Tuesday, December 31, 2013

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam


Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.


“Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.
-Berita Harian.

CUEPACS Wants Special Haj Quota For Public Servants

KOTA KINABALU, Dec 30 (Bernama)-- The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) wants special Haj quota to be given for public servants, especially retirees, from next year.

Its president, Azih Muda, said this was to reduce the waiting time for civil servants, as well as to encourage civil servants to perform the Haj.


"CUEPACS wants public servants to be also given Haj quota, especially for those going on retirement but have yet to perform the Haj," he told a media conference after meeting CUEPACS leaders in Sabah here Monday.


He said the Haj quota was among matters, including review of allowance, pension and salary scale, to be emphasized by the union to improve the welfare of civil servants.


Besides the Haj quota for public servants, he said, the government should also allow civil servants who had reached the age of 55 to withdraw 20 per cent of their gratuity for the purpose of performing the Haj and Umrah, as well as to pay for their medical expenses and children's education.


"CUEPACS also suggest that the formula for gratuity for civil servants to be revised to 10.5 per cent from their length of service of 7.5 per cent previously," he added.


CUEPACS also proposed that the golden handshake for civil servants who could not finish their leave to be increased from 150 days to 180 days, and for those with remaining annual leave on retirement, it should be paid in cash and in one payment.


He said CUEPACS would also call for the salary scale for all posts in the public service to be reviewed, as well as the 231 types of allowances which had not been reviewed for the past 10 years.


In another development, Azih said CUEPACS would seek an explanation from the Sabah Health Department on complaints from its staff that they were required to reimburse the department for the uniform allowance.

-Bernama.

Monday, December 30, 2013

Staf awam boleh tuntut insurans


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam yang menjadi mangsa banjir menghubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat berhubung tuntutan insurans.

Gesaan itu dibuat beliau berikutan pengumuman Kementerian Kewangan Jumaat lalu bahawa mangsa yang mengalami kerosakan struktur bangunan atau berdepan kecurian semasa banjir boleh mengemukakan tuntutan insurans.

"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata Perdana Menteri sebagaimana dipetik melalui laman Twitternya hari ini.

Antara kerosakan struktur akibat banjir yang melayakkan tuntutan insurans ialah kerosakan pada dinding; lantai; atap; siling; tangki air selain kecederaan akibat kemalangan sama ada orang awam atau pihak ketiga semasa dalam rumah.

Malah, Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada hari sama juga mangsa agar segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan insurans.

Tuntutan boleh dibuat orang ramai dengan menghubungi syarikat insurans dan maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau hubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.
-utusan.

Saturday, December 21, 2013

Second Draw For 1Malaysia Public Housing

PUTRAJAYA, Dec 20 (Bernama) -- The Chief Secretary to the Government, Tan Sri Dr Ali Hamsa, on Friday launched the drawing of lots for the second series of 1Malaysia Public Housing involving 1,062 units of the Seruling Apartments in Precinct 5 here.

The apartments are to be developed by Putrajaya Holdings Sdn Bhd and are expected to be ready in December 2015.

The drawing of lots, carried out twice, involved 2,325 units of houses and that the third draw would be held in April next year, he told a news conference after the second draw at the Maritime Centre, here. Also present was Putrajaya Corporation president Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

Ali also launched the ground-breaking for the 1Malaysia Public Housing in Larai, Precinct 6, involving the construction of 1,680 units of houses.

He said Putrajaya Corporation would develop 10,639 units of houses under the 1Malaysia Public Housing programme, with the affordable houses of 1,000 to 1,500 sq ft to be built between 2013 and 2018 and going for between RM150,000 and RM300,000.

"So far, 10,500 civil servants have applied for the houses under the programme and I believe the number of houses to be built will be sufficient for the civil servants working in Putrajaya," he said.

The 1Malaysia Public Housing programme would also be implemented in Kuala Lumpur, Johor Baharu, Kota Kinabalu, Kuching, Penang and several other places, he said, adding that the government was identifying suitable areas.

He also said that the government was considering building houses costing RM90,000 for civil servants following a recent proposal made by Cuepacs to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ali said the names of the successful applicants following the second drawing of lots for the 1Malaysia Public Housing would be uploaded onto the Putrajaya Corporation website at www.ppj.gov.my or www.putrajaya.gov.my on Dec 30.

Applicants could also contact the corporation's Town Planning Division at 03-88877165 or 03-88878312.

-thestar.

Friday, December 20, 2013

Terus perjuang gaji setimpal kakitangan awam


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kepemimpinan baharu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bertekad memperjuangkan agenda pendapatan RM4,000 sebulan untuk penjawat awam negara ini.

Presiden CUEPACS yang baharu dipilih, Azih Muda berkata, perkara itu akan diusahakan bersungguh-sungguh dalam tempoh tiga tahun akan datang berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau berkata, jumlah pendapatan yang diraih oleh penjawat awam terutama peringkat paling rendah seperti pembantu am rendah dan pemandu tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kos yang perlu dibelanjakan setiap bulan.

"Untuk dua jawatan ini, gaji asas mereka ialah RM820 dan selepas dicampurkan dengan elaun jumlahnya hanya sekadar RM1,100. Jumlah ini tidak mencukupi.

"Oleh itu kita perlu memperjuangkan pendapatan yang lebih baik untuk penjawat awam kita ini dan saya lihat jumlah paling sesuai adalah RM4,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Presiden CUEPACS dalam Konvensyen Tritahunan CUEPACS di sini hari ini.

