Sunday, October 30, 2011

WUJUDKAN BAHAGIAN AUDIT DALAMAN

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu mewujudkan bahagian audit dalaman dan kumpulan pemantau bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam menguruskan kewangan negara.

Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, bahagian itu akan bertindak lebih awal sekiranya berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana kakitangan sebelum kegiatan itu dikesan Jabatan Audit Negara.

"Kes seumpama ini sentiasa berulang setiap tahun seolah-olah tidak ada tindakan serius diambil.

"Justeru, satu bentuk mekanisme terbaik perlu difikirkan untuk menangani masalah ini supaya kita dapat mengenal pasti kegiatan tidak beramanah itu di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih parah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini

Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua pihak yang berkenaan memandang serius teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai tertinggi termasuk kakitangan peringkat bawahan perlu dikenakan tindakan sewajarnya jika terbukti mereka bersalah menyalahguna kuasa melibatkan lebihan perbelanjaan di kementerian masing-masing.

Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada unsur berat sebelah sebagaimana yang diamalkan sebelum ini apabila kakitangan bawahan sahaja dikenakan tindakan disiplin, manakala pegawai tertinggi terlepas daripada hukuman.

"Perkara seperti ini (lebihan perbelanjaan) tidak boleh sama sekali berlaku kerana pihak kami selalu mendapat aduan bahawa beberapa kementerian tidak ada peruntukan untuk membelanjakan soal kebajikan pekerja.

"Tetapi apabila berlaku lebihan perbelanjaan, timbul pula tanda tanya ke mana sebenarnya wang dibelanjakan? Perkara ini sangat serius kerana ia menjejaskan nama baik semua warga kementerian biarpun segelintir mereka di peringkat tertinggi melakukan perkara itu," katanya.

Tindakan tegas salah guna peruntukan

IPOH 29 Okt. - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian serta agensi yang terbukti menyeleweng atau melanggar prosedur belanjawan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan telah mewujudkan satu sistem khas berkonsepkan semak dan imbang bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam penyelewengan.

''Tindakan tegas harus diambil, supaya mereka yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman dan masalah penyalahgunaan peruntukan tidak berulang.

''Ia merupakan mesej jelas kepada (anggota) perkhidmatan awam bahawa isu penyelewengan tidak boleh diambil ringan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komputer 1Malaysia di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Jelapang Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Ahmad Husni berkata, Laporan Ketua Audit negara membuktikan kerajaan mahu memastikan konsep ketelusan dilaksanakan di setiap kementerian atau agensi agar integriti dan kredibiliti perkhidmatan awam sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, katanya, semua agensi dan kementerian sudah diarahkan supaya memberi maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut.

Kerajaan, katanya, akan menyemak dan menilai laporan itu dan jika terbukti berlaku penyelewengan, tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak termasuk pegawai kerajaan.

''Melalui pendekatan ini, kita percaya kualiti serta integriti perkhidmatan awam akan dapat ditingkatkan," katanya.

-Utusan Online/maa.

Saturday, October 29, 2011

SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM

KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.



-- BERNAMA

Wednesday, October 26, 2011

Protes harga barang naik: MTUC sokong CUEPACS

KUALA LUMPUR 26 Okt.- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)bagi melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata,sebagai pekerja kami akan menyokong tindakan yang disarankan oleh CUEPACS jika kenaikan harga barang berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

“Kami menyokong penuh saranan CUEPACS untuk memprotes kenaikan harga barang ini jika peniaga terus menaikkan harga barang tanpa sebab yang kukuh.

“Jika harga barangan masih naik, ahli kesatuan akan bersama-sama memprotes kerana keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada penjawat awam malah juga kepada kakitangan swasta,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika di hubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Khalid , isu kenaikan harga barang ini seperti satu fenomena yang pasti berlaku jika kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan. -Utusan Online/maa.

Tuesday, October 25, 2011

PENJAWAT AWAM PERLU DIBERI PELUANG TUNJUK KEBOLEHAN, KREATIVITI

KUCHING, 24 Okt (Bernama) -- Penjawat awam hendaklah diberi peluang menunjukkan kebolehan supaya mereka dapat menghasilkan idea-idea dan cadangan membantu jabatan atau agensi mencapai misi dan visi masing-masing.

Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin berkata mereka perlu membudayakan pemikiran proaktif dan inovatif untuk menghasilkan perubahan lebih cemerlang dan menyeluruh bukan setakat menambah baik idea, proses kerja serta peraturan yang lama sahaja.

"Kita perlukan prestasi cemerlang terus kekal di samping memperbaiki pencapaian rakan-rakan yang tertinggal di belakang selain membaharui sistem yang gagal," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan agensi persekutuan dan badan berkanun di sini Isnin.

Beliau berkata langkah dan usaha perlu dibuat membantu mengwujudkan perkhidmatan awam dinamik, mempunyai ketua jabatan dan anggota yang kreatif serta berpandangan jauh agar terus berkesan dan sesuai pada masa hadapan.

Munurut Md Yahaya, tugas dan fungsi penjawat awam serta persekitaran kerja kini sudah banyak berubah berbanding 30-40 tahun lalu khasnya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Beliau berkata ketika ini perkhidmatan cemerlang diukur berdasarkan pencapaian seperti memberikan perkhidmatan pantas dan memenuhi kehendak atau permintaan pelanggan yang pelbagai.

Katanya, sebagai penjawat awam mereka harus bersedia menghadapi dan seterusnya mengatasi perubahan dengan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kebolehan.

Kira-kira 500 penjawat awam persekutuan daripada pelbagai agensi hadir pada perhimpunan itu yang diadakan di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga di sini.

-- BERNAMA

PIKET KEBANGSAAN

Mesyuarat Majlis Am MTUC yang telah bersidang pada 10hb Oktober 2011 telah mengambil ketetapan akan mengadakan Piket serentak diseluruh Negara pada 3hb November 2011.


Tindakan piket ini adalah berikutan Bill Pindaan Akta Kerja 1955 yang dibentangkan buat kali kedua pada 6hb Oktober 2011 telah diluluskan oleh Parlimen. Tindakan meluluskan pindaan berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang oleh semua kepimpinan kesatuan sekerja diseluruh Negara.


MTUC mengambil pendirian dan ketetapan akan mengadakan piket serentak di seluruh Negara agar pembentangan di Dewan Senat akan memberi perhatian serius mengenai pindaan Akta Kerja 1955 yang akan memberi kesan mudarat kepada kaum pekerja seterusnya mengembalikan pindaan berkenaan kepada Kementeria Sumber Manusia untuk dibincangkan semula dengan MTUC. Sekaligus Majlis Am MTUC dengan sebulat suara memutuskan akan mengadakan Piket Kebangsaan pada 3hb November 2011.


(Petikan dari Labour Bulletin MTUC Sept/Okt 2011 oleh Setiausaha Agung MTUC)

Monday, October 24, 2011

Pembelian rak risalah dibuat tanpa kelulusan - Ketua audit

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati pembelian 1,000 unit rak risalah Tahun Melawat Malaysia 2007 bernilai RM1.95 juta, telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, perolehan tersebut dibuat oleh Pejabat Menteri Pelancongan dan pembayaran oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).

Dalam audit terhadap LPPM itu, didapati tidak ada perjanjian ditandatangani antara Kementerian Pelancongan atau LPPM dengan syarikat pembekal Leo Communications Sdn Bhd (LCSB), dan ia menyebabkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran tidak ditetapkan.

Laporan itu menyebut pihak audit tidak dapat mengesahkan sama ada pengedaran rak risalah diedarkan sepenuhnya dengan disertakan risalah pelancongan.

Pihak audit dalam laporan itu berpendapat, jawatankuasa penyiasat perlu ditubuhkan bagi menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan peraturan kewangan dan juga unsur penyelewengan dalam pembelian rak risalah tersebut.

Laporan itu, bagaimanapun, dimaklumkan LPPM bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan pembayaran bagi 773 unit rak bernilai RM1.51 juta pada 18 Mac lepas dan pihak Kementerian Pelancongan mengeluarkan arahan mengingatkan pegawai berkenaan untuk mematuhi peraturan kewangan kerajaan. 

– Bernama/maa.

Friday, October 21, 2011

Apa Itu Jadual Gaji Sebaris SBPA atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012 ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera….hari ni saya nak kongsi satu cerita hasil aktiviti mengGOOGLE tadi dapat lah satu artikel untuk dipublishkan. Korang nak percaya , percayalah , tak nak percaya pun tak pe! Korang faham ke apa yang dikatakan dengan Jadual Gaji Sebaris SBPA? Saya sendiri pun sebenarnya masih amat blur mengenai skim gaji kakitangan awam baharu ini. Tengok petikan kat bawah …….
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.

Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

p/s Tengok tempat yang sata bold kuning tu maksudnya nak naik gaji 7 -13 % kena sign pencen sampai umur 60 dulu, masalahnya bukan semua nak pencen umur 60 terutama kaum perempuan yan dah nyanyuk pada umur 60 tu.
Hasil himpunan komen kakitangan awam yang lain melalui laman blog CEUPACS, dapat saya simpulkan bahawa Jadual Gaji Sebaris SBPA bolehlah ditafsirkan seperti di bawah:
Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17
gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95

dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20
Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.
kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)
jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Satu lagi, saya rasa skim baharu ini tidak diwajibkan untuk semua kakitangan awam. Kita boleh pilih nak terima atau tak terima. Sapa yang tak larat nak kerja sampai umur 60 tu tak payah lah terima, betul ke ni , kalau saya salah betulkan ye ! . Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita iaitu ( layan petikan kat bawah )….
Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


Satu persoalan yang bermain-main di kepala saya kini ialah adakah dengan menerima skim baharu ini, penjawat awam akan dibolehkan untuk dikenakan tindakan pemberhentian tugas yang lebih tegas berbanding di bawah skim yang lama sekiranya menunjukkan prestasi yang buruk semasa dalam perkhidmatan? Dan adakah mereka dibenarkan untuk pencen dalam usia yang muda seperti yang terkandung dalam teks yang sama , layan petikan kat bawah...
SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;



Apa yang dimaksudkan dengan Dasar Pemisah? Bagaimana perlaksanaannya dan sejauh mana ianya radikal? Saya rasa kesemua intipati berkaitan dasar dan skim baharu ini terlalu kabur untuk dinilai oleh kakitangan awam, sehinggakan ia menimbulkan banyak persepsi yang kurang sedap untuk didengar. Satu-satunya intipati yang mudah difahami mengenai pengumuman fokus keempat Bajet 2012 ini hanyalah yang berkaitan dengan Cikgu. Cikgu lah yang paling untung dalam BAJET 2012.
Setuju ke tak setuju?


Apa pun JANGAN BUAT RAMALAN SENDIRI, TUNGGU PEKELILING JPA KELUAR. Mungkin juga hanya saya yang gagal mentafsirkannya! Minta pendapat anda. Segala kebaikan itu hanya dari Allah ,segala kelemahan datang dari saya sendiri. Wallahualam.

PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI

KANGAR, 20 Okt (Bernama) -- Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

Bantuan di bawah inisiatif meringankan kos sara hidup itu akan turut dinikmati penjawat awam yang berpendapatan rendah, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu berharap premis itu bukan saja dapat memberi keselesaan kepada pelanggan tetapi juga kepada 83 petugasnya.

Bangunan berharga RM25.5 juta itu mula dibina pada 5 Mei 2006 dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2008, bagaimanapun LDHN hanya memulakan operasinya di bangunan baru tersebut pada 25 Nov lepas.

Md Isa juga menyifatkan Wisma Hasil Kangar itu sebagai simbol pertumbuhan LHDN kerana sebelum ini agensi tersebut beroperasi selama 21 tahun dengan menyewa di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan lagu rasmi baru LHDN bertajuk "Hasil Berjasa" menggantikan lagu "Nada Hasil".

-- BERNAMA

Tuesday, October 18, 2011

Cuepacs mohon kerajaan timbang lanjut perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak

KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.
"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.
Beliau berkata, tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam berkenaan yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.

"Ada antara mereka yang berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu saja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan. - BERNAMA

Monday, October 17, 2011

Najib sertai Pemimpin Global kempen pelancongan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah pemimpin Asia yang kelima diundang untuk menyertai Pemimpin Global bagi Kempen Pelancongan. 

Ia adalah inisiatif bersama Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC) yang diwujudkan khusus untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pelancongan di peringkat tertinggi politik.
Najib menerima "Surat Terbuka" bagi kempen itu daripada Setiausaha Agung UNWTO, Dr Taleb Rifai, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Malaysia menerima surat itu selepas empat negara Asia yang lain iaitu Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan China. 

Dr Taleb memberitahu pemberita bahawa ia adalah sebahagian matlamat bersama UNWTO dan WTTC dalam mengarusperdanakan pengembaraan dan pelancongan dalam agenda global menerusi kempen itu, yang juga berobjektif meletakkan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan; keutamaan dalam agenda global. 

