrik SSM

13% - Kump pengurusan & Profesonal (gred 1-54)
9% - Gred utama &
8& - turus 3 & 2
7 % - turus 1

Stuktur gaji SSM akan diubahsuai dengan kadar kenaikan gaji tahunan RM80 -320 menigikut gred

Jusa & ke atas – kekal dengan kenaikan gaji tahunan
Bantuan sara hidup (B) dinaikkan RM250
Kawasan C - RM150

Instensif perkhidmatan fizikal – BISP – dikekalkan pelaksanaan

Tuesday, March 6, 2012

PERJUMPAAN YB MENTERI PELANCONGAN BERSAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DAN TOURISM MALAYSIA

YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

PERJUMPAAN YB MENTERI PELANCONGAN BERSAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DAN TOURISM MALAYSIA YANG BERUMUR 40 TAHUN DAN KE BAWAH.

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YBhg.Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa satu Perjumpaan YB Menteri pelancongan bersama pegawai/kakitangan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

Tarikh : 13 Mac 2012 (Selasa)

Masa : 3.45 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan.

3. Sehubungan dengan itu, kepada pegawai/kakitangan di setiap bahagian dimohon untuk mengemukakan senarai nama kepada Unit Perhubungan Pekerja, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran pada atau selewat-lewatnya 7 Mac 2012 (Rabu) sebelum jam 2.00 petang untuk tindakan kami sewajarnya. Bersama-sama ini dikemukakan Surat daripada Kementerian Pelancongan rujukan KPL/PG674-3-J2(0) bertarikh 2 Mac 2012 untuk makluman dan tindakan YBhg.Dato’/Datin/tuan/puan selanjutnya.

4. Pejabat TM Negeri dimohon untuk menghantar 2 orang wakil dari setiap pejabat. Perjalanan dan penginapan diuruskan sendiri dan dicajkan ke Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran. Tarikh daftar masuk hotel adalah 13 Mac dan daftar keluar pada 14 Mac 2012.

5. Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg.Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Encik Noor Azman Samsudin/Puan Wanita Abd Mutalib di talian 8891 8961/8962.

Sekian, terima kasih.

UNIT PEHUBUNGAN PEKERJA (ER)
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
TOURISM MALAYSIA

Penggunaan Lampu di Pejabat Putrajaya

Mohon pendapat semua ahli berkenaan dengan lampu yang diguna pakai di pejabat Putrajaya yang mengatakan mengakibatkan pening, sakit mata kepala....Memohon pihak Pengurusan Harta, Pentadbiran & Innovasi mengambil tindakan keatas perkara tersebut terutama di Bahagian Kewangan ramai yang terpaksa tutup lampu tersebut dengan kertas disebabkan sakit mata...kalau dibiarkan perkara ni ramai kakitangan akan mengakibatkan kerosakan mata......

Monday, March 5, 2012

Elaun Pakaian PAP, Pemandu & Penjaga Bangunan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa saya dan SU telah berjumpa dengan Encik Zaki di Bahagian Sumber Manusia bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan elaun pakaian PAP, Pemandu dan Penjaga Bangunan. Merujuk kepada perbincangan tersebut, adalah dimaklumkan bahawa Cik Ainon Bariah tiada untuk memberikan maklumbalas yang lebih tepat namun, menurut Encik Zaki, kelewatan elaun tersebut adalah disebabkan oleh usaha dan cadangan Bhg. Sumber Manusia dan Pentadbiran untuk mendapatkan penambahan ke atas elaun tersebut. Bagi tujuan tersebut, BSMP perlu mendapatkan kelulusan BOD supaya boleh diberikan secara sekaligus kepada PAP, Pemandu & Penjaga Bangunan selewat-lewatnya pertengahan Mac 2012.

Sehubungan dengan itu, bagi semua yang berkenaan diharap dapat bersabar dan memahami situasi tersebut.

Sekian, terima kasih