Azih berkata, untuk merealisasikan hasrat tersebut, kepimpinan baharu CUEPACS akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Selain memperjuangkan pendapatan lebih baik, Azih berkata, pihaknya akan melihat beberapa perkara lain bagi tujuan penambahbaikan penjawat awam sekali gus menjaga kebajikan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau mengucapkan penghargaan kepada bekas Presiden, Datuk Omar Osman kerana mewariskan sebuah kesatuan yang cemerlang dan stabil.
"Memang tidak dinafikan Omar telah meletakkan CUEPACS pada kedudukan terbaik. Kami mewarisi satu legasi kepimpinan yang begitu cemerlang.

"Sebagai Presiden yang baharu saya akan berusaha mengekalkan kecemerlangan yang telah diasaskan oleh Omar selama beliau menjadi Presiden CUEPACS sejak tujuh tahun lalu," ujarnya.

Dalam pada itu beliau berharap kerajaan dapat menimbangkan permintaan CUEPACS untuk melantik Omar sebagai Ahli Dewan Negara.
-utusan.

Rumah penjawat awam RM90,000

Ali Hamsa (tengah) diiringi Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron (dua, kiri) melihat orkid spesies baharu yang diberi nama 'Renanthtra Tan Sri Ali Hamsa' hasil penyelidikan MARDI ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat MARDI, Serdang, semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah (kiri).

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kerajaan bersedia membina projek perumahan untuk penjawat awam dalam lingkungan harga sekitar RM90,000 bagi membolehkan semua peringkat golongan itu dapat memiliki rumah sendiri.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dengan kajian menyeluruh untuk menambah satu lagi projek perumahan rakyat selain Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), projek perumahan rakyat (PPR) dan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang sedang dibangunkan ketika ini.

Kata beliau, kerajaan sedar bahawa penjawat awam peringkat kumpulan pelaksana sebahagian besarnya tidak mampu memiliki rumah PPA1M yang ditawarkan pada harga RM150,000 hingga RM300,000.

"Saya telah bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan membina rumah kepada penjawat awam dalam lingkungan harga tersebut kerana itu yang terbaik tetapi kita perlu rancang dahulu.

"Kita akan cari satu model rumah lagi dengan harga RM90,000, kita akan kaji untuk dilaksanakan di Putrajaya dan bandar-bandar utama, apa yang penting kita mahu merealisasikan pemilikan rumah oleh penjawat awam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama warga kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ketika sesi lawatan beliau di institut tersebut di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Pada April lalu, Perdana Menteri melancarkan PPA1M sebagai satu usaha terbaharu kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.

Pada peringkat permulaan, sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek tersebut di Putrajaya pada harga RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi berkonsepkan kondominium yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan untuk mempertimbangkan cadangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya pinjaman perumahan dapat disamakan dengan harga rumah.

"Ada juga syor CUEPACS supaya potongan rumah itu sehingga sampai masa pencen tetapi kita tidak mahu pula penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan, apa pun kita akan cari jalan untuk menyelesaikan masalah," katanya.
-utusan.

Thursday, December 19, 2013

Azih Muda diumum Presiden baru CUEPACS

Azih Muda
Kuala Lumpur: Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE), Azih Muda diumumkan sebagai Presiden CUEPACS di Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras di sini sebentar tadi.

Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi.


Azih mendapat 701 undi menggantikan Datuk Omar Osman yang melepaskan jawatan presiden kesatuan itu.

Ahmad Shah memperoleh 311 undi.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng turut mengekalkan jawatan Setiausaha Agung CUEPACS.

Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa. 

-berita harian.

Wednesday, December 18, 2013

Omar Osman akhiri tugas Presiden CUEPACS

Najib Tun Razak menyampaikan sijil penghargaan kepada Omar Osman yang mengakhiri tugasnya sebagai Presiden CUEPACS sebaik sahaja berakhirnya Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Ke-26 di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Datuk Omar Osman, 62, mengakhiri tugasnya sebagai Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebaik sahaja berakhirnya Konvensyen Tritahunan kongres itu yang bermula hari ini.

Beliau yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden CUEPACS pada konvensyen kali ini yakin pemimpin-pemimpin pelapis kongres berkenaan mampu meneruskan perjuangan membela nasib kakitangan awam.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian konvensyen itu beliau berkata, inilah masa paling sesuai untuknya mengundur diri dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin pelapis menunjukkan bakat kepemimpinan mereka.

''Saya telah berkhidmat sebagai Presiden CUEPACS lebih tujuh tahun dan dalam tempoh itu kira-kira 33 perkara penambahbaikan berjaya kita lakukan demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam negara ini,'' katanya di sini.

Perasmian konvensyen itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Omar berkata, lebih membanggakan setiap penambahbaikan itu adalah hasil daripada rundingan dengan pihak kerajaan dan bukannya melalui piket atau demonstrasi.

''Saya lebih percayakan rundingan daripada pendekatan lain dan hasilnya kakitangan kerajaan memperolehi pelbagai insentif antaranya kenaikan gaji dan lanjutan umur bersara.
''Malah melalui rundingan juga kita berjaya menyerap kakitangan awam yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada opsyen pencen,'' katanya lagi.

Ketika ditanya pencapaian terbaik ketika memegang jawatan Presiden CUEPACS, beliau berkata, antaranya adalah kenaikan gaji 35 peratus pada tahun 2007, lanjutan umur persaraan sehingga 60 tahun dan pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Dalam pada itu beliau berkata, terdapat empat lagi tuntutan CUEPACS yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dan akan dibincangkan secara serius pada konvensyen kali ini iaitu:

* Pinjaman perumahan berdasarkan harga rumah dan bukan mengikut kadar gaji.
* Cuti tanpa rekod untuk umrah.
* Semakan semula kadar faedah empat peratus pinjaman perumahan kerajaan.
* Semakan semula kadar imbuhan elaun tetap perumahan.
-utusan online.