Petikan dan gambar pemimpin-pemimpin global yang dirakamkan semasa majlis penyampaian surat itu akan dimuatkan dalam buku khas yang akan diterbitkan pada Jun tahun depan. 

"Ia (pelancongan) adalah industri ketiga terbesar di dunia, namun masih belum mendapat sokongan politik yang mencukupi untuknya. Sebab itu kenapa kami memutuskan untuk menemui ketua-ketua negara (dan kerajaan) secara terus," jelas Dr Taleb. Sebanyak 14 ketua negara dan kerajaan telah menyertai kempen itu setakat ini. Turut hadir pada majlis hari ini ialah wakil UNWTO ke Asia dan Pasifik, Xu Jing, dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. 
- Bernama/maa. 

Ahli KWSP simpanan RM3,000 ke atas diminta namakan waris

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka. KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat.

Menurutnya penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu mengikut Hukum Faraid.

Nik Affendi berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa bagi menyokong tuntutan simpanan ahli yang meninggal dunia. "Langkah itu perlu bagi mengelak penipuan pengeluaran dan memastikan simpanan ahli diberi kepada mereka yang benar-benar berhak,” katanya.

- Bernama/maa.

Mykad Baru Akan Digunakan Mulai Januari 2012



Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap

kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya
terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada
permukaan kad.

— Bernama

Saturday, October 15, 2011

Bayaran bantuan persekolahan akan dibuat Disember ini

PORT DICKSON 15 Okt — Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan dibuat pada bulan Disember, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baru persekolahan bermula.

"Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.

Kira-kira 6,000 orang menghadiri majlis itu yang turut disertai Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

- Bernama/maa.

Intervensi kerajaan penuhi impian rakyat miliki rumah

PUTRAJAYA 15 Okt. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, campur tangan kerajaan melalui program khusus telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti.

Beliau berkata, kerajaan melalui program khusus seperti program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membangunkan perumahan mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana. "Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki.

"Kalau tiada campur tangan dan intervensi kerajaan melalui program khusus, maka ramai tidak mampu memiliki rumah yang berkualiti dan berdekatan dengan tempat kerja,” katanya pada Majlis Cabutan Undi Terbuka untuk 560 unit rumah mampu milik pertama yang dikendalikan Unit PR1MA di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias, Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis.

Najib berkata, rumah dan tempat kerja yang berdekatan akan meningkatkan produktiviti kerja. Beliau berkata, penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah menimbulkan implikasi yang perlu ditangani kerajaan bagi mengelak pelbagai tekanan sosio-ekonomi.

"Apabila berlaku keadaan ini, mereka terpaksa tinggal di kawasan berjauhan dari tempat kerja yang akan menimbulkan pelbagai kesukaran, termasuk pertambahan kos pengangkutan. "Selain mengisi impian dan cita-cita rakyat untuk memiliki rumah, rumah dan tempat kerja yang berdekatan dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perbelanjaan harian rakyat,” katanya.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat di negara ini. 

— Bernama/maa.

Friday, October 14, 2011

7,113 diundi mohon PR1MA

PUTRAJAYA: Tiada pintu belakang terhadap proses pemilihan permohonan rumah mampu milik fasa pertama Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini, malah keseluruhannya dipantau perunding juruaudit bertauliah, KPMG Business Advisory Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata setiap permohonan diberikan nombor sebelum disemak secara teliti melalui senarai utama yang dibahagikan kepada dua warna mengikut kategori.


Menurutnya, warna biru bagi pemohon belum mempunyai rumah membabitkan 5,943 pemohon atau 84 peratus manakala merah jambu bagi mereka yang memiliki sebuah rumah dengan 1,170 permohonan (16 peratus).

“Permohonan itu dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar sebelum dikunci dan dimasukkan di dalam bilik kebal serta diletakkan di bawah jagaan firma juruaudit berkenaan.


“Kotak itu akan dibuka esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika proses mencabut undi dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 11,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Sebanyak 7,113 permohonan diterima sejak pendaftaran fasa pertama rumah mampu milik itu dibuka pada 30 September lalu, iaitu 13 kali ganda daripada jumlah rumah yang diperuntukkan 560 unit.

Thursday, October 13, 2011

PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN PERCUMA UNTUK BANTUAN MERINGANKAN KOS HIDUP RAKYAT

Kuala Lumpur, 13 Oktober - Lanjutan daripada pengumuman Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri berhubung pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, perlaksanaannya akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2012 secara berperingkat dan pendaftaran serta borang permohonan adalah secara PERCUMA.

RM100: Ibu bapa diberi pilihan


PULAU PINANG 11 Okt. – Ibu bapa kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan pemberian bantuan RM100 menerusi Bajet 2012 diberi pilihan untuk menerima wang itu atau tidak.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan kerajaan itu bersifat terbuka yang tujuannya bagi membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan. Katanya, ibu bapa yang tidak mahu mengambil wang berkenaan kerana berkemampuan menyediakannya sendiri secara tidak langsung mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.


“Kita beri pada semua pelajar tidak kira tahap pendapatan keluarga mereka. Namun, bagi ibu bapa yang rasa mereka tidak memerlukan wang itu kerana berkemampuan atau kaya, tidak perlulah mengambilnya. “Saya yakin jumlah (RM530 juta) yang sepatutnya dibelanjakan kerajaan untuk tujuan itu akan berkurangan kerana tidak semua ibu bapa akan mengambilnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Literasi Peringkat Asia 2011 di sini hari ini.


Beliau mengulas pemberian bantuan RM100 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang bakal memberi manfaat kepada 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.4 juta pelajar sekolah menengah di negara ini. Mohd. Puad berkata, kementerian sedang mengenal pasti mekanisme terbaik untuk pemberian bantuan RM100 itu yang akan diberikan sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula iaitu selewat-lewatnya hujung tahun ini.


“Begitu juga dengan baucer RM200 kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Kita akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagaimana untuk melaksanakannya. Mekanisme ini akan dibincangkan dengan teliti,” katanya.


Sementara itu, Mohd. Puad berkata, kerajaan tetap dengan pendirian untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meskipun menyedari terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu dasar itu diteruskan. Bagaimanapun kata beliau, segala permintaan dan permohonan yang dikemukakan itu akan dibincangkan secara teliti sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Semalam saya sendiri telah diminta mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu dan hasil perbincangan akan kita sampaikan kepada menteri (Muhyiddin). Bagaimanapun, kita tidak akan berundur iaitu melaksanakan semula PPSMI. “Tindakan ini diambil kerana kita mahu walaupun proses pemansuhan itu mengambil masa, namun akhirnya ia tetap kepada matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan,” katanya.


-Utusan Online/maa.

Wednesday, October 12, 2011

Bantuan rakyat RM500 diagihkan mulai Januari 2012


KUALA LUMPUR 12 Okt – Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan. Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.


Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu. “Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.


Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.


– Bernama/maa.

SEMAKIN RAMAI PENJAWAT AWAM SEDAR KEBURUKAN RASUAH

GEORGE TOWN, 11 Okt (Bernama) -- Kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin tinggi apabila ramai antara mereka yang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung gejala itu tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata tindakan itu adalah satu perkembangan yang baik kerana ia menunjukkan penjawat awam semakin sedar tentang keburukan rasuah.

"Sebelum 2010 pun ada juga kita terima laporan daripada penjawat awam berhubung aktiviti rasuah tetapi tidak begitu banyak berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel forum bertajuk "Mengurus Persepsi Ke Atas Integriti: Tanggungjawab Siapa?" di sini Selasa.

Seorang lagi ahli panel pada forum anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Abu Kassim berkata orang ramai perlu sedar bahawa memberi dan menerima rasuah adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjara.

Beliau berkata daripada 944 kes rasuah yang didakwa di mahkamah tahun lepas, sebanyak 424 melibatkan pemberi rasuah dan lebih 300 kes melibat penerima rasuah manakala selebihnya melibatkan pelbagai kes rasuah lain.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah, jumlah kes melibatkan penerima rasuah adalah kurang daripada jumlah kes yang melibatkan pemberian rasuah," katanya.

Abu Kassim berkata statistik itu menunjukkan kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan rakyat negara ini terutamanya penjawat awam semakin meningkat apabila mereka segera melaporkan kepada SPRM jika terdapat pihak yang cuba memberi rasuah.

- Bernama

Tuesday, October 11, 2011

MTUC akan berpiket seluruh negara pada 3 November

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 November untuk membantah cadangan pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lepas, kata presidennya, Mohd. Khalid Atan.

Beliau berkata, keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam tadi pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.

"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Oktober sebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.

"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati,” tambah beliau. 

- Bernama

Sunday, October 9, 2011

Tourism Malaysia Moves To Putrajaya

Tourism Malaysia is pleased to announce that it has relocated its headquarters to Putrajaya, the federal government administrative centre.

The new contact details are as follows:-

Tourism Malaysia

9th  Floor, No. 2,Tower 1, Jalan P5/6

Precinct 5

62200 PUTRAJAYA, Malaysia.

Tel : +603 8891 8000

Fax : +603 8891 8999

-Tourism Malaysia.

Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012: Penjawat awam disaran tingkat produktiviti

KUALA LUMPUR 8 Okt. — Penjawat awam perlu bekerja lebih rajin dan meningkatkan produktiviti mereka selepas mendapat kenaikan gaji dan pemberian bonus dalam Belanjawan 2012, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, pemberian imbuhan itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan oleh semua penjawat awam tanpa mengira pangkat.

"Saya meminta penjawat awam meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dari semasa ke semasa dalam memastikan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang kompetetif dalam semua sektor seperti ekonomi, pendidikan dan modal insan,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mewakili Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah merasmikan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-27 di kampus universiti itu di Gombak di sini hari ini. Turut hadir ialah Rektor UIAM Datuk Dr Zaleha Kamaruddin. 

— Bernama

Cuepacs get more than it bargained for

It is more than a dream Budget for Cuepacs, which got more goodies than expected. Its president Datuk Omar Osman said issues which it had been pushing for, such as new remuneration scheme, higher increment, bonus and extension of retirement age had been met by the Government.

“Not only that, it offered us more by giving incentives to further studies and also increments for annual pensions. This is the best Budget so far and I would like to thank the Prime Minister. “It is now time for civil servants to deliver their part of the deal by giving the best service to help the Government fulfil its promises to the rakyat. Be ready to work hard and prove our worth,” Omar said.

He said the new Civil Service Renumeration Scheme (SBPA) provided civil servants with higher annual increments of between RM80 and RM320 compared to the RM40 and RM120 under the present Malaysian Remuneration System. “However, we need to get the full details of the SBPA. I was told there will be a briefing on this.”

Civil servants have also expressed happiness with the goodies announced yesterday. Finance Ministry chief administrative assistant Siti Rohaidah Salim, 44, said she and her colleagues were delighted at the news.

“It was totally unexpected,” she said, adding that she was especially thankful for the salary increment. The mother-of-five said it would help her cope with the rising cost of living.

Another civil servant, Mohd Salleh Osman, 43, said the half-month bonus would come in handy at the end of the year when he has to pay for his car insurance and prepare his 13-year-old daughter for the new school year.

-thestar online.

1.2j penjawat awam naik gaji

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.

Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

"Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru," ujar Perdana Menteri.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.

"SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi," ujarnya.

Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.

Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.

"Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja," katanya lagi.

Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.

"Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710," ujarnya.

Ujar Najib elemen terakhir di dalam SBPA ialah wujudnya dasar pemisah atau 'exit policy' bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan bagi mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

-Utusan Online.

Friday, October 7, 2011

Cuepacs: Monitor prices following civil servants' pay rise

KUALA LUMPUR: The Government must monitor the prices of day-to-day basic necessities following the salary increment and bonus payment for civil servants announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when tabling the 2012 Budget Friday.

Cuepacs secretary-general Lok Yim Pheng said if the Government did not monitor prices of essential goods, there could be a sudden increase due to the announcement and thus defeat the Government's efforts to reduce the burden of the people due to rise in living cost. "With the salary increase, I sincerely hope the Government will emphasise price control initiatives to curb any increase in prices of essential goods. "If the salary of civil servants is increased and the prices of goods go up, the Government's desire to help the people will not materialise."

The concern was raised by Lok after Najib, who is also the Finance Minister, announced that civil servants would enjoy a pay rise from between RM80 to RM320 based on their grade. Lok, however, welcomed the RM120mil allocation to assist civil servants further their studies on a part time basis as the Government would also offer study fees assistance to civil servants who pursued higher learning on a part-time basis starting 2012.

"This will give civil servants a chance to enhance their knowledge and qualification to improve their performances at work," said Lok. The government, together with public Higher Learning Institutions (IPTA) will offer 5,000 opportunities to continue their studies for Masters and 500 places for Phd level.

Meanwhile, Yayasan Guru Malaysia Berhad chairman Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said the time had come for teachers to be promoted based on a time based process because teachers make up a huge workforce of about 400,000. "Since there is a large number of teachers, the process of promotion will be limited if based on the previous procedure because promotion was based on availability of a vacancy," he said.

In Kuching, Sarawak Teachers Union president William Ghani Bina in welcoming the 2012 Budget as people centric, said the abolishment of additional fees for primary and secondary students would lift the burden off parents, especially low income earners and those in rural and remote areas. 

- Bernama

Petikan Ucapan Bajet Tahun 2012

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM 

 

Mentransformasikan Perkhidmatan Awam 

 

56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta 

pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatanperkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut: 

 

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan; 

 

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan 

tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit; 

 

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru 

terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 

48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya 

mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based 

lapan tahun turut diterima pakai; dan


Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. 

 

57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu 

sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.  

 

58. Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hari ini, kita adalah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti kita turut akan menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidak ekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan, sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen.  

 

59. Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan 

menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru. 


Menghargai Penjawat Awam 

 

114. Kerajaan yakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan. Dalam konteks ini, seperti yang semua ketahui, pada bulan Ogos yang lalu, Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan 

500 ringgit kepada pesara.


115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan 

bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan.  Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit. 

-Kementerian Kewangan.

 


Tuesday, October 4, 2011

CUEPACS harap tuntutan diluluskan dalam Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat ini.


"Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.
"Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tuntutan berkenaan adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya. 
- BERNAMA

Monday, October 3, 2011

Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

PROJEK PERUMAHAN 1 MALAYSIA (PR1MA) 

Soalan & Jawapan 

 

PR1MA 

 

1. Apa itu PR1MA? 

PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia), adalah satu program Kerajaan untuk 

menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas, terutama sekali di kalangan kumpulan 

gaji pertengahan, dengan menyediakan lebih banyak perumahan dengan harga berpatutan 

di bandar-bandar utama di seluruh negara.    

 

2. Adakah PR1MA sebuah pemaju perumahan, penyelaras program atau pihak berkuasa bagi 

pembangunan-pembangunan perumahan tersebut.  

PR1MA akan menjadi satu pihak berkuasa yang akan membangun, mengurus dan 

mengendali rumah mampu milik PR1MA yang dibina di bawah programnya.  

Unit PR1MA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, juga akan memberi sokongan dalam 

memperuntukkan rumah-rumah yang dibina oleh pihak swasta, yang telah menerima 

bantuan daripada Kerajaan.   

Struktur organisasi PR1MA adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet serta 

akta yang berkaitan yang akan dibentangkan di Parlimen. Satu pengumuman rasmi akan 

dibuat kelak.  

 

Pembangunan Terkini – Putrajaya Holdings Presint 11 

 

3. Apakah pembangunan perumahan yang diperuntukkan oleh PR1MA buat masa ini?  

Di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan pada 4 Julai 2011, 

sejumlah 560 rumah mampu milik akan diperuntukkan kepada pemohon yang layak (syarat 

kelayakan seperti di bawah) yang bekerja atau tinggal di Putrajaya dan merupakan pengundi 

berdaftar di Putrajaya.  

PR1MA percaya semangat kepemilikan di kalangan pemilik rumah adalah amat penting, dan 

PR1MA ingin memupuk semangat ini di kalangan pemilik bukan sahaja terhadap rumah yang 

didiami malah komuniti di mana mereka tinggal. Pengundi di Putrajaya adalah 

berkemungkinan besar bermastautin Putrajaya. Dengan memperuntukkan rumah-rumah ini 

kepada mereka, PR1MA memupuk semangat kepemilikan dan kemasyarakatan yang lebih 

utuh di kalangan mereka.  

 

4. Di manakah terletaknya perumahan tersebut? 

Ia terletak di Presint 11, Putrajaya dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH).  

 

5. Apakah saiz rumah-rumah yang diperuntukkan itu? Berapakah harga rumah-rumah tersebut? 

420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi dengan harga RM120,000.00 setiap satu. 

140 unit rumah berukuran 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00 setiap satu. 

 

6. Bagaimana untuk memohon? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah) 

Calon-calon yang berminat boleh memohon didalam talian www.pmo.gov